Thursday, January 28, 2016

Lelaki Pakai Mata Bionik

LOS ANGELES 27 Jan. - Seorang penggiat filem Ame­rika Syarikat (AS) mengabdikan dirinya dalam dunia perfileman apabila sanggup menggantikan sebelah matanya dengan kamera mini. Rob Spence, seorang pengarah filem dari Toronto, yang menggelar dirinya sebagai Eyeborg, kehila­ngan mata kanannya ketika berusia sembilan tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila tersalah pegang senapang patah ketika menembak sekumpulan lembu. Akibat kerosakan yang teruk, matanya itu tidak dapat diselamatkan dan Spence terpaksa memakai bola mata palsu sejak kejadian tersebut.

Namun, baru-baru ini, lelaki berusia 43 tahun itu mendapat ilham untuk mengubahsuai mata palsu tersebut dengan meletakkan kamera mini di dalamnya, tetapi gajet terbabit tidak bersambung dengan saraf optik menyebabkan Spence tidak boleh melihat mela­luinya. Tetapi kamera itu mempunyai isyarat pemancar gelombang mikro yang bersambung dengan monitor mudah alih bagi memudahkan Spence melihat menerusi gajet tersebut.

“Saya masih ingat lagi gurauan orang lain tentang memasang ka­mera di dalam mata palsu ini. “Jadi saya merealisasikan idea itu seperti dalam filem atau kisah sains fiksyen,” katanya seperti dilaporkan portal Oddity Central. Kamera mata itu boleh merakam video selama tiga minit sebelum menjadi panas dan perlu dikeluarkan dari lubang mata Spence. Namun baginya, tempoh itu sudah mencukupi untuknya menjalani wawancara eksklusif atau sulit tanpa membawa sebarang peralatan rakaman. -  sumber

Jenazah Pelajar MALAYSIA Maut di JORDAN Dikebumikan

KOTA BHARU 27 Jan. – Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah dua pelajar Universiti Mu’tah, Jordan dari negeri ini yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di negara itu, Sabtu lalu di dua lokasi berlainan, malam ini. Terdahulu, jenazah kedua-kedua pelajar itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.25 petang sebelum diterbangkan ke negeri ini dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 7.30 malam.

Jenazah Al Najiatun Nailah Mohd. Shafie disembahyangkan di Madrasah Tuan Guru Haji Omar, Tumpat sebelum dikebumikan sebelah pusara neneknya, Hasnah Yusof di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang kira-kira pukul 9.45 malam. Antara yang turut menyertai solat jenazah serta hadir pengebumian Allahyarham ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta kira-kira 500 penduduk setempat. Sepupu arwah, Kamarul Adli Mohd. Yusof, 48, berkata, seluruh ahli keluarga masih bersedih, namun bersyukur kerana segala urusan penghantaran pulang dan pengebumian Al Najiatun Nailah berjalan lancar. Sementara itu, jenazah Hana’ Azhar, 21, disembahyangkan di rumah neneknya di Kampung Tok Bok, Machang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok kira-kira pukul 10 malam. Yang turut hadir Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Dalam kejadian di Mafraq, Jordan pukul 2.30 petang (waktu Malaysia) Sabtu lalu, Hana’ dan Al Najiatun Nailah maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan dipandu lelaki tempatan. Seorang lagi yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, 21, yang berasal dari Kuala Lumpur manakala dua lagi rakan mereka, Muhammad Izzam Asif Anuwar, 21, serta Fatin Noor Syahirah Ramli, 21, tercedera.  sumber

Lelaki PAKISTAN Ditahan Pasang Bendera INDIA

ISLAMABAD: Seorang lelaki Pakistan ditahan selepas mengibarkan bendera negara musuh, India, di atas bumbung rumahnya. Menurut polis, perbuatan itu dianggap bersifat antikerajaan, namun tertuduh mengatakan ia satu penghormatan kepada kapten pasukan kriket India, Virat Kohli.

Umar Draz, dari daerah Okara di Punjab, Pakistan timur, didakwa di bawah Kanun Keseksaan Pakistan, yang dikhaskan untuk jenayah melanggar kedaulatan Pakistan dan boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara.

Polis berkata, mereka menerima maklumat pada Isnin lalu bahawa Draz mengibarkan bendera India. Beliau cuba lari, tetapi berjaya ditangkap polis pada keesokan harinya. "Adalah salah di sisi undang-undang untuk mengibarkan bendera negara lain," kata pegawai polis, Ismail Khan. Lelaki itu memberitahu media, beliau adalah peminat Kohli yang menang dalam perlawanan Twenty20 International menentang Australia minggu ini. Polis mengesahkan Draz menyimpan gambar pemain kriket itu di seluruh rumahnya. - AGENSI sumber

Wednesday, January 27, 2016

Tentera SYRIA Tawan Bandar Penting di Deera

Tentera Syria berjaya menawan sebuah bandar penting di wilayah Deera di selatan negara ini daripada pasukan pemberontak selepas pertempuran sengit selama hampir dua minggu. Menurut kumpulan aktivis Syria yang dipetik oleh aljazeera.com, kekalahan kumpulan penentang di bandar Sheikh Maskin itu, sekali gus mengukuhkan kedudukan tentera kerajaan di wilayah itu, selain menyekat saluran bekalan utama kepada kumpulan penentang.

Deera merupakan kawasan terawal tercetus penentangan terhadap kerajaan Syria pada 2011, selain menjadi laluan penting bagi tentera kerajaan dan kumpulan penentang. “Bandar itu penting bagi kedua-dua pihak, dan sekarang tentera kerajaan berjaya memotong hubungan pasukan bersenjata kumpulan penentang di timur dan barat Deera,” kata Ketua Kumpulan Pemerhati Hak-hak Asasi Manusia bagi Syria yang berpangkalan di United Kingdom, Rami Abdulrahman. Menurut kumpulan tersebut, dalam pertempuran tersebut tentera kerajaan dibantu oleh pasukan bersenjata Hizbollah serta bantuan serangan udara jet pejuang Rusia. Kumpulan penentang pula terdiri daripada barisan al-Nusra, kumpulan militan Islam dan sekutunya, Tentera Pembebasan Syria yang disokong barat.

Pertempuran tersebut menyebabkan kemusnahan teruk di bandar berkenaan. Pakar analisis, Juan Cole dari Universiti Michigan memberitahu Al Jazeera, kejayaan tentera kerajaan menawan banyak kawasan di selatan negara ini amat penting, memandangkan sebelum ini kumpulan penentang menguasai 79 peratus wilayah Deera. Katanya, kejayaan tersebut berikutan campur tangan Rssia terutama melalui serangan udara yang menyebabkan pasukan bersenjata kumpulan penentang berpecah. “Keadaan sudah terbalik 180 darjah sejak campur tangan Rusia dan keadaan ini akan memberi kesan terhadap logistik pasukan bersenjata kumpulan penentang,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kejadian lain sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam dua serangan bom berani mati di sebuah pusat pemeriksaan tentera di bandar Homs hari ini, kata media tempatan. Menurut laporan stesen televisyen tempatan, 100 orang dikhuatiri cedera dalam serangan ke atas kawasan perumahan Al-Zahraa, yang menjadi sasaran serangan bom sebelum ini. Gabenor wilayah Homs, Talal Barazi memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam serangan itu. Katanya, dua pengebom itu bertindak meletupkan diri mereka di pusat pemeriksaan tentera di bandar itu. Salah seorang pengebom meletupkan dirinya selepas keluar dari kereta yang dinaikinya, manakala seorang lagi meletupkan dirinya di dalam kereta. – AFP  sumber

Rekod 100m MALAYSIA Masih Kekal yang Lama

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengumumkan catatan masa 10.29 saat yang dilakukan oleh atlet pecut 100 meter negara Badrul Hisyam Abdul Manap dalam kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan yang baharu. 


Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Mengejut Majlis KOM yang berakhir sebentar tadi. 
Menurut Karim, faktor teknikal menjadi salah satu punca catatan masa Badrul Hisyam, yang dilakukan di Brunei pada November lalu, tidak diiktiraf.

Pengumuman itu bermakna rekod kebangsaan masih dipegang oleh bekas jaguh negara Watson Nyambek dengan catatan 10.30 saat yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada 1998. – UTUSAN ONLINE

SAUDI Pertimbang Hantar Tentera ke SYRIA

pasukan Arab saudi

Menteri luar negeri Saudi, Adel al-Jubeir, mengatakan pada hari Jumaat bahawa negaranya sedang mendiskusikan kemungkinan mengirim pasukan khas ke Syria, untuk melawan organisasi teroris Daesh dan menegaskan kembali posisi Riyadh yang menyerukan penggulingan Assad dari kekuasaan.
Pernyataan Jubeir datang setelah pengesahan dari parlimen Turki bahawa negaranya sedang mempersiapkan intervensi darat untuk pertempuran melawan Daesh di Jarablus, Syria.

“Kunci untuk mengalahkan Daesh adalah dengan menggulingkan rejim Bashar Assad di Syria, dan untuk menerapkan reformasi yang disepakati sebelumnya, satu setengah tahun yang lalu di Iraq, dalam rangka untuk memastikan adanya keadilan distribusi kekuasaan antara berbagai kelompok pembangkang di Syria. “ kata al-Jubeir. sumber

TURKI Buka Pusat Islam di AMERIKA

Selasa 26 Januari 2016, pejabat presiden Turki mengumumkan bahawa perasmian Islamic Center pertama Turki di Amerika akan dibuka secara langsung oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan pada akhir bulan Mac akan datang.

Menurut Anatolia dari sumber kepresidenan Turki yang tidak ingin diungkapkan identitinya mengatakan, “Perasmian ini dilakukan Presiden Recep Tayyi Erdogan dalam kunjungan kenegaraan ke Amerika Syarikat pada 29 sampai 31 Mac 2016.”

Sumber kepresidenan Turki menjelaskan bahwa tujuan pembangunan Islamic Center di dekat kota Washington DC adalah untuk mengenalkan Barat mengenai Islam secara kaffah dan benar, bukan seperti apa yang banyak digambarkan melalui berita di media cetak dan elektronik.

Menurut sumber tersebut, komplek Islamic Center yang dibangun atas kerjasama Kementerian Wakaf Turki dengan Depertemen Urusan Agama di pejabat Kepresidenan dibangun dengan gaya arkitektur zaman Ottoman pada abad ke 16, dengan sebuah masjid yang memiliki 2 kubah, serta sebuah muzium mengenai kebudayaan Islam. (Anatolia/Ram) sumber

Wednesday, January 20, 2016

3500 Wanita dan Kanak2 Jadi Hamba IS

GENEVA: Dianggarkan 3,500 wanita dan kanak-kanak dalam tahanan militan IS dijadikan hamba, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), malam ini. Berdasarkan laporan dikeluarkan pertubuhan berkenaan, kebanyakan mereka yang ditahan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak masyarakat Yazidi. Misi bantuan PBB untuk Iraq dan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sudah mendokumenkan penderaan berleluasa yang dilakukan kumpulan terbabit, antaranya perbuatan jenayah perang, kemanusiaan dan kemungkinan pembunuhan beramai-ramai.

 Mereka turut melaporkan militan IS menguatkuasakan undang-undang keras dan menjalankan hukuman bunuh di depan khalayak ramai. Laporan PBB turut menyentuh tindakan IS yang melatih remaja untuk dijadikan tentera. Sekitar 800 hingga 900 orang kanak-kanak diculik di bandar Mosul untuk menjalani latihan ketenteraan dan agama.

Antara awal tahun 2014 dan penghujung Oktober 2015, laporan itu menyebut sekurang-kurangnya 18,802 orang awam dibunuh di Iraq dan 36,245 lagi cedera. Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad Al Hussein, berkata angka terbabit masih tidak mampu menggambarkan penderitaan dilalui oleh orang awam di Iraq. "Angka itu hanya menggambarkan mereka yang dibunuh atau cedera akibat keganasan, tetapi jumlah mereka yang mati akibat kebuluran, kehausan dan tidak mendapat bantuan perubatan tidak terkira jumlahnya," katanya. - AGENSI sumber

Ikan dari Planet Asing?

Imej seekor ikan katak atau frogfish berwarna hitam dengan rupa

WELLINGTON 19 Jan. - Seekor ikan aneh berwarna hitam yang kelihatan seperti makhluk asing dari sebuah planet lain, ditangkap di perairan New Zealand, baru-baru ini. Portal berita Mail Online me­laporkan, beberapa gambar yang memaparkan rupa pelik ikan laut dalam itu dimuat naik di halaman Facebook Muzium Te Papa pada Jumaat lalu selepas ditangkap oleh dua nelayan bernama Claudia dan Glenys Howse di Bay of Islands.

 “Makhluk aneh itu kelihatan se­perti seekor ikan katak atau ‘frogfish’, tetapi kami masih tidak pasti spesies sebenarnya sehingga kajian mendalam dilakukan. “Ikan katak merupakan verterbrata yang mampu mengigit dengan pantas,” jelas Muzium Te Papa dalam kenyataannya. Menurut muzium itu, ikan katak adalah ikan pemangsa yang men­yerang dan mampu makan hampir apa sahaja yang dapat dimuatkan ke dalam mulutnya yang besar terma­suk ikan, ketam, dan udang.

 Gambar itu turut mendapat ratusan komen daripada orang ramai antaranya pengguna Facebook bernama Robyn Wendt yang bertanya adakah ikan itu boleh dimakan kerana kelihatan seperti makhluk asing. “Ikan katak ini juga kelihatan seperti burung,” katanya. Seorang pemancing profesional dari Barmera, Garry Warrick berkata, dia tidak pernah melihat sesuatu seperti itu dalam 30 tahun bekerja di kawasan tersebut. “Penemuan spesies ini sangat luar biasa. Saya telah memancing di sini sejak 30 tahun dan saya pernah mendapat ikan cacat, tetapi tidak seperti ikan ini,” ujarnya.  sumber

Muslim AS Sumbangkan 30,000 Botol Air Bersih di MIchigan

botol minum

Sebanyak 30 ribu botol minuman air bersih disumbangkan Muslim Amerika Syarikat kepada warga kota Flint, Michigan, setelah Presiden Obama mengumumkan status darurat di kota tersebut akibat air minuman warga tercemar logam berat pada hari Ahad (17/01) lalu.

Menurut The Independent dalam terbitannya pada hari Isnin (18/01) ini menyatakan bahawa aksi amal ini dilakukan warga Muslim Amerika Syarikat di tengah2 kempen hitam terhadap Islam pasca serangan California berdarah pada akhir tahun 2015 lalu.

Berbagai perwakilan warga Muslim di Amerika Syarikat ikut serta dalam aksi amal yang dikoordinasi oleh lembaga kemanusian “Siapa Hussein”, dan membuka peluang kepada siapa saja yng ingin ikut  menyumbangkan wang mereka secara online.

Tercatat lebih dari 100 ribu orang warga kota Flint, Michigan, telah mengalami kontaminasi air terbesar dalam sejarah, dan meminta pemerintah pusat untuk segera mendeklarasikan bencana nasional di kota tersebut. (Almasryalyoum/Ram) sumber

Pendidikan Percuma 300,000 Anak2 Pelarian di TURKI

Dünya Şehit Çocukları Vakfı'nın Hatay'da açtığı okulda eğitim gören Suriyeli 540 yetim öğrenci karne sevinci yaşadı. Vakfın yaptırdığı 11 derslikli Dünya Şehit Çocukları Okulu'nda Türkçe'nin yanı sıra İngilizce, matematik, fen ve din dersi eğitimi gören öğrenciler, düzenlenen törenle karnelerini alarak yaz tatiline girdi. (Salim Taş - Anadolu Ajansı)

Lebih dari 300.000 pelarian Syria, yang meninggalkan negara mereka kerana perang, saat ini sudah diberi fasiliti pendidikan di Turki, kata seorang pegawai Turki, Rabu.

Wakil setiausaha Kementerian Pendidikan Turki Yusuf Büyük mengatakan kepada Anadolu Agency bahawa usaha-usaha telah dilakukan untuk mengintegrasikan warga Syria ke dalam sistem pendidikan di 81 wilayah di Turki.

Büyük menyatakan bahawa Turki saat ini adalah tuan rumah hampir 2.5 juta pelarian, dan telah menghabiskan sekitar 8 billion euro ($ 8.730.000.000) untuk memenuhi keperluan pelarian sejak 2011.
Dia mengatakan bahwa siswa Syria telah bersekolah di sekolah umum dan pusat-pusat pendidikan di kem-kem pelarian dan di pusat-pusat kota.

“Mereka adalah tetamu kami. Mereka memiliki hak untuk pendidikan di bawah perlindungan undang-undang nasional dan internasional,” kata Büyük.

Büyük menambahkan bahawa Turki ingin mengintegrasikan semua anak pelarian Syria ke sekolah di seluruh Turki.

“Sampai akhir tahun, kami akan mengintegrasikan 150.000 lebih anak-anak Suria ke sekolah-sekolah,” katanya.

Büyük juga menambahkan bahawa mahasiswa Syria akan dilepaskan dari yuran masuk universiti
.
Perang yang menghancurkan Syria, sekarang memasuki tahun kelima, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 250.000 orang, menurut PBB.

Turki, yang telah menampung 2.5 juta warga Syria sejak perang dimulai pada tahun 2011, dan menjadi tuan rumah pelarian terbesar di dunia.(ts/Daily Sabah) sumber

Tuesday, January 19, 2016

MALAYSIA Sasaran Baru IS

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Bukan lagi cerita rekaan atau retorik, Malaysia kini sememangnya sudah menjadi sasaran seterusnya oleh kumpulan militan IS yang mahu melakukan serangan berdarah pada bila-bila masa. Azmi Hassan Azmi Hassan Buktinya, baru-baru ini beberapa orang rakyat Malaysia yang direkrut oleh kumpulan militan itu berjaya ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan rata-rata mereka me­ngakui akan melakukan serangan seperti meletupkan bom di lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat dan pelancong di negara ini.

Pakar Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, propaganda yang menyatakan hanya negara-negara Barat dijadikan sasaran oleh IS tidak lagi relevan, sebaliknya pengaruh kumpulan militan itu sudah menular ke Asia Tenggara. Menurutnya, antara punca IS menjadikan Malaysia dan Indonesia sebagai sasaran adalah kerana majoriti penduduk yang beragama Islam selain daripada konflik di selatan Thailand dan Filipina. Jelasnya, IS juga ‘bijak’ mempengaruhi masyarakat Islam dengan fahaman ektremis serta gerakan mereka dengan mudah berbanding yang lain.

 “Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi sasaran IS. Ambil iktibar daripada kejadian serangan di Jakarta minggu lepas. Insiden itu berlaku kerana pihak berkuasa di sana terlepas pandang. “Perkara yang sama boleh berlaku di sini. Buktinya sehingga hari ini, PDRM telah menangkap seramai 100 orang disahkan anggota kumpulan IS, malah ada di antara mereka sudah membuat pengakuan me­rancang untuk melakukan aktiviti militan. Semua ini adalah ancaman nyata dan bukan omong-omong ­kosong sahaja. Kita memang diancam oleh IS,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Azmi Hassan, kumpulan itu juga sangat berbahaya kerana mereka mampu melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan nya­wa sendiri atau me­libatkan orang sekeliling. “Siri pengeboman yang berlaku akhir-­akhir ini membuktikan ancaman pengganas se­makin jelas dan perlu dibendung. Rakyat di ne­gara ini juga perlu berwaspada dan membantu pihak polis menanganinya. “Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan taulan yang terpengaruh dengan militan, hubungi segera pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Mereka yang sudah terpengaruh dengan IS ini sebenarnya akan berpe­rangai radikal dan aneh. Jangan cuba sembunyikan orang seperti ini yang akan mendatangkan bahaya kepada masyarakat serta negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, pakar kajian strategik dan keganasan, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr. Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, pengganas semakin berani melakukan serangan di tempat awam kerana mahu menarik perhatian, menakutkan rakyat serta pemerintah supaya ‘perjuangan’ mereka difahami. “Mengapa mereka pilih tempat awam? Sebabnya tidak lain kerana kumpulan pengganas tidak berupaya menyerang pusat-pusat pertahanan negara. Cara ini sahaja mereka mampu buat untuk menunjukkan kekuatan,” katanya ketika di temuramah Bernama baru-baru ini. Berdasarkan pembabitan 17 rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kegiatan militan termasuk terbaharu membabitkan Mohd. Amirul Rashid Abd Rahim, 26, dan Mohd. Syazwan Mohd Salim, 31, baru-baru ini, beliau berkata, trend itu adalah membimbangkan. “Perkembangan ini menunjukkan keganasan semakin menghampiri perbatasan negara ini. Bagaimana jika kelompok yang dipengaruhi ideologi radikal IS dan telah menjalani latihan pulang ke Malaysia? “Kanak-kanak yang tidak me­ngerti tentang keganasan dan diracuni pemikiran mereka sejak kecil dan direkrut oleh IS boleh dipersalahkan apabila terjebak dengan kumpulan tersebut,” katanya. Ujar beliau, kanak-kanak yang dipengaruhi ideologi kumpulan militan amat berbahaya dan mereka tidak takut melakukan kerosakan kerana telah didedahkan dengan aktiviti keganasan. “Mereka membesar dengan penuh kebencian dan dendam. Matlamat hidup mereka bukan untuk menuntut ilmu, tetapi membunuh musuh melalui keganasan,” katanya.  sumber

Rokok Benar2 Diharamkan di TURKMENISTAN

Jika biasanya larangan merokok di negara-negara maju yang sedar akan kesihatan hanya berlaku di tempat-tempat umum seperti lapangan terbang, stesen kereta api, sekolah, dan tempat-tempat lainnya, maka di Turkmenistan para perokok tidak akan boleh menghisap benda pembunuh tersebut setelah Presiden Gurbanguly Berdymukhamedov mengeluarkan dekrit terbaru mengenai rokok.

Dalam dekrit baru yang dikeluarkan Presiden Gurbanguly Berdymukhamedov pada hari Sabtu (16/01) lalu berisi pelarangan penjualan semua jenis tembakau dalam bentuk apapun di seluruh wilayah Turkmenistan, seperti disiarkan akhbar The Independent di Britain.

Informasi yang diperolehi The Independent menunjukan bahawa mereka yang didapati menjual tembakau di Turkmenistan maka akan didenda sebesar 1,700 dolar AS.

“Ini secara tidak langsung melarang kegiatan merokok di seluruh wilayah,” ujar mereka yang tidak setuju dengan keputusan Presiden Gurbanguly Berdymukhamedov.

Meskipun peraturan baru ini telah ditetapkan sejak akhir minggu lepas, Akan tetapi menurut warga yang ketagihan mengatakan bahawa rokok masih dijual di pasar gelap di ibukota Ashgabat, dengan harga 11 dollar AS sebungkus. (Skynewsarabia/Ram) sumber

Warga Zionis Rosakkan Gereja Kristian

gereja di rusak

Tidak hanya mensasarkankan umat Islam, serangan rasis disertai aksi perosakan yang dilakukan Zionis Israel juga mensasarkan tempat ibadat dan penganut Kristian Palestin, setelah pada hari Ahad (17/01) lalu sebuah gereja di kota Al Quds dirosakkan warga Yahudi.

Seperti disiarkan koresponden Sky News melaporkan bahwa selain merosakkan bangunan, penyerang yang diketahui warga Yahudi juga menconteng dinding gereja dan menuliskan kata-kata rasis yang berisi seruan untuk menyerang penganut Kristiani dan mengirim mereka ke neraka.

Menurut penelusuran yang dilakukan koresponden Sky News menyatakan bahawa selain Gereja Dormition Abbey yang terletak di gunung Sion kota Jerusalem, warga Yahudi Zionis Israel juga merosakkan kuburan warga Kristian di lingkungan Beit Jamal pada minggu lepas. (Shorouk/Ram) sumber

Thursday, January 14, 2016

IRAQ - 7 Masjid Sunni Dibakar

BAGHDAD 13 Jan. – Sekurang-kurangnya tujuh buah masjid penganut Sunnah dan berpuluh-puluh buah kedai dibakar di timur Iraq hari ini, lapor sumber keselamatan, sehari selepas berlakunya dua letupan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) sehingga mengakibatkan 23 orang maut. Sumber keselamatan dan hospital berkata, 10 penduduk turut terkorban selepas ditembak dalam kejadian yang berlaku di Muqdadiya kira-kira 80 kilometer timur laut Baghdad.

Saksi berkata, sesetengah daripada mereka yang terkorban ditembak di dalam rumah atau diheret ke jalan raya sebelum dipancung oleh penyerang bertopeng. Sumber polis berkata, penyerang berlegar-legar di sekitar Muqdadiya dan memberi amaran kepada penduduk dengan menggunakan pembesar suara supaya meninggalkan bandar berkenaan atau akan dibunuh. Ketua jabatan kerajaan Iraq yang memantau kawasan-kawasan penduduk Sunnah, Abdul Lateef al-Himayim menyifatkan perbuatan tersebut sebagai `tindakan terdesak’ untuk menghancurkan perpaduan Iraq.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata, kejadian pengeboman masjid akan membawa negara ini kembali ke zaman gelap kerana berlakunya pergeseran kaum. Anggota Jawatankuasa Wilayah Diyala, Haqqi al-Jabouri berkata, serangan telah melukakan hati komuniti di negara ini dan menyalahkan kumpulan militia Syiah kerana membakar masjid-masjid terbabit. Sekurang-kurangnya dua masjid Sunnah dibakar di selatan Baghdad minggu lalu, susulan daripada tindakan kerajaan Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr. – REUTERS  sumber

MALAYSIA Kutuk Serangan di Istanbul

PUTRAJAYA 13 Jan. – Malaysia me­ngutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Sultanahmet, Istanbul semalam yang telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa tidak berdosa dan mencederakan 15 orang yang lain. Kementerian Luar dalam ken­yataannya berkata, kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan, rakyat Turki, keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

Pada masa sama, menurut kenya­taan tersebut, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. “Kedutaan juga akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuklah para pelajar yang menuntut di Istanbul,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Istanbul hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan kerajaan Turki. Tambahnya, Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi itu dari semasa ke semasa.  sumber

Perang di IRAQ dan SYRIA Dijangka Lebih 20 Tahun

ISIS junior 3

Mantan pengarah badan intelejen Amerika Syarikat “CIA”, Michael Morrell, menyatakan bahawa perang koalisi internasional melawan organisasi Negara Islam dan kelompok mujahidin lainnya di Iraq dan Syria akan berlanjut hingga 10-20 tahun akan datang.

Prediksi ini dikatakan Michael Morrell dalam majlis dengan Komite Angkatan Bersenjata di Parlimen AS pada hari Selasa (12/01) lalu.

“Saya tidak dapat memberikan kepastian bila perang melawan mereka akan berakhir, akan tetapi menurut pendapat saya mungkin perang ini akan memakan waktu hingga 10, 15, atau 20 tahun akan datang,” ujar Michael Morrell.

Michael Morrell melanjutkan, “Tentunya kita ingat bagaimana keberadaan kita di Korea Selatan untuk memastikan memastikan kestabilan keamanan di wilayah semenanjung Korea,” mengacu kepada kehadiran tentera AS di sana sejak awal tahun 1950.

Tidak hanya Amerika Syarikat dengan koalisi 60 negara turut berperang melawan Negara Islam dan kelompok mujahidin di Iraq dan Syria. Tercatat sejak 30 September 2015 Rusia pun ikut turun campur tangan membantu koalisi Syiah Iran-Hizbullah dalam menghadapi tekad jihad mujahidin di kawasan Timur Tengah.

Perlu diingat bahwa AS dan sekutunya tidak ingin sebuah wilayah dan negara dipimpin oleh kelompok mujahidin moderat. (Sputnikarabic/Ram) sumber

Thursday, January 7, 2016

AFGHANISTAN Perangi IS

pasukan khusus Afghanistan

Kementerian Pertahanan Afghanistan mengumumkan pembentukan unit pasukan khas untuk memerangi milisi Negara Islam, yang terus meningkat aktivitinya di wilayah Nangarhar.

Pengumuman ini disampaikan Wakil Menteri Pertahanan Afghanistan, Mohammed Masoom Stanekzai, dalam sidang media yang diadakan pada hari Rabu (06/01) lalu di ibukota Kabul.

Dari keterangan yang disampaikan Wamenhan Masoom Stanekzai mengatakan bahawa unit khusus ini terdiri dari 750 pasukan terlatih yang akan dilengkapiu dengan persenjataan berat dan kendaraan berperisai, serta sokongan udara untuk membantu pasukan darat.

Benih milisi Negara Islam dikhabarkan mulai tumbuh sejak awal bulan Disember tahun 2015 lalu, akan tetapi pemerintah Kabul dan pasukan NATO tidak mengambil serius hingga kini menjadi ancaman besar bagi Afghanistan. (Anatolia/Ram) sumber

Ikhwan Sokong Tindakan SAUDI ke atas IRAN

Jemaah Ikhwanul Muslimin di Syria mendukung sikap pemerintah Arab Saudi yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pasca penyerangan dan pembakaran kedutaan besar Saudi di Teheran.

Dalam sidang media, seperti disiarkanr TRT, Selasa (5/1/2016), “Jemaah menghargai langkah Saudi ini. Keputusan memutus hubungan diplomatik bagaikan tamparan di wajah sombong Iran. Kerana hingga saat ini belum ada yang dapat menghentikan Iran pada batasnya. Apalagi saat ini adalah tahun-tahun kemunduran negara-negara Arab.”

Menurut Ikhwanul Muslimin, revolusi Syria telah berhasil mengungkap wajah asli negara Iran dan bagaimana bahaya projeknya di kawasan Timur Tengah dan juga dunia internasional. Secara langsung, Iran telah memberikan bantuan dan dukungan kepada diktator Syria Bashar Al-Assad.

“Iran terlibat dan mesti bertanggung jawab dalam terbunuhnya kaum wanita dan anak-anak. Rumah-rumah dirobohkan sehingga menimpa orang yang sedang berlindung di dalamnya,” demikian Ikhwanul Muslimin menggambarkan serangan-serangan udara militer rejim Assad yang meluluhlantakkan kota-kota di Syria.

Ikhwanul Muslimin menyebut apa yang dilakukan Saudi adalah sebuah langkah berani. “Seluruh negara Arab dan dunia Islam seharusnya segera memutus hubungannya dengan Iran juga. Mereka mesti mendukung dan membantu Arab Saudi untuk menghentikan bahaya negara Syiah itu sehingga kawasan Timur Tengah dan dunia Islam selamat dari bahayanya,” demikian seruan Ikhwanul Muslimin. (ts/portalpiyungan) sumber

AS Hadkan Kekuasaan Assad Hingga Mac 2017

syiah assad

Satu dokumen rahsia pemerintah yang bocor dan disiarkan kepada umum mengungkapkan bahawa pemerintah AS menjadikan bulan Mac tahun 2017 akan datang sebagai tempoh akhir waktu pengunduran diri Presiden Syiah Bashar Al Assad.

Associated Press menjelaskan bahawa dokumen yang bocor juga mengungkapkan batas terakhir pemilihan anggota parlimen dan ketua yang baru di Syria yang akan berlangsung pada bulan Ogos pada tahun yang sama.

Menurut Associated Press, rancangan AS tentang akhir jawatan Bashar Al Assad sesuai dengan rancangan yang dikembangkan oleh PBB terkait proses transisi politik di Syria yang akan diwakili oleh pemerintah bersama yang terdiri dari Assad dan kelompok revolusi. sumber

Tuesday, January 5, 2016

IRAN Terus Bertegas dengan SAUDI

TEHRAN: Keputusan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran susulan serbuan ke atas kedutaannya di Tehran tidak akan mengalih perhatian terhadap 'kesilapan besar' Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama Syiah, kata seorang pegawai kanan Iran, hari ini. Timbalan Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian dipetik agensi IRNA sebagai berkata, biarpun Riyadh mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (diplomatik), Arab Saudi tidak dapat membuat (dunia) lupa kesilapan besarnya melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama.

Katanya, Arab Saudi melakukan "kesilapan strategik dalam menerima pakai keputusan yang keras dan terburu-buru hingga menularnya ketidakstabilan dan meningkatnya keganasan di rantau ini." Pelaksanaan hukuman mati ke atas Nimr al-Nimr mencetuskan kemarahan dan bantahan di negara majoriti Syiah itu sehingga menyebabkan serangan ke atas Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan konsulat di Mashhad.

Tindakan serangan terbabit menyebabkan hubungan kerajaan Arab Saudi dan Iran terjejas. Sementara itu, dalam beberapa tahun lalu, kedua-dua negara membuat pendirian berbeza terhadap peperangan di Syria, di mana Iran menyokong rejim dan konflik di Yaman memperlihatkan Arab Saudi mengetuai pakatan memerangi pemberontak Syiah. - Agensi sumber

BAHRAIN dan SUDAN Juga Putuskan Hubungan dengan IRAN

MANAMA 4 Jan. - Bahrain dan Sudan menyatakan kedua-dua negara itu juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Teheran dan menggesa diplomat-diplomat Iran untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam. Portal al-Jazeera melaporkan, Menteri Hal Hubungan Media Bahrain, Isa al-Hamadi membuat pengumuman tersebut hari ini ketika ketegangan hubungan antara Arab Saudi dan Iran meningkat selepas serangan kumpulan perusuh ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran. Bahrain sebelum ini sering menuduh Iran mendalangi protes-protes yang dianjurkan oleh penduduk fahaman Syiah di negara ini.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Sudan berkata, kerajaan negara itu turut memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Iran serta-merta. “Keputusan itu dibuat ekoran serangan teruk ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran dan konsulat negara itu di Mashhad yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa,’’ kata kementerian itu dalam satu kenyataan. Emeriyah Arab Bersatu (UAE) turut menurunkan status hubungan negara itu dengan Iran. -  sumber

Tukang Ramal BULGARIA Ramal Militan Kuasai Eropah 2016



SOFIA 2 Jan. - Seorang ahli psikik buta berasal dari Bulgaria meramalkan ketibaan tahun 2016 bakal menyaksikan kejatuhan benua Eropah ke tangan kumpulan pelampau dan militan. Baba Vanga Baba Vanga menerusi ramalannya sebelum meninggal dunia pada 1996, mempunyai peratusan ramalan yang tinggi iaitu sebanyak 85 peratus selepas mendedahkan tentang serangan pengganas di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001.

Selain itu, Vanga pernah menyentuh tentang bencana tsunami pada 2004 dan kebangkitan kumpulan militan Negara Islam (IS) juga menepati ramalannya. Kini menurut laporan portal Daily Mirror, berdasarkan ramalan wanita tersebut sebelum dia me­ninggal dunia pada usia 85 tahun, dia mendakwa kumpulan pelampau akan menceroboh seluruh Eropah pada 2016. Malah ramalannya menyebut tentang penggunaan senjata kimia oleh kumpulan militan terhadap penduduk Eropah.

 Selain itu, Vanga memberi amaran tentang perubahan iklim dan Kutub Utara akan cair secara mendadak. Menurut dakwaan pengikutnya, Vanga atau nama sebenarnya Vangelia Pandeva Dimitrova memiliki keupayaan untuk melihat masa depan apabila dia menjadi buta dalam bencana ribut ketika berusia 12 tahun.

Antara ramalannya yang betul setakat ini adalah tragedi kapal selam nuklear Kursk milik Rusia, tarikh kematian pemimpin Kesatuan Soviet, Joseph Stalin, peperangan di Syria, konflik Crimea dan pelantikan Presiden Amerika Syarikat ke-44 merupakan orang berkulit hitam. Bagaimanapun tidak semua ramalannya tepat kerana Vanga meramalkan Perang Dunia Nuklear akan meletus antara November 2010 dan Oktober 2014. -  SUMBER

SAUDI Sekata Telur dan Ayam dari PERANCHIS

Kementerian Pertanian Arab Saudi telah mengenakan larangan sementara terhadap telur ayam dan anak ayam dari wilayah Landes dan Dordogne, Perancis akibat adanya flu burung, kata pejabat berita SPA pada Ahad (3/1/2016), seperti disiarkan Saudi Gazette.

Beberapa kasus H5N1 atau yang biasa dikenal sebagai flu burung dikesan di Perancis sejak November tahun lalu, kes yang pertama kalinya ditemukan di negara itu sejak lapan tahun. Reuters melaporkan. sumber

Melaka Bakal Haramkan Vape

MELAKA 4 Jan. – Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di negeri ini selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Idris Haron Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pengharaman penjualan serta penggunaan alat tersebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat setelah diputuskan melalui perbincangan oleh jawatankuasa perbincangan mengenai fatwa itu yang diwujudkan kerajaan negeri.

Menurutnya, isu pengharaman rokok elektronik dan vape itu akan dibincangkan secara terperinci selepas menerima laporan penuh da­ripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Exco ke­rajaan negeri, Rabu ini. “Kita perlu mendapatkan maklumat tentang jumlah peniaga vape di negeri ini serta turut akan mengadakan perbincangan bersama mereka sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meng­adakan lawatan sempena bermulanya sesi persekolahan 2016 di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, di sini hari ini. Yang hadir sama, Pengerusi Jawatan­kuasa Pelajaran, Pe­ngajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Tek­nologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Pe­ngarah Pendidikan ne­geri, Abu Bakar Sahari. Jelas Idris, pihak kerajaan negeri ba­gaimanapun akan me­ngambil langkah pro­aktif membantu para pengusaha dan peniaga vape yang telah mempunyai lesen daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mungkin terjejas ekoran pengharaman alat berkenaan.

“Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh diceburi peniaga atau penjual barangan vape sedia ada ini bagi membantu mereka terus menjalankan perniagaan serta tidak mengganggu mata pencarian mereka,” ujarnya. Sebelum ini, MBMB telah mengeluarkan kira-kira 20 lesen perniagaan kepada peniaga serta peng­usaha rokok elektronik dan vape sekitar bandar raya Melaka.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan dari semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat. -  sumber

SAUDI Putuskan Hubungan dengan IRAN

Saudi telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran di tengah-tengah situasi yang memanas berikutan pembakaran dan penyerangan Kedutaan Besar Saudi di Teheran. Perselisihan kedua negara itu kian meruncing setelah Saudi mengeksekusi ulama Syiah, Nimr Al-Nimr terkait kes terorisme.

Berbicara pada sidang media pada hari Ahad, Menteri Luar Negeri Arab Saudi,Adel Al-Jubeir menuntut misi diplomatik Iran dan entiti terkait untuk keluar dari Saudi dalam tempoh 48 jam.

Jubeir mengatakan Riyadh tidak akan membiarkan Republik Islam Iran merosak keamanan kerajaan Saudi. Jubeir mendakwa serangan Kedutaan Saudi di Teheran mirip dengan apa yang dia sebut sebagai serangan pada kedutaan asing di sana. Dia menuduh Iran menciptakan “sel teroris” di Arab Saudi. sumber

Friday, January 1, 2016

Banda Aceh Bersih daripada Sebarang Sambutan Tahun Baru

Banda Aceh bersih dari perayaan tahun baru

Mantap, Kota Banda Aceh steril alias bersih dari hingar bingar dan hura-hura tanpa makna malam pergantian tahun. Suasana kota malam tadi berlangsung seperti malam-malam biasa; Tak ada sebarang perhimpunan, pesta bunga api atau pentasan jelang detik-detik masuknya tahun baru 2016. Alhamdulilahi Rabil ‘Alamin.

 Adalah Forum Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) setempat telah membuat imbauan yang melarang segala bentuk kegiatan perayaan pergantian tahun. Memetik Okezone, di sekitar Jambatan Pante Pirak hingga Bundaran Simpang Lima, Banda Aceh, Jumaat (1/1/2016) pukul 00.00 wib, tak ada perkumpulan massa. Padahal lokasi ini tahun-tahun sebelumnya jadi pusat konsentrasi warga saat menyambut tahun baru.

Kali ini tak ada satupun pentasan menyalak di lokasi ini. Warga yang melintas dengan kenderaan memang ramai saat memasuki detik pergantian tahun, tapi mereka hanya melintas begitu saja. Sejumlah pegawai keselamatan gabungan Satpol PP, polisi syariah, polri, TNI, petugas Dishub, sukarelawan Radio Antar Penduduk Indonesia (RAPI) yang berjaga-jaga di lokasi itu, melarang pemandu berhenti. Beberapa warung kopi yang dianggap berpotensi dijadikan tempat kumpul massa untuk perayaan tahun baru, juga diminta tutup lebih awal malam tadi.

Di Simpang Lima, Wali Kota Banda Aceh, Illiza Saaduddin Djamal, Kapolresta Banda Aceh Kombes Zulkifli, Ketua DPRK Arif Fadhilah terlihat memantau aktivititi warga. Seunit kereta bomba siaga di lokasi. Sementara melalui pembesar suara, petugas mengimbau agar masyarakat yang masih di jalan agar kembali ke rumah, dan tak merayakan tahun baru Masehi, karena dinilai bertentangan dengan syariat Islam.

“Bagi warga jajaran Banda Aceh untuk kembali ke rumahnya masing-masing, bukan kita merayakan tahun baru, apalagi daerah kita ini daerah syariat Islam. Lebih baik kita berzikir sahaja di rumah,” kata petugas itu berulang kali. Wali Kota Banda Aceh Illiza Saaduddin Djamal bersyukur tidak ada perayaan tahun baru 2016 di kotanya. “Kita patut bersyukur kepada Allah, Insya Allah, Allah akan redha dengan apa yang sudah kita lakukan,” ujarnya, lansir Okezone.

Kapolresta Kombes Zulkifli menilai, larangan perayaan tahun baru 2016 di Banda Aceh lebih berhasil dibanding sebelumnya. “Ini lebih baik dari tahun lalu,” ujarnya. Sementara Kapolda Aceh mengatakan, sebenarnya tak ada yang harus dijaga saat pergantian tahun di Aceh. Namun rondaa rutin tetap saja dilakukan untuk memantau kondisi massa di semua daerah di Aceh. “Tak ada perayaan tahun baru di Aceh, jadi tak ada yang harus dirayakan. Semuanya kita imbau untuk pulang ke rumah masing-masing, pergantian tahun ini seperti biasa saja, tak ada yang harus dirayakan,” kata Kapolda Aceh, lasnsir Serambinews. Kapolda Aceh melakukan rondaan di kawasan Simpang Lima bersama Wali Kota Banda Aceh Illiza Sa’aduddin Djamal, Wakil Wali Kota Banda Aceh Zainal Arifin, Kaporesta Kombes Pol Zulkifli, dan sejumlah lainnya.  sumber

TURKI Bunuh 3,100 Militan Kurdish Sepanjang 2015



ISTANBUL: Pasukan keselamatan Turki membunuh 3,100 militan Kurdish pada tahun 2015, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini. Beliau berikrar akan melancarkan serangan besar-besaran untuk mengusir pemberontak dari bandar dan pergunungan di tenggara negara itu.

Kenyataannya sempena perutusan Tahun Baru disiarkan di televisyen, muncul ketika amaran meningkat ke atas kesan kemanusiaan berikutan perintah berkurung bagi menyokong kempen ketenteraan terbaru memerangi Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan bermula awal bulan ini.

"Pada tahun 2015, seramai 3,100 pengganas berjaya ditewaskan dalam operasi di dalam negara dan luar negara. "Pihak keselamatan berjaya menghapuskan pengganas dari setiap inci kawasan pergunungan dan bandar serta akan terus berbuat demikian," katanya merujuk kepada operasi ketenteraan terhadap kubu kuat PKK di tenggara Turki dan utara Iraq.

Katanya, kerajaan akan berjuang sehingga PKK dihapuskan. Setakat ini kira-kira 200 anggota tentera terbunuh selain sejumlah penduduk awam tidak dikenal pasti. -AFP  sumber

Hotel Mewah di Dubai Terbakar, 16 Cedera



DUBAI: Seramai 16 cedera dalam kebakaran sebuah hotel mewah berdekatan menara tertinggi dunia, Burj Khalifa, beberapa jam menjelang sambutan tahun baharu. Saksi berkata, Hotel Address Downtown yang terletak cuma beberapa blok dari menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa terbakar membabitkan beberapa tingkat ketika siren berbunyi dan helikopter berlegar di udara. Ketua Polis Dubai berkata, tetamu di hotel lima bintang itu dipindahkan dari tempat kejadian dan setakat ini punca kejadian belum dapat dipastikan dan kebakaran tidak dapat dipadamkan sepenuhnya selepas beberapa jam berlaku.

"Semua tetamu dipindahkan. Sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya, kami tidak mempunyai maklumat mengenai punca kejadian," kata Jeneral Khamis Matar al-Mzeima. Sehubungan itu, tweet dari Pejabat Media Dubai berkata: "Sekurang-kurangnya 14 mengalami kecederaan ringan dan seorang agak parah dan seorang lagi mengalami serangan jantung akibat berasak-asak." Seorang saksi, Raphael Slama berkata, kebakaran bermula pada kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan dan merebak di beberapa tingkat hotel berkenaan.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian berkata: "Kebakaran bermula di bahagian tengah hotel dan merebak seperti kilat sebelum merebak ke atas semula." "Orang ramai yang berada dekat dengan tempat kejadian mula panik dan melarikan diri jauh dari situ," katanya. Kumar, yang berada dekat dengan hotel itu berkata: "Kami nampak kebakaran dari tingkat atas, dua jam sebelum tengah malam dan orang ramai mula menjerit dan berlari jauh dari hotel." Terdahulu, pejabat Media Dubai menerusi Twitter berkata, sambutan tahun baharu tetap diteruskan pada ketika api masih marak. "Sambutan tahun baharu di Dubai masih diteruskan mengikut jadual."

Kira-kira satu juta orang berkumpul di sekitar Burj Khalifa untuk menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan berkenaan. Ekonomi Dubai amat bergantung kepada pelancongan dan tahun baharu adalah satu daripada acara paling sibuk yang menarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dari atas menara tertinggi di dunia dan Burj Al Arab dan pulau buatan manusia. Penganjur memasang 400,000 lampu LED di Burj Khalifa dan menggunakan 1.6 tan bunga api bagi pertunjukan menakjubkan selama tujuh minit. Selain itu, seorang saksi yang berada di tempat kejadian berkata, penganjur sambutan tahun baharu dan pihak keselamatan mula panik dan menjerit sambil membawa orang ramai ke Dubai Mall, antara pusat beli belah terbesar di dunia. "Setengah jam kemudian, mereka meminta kami meninggalkan pusat beli belah itu kerana ia akan ditutup, dan orang ramai mula berlari keluar," katanya. "Ramai orang menjerit dan pengsan, keadaan makin sesak, mereka mula tolak menolak dan ambulans banyak di luar," katanya lagi.

Dua tahun lalu pada sambutan tahun baharu, Dubai memecahkan rekod dunia apabila membuat persembahan bunga api terbesar. Pada Februari lalu, kebakaran besar di sebuah bangunan pencakar langit sini memusnahkan pangsapuri mewah di Menara Torch dekat kejiranan Dubai Marina yang didiami ramai expatriat. Pada 2012, Tamweel Tower sebuah bangunan 34 tingkat di daerah Jumeirah Lake Towers turut terbakar. Siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada puntung rokok yang dibuang ke dalam tong sampah. - AFP  sumber

TAIWAN Cipta Aplikasi Penterjemah Bahasa Bayi

TAIPEI 31 Dis. – Sekumpulan saintis di sebuah universiti di Taiwan mendakwa berjaya mencipta sebuah aplikasi menterjemah bahasa bayi yang boleh dimuat naik ke dalam telefon pintar dan tablet, terutama untuk kegunaan ibu bapa menimang cahaya mata buat pertama kali. Portal berita Mail Online melaporkan, memandangkan majoriti orang ramai tidak memahami bahasa bayi, sebuah pasukan penyelidik dari Universiti Hospital Nasional Yunlin Taiwan mencipta sebuah aplikasi yang boleh mentafsir tangisan bayi dan memaklumkan apa yang dia mahukan.

 “Alat Penterjemah Tangisan Bayi itu mampu membezakan empat jenis bunyi tangisan bayi termasuk lapar, lampin basah, mengantuk dan sakit. “Setakat ini daripada hasil kajian kami, aplikasi ini mampu mencecah ketepatan 92 peratus menterjemah bayi dibawah umur dua minggu. Bagi bayi dibawah usia satu atau dua bulan, ketepatan aplikasi itu mampu mencecah 84 peratus atau 85 peratus. “Walaupun bayi berusia empat bulan kemampuan ketepatan aplikasi itu mampu mencecah 77 peratus.” kata seorang Ketua Penyelidik, Chang Chuan-yu. Setakat ini, kumpulan penyelidik mengumpul kompilasi 200,000 bunyi tangisan yang berbeza daripada 100 bayi yang baru lahir dan memuat naik rakaman itu untuk mencipta satu pangkalan data dalam talian yang besar. Aplikasi itu mengambil masa selama 15 saat untuk mendengar dan memproses setiap tangisan bayi. Aplikasi itu juga akan sentiasa mengemaskini pangkalan data ke dalam Cloud Drive dan mesin pembelajaran algoritma yang direka membolehkan ibu bapa menetapkan tetapan peribadi untuk bayi mereka berdasarkan keperluan masing-masing.

 Bagaimanapun, beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan aplikasi itu menjadi tidak tepat ekoran pembesaran bayi, namun para penyelidik percaya aplikasi itu tidak lagi berkesan selepas bayi mencecah umur enam bulan kerana telah menjadi lebih selesa dalam persekitaran mereka. “Selepas memuat turun aplikasi itu, kita hanya perlu menetapkan tarikh lahir dan kewarganegaraan untuk bayi yang baru lahir. “Apabila bayi menangis, kita hanya perlu menekan butang rakaman selama 10 saat dan bunyi yang diterima akan dimuat naik ke Cloud Drive. Selepas diproses keputusan akan dihantar ke telefon pintar ibu semula,” kata Chang lagi. - sumber

Bekas Ejen M15 Dakwa PERANCIS yang Buat Serangan Paris

david

Seorang mantan mata-mata Britain mencetuskan kontroversi dan kemarahan masyarakat kerana mengatakan serangan teroris di Paris, Perancis, yang mengorbankan 130 orang bukan dilakukan oleh ISIS tetapi didalangi oleh ‘orang dalam’ Perancis sendiri.

David Shayler, menyiarkan sebuah video di YouTube yang mendakwa ada banyak bukti ISIS tidak berada di belakang Serangan Paris. Sebaliknya,d ia menyatakan, ‘kekuatan gelap’ badan intelijen Barat berada di sebalik serangan itu.

“Saya fikir ada beberapa desain gelap dalam pola serangan yang terjadi di Paris pada hari Jumaat 13 November. Sekali lagi, itu disalahkan pada ISIS, tapi tampaknya yang bertanggung jawab atas itu semua adalah sebuah operasi yang disebut operasi Gladio Style,” kata Shayler seperti dipetik dari laman Express, Rabu (30/12/2015).
Operasi Gladio Style adalah nama kode untuk operasi klandestein NATO di Italia selama Perang Dingin untuk mempersiapkan dan melaksanakan perlawanan bersenjata di sana dalam hal invasi dan penaklukan Pakta Warsawa.
Shayler bahkan menyatakan, aksi pengepungan selama dua jam yang dilakukan oleh polisi Prancis telah diatur sebelumnya. Ia bahkan mengatakan ada potongan video tentang hal tersebut yang beredar di dunia maya.(ts/acw) sumber