Friday, December 23, 2016

MDSB Roboh Resort Jamal




PETALING JAYA: Sebuah resort milik pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Sekinchan pada Khamis.

Menurut notis MDSB, resort itu beroperasi tanpa lesen yang sah di bawah Undang-undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Sabak Bernam) 2013.

Sementara itu Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar membuat dakwaan di Facebook bahawa kerja-kerja merobohkan premis berkenaan dijalankan atas arahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Pada waktu pagi mereka ditampal notis (di resort) dan pada waktu petang mereka merobohkannya.

"Ini adalah satu tindakan membalas dendam oleh kerajaan negeri kerana kritikan saya terhadap kepimpinan Azmin," katanya.

Jamal mendakwa bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang mengalami gangguan bekalan air.

Pada Rabu, Jamal mencetuskan kontroversi apabila hadir di hadapan pejabat SUK di Shah Alam dengan hanya bertuala.





 


sumber 

No comments: