Friday, August 26, 2016

Raja Langkasuka Ditahan, Mengaku Nabi Isa

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa selepas dipercayai memandu kereta klon dan menggunakan nombor pendaftaran meragukan di Jalan Tun Razak di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, lelaki berusia 43 tahun itu memandu kereta Kia Sportage bersama isteri dan anaknya serta turut menggunakan nombor pendaftaran ‘WWE 3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI’.

 Difahamkan, ketika ditahan, suspek mengeluarkan kata-kata provokasi serta memberi ancaman terhadap pihak polis. Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan kes terbabit telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE  SUMBER

No comments: