Sunday, November 27, 2016

Tandas Kalis Peluru

Hyderabad 26 Nov. - Ketua Menteri Telangana, K Chandrashekhar Rao mencetuskan kemarahan penduduk negeri itu apabila berpindah ke kediaman mewahnya bernilai 500 juta rupee (RM32.63 juta) yang dilengkapi tingkap serta tandas kalis peluru.

 Rao berpindah kelmarin ke rumah agam itu yang mempunyai keluasan lebih 9,000 meter persegi, sebuah auditorium boleh memuatkan 250 hadirin serta dewan mesyuarat berkapasiti 500 orang. Satu upacara keagamaan diketuai seorang sami turut diadakan di rumah tersebut yang terletak di Hyderabad.

 Bagaimanapun, pembinaan tandas kalis peluru itu menjadi bahan jenaka di laman Twitter oleh pengguna yang turut mewujudkan hashtag #Bulletproofbathroom. Seorang pengguna, @anu­raag­sharrma mempersoalkan si­apa yang ditakutkan Rao sehingga membina tandas itu. Pengguna bernama @SLokesh912 pula berkata, tandas sepatutnya dibina kalis air.

“Adakah Rao tidak akan berada walau dua sentimeter di luar tandas?,” katanya. Lelaki bernama @SinghRChandan pula berjenaka apabila menyatakan Ketua Menteri itu merasa tidak selamat walaupun berada di dalam tandas. Difahamkan, rumah menyerupai istana itu dibina atas nasihat ‘vaastu’ atau individu menyamai pakar Feng Shui. sumber

No comments: