Thursday, September 15, 2016

Pesawat Israel Bedil Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel menyerang Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas awal hari ini selepas pejuang Palestin melancarkan roket ke selatan Israel. "Pesawat Tentera Udara Israel menyasarkan tiga kedudukan Hamas di utara Semenanjung Gaza. "

Pasukan Pertahanan Israel meletakkan tanggungjawab ke atas Hamas bagi semua serangan dari Semenanjung Gaza," menurut kenyataan tentera. Roket dari Gaza mendarat di tempat terbuka di Israel lewat malam tadi tetapi tiada laporan kematian akibat serangan berkenaan.

Pada 22 Ogos lalu, Israel menyerang Gaza dengan pesawat dan bedilan kereta kebal selepas roket yang dibedil dari wilayah itu mendarat di Sderot di selatan Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan. Pegawai perubatan Palestin berkata, empat cedera dalam puluhan serangan balas itu yang menyasarkan pangkalan Briged al-Qassam, selain dua kumpulan pejuang kecil lain. - AFP  sumber

No comments: