Friday, August 26, 2016

Gempa Bumi di BURMA, 187 Kuil Rosak Teruk

YANGON 26 Ogos - Beberapa trak tentera dan skuadron anggota polis menutup beberapa pagoda di sekitar bandar purba Bagan, sehari selepas sekurang-kurangnya 187 kuil rosak teruk akibat gempa bumi kuat.

 Presiden Myanmar, Htin Kyaw terbang ke Bagan untuk bertemu penduduk tempatan setelah pihak berkuasa bergegas untuk menilai keadaan sebenar kerosakan ekoran gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang menggegarkan beberapa buah negara Asia Tenggara kelmarin.

 Htin Kyaw berkata, pihak berkaitan seperti Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Jepun dan China menawarkan diri untuk membantu proses pemulihan kuil yang rosak. “Kami perlu merekod dan membaiki kerosakan pagoda tersebut tetapi perlu dilaksanakan dengan sistematik. Kerja-kerja ini akan mengambil masa tetapi kami akan cuba sedaya upaya,” kata Htin Kyaw. - REUTERS  sumber

No comments: