Saturday, September 10, 2016

Zinois Bina Tembok Bawah Tanah 60 Km

 TEL AVIV 9 Sept. – Seorang pegawai tentera Israel mendedahkan rejim Zionis telah memulakan pembinaan tembok bawah tanah secara besar-besaran di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza. Tindakan berkenaan dilihat sebagai satu bentuk pencabulan ke atas penduduk Palestin khusus­nya di kawasan berkenaan yang telah dikenakan sekatan oleh Israel sejak Jun 2007 selepas Hamas mengambil alih kuasa di Gaza.

Sekatan itu juga telah menafikan hak 1.8 juta penduduk Gaza seperti kebebasan bergerak, mendapatkan pekerjaan, penjagaan kesihatan serta pendidikan. Pegawai dari Kementerian Pertahanan itu yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kerja-kerja pembinaan dimulakan minggu lalu. Agensi beri­ta Israel, Ynet turut melaporkan mengenai pembinaan berkenaan. Sumber Israel itu mendedahkan regim Tel Aviv telah memper­untukkan dana sebanyak AS$160 juta (RM649 juta) untuk membina satu bahagian dinding halangan bawah tanah.

Laporan Ynet menyebut, tembok itu dibina di sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza. Menurut Israel, pembinaan itu bertujuan menyekat terowong merentas sempadan yang digunakan oleh penduduk Gaza untuk membawa barang-barang asas seperti makanan dan bahan pembinaan. Mesir juga menyumbang kepada sekatan dengan menutup laluan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah. -  sumber

No comments: