Thursday, September 15, 2016

RM157 Billion untuk Serang Palestin

WASHINGTON 14 Sept. - Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani perjanjian terbesar dalam sejarah negara ini untuk menyediakan bantuan ketenteraan kepada Israel, yang belum pernah dibuat dengan mana-mana negara sebelum ini. Menurut portal berita Al Jazeera, kedua-dua negara tersebut mencapai kata sepakat selepas hampir 10 bulan mengadakan rundingan dan perjanjian tersebut ditandatangani dalam satu majlis di sini.

 Israel telah lama menjadi pe­nerima utama bantuan daripada AS, kebanyakannya dalam bentuk bantuan ketenteraan untuk melancarkan serangan terhadap wilayah Palestin. AS dan Israel tidak mendedahkan jumlah sebenar bantuan tersebut namun menurut pakar, bantuan di bawah perjanjian selama sepuluh tahun itu dianggarkan berjumlah hampir AS$38 bilion (RM157 bilion) setahun.

 Perjanjian tersebut turut melibatkan konsesi utama oleh Israel yang tidak lagi berpeluang untuk mendapatkan dana tahunan tambahan melebihi pakej baharu yang ditawarkan oleh AS itu. Menurut Associated Press, per­janjian itu juga mem­­biayai program perta­hanan peluru berpandu kali pertama selepas AS meluluskan dana untuk program pertahanan pe­luru berpandu secara ber­asi­ngan pada setiap tahun melalui per­janjian lalu.

Perjanjian itu dibuat ketika Pre­siden AS, Barack Obama meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Israel membina rumah di kawasan penempatan penduduk Palestin. Washington sebelum ini memberi amaran bahawa dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu boleh mengganggu perjanjian damai yang diusahakan sebelum ini. sumber

No comments: