Sunday, July 3, 2016

TURKI Ganti BRITAIN dalam EU?

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) membuka lembaran rundingan baharu dengan Turki, semalam selepas sejak sekian lama Ankara mahu menyertai blok negara Eropah itu. Perkembangan itu berlaku selepas Britain mengundi untuk keluar EU. Keputusan itu adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran pendatang EU-Turki, yang menyaksikan Eropah bersetuju menambah dana bantuan kepada Ankara untuk menampung berjuta-juta pelarian di wilayahnya, selain mempercepatkan liberalisasi visa kedua-dua pihak.

 Negara majoriti umat Islam itu secara rasmi melancarkan rundingan untuk menyertai EU sejak 2005. Sejak itu, Eropah sudah membincangkan 15 daripada 35 syarat untuk menyertai blok itu, namun hanya satu syarat sahaja dipersetujui. Dalam pada itu, golongan pro-Brexit menjangkakan percubaan Turki menyertai EU akan menimbulkan masalah besar kerana negara itu bakal menjadi sumber pendatang amat besar kepada blok itu, pada masa depan. Menteri Luar Belanda, Bert Koenders, berkata semua negara ahli EU bersetuju untuk membuka bahagian rundingan baharu ini membabitkan aspek kewangan dan belanjawan.

"Kami menekankan kepentingan hubungan Turki-EU, kedua-dua pihak boleh bekerjasama dalam pelbagai perkara termasuk isu pendatang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu. Keputusan mempercepatkan rundingan penyertaan Ankara dalam EU itu adalah sebahagian daripada persetujuan kedua-dua pihak, pada Mac lalu sebagai balasan kepada kesediaan Turki membantu mengawal pengaliran pendatang besar-besaran, kebanyakannya mereka yang melarikan diri daripada perang di Syria. - AFP  sumber

No comments: