Thursday, October 20, 2016

Putera SAUDI Beli Kapal Mewah 300 Juta Pound

PARIS 19 Okt. - Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan membeli sebuah kapal mewah bernama Serene bernilai 300 juta pound (RM1.54 bilion) selepas tertarik dengan keunikan kapal itu. Pembelian yang tidak dirancang oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman itu menyebabkan pemilik asalnya iai­tu seorang bilionair Rusia, Yuri Shefler terpaksa meninggalkan Serene pada hari kapal itu dijual.

 Daily Mail me­laporkan, pembelian dilakukan ketika putera raja yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi itu sedang bercuti di selatan Perancis baru-baru ini. Kapal itu dibina pada 2011 oleh Fincantieri dengan reka bentuk dan rekaan dalaman masing-ma­sing dihasilkan oleh Espen Oeino dan Reymond Langton Design.

Berukuran 134 meter panjang, Serene memuatkan 15 buah bilik, sebuah kelab malam, pawagam serta kolam renang yang menggunakan air laut. Serene turut menempatkan sebuah perpustakaan, spa kesihatan, bilik dengan pemandangan bawah air, gim dan dua buah tab panas.

Selain kemudahan untuk beria­dah, dua helipad serta pelbagai unit kolam renang, Serene dilengkapi tempat penyimpanan helikopter dan kapal selam. Ada laporan mengatakan, Serene pernah disewa oleh pe­ngasas Microsoft, Bill Gates dan ahli keluarganya dengan kadar bayaran AS$5 juta (RM20.9 juta) seminggu.sumber

No comments: