Tuesday, November 8, 2016

Pertempuran Sunni-Syiah di PAKISTAN

KARACHI: Polis Pakistan menahan berpuluh-puluh orang dalam tindakan keras terhadap lebih daripada 90 madrasah dekat sini, susulan siri tembakan membabitkan pengikut mazhab, kata seorang pegawai, semalam.

Ketua Polis Daerah, Allah Dino Khwaja memberitahu Reuters, tindakan keras itu disasarkan kepada madrasah Sunnah dan Syiah. Lima penyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menyarankan agar Syiah diisytiharkan sebagai 'bukan Islam' dan melakukan serangan terhadap masjid Syiah, dibunuh dalam serangan menggunakan kereta di Karachi, Jumaat lalu.

 Pada 29 Oktober lalu, lima penganut Syiah ditembak mati ketika perhimpunan di bandar utara Nazimabad, serangan yang didakwa dilakukan oleh Lashkar-e-Jhangvi al-Alami, salah satu cabang ASWJ.  sumber

No comments: