Wednesday, December 7, 2016

YAMAN - 60 Dikhuatiri Lemas

SANAA: Kerajaan Yaman berkata 60 rakyatnya dikhuatiri lemas di Laut Arab selepas bot yang mereka naiki hilang sejak beberapa hari lalu.

 Dalam satu kenyataan, kerajaan negara itu berkata bot berkenaan hilang kira-kira 40 kilometer dari Pulau Socotra yang terpencil, lima hari lalu. Mereka dikatakan dalam pelayaran menuju wilayah selatan Hadramawt, dengan bot berkenaan turut membawa wanita dan kanak-kanak.

Dalam satu lagi kenyataan dikeluarkan Governor Hadramawt, Ahmed ben-Break, berkata dua dapat diselamatkan dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - AFP  sumber

No comments: