Thursday, August 25, 2016

Yahudi Percaya Abbas Hilang Kawalan di Tebing Barat

Ahli keamanan dan intelejen Yahudi untuk urusan Arab, Yoni Ben-Menachem, menyebut pertempuran berdarah di kota Nablus pada Khamis (18/08) malam minggu lalu adalah bukti hilangnya kawalan Pihak Berkuasa Mahmud Abbas atas wilayah Tebing Barat.

Menurutnya sudah tiba saatnya Pihak Berkuasa di bawah Abbas mengambil tindakan untuk menghentikan dan menunda pilihanraya tempatan Palestin kerana takut jatuh ke jurang konflik yang lebih dalam di wilayah Tebing Barat dan sekitarnya.

Khamis malam sekitar seratus warga Palestin bersenjata berbalas tembakan dengan pasukan keamanan Palestin di kota Nablus. Sebanyak 4 orang dilaporkan terbunuh dalam baku tembak yang berlangsung hingga Jumaat (19/08) pagi. (Aljazeera/Ram) sumber

No comments: