Friday, October 7, 2016

Misteri Poster Orang2 Hilang di Hutan

NEW YORK 6 Okt. – Seorang lelaki melalui pengembaraan mengejutkan di sebuah hutan di Long Island apabila ‘terserempak’ dengan puluhan poster orang hilang yang ditampal pada pokok-pokok di kawasan berkenaan.

Portal Metro.co.uk mela­porkan, James Rankin turut memuat naik video penemuannya itu, memaparkan sekurang-kurangnya 25 poster orang hilang pada pokok di kawasan hutan terpencil Berkeley Jackson County Park, New York. Video itu yang sudah ditonton lebih beratus ribu pengguna menunjukkan Rankin berjalan di sekitar kawasan berkenaan, malah apa yang lebih menakutkan, individu pada poster tersebut adalah orang yang benar-benar hilang di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun.

 Menurutnya, selain ‘pokok misteri’ itu, dia juga menjumpai beberapa khemah, tin makanan dan bekas unggun api di kawasan sama. “Bulu roma saya naik terutamanya apabila mendapat tahu sebahagian poster yang ditampal itu sebenarnya orang yang benar-benar hilang. “Mungkin lokasi ini menjadi tempat remaja mengadakan par­ti Halloween, namun perkara itu bu­kan boleh dibuat main,” kata­nya. Dia kemudian menghubungi polis dan membuat laporan berhubung penemuannya itu.

Antara poster yang dijumpai ialah Jennifer Kesse yang hilang pada 24 Januari 2006 dan kesnya masih kekal misteri serta Brenda Heist yang muncul kembali selepas 11 tahun. sumber

No comments: