Sunday, November 27, 2016

Penyerang Tawan Bandar di Selatan FILIPINA

MANILA 26 Nov. - Kira-kira 100 penyerang bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh telah mengepung Butig, sebuah bandar di Lanao del Sur, selatan Filipina hari ini.

Jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan berkata, selain mengepung, penyerang-penyerang bersenjata daripada kumpulan militan yang dikenali sebagai Maute itu turut menawan beberapa bangunan di situ termasuk dewan perbandaran.

Tan berkata, dua anggota tentera dilaporkan cedera dalam pertempuran dengan kumpulan militan itu sebelum mereka menguasai kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada orang awam yang cedera atau terbunuh memandangkan sebahagian besar daripada mereka telah meninggalkan bandar itu selepas menerima pelbagai laporan sebelum ini yang mengatakan bandar tersebut akan diserang. -DPA   sumber

No comments: