Monday, December 5, 2016

Banjir di Perak, Penduduk Terjejas

IPOH 5 Dis.- Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak terus meningkat kepada 109 orang setakat 7 pagi ini, berbanding 88 orang malam tadi.

 Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, 71 orang adalah dari Kampung Padang Serai, Manjung dan mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.

 Sementara itu, 38 lagi dari Kampung Pengkalan Ara dekat Sungai Manik daerah Hilir Perak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara. Banjir di kedua-dua kampung itu adalah akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan air bertakung dan ketika ini cuaca mendung. - BERNAMA sumber

No comments: