Wednesday, December 7, 2016

Gempa di Acheh, 1 Maut, Puluhan Terperangkap

BANDA ACHEH: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala berpuluh lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan selepas gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh di Sumatera, Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.

 Gegaran pada kedalaman cetek dengan catatan rekod terkini 6.5 magnitud itu menggegarkan utara bandar kecil Reuleuet, lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut pegawai tempatan gegaran berlaku sekitar awal pagi, ketika majoriti penduduk wilayah Islam itu sedang bersedia untuk solat subuh. Pegawai Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua dilaporkan meninggal dunia, berkemungkinan akibat serangan jantung dan dikhuatiri berpuluh-puluh lagi dipercayai terperangkap di dalam runtuhan rumah. sumber

No comments: