Wednesday, August 3, 2016

Heli RUSIA Bawa Senjata Ditembak Jatuh di SYRIA

Wartawan kenamaan Aljazeera dari Syria, Faishal Qaseem, menyebut pemerintah Rusia telah berbohong dengan menyatakan helikopter Mi-8 yang ditembak jatuh pada hari Isnin (01/08) di kota Idlib sedang membawa bahan makanan bagi warga Syria.

Melalui akaun Twitter resmi miliknya, Faishal Qaseem menunjukan bukti-bukti bahawa helikopter Mi-8 yang ditembak jatuh oleh mujahidin Idlib sedang membawa bantuan persenjataan untuk tentera rejim Syiah Assad dan milisi bentukan Iran.

Dengan nada menyindir serta mengejek, Faishal Qaseem menyebut 2 pelancar roket yang ada di sekitar helikopter jatuh dengan pelancar  kuih serta roti.

Dalam keterangannya awal ini, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa kelima-lima awak helikopter terbunuh setelah kapal yang mereka tumpangi jatuh ditembak di daerah yang dikendalikan oleh Brigade Fatah al-Sham.  (Cnnarabic/Ram) sumber

No comments: