Friday, December 9, 2016

Kekejaman Pengganas MYANMAR Berterusan

RAKHINE 7 Dis. - Episod kezaliman dilakukan tentera Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya berterusan apabila sekumpulan kanak-kanak dan bayi bersama keluarga mereka yang menyeberangi sungai untuk ke Bangladesh ditembak oleh Polis Pengawal Sempadan Myanmar (BGP).
 Menurut laporan portal Arakan News Agency, dalam kejadian pada Ahad lalu itu, lebih 15 penduduk Rohingya termasuk kanak-kanak dan bayi terbunuh manakala ramai lagi yang masih hilang. Kejadian berlaku apabila seorang anggota BGP melepaskan tembakan ke arah beberapa bot dinaiki etnik Rohingya, mengakibatkannya tenggelam pada waktu malam kejadian.

 Mayat penduduk Rohingya ter­masuk bayi dilihat terapung-apung di sungai, malah ada yang terdampar di tepi sungai dalam keadaan menyayat hati. Semua mangsa terkandas di tebing sungai berhampiran Bora Shidda Fara dan beberapa kampung Rohingya. Lebih menyedihkan, Arakan News Agency turut menyiarkan gambar mangsa yang terbunuh. Sementara itu, penduduk Rohingya me­ngadu ada antara me­reka ditahan manakala wa­­nita dan ka­nak-kanak dipukul se­le­pas bekas Se­­tiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan melawat Kampung Kyatyoepyin di utara bandar Maungdaw kelmarin.

Jelas penduduk itu kepada seorang anggota Suruhanjaya Penasihat Negeri Arakan diketuai Annan, kunjungan pemimpin dunia tersebut diiringi pegawai tentera Myanmar, namun kebanyakan tentera lain berkawal seperti biasa di kawasan kampung.

“Sejurus delegasi itu mening­galkan kampung, beberapa pen­­duduk ditahan. Wanita dan kanak-kanak pula dipukul oleh tentera,” katanya.  sumber

No comments: