Friday, August 26, 2016

Tentera IRAQ Kalahkan Daesh di Qayyarah

QAYYARAH, Iraq, 26 Ogos - Tentera Iraq yang dibantu dengan serangan udara oleh tentera pakatan berjaya mengusir kumpulan militan Daesh dari bandar Qayyarah, sebuah bandar di utara Iraq, semalam yang merupakan sebuah bandar strategik.

 “Kami (tentera kerajaan) berjaya menguasai seluruh kawasan di bandar itu dalam tempoh yang singkat, dan mengusir kumpulan militan Daesh dari situ,” kata Lieutenan Jeneral Riyadh Jalal Tawfik, yang mengetuai tentera darat kepada AFP di Qayyarah. Komander itu berkata, unit kejuruteraan tentera sedang membersihkan bandar itu, yang terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan Mosul, daripada periuk api dan jerangkap samar.

Perdana Menteri, Haider al-Abadi dalam kenyataannya memuji kejayaan tentera Iraq itu sambil menyifatkannya sebagai kunci utama untuk menguasai sepenuhnya Mosul, bandar yang dijadikan ibu negara oleh kumpulan militan Daesh dan bandar kedua terbesar di Iraq. “Tentera kita (Iraq) mencapai kejayaan besar, langkah penting bagi membebaskan Mosul (daripada penguasaan militan Daesh),” kata Abadi. Operasi menawan Qayyarah dimulakan Selasa lalu diketuai pasukan elit tentera perkhidmatan anti-kegasanan Iraq.

 Tentera Iraq sebelum ini, telahpun berjaya menawan pangkalan udara berdekatan, dan bandar Qayyarah akan digunakan sebagai salah satu pusat untuk melancarkan operasi menggempur Mosul dalam beberapa minggu akan datang. - AFP sumber

No comments: