Friday, December 9, 2016

Wanita MESIR Seberat 500kg, Terberat di Dunia

KAHERAH 8 Dis. – Seorang wa­nita Mesir akan diterbangkan ke India bagi menjalani pembedahan mengurangkan kegemukan selepas berat badan wanita itu mencecah 500 kilogram. BBC News melaporkan, Eman Ahmed Abd. El Aty, 36, akan di­terbangkan ke Mumbai dengan pesawat khas dan pembedahan itu dikendalikan oleh pakar bedah bariatrik, Dr. L. Muffazal.

 Bagaimanapun, Kedutaan India di Kaherah pada mulanya menolak permohonan visa wanita itu yang tidak dibenarkan untuk ke Mumbai secara berseorangan. Namun, permohonan itu diluluskan selepas pakar bedah tersebut memuat naik status dalam laman Twitter mengenai hal ber­kenaan yang ditujukan kepada Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Sushma. Menteri terbabit memberi maklum balas segera walaupun berada di hospital untuk menjalani proses pemindahan buah pinggang.

Dalam pada itu, keluarga Eman memberitahu, disebabkan terlalu berat, wanita itu tidak pernah keluar rumah sejak 25 tahun yang lalu. Menurut mereka, berat wanita itu mula bertambah dengan mendadak ketika berusia 11 tahun hingga tidak mampu berdiri dengan baik. Eman kini dikatakan meme­gang rekod sebagai wanita paling berat di dunia. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Pauline Potter dari Amerika Syarikat (AS) dengan berat kira-kira 292 kilogram pada tahun 2010.  SUMBER

No comments: