Thursday, September 22, 2016

Pilihan Raya Perbandaran PALESTIN Ditangguhkan

BAITULMAQDIS 22 Sept. - Pilihan raya perbandaran Palestin yang dijadualkan 8 Oktober ini terpaksa ditangguhkan selepas sebuah mahkamah menggantung keputusan untuk mengadakan undian pertama sejak 2006 bagi memasukkan kedua-dua pergerakan Fatah dan Hamas.

 Mahkamah tinggi Palestin di Tebing Barat menangguhkan keputusannya sehingga 3 Oktober ini, hanya lima hari sebelum tarikh pilihan raya tersebut dijadualkan. Tempoh berkempen dua minggu yang biasanya diperuntukkan untuk pilihan raya Palestin sepatutnya bermula Jumaat ini, namun suruhanjaya pilihan raya mengesahkan tarikh 8 Oktober itu tidak lagi terpakai dan tarikh baharu akan ditetapkan.

 Pada 8 September lalu, mahkamah menggantung pilihan raya susulan pertelingkahan antara pergerakan lawan Fatah dan Hamas berhubung senarai calon. Fatah dan Hamas tidak bertanding dalam pilihan raya sejak undian parlimen 2006 dimenangi Hamas, yang turut mencetuskan konflik menghampiri perang saudara di Gaza tahun berikutnya.

Namun pada pilihan raya tahun ini memperlihatkan Presiden, Mahmud Abbas, 81 menerima tekanan hebat dari segi politik selepas tinjauan pendapat mencadangkan kebanyakan rakyat Palestin mahukan beliau berundur.-AFP sumber

No comments: