Friday, September 9, 2016

NASA Lancar Kapal Angkasa Kutip Habuk Cakerawala

MIAMI: Kapal angkasa pertama Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk mengutip habuk dengan mengelilingi matahari (asteriod) dan kembali dengan sampel ke bumi, dilancarkan hari ini. Misi selama tujuh tahun itu bertujuan untuk mendedahkan perkara sebenar sistem solar, demikian menurut Nasa.

Kapal angkasa kawalan jauh itu yang dinamakan OSIRIS-REx itu dilancarkan tepat jam 7.05 malam (2305 GMT) waktu Amerika Syarikat dari Cape Canaveral, Florida. Lebih 8,000 berkumpul menyaksikan pelancaran roket Atlas V yang membawa kapal angkasa berkenaan. Kapal angkasa yang menelan belanja AS$800 juta itu kini dalam perjalanan menuju Bennu, cakerawala berhampiran bumi yang saiznya seperti gunung kecil.

Bennu dipilih dari kira-kira 500,000 asteroid dalam sistem solar kerana laluan orbitnya berdekatan dengan bumi yang mengelilingi matahari yang dianggap saiz yang tepat untuk penyelidikan sains serta satu daripada asteroid tertua yang dikenali NASA. Matlamat utama misi OSIRIS-REx ialah mengumpulkan habuk dan serpihan dari permukaan asteriod pada tahun 2020, dan kembali ke bumi pada tahun 2023 untuk penyelidikan lebih mendalam. - AFP sumber


No comments: