Thursday, August 25, 2016

TURKI Pecat 80,000 Penjawat Awam Disyaki Terlibat dengan Gulen

ISTANBUL 25 Ogos - Turki memecat lebih 2,800 orang hakim dan pendakwa raya dalam operasi pembersihan terkini, semalam ekoran cubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai lalu.

Turki setakat ini telah memecat dan menggantung kira-kira 80,000 orang daripada perkhidmatan awam, badan kehakiman dan polis yang disyaki mempunyai kaitan dengan pendakwah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Selain itu, Turki berkata pengikut Gulen telah menyelinap masuk ke institusi kerajaan dengan matlamat untuk menumbangkan kerajaan. Walau bagaimanpun, Gulen sekerasnya menafikan penglibatannya dalam cubaan rampasan kuasa tersebut sebelum ini. - REUTERS sumber

No comments: