Saturday, December 3, 2016

RUU355 - Jangan Terpengaruh Dakyah DAP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak terpengaruh dakyah pembangkang khususnya DAP yang menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355.

Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden menyeru semua parti komponen memainkan peranan lebih positif dengan membantu orang bukan Melayu supaya tidak terus ditipu DAP dalam isu itu.

"RUU 355 ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan mereka tidak boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa mahkamah itu hanya untuk orang Islam.

 "Ingin saya tegaskan RUU355 bukan Hudud. Ramai sahabat saya yang bukan Islam bimbang rang undang-undang memberi kesan secara tidak langsung kepada mereka," katanya ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sebagai Ketua Whip BN akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen bukan Islam segera bagi memberi penjelasan mengenai RUU355.

"Ahli Parlimen pembangkang Islam yang tegar memulau usaha murni ini, biarlah mereka dengan dunia mereka," katanya. sumber

No comments: