Saturday, February 27, 2016

Al-Qaeda Tolak Gencatan Senjata di SYRIA



BEIRUT: Barisan Al-Nusra dikaitkan Al-Qaeda, hari ini menolak gencatan senjata di Syria dan menggesa pemberontak memperhebatkan serangan ke atas Presiden Bashar al-Assad serta sekutunya.

Pemimpinnya, Abu Mohamad al-Golani, dalam satu mesej audio dimainkan dalam Orient News TV, berkata jika perang Syria tidak diselesaikan, kesannya akan tersebar dalam kalangan penduduk Sunnah di bahagian lain rantau itu, termasuk Semenanjung Arab.

Mesej itu dibuat sebelum gencatan keganasan dijangka berkuat kuasa tengah malam ini mengikut pelan dirancang Amerika Syarikat dan Russia, namun mengecualikan Barisan Nusra dan militan IS. - REUTERS sumber

Tentera FILIPINA Bunuh 42 Militan

Sejumlah 42 orang anggota kumpulan militan yang dipercayai melaungkan taat setia kepada kumpulan militan IS dibunuh dalam operasi selama lima hari oleh pasukan keselamatan Filipina. Jurucakap pasukan tentera, Mejar Filemon Tan berkata, selain itu, pa­sukan keselamatan turut menawan sebuah kubu milik kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) di wilayah Lanao del Sur, Pulau Mindanao, selatan negara ini.

 “Sebanyak tiga orang anggota tentera terkorban, manakala 11 yang lain cedera sepanjang operasi berlangsung. “Tentera Filipina juga berjaya menawan kubu kuat kumpulan militan itu,” katanya kepada pemberita menerusi satu panggilan telefon dari wilayah selatan negara ini. Tambah beliau, ketika ini, pasukan keselamatan masih memburu saki-baki anggota militan berkenaan menggunakan aset-aset ketenteraan yang ada. Tan berkata, pihaknya menggunakan meriam sebaik sahaja mengetahui lokasi persembunyian militan, manakala bom serta serangan roket turut dilancarkan daripada helikopter oleh pasukan tentera udara.

Tambah beliau, serangan tersebut dilakukan berdekatan pekan Butig, yang menempatkan pangkalan terbesar milik Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Bagaimanapun, MILF tidak ter­babit dengan pertempuran baharu itu, sebaliknya membantu kira-kira 8,000 penduduk yang hilang tempat tinggal selepas operasi tersebut bermula 20 Februari lalu. Kerajaan Filipina menandata­ngani perjanjian damai dengan MILF pada Mac 2014 dalam usaha menamatkan konflik selama 45 tahun yang telah meragut nyawa lebih 120,000 orang awam.

Pihak berkuasa Filipina percaya, sebahagian penduduk Islam di wilayah selatan terutamanya bekas pengikut kumpulan militan Abu Sayyaf, terlibat dengan gerakan IS di Iraq dan Syria, namun tidak mempunyai bukti berhubung perkara itu. Di Mindanao ketika ini, pasukan tentera dikatakan masih memburu pengikut kumpulan Abu Sayyaf yang memiliki beberapa kerakyatan asing termasuk Jepun, Belanda, Kanada, dan Norway. – REUTERS -  sumber

Operasi Rahsia AS, BRTAIN dan PERANCIS di LIBYA

aKHBAR “Le Monde” mengungkapkan adanya kehadiran EJen dan pasukan khas Perancis, Britain dan Amerika Syarikat di Libya, dalam rangka menggelar operasi rahasia melawan kelompok pejuang Islam.
“Operasi militer rahasia dan tidak rasmi sebelumnya pernah diungkapkan Presiden Prancis Francois Hollande, untuk mendukung perang melawan kelompok pejuang Islam,” tulis Le Monde dalam terbitannya pada hari Rabu (24/02) lalu.

Dari informasi yang diperoleh Le Monde, operasi militer gabungan AS dan sekutunya di Libya mensasarkan para pemimpin kelompok Islam yang dianggap sebagai penghalang Barat untuk tetap berkuasa di Negara tersebut.

Hingga berita ini diturunkan, Menteri Pertahanan Perancis menolak mengomentari pemberitaan akhbar Le Monde, dan memilih untuk melakukan penyelidikan atas pelanggaran informasi rahasia milik Negara.
Perlu diketahui bahwa pemerintah Perancis dikabarkan telah membentuk satu pangkalan militer di Niger yang berbatasan dengan Libya, dimana pesawat AS telah menggunakannya untuk mengadakan invasi udara di Libya pada pertengahan bulan Februari ini. (Rassd/Ram) sumber

Thursday, February 25, 2016

Madonna Didakwa Cuba Bangunkan Kerajaan Syaitan

uskup william goh

Seorang uskup Singapura meminta penganut Katolik memboikot konsert musik penyanyi Madonna yang dijadualkan minggu depan.

The Telegraph padaSelasa (23/2/2016), Uskup William Goh telah bertemu dengan sejumlah pegawai tinggi Singapura. Dalam pertemuan itu, Goh meminta Singapura menghentikan konsert musik Madona. ”Pertunjukan itu menghina Tuhan,” kata Goh yang juga meminta penganut Katolik tidak mendukung pagelaran yang dinilai ”menjelekkan dan menghina agama katolik”.

Dalam tour seluruh dunia yang dinamai Rebel Heart Tour itu, Madona memang pamerkan aksi gila. Dalam salah satu adegan, Madona akan menyanyi mengenakan berpakaian biarawati berpakaian minim. Penyanyi bernama Madonna Louise Ciccone itu, diiringi para penari latar yang juga berpakaian biarawati warna putih model ketat, dan terlihat perutnya. Lengkap dengan tarian erotks di bawah kayu salib. Meskipun pihak penyelenggara membatalkan adegan itu, namun William Goh, pemimpin gereja Katolik Singapura tetap menuntut agar konsert itu dilarang.

Bukan kali ini saja Singapura melarang pertunjukan Madonna. Pada 1993, Pemerintah Singapura pernah melarangnya manggung setelah pertunjukannya dinilai terlalu banyak melanggar ”Dasar-dasar agama dan moral.”

Kelompok konservatif Korea Selatan mengadakanaksi protes dan menuduh Madonna menghina agama Katolik dan mempromosikan homoseksual. Sementara tour di Filipina juga dikecam para pemimpin Katolik kerana dituduh menghinakan agama Katolik melalui lagunya ‘Judas’ dan kostumnya yang super minim. Konsertnya di Jakarta juga dibatalkan setelah adanya ancaman kelompok ekstrim Islam yang menuduh Madonna cuba ”Membangun Kerajaan Syaitan di Indonesia”.(ts/inlh) sumber

Yang Keluar Isarel Lebih Ramai daripada Yang Masuk

Akhbar Zionis Israel Yediot Aharonot mengungkap data baru yang meresahkan penjajah zionis kerana tingkat penghijrahan keluar warga mereka mencari tempat aman ke luar negara semakin meningkat.
Yediot menyebutkan, tingkat penghjrahan keluar Israel mencari tempat itu itu meningkat cukup tinggi. Sebanyak 10,301 warga yahudi tiba di Israel tahun 2014 namun sebaliknya jumlah warga Israel yang keluar lebih banyak yakni mencapai 17,091 terutama di kota-kota besar dan Al-Quds.

Di laman Yedeot menyebutkan, warga Israel meninggalkan kota-kota besar dan Al-Quds sehingga ini mencemaskan Israel.

Dalam data yang lebih rinci ditegaskan, sebelum Intifadhah meletus saat ini, imigrasi warga Israel ke dalam kota Al-Quds (Jerusalem) tercatat bertambah sebanyak 6,740 di tahun 2014 namun yang keluar dari sana sebanyak 10,301 orang dan sebahagian besar yang keluar dari sana adalah generasi muda antara 15-25 tahun. Di Tel Aviv yang ada pertambahan penduduk sebanyak 930, yang datang sebanyak 20,519 namun yang meninggalkannya 21,449, di Haiva yang datang 7708 dan yang meninggalkannya 8855.

Ini fenomena umum di kota-kota di Israel dari Rishon LeZion, Ashdod, Berseba, Halon, Bnai Brak, Ramat Gan, Bat Yam dan lain-lain.
Khusus di Al-Quds selama beberapa tahun terakhir terjadi imigrasi balik dan mempengaruhi situasi demografi di kota tersebut. (ts/infopalestina) sumber

Tiada Rakyat MALAYSIA dalam Rusuhan di Haryana INDIA

PUTRAJAYA 21 Feb. - Tiada rakyat Malaysia setakat ini terlibat dalam insiden rusuhan di Haryana, India semalam yang mengakibatkan lima kematian dan 78 kecederaan. Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan terus memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa.

 “Kementerian Luar menasihati semua rakyat Malaysia (di India) untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu di sini hari ini. Tambah kenyataan itu, protes yang disebabkan oleh isu kuota dalam perkhidmatan awam dan institusi pendidikan itu telah menyebabkan pihak berkuasa India mengeluarkan perintah berkurung di lima buah bandar.

 Jelas kenyataan tersebut, bandar itu termasuk Sonipat, Gohana, Rohtak, Bhiwani dan Jhajjar. “Protes itu juga telah merebak ke Gurgaon (30 kilometer dari New Delhi) dan terbaharu di New Delhi,’’ kata kenyataan berkenaan.- UTUSAN ONLINE - sumber

Kubur Muslim Tertua di Eropah Ditemui

nimes burial

Pasukan arkeologi yang bekerja di Perancis menemukan tiga kuburan yang diyakini mewakili penguburan Muslim tertua yang pernah ditemukan di Eropah.

Kuburan-kuburan yang terletak di kawasan Nîmes tersebut diperkirakan telah ada sejak abad kelapan lalu.

Kuburan itu pertama kali ditemukan pada tahun 2006 lalu di dekat jalan utama di Nîmes ketika buruh bangunan tengah menggali untuk membuat tempat meletak kereta bawah tanah.

Dalam tiga kuburan itu ditemukan satu kerangka jasad yang diduga meninggal saat usia 20-an, satu kerangka jasad usia 30an dan 50-an. Pada kerangka-kerangka itu tidak ditemukan adanya kesan cedera dalam pertempuran.

Dalam penelitian yang disiarkan di jurnal Plos One itu, ditemukan bahawa kerangka-kerangka dalam kuburan itu dikubur dengan menghadap ke arah Mekah, sesuai dengan upacara pemakaman Muslim tradisional.

muslim-burial-site-nimes

Setelah dilakukan analisis genetik, ditemukan bahawa garis keturunan ayah kerangka-kerangka itu adalah dari Afrika Utara.

Selanjutnya dalam penanggalan radiokarbon menunjukkan tulang kerangka kemungkinan berasal dari abad ketujuh hingga abad kesembilan. Hal itu sekaligus menunjukkan bahawa rangka-rangka itu kemungkinan berasal dari penaklukan Muslim di kawasan Eropah yang terjadi pada zaman tersebut.

“Mengingat semua data tersebut, kami mengusulkan bahawa rangka dari perkuburan Nîmes milik Berber diintegrasikan ke dalam tentera Umayyah selama ekspansi Arab di Afrika Utara,” katakajian tersebut seperti yang dimuatkan dalam The Guardian (Khamis, 25/2).

“Kami tahu bahwa umat Islam datang ke Perancis pada abad kelapan tapi sampai sekarang kami tidak memiliki bukti material perjalanan mereka,” kata seorang antropolog dari National Institute Perancis yang turut ambil bahagian dalam penelitian tersebut, Yves Gleize.

Sebelumnya pernah ditemukan kuburan Muslim tua di kawasan Marseille. Namun kuburan tersebut dipercayai berasal dari abad ke-13. Kuburan Muslim lainnya juga pernah ditemukan di Montpellier yang diperkirakan berasal dari abad ke-12.

Dengan demikian, penemuan terbaru menunjukkan bahawa kuburan Muslim tertua yang pernah ditemukan hingga saat ini berada di Nîmes.(ts/rmol) sumber

Balu Saman MAS atas Kehilangan MH370

SYDNEY 24 Feb. – Balu dan dua anak lelaki kepada salah seorang mangsa tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bertindak mengemukakan saman terhadap syarikat penerbangan itu di mahkamah Australia, hari ini. Yen Li Chong, 49, serta dua anaknya, Justin Jia Tian Tan, 19, dan Javier Jia He Tan, 15, menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada syarikat pe­nerbangan MAS akibat kejutan yang mereka alami selepas mene­rima berita kehilangan pesawat ber­kenaan dua tahun lalu.

Suaminya, Chong Ling Tan merupakan penumpang kabin kelas perniagaan apabila pesawat Boeing 777 itu disahkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Keluarga tersebut mengemukakan saman terhadap MAS di bawah Konvensyen Montreal 1999 yang menetapkan liabiliti ditanggung sya­rikat penerbangan jika berlaku sebarang kemalangan.

“Defendan bertanggungjawab terhadap kejutan seperti yang dialami oleh plaintif pertama, kedua dan ketiga akibat kematian Ling Tan,” jelas writ saman yang difailkan di Mahkamah Agung Victoria itu. Dokumen tersebut mendakwa syarikat penerbangan MAS gagal memastikan keselamatan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan penerbangan itu tidak dipantau dengan baik. Menurut writ saman itu, kejutan yang dialami tiga beranak itu adalah akibat langsung dan boleh diramal daripada kehilangan pesawat syarikat penerbangan itu.

 Writ yang difailkan itu, ba­gaimanapun tidak menyatakan kewarganegaraan plaintif, tetapi keluarga tersebut tinggal di Victoria, Australia. – AFP - sumber

Kanak2 12 Tahun di Penjara Israel

dima

Dima al-Wawi, nama ini disebut-sebut media Israel sebagai gadis teroris yang berusaha membunuh warga dan pasukan penjajah. Padahal dia hanya seorang gadis kecil Palestin 12 tahun tinggal bersama 10 bersaudaranya di rumah sederhana di kota Halhul, utara Hebron.

Israel menangkapnya di pemukiman yahudi Karme Tzur di Hebron dan dituduh berusaha melakukan penikaman terhadap pasukan Israel tanpa ada bukti yang kuat.

Sejumlah lembaga HAM berusaha intervensi agar Dima dibebaskan namun Israel berkeras akan menyeretnya ke pengadilan tentera untuk dihukum penjara 4 setengah bulan dan membayar denda 8000 shekel. Jika benar-benar direalisasikan, Dima akan menjadi tawanan perempuan paling kecil di dunia.

Ibunda Dima, Ummu Rasyid al-Wawi menegaskan, anaknya masih dalam usia kanak-kanak yang suka bermain lari, lompat atau olah raga lain. Meski itu, Dima mengikuti berita Intifadhah dan menghafal nama-nama para syuhada dan bagaimana mereka gugur syahid. Ibunda Ummu Rasyid mengatakan, sangat jelas pengaruh para syuhada terhadap Dima.

Dima membawa gambar poster tawanan Muhammad el-Qiq dan mengatakan kepada ibundanya, “Mama, kalau dia gugur syahid, siapa lagi yang peduli dengan anak-anaknya? Siapa mengajak anak-anaknya merayakan hari raya jika ayahnya tak ada? Bagaimana Ramadhan tanpa ayah?”
  sumber

Tuesday, February 16, 2016

Ingat Semula Setelah 30 Tahun Hilang Ingatan

OTTAWA 14 Feb. - Seorang lelaki di Kanada yang hilang ingatan selama 30 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan, akhirnya mengingati identitinya semula, baru-baru ini. Portal CNN yang memetik kenyataan Polis Wilayah Niagara melaporkan, Edgar Latulip, 51, yang berasal dari Kitchener, Kanada, mula mengingati namanya sejak dia berkhidmat sebagai pekerja sosial pada 7 Januari lalu. Jelas laporan itu, Latulip me­ninggalkan kawasan kediamannya pada 1986 dengan menaiki sebuah bas ke Air Terjun Niagara, tetapi mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke bandar St. Catharines yang menyebabkan kepalanya terhantuk dan dia hilang ingatan akibat kecederaan tersebut.

Sejak kejadian itu, Latulip tinggal di bandar berkenaan selama 30 tahun dan menggunakan nama berbeza, tetapi mula mengingati identiti sebenar baru-baru ini dan melakukan siasatan secara lanjut dengan mengumpulkan maklumat daripada akhbar lama. Dia kemudiannya menemukan kes kehilangan orang yang disiarkan dalam sebuah artikel akhbar tempatan pada 2014 yang sepadan dengan kejadian me­nimpa dirinya, sekali gus merujuk perkara itu kepada pihak polis yang mendapati dia merupakan mangsa yang hilang pada 1986.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga menunjukkan dia mempunyai pertalian darah dengan seorang saudaranya yang tinggal di Waterloo dan pihak berkuasa menghubungi ibunya yang tinggal di Ottawa untuk memaklumkan berita gembira tersebut. Menurut ibunya, Silvia Wilson, dia menyangka Latulip telah diculik dan ada pihak mengambil ke­sempatan terhadap anaknya itu. Pihak polis dan penduduk St. Catharines kini bekerjasama untuk mengatur pertemuan semula Latulip dengan ahli keluarganya. -  sumber

Tentera TURKI Mula Masuki SYRIA?

Rejim Syiah Syria, Ahad (14/2), mengatakan pasukan Turki telah melintasi garis perbatasan dan memasuki wilayah perang untuk membantu rakyat Syria melawan Presiden Bashar al-Assad.

Dalam surat protes ke Dewan Keamanan (DK) PBB, Kementerian Luar Negeri Suriah mengatakan sekitar 100 orang bersenjata — diyakini pasukan dan tentara bayaran Turki — masuk ke wilayah Azas, di sebelah utara Aleppo — untuk bertempur.

Pasukan itu, masih menurut Kementerian Luar, membawa truk pick-up yang dilengkapi senapang mesin berat.

turk army

“Turki juga terus memasukkan amunisi kepada pemberontak Syria melalui Bab al-Salama di wilayah Azaz,” menurut Kementerian Luar Syria. sumber

Ade Armando Percaya Tuhan Benarkan Gay dan Lesbian

ade-armando-_110907190108-430

Tokoh Yayasan Paramadina Ade Armando sekali lagi melontarkan pernyataan kontroversi. Ade menegaskan kononnya Allah tidak mengutuk kaum gay dan lesbian.
 
“Kerana saya percaya orientasi seksual diciptakan Allah, saya percaya Allah tidak mengutuk kaum gay dan lesbian,” tulis Ade di akun Twitter ‏@adearmando1.
 
Menurut Ade, LGBT termasuk golongan pecinta sesama jenis bukanlah penyimpangan. Rasa itu datang dari Sang Pencipta.
 
“Pertanyaannya: dari manakah datangnya perasaan tersebut selain bahwa memang Allah menciptakan manusia dengan potensi perasaan itu? Dengan kata lain, boleh jadi ketertarikan terhadap sesama jenis itu adalah suatu hal yang alamiah dan memang diciptakan Tuhan,” kata Ade.
 
Di sini terlihat sekali jika Ade Armando buta sejarah. Cuba saja dia membaca sedikit tentang Kaum Sodom dan Gomorrah, pasti dia tidak akan menulis pernyataan yang bodoh bin bahlul ini.  sumber

Nenek 82 Tahun dari Palestin Raih Sarjana Hais

fatima

Jika ada ungkapan “belajar tak mengenal batas usia”, maka itulah yang dilakukan oleh nenek dari Palestin bernama Fatima.

Usianya telah menginjak 82 tahun. Namun tak menyurutkan semangat nenek Fatima untuk menyelesaikan pendidikan dan mewujudkan impiannya menjadi sarjana.
 
Perjuangannya tak sia-sia. Pada tahun 2016 ini, nenek Fatima berhasil meraih gelar Sarjana Hadis dari Aqsa University, Gaza, Palestin.
 
Pencapaian ini seolah menebus pengorbanannya dulu yang tak mampu merampungkan pendidikannya di kala muda. Ya, dulu saat muda, nenek Fatima tak dapat meneruskan pendidikan kerana keadaan negaranya yang tidak kondusif dan terus-menerus dilanda konflik.
 
Kisah nenek Fatima ini, baru-baru ini menjadi viral di media sosial Facebook setelah Ulama terkenal asal Jordan, Sheikh Moutasem Al-Hameedy memuatnaik foto sang nenek ke dalam akaun Facebooknya.

Wednesday, February 10, 2016

Guna Helang Tumpaskan Drone

LONDON 8 Feb. - Polis Britain sedang menimbangkan untuk melatih burung helang bagi melakukan ‘serangan’ ke atas pesawat kawalan jauh atau drone yang kini menimbulkan ancaman di ibu negara ini. Komisioner Metropolitan, Sir Bernard Hogan-Howe mendapat idea tersebut setelah melihat kejayaan Belanda melatih burung-burung pemangsa itu menyambar drone di udara. Beliau telah meminta ketua-ketua polis di Scotland Yard untuk mengkaji kemungkinan menggunakan burung helang bagi menjadikan kota London lebih selamat, selepas timbul kebimbangan drone digunakan oleh kumpulan penjenayah untuk menyeludup dadah ke dalam penjara.

Menurut portal mirror.co, pegawai-pegawai kanan polis percaya drone juga boleh digunakan pengganas untuk menggugurkan bom atau mengintip sasaran tertentu. Scotland Yard sedang mengkaji secara serius kemungkinan menggunakan burung pemangsa itu sebagai pendekatan terbaharu bagi menangani jenayah kerana tindakan menembak drone adalah terlalu berbahaya.

Jurucakap Scotland Yard berkata, pihaknya berminat dengan semua idea inovatif termasuk ‘projek helang’ yang diguna oleh Belanda. Polis Belanda melatih burung helang untuk ‘menangkap’ drone dan membawanya turun ke tanah dalam usaha menguatkuasakan undang-undang baharu drone bagi menghalangnya berada dalam kawasan larangan.

Menurut seorang anggota polis, Mark Wiebe, drone yang mempunyai kamera diharamkan di Belanda kerana boleh menimbulkan bahaya jika terjatuh dan menimpa orang ramai. Di Britain, drone turut menimbulkan ancaman, walaupun pesawat itu boleh terbang sejauh kira-kira 150 meter di kawasan sesak dan 50 meter dari manusia, kapal, kenderaan atau bangunan tanpa dikawal oleh juruterbang. Baru-baru ini sebuah drone hampir melanggar sebuah kapal terbang berhampiran bangunan Parlimen Britain dalam kejadian yang disifatkan oleh juruterbang kapal terbang terlibat sebagai ‘bernasib baik’. - sumber

Ladang Ketum 32 Hektar di Satun



SATUN: Sepasukan anggota polis, tentera dan pegawai perhutanan di Satun menemui sebuah kebun ketum berkeluasan 32 hektar di Bukit Bantat, daerah Manang di Satun, selatan Thailand. Ketua Polis Bahagian kesembilan, Jen (Pol) Wirapong Chuenpakdee, berkata kebun terbabit terletak di dalam hutan simpanan hidupan liar yang bersempadan dengan wilayah Trang dan Phattalung.

Beliau berkata, penemuan itu adalah hasil siasatan polis susulan kejadian rumah ketua kampung daerah Manang ditembak beberapa lelaki bersenjata pada 3 Februari lalu. Kejadian tembakan terhadap rumah ketua kampung itu dipercayai kerana mahu membalas dendam berikutan tindakannya membongkar kewujudan kebun ketum di tengah-tengah hutan simpan hidupan liar itu.

Dalam kejadian itu, anaknya yang berusia sembilan tahun, maut. Wirapong berkata, seramai 150 anggota polis, tentera dan perhutanan terpaksa berjalan kaki selama dua jam untuk sampai ke kebun terbabit, yang dijaga dengan rapi untuk menghasilkan daun ketum Gred A.

"Polis akan menjalankan siasatan lebih lanjut dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai tempatan yang bersubahat dengan kegiatan itu," katanya. Wirapong berkata, daun ketum dari kebun itu dijual di wilayah selatan Thailand. - BERNAMA  sumber

Bayi Mati Hidup Semula

BEIJING 9 Feb. - Seorang bayi yang disahkan telah meninggal dunia dan ditinggalkan semalaman di bilik mayat, disahkan masih hidup ketika persiapan untuk membakar mayatnya dijalankan. People’s Daily Online melapor­kan, bayi lelaki bernama An An yang berusia sebulan itu didapati masih bernafas di Rumah Mayat Pan’an di Jinhua, wilayah Zhejiang pada Jumaat lalu selepas 15 jam ‘mayatnya’ ditempatkan di dalam peti sejuk pada suhu -12 darjah Celcius. Dia segera dibawa ke Hospital Pan’an dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Bapa bayi itu turut terkejut menerima makluman daripada rumah mayat berkenaan.

Doktor yang merawat bayi itu berkata, ini adalah kali pertama beliau menyaksikan orang yang diisytihar mati hidup semula. “An An dilahirkan pramatang di Hospital Pan’an pada bulan lalu. Dia terpaksa dirawat di dalam inkubator selama 23 hari. “Bapanya mahu membawanya pulang untuk meraikan Tahun Baharu Cina, namun keadaan An An semakin teruk,” kata doktor itu.

Tambah beliau, bayi itu disahkan meninggal dunia 4 Februari lalu. Sebelum An An dihantar ke bilik mayat, tubuhnya dibalut dengan dua lapisan baju sebelum disimpan di dalam sebuah beg tebal, yang dipercayai menyelamatkan nyawanya. Doktor bagaimanapun masih bimbang tentang kesihatan bayi tersebut. – AFP - sumber

Tuesday, February 9, 2016

CHECHNYA Bantu RUSIA Pertahan Assad

Ramzan Kadyrov

Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov mengakui bahawa dirinya telah mengirimkan pasukan terbaik ke Syria, dalam rangka membantu Rusia melawan kelompok mujahidin anti Syiah Bashar Al Assad.

“Mereka yang dikirim ke Syria bertugas mengumpulkan informasi tentang struktur organisasi dan anggota kelompok revolusi anti-Assad, serta mengidentifikasi sasaran untuk pengeboman dan mendokumentasikan hasil,” ujar Ramzan Kadyrov seperti yang disiarkan Sky News.

Ramzan Kadyrov melanjutkan, “Tentera terbaik kami ada yang masuk menyusup ke jajaran kelompok pejuang militan, ataupun menyamar menjadi pelatih kelompok pejuang sejak awal perang di Syria pada tahun 2011.”

Ramzan menjelaskan bahawa kehadiran pasukan Chechnya di Syria adalah membantu pemerintah Rusia untuk mengidentifikasi sasaran pengeboman milik Negara Islam dan kelompok pejuang Suriah lainnya. (Dostor/Ram) sumber

Thursday, February 4, 2016

Proses Autonomi Selatan FILIPINA Buntu

MANILA: Pegawai kerajaan Filipina mendedahkan Kongres negara itu kesuntukan masa untuk meluluskan satu undang-undang autonomi Islam di bawah pentadbiran presiden semasa, sekali gus mencetuskan kebimbangan yang kebuntuan itu akan menyebabkan puak gerila melancarkan serangan.

Senator dan Ahli Dewan Perwakilan hanya mempunyai tempoh sehingga hari ini untuk membahaskan undang-undang itu sebelum mereka memulakan cuti tiga bulan bermula akhir minggu ini. Undang-undang yang lama tertangguh itu adalah asas perjanjian damai yang dimeterai kumpulan pemberontak terbesar Islam di selatan Filipina dan tempoh pemerintahan Presiden Beningno Aquino III bakal berakhir Jun ini.

Seramai 44 komando polis maut dalam pertempuran yang membabitkan sebahagian gerila awal tahun lalu ternyata menjejaskan kelulusan rang undang-undang autonomi seperti yang digariskan perjanjian damai pada 2014. - AP sumber

2 Kanak2 Berwajah Orang Tua


Anjali Kumari (pictured), seven, and her 18-month-old brother Keshav Kumar  suffer from a rare skin condition that leaves them looking like pensioners

Anjali Kumari, seven, and her 18-month-old brother Keshav Kumar (pictured) suffer from a rare skin condition that leaves them looking like pensioners

RANCHI 3 Feb. – Dua beradik di India, Anjali Kumari, 7, dan Keshav Kumar yang baru berusia 18 bulan, menggemparkan penduduk kampungnya apabila rupa paras mereka kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar. Adik beradik itu dilaporkan mengalami sindrom penyakit kulit yang jarang ditemui, iaitu Progeria yang membuatkan rupa paras seseorang yang mengalaminya kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

Teased: The siblings' parents are desperate for a cure, to put an end to their children's painful joints, swollen faces and sagging skin

Anjali dan Keshav menetap di Ranchi, Jharkhand, bersama ibu bapa mereka, Rinki Devi, 35, dan Shatrughan Rajak, 40. Anak sulung pasangan berkenaan, Shilpi, 11, tidak mengalami sindrom penyakit kulit tersebut. Keadaan itu, menyebabkan dua beradik terbabit sering menjadi bahan ejekan ketika berada di luar rumah.

Siblings: Anjali Kumari, 7, poses for a picture with her sister Shilpi Kumari, 11, at their home in Ranchi, India

 “Saya tahu rupa saya berbeza dengan budak-budak lain yang sebaya. Orang sering memerhatikan saya dan mengutuk rupa saya,” kata Anjali kepada Mail Online. Kanak-kanak sekolah itu berkata, dia sering dipanggil dengan gelaran ‘daadi Amma’ (nenek), ‘budhiya’ (perempuan tua), ‘bandariya’ (monyet), dan ‘hanuman’ (seekor dewa monyet Hindu) Ibu bapa kanak-kanak itu sangat berharap agar penyakit tersebut dapat dirawat, namun beberapa doktor di India memberitahu mereka agar pergi mendapatkan bantuan perubatan di luar negara.  sumber

RUSIA Lebih Banyak Serang Pejuang Revolusi berbanding IS

Philip Hammond

Menteri Luar Negeri Britain, Philip Hammond, menyebut serangan udara Rusia di Syria sejak 4 bulan terakhir sebenarnya meningkatkan kekuatan milisi organisasi Negara Islam, dalamsidang media setelah mengunjungi kem pelarian Za’atari di Jordan pada hari Selasa (02/02) lalu.

“Kurang dari 30% serangan udara Rusia mensasarkan milisi negara Islam dalam 4 bulan terakhir. Sedangkan sisanya sebanyak 70% lebih ditujukan kepada kelompok pejuang revolusi Syria yang menginginkan kejatuhan Syiah Assad,” ujar Philip Hammond.

Philip Hammond melajutkan, “Rusia hanya berbicara apa yang mereka inginkan..Dan masalah sebenarnya dengan Moscow adalah pengeboman di wilayah Suriah dan dukungannya kepada Syiah Assad, dan di saat yang bersamaan mereka ingin mengadakan pembicaraan mengenai solusi krisis di Syria.”

Sementara itu menanggapi pertanyaan wartawan mengenai tindakan Syiah Iran kepada Assad, Menteri Luar Philip Hammond menekankan bahawa Rusia dan Syiah Iran adalah sama saja kerana kedua-duanya tidak memiliki perbezaan. (Rassd/Ram) sumber

Wednesday, February 3, 2016

Ninja Mula Muncul di Gaza

Ninja Gaza - 4

Meskipun berada jauh dari tempat asalnya di negeri matahari terbit “Jepun”, sekelompok warga di Jalur Gaza kini ramai mempopularkan seni beladiri ninja sebagai salah satu alternatif untuk membekali diri dari tindak kriminal dan agresi penjajah Zionis Israel.

Ninja Gaza - 2

Menurut Anatolia dalam wawancara dengan master ninja Palestin, Ahmad Samur, mengatakan bahawa memerlukan waktu yang agak lama bagi seseorang jika ingin benar-benar menguasai ilmu bela diri yang mengutamakan kelincahan dan kecepatan ini.

Ninja Gaza - 6

“Saya telah mempelajari ilmu beladiri ninja sejak umur 8 tahun melalui internet. Ya tentunya kita sudah tahu bahawa sekatan Zionis Israel menjadi halangan terbesar bagi saya untuk lebih memperdalam seni beladiri ini dari negeri asalnya,” ujar Ahmad Samur.

Ninja Gaza - 8

Ahmad Samur melanjutkan, “Di sini rakan-rakan akan berlatih biasanya sebanyak 2-3 kali dalam satu pekan, dengan lama waktu latihan tidak melebih dari 3 jam. Dan kini seni beladiri ini mulai dilirik oleh masyarakat Palestin di Jalur Gaza.”

Ninja Gaza -

 sumber

Ikhwan Jordan Menolak Jenayah Antarabangsa

ikhwanul muslimin Jordania

Dewan Syariah Parti Jabhah Amal Islam, cabang kelompok Ikhwanul Muslimin di Jordan, meminta dunia antarabangsa segera turun tangan menghentikan jenayah kemanusiaan terhadap umat Islam di Iraq dan Syria dari kebiadaban teroris syiah.

“Saat ini dunia hanya senyap melihat pembantaian yang terjadi terhadap umat Islam di Iraq, kami melihat adanya usaha bersama untuk mengubah keadaan geografis, sosial, politik dan demografik yang ingin menjadikan kaum Muslimin sebagai golongan minoriti di kawasan” tulis Dewan Syariah Parti Jabhah Amal Islam.

Dewan Syariah Parti Jabhah Amal Islam melanjutkan, “Sementara di Syria, dunia ikut berkontribusi memperdalam luka rakyat dengan mendukung pembantaian dan pengusiran warga awam, serta mendukung penjajahan Zionis Israel di tanah Palestin dengan menciptakan situasi yang tidak stabil di kawasan internasional.”

Konflik bersenjata di Irqk muncul pada tahun 2014 akibat dari sikap diskriminatif pemerintahan Syiah mantan PM Nouri Al Maliki terhadap umat Islam Irak, yang berlangsung sejak tahun 2006 hingga 2014. (Rassd/Ram) sumber

Awan Raksasa Menuju Galaksi Bima Sakti

Awan-raksasa-681x454

Sebuah awan raksasa terlihat dalam perjalanan menuju Galaksi Bima Sakti dengan kecepatan 700 ribu mil per jam. Menurut kiraan para astronom, warga dunia tak perlu panik kerana awan tersebut akan tiba dalam amsa sekitar 30 juta tahun lagi.

Astronom melalui Teleskop Luar Angkasa Hubble menjelaskan, kemungkinan awan antariksa yang menuju Galaksi Bima Sakti, akan menjadi malapetaka bagi umat manusia.

Astronom memprediksi akan ada pembentukan ‘bintang spektakular’, yang mungkin menyediakan gas yang cukup untuk membentuk dua Matahari atau bahkan lebih.

Dikatakan oleh Andrew Fox dari Space Telescope Science Institute di Baltimore, Maryland, Amerika Serikat, awan tersebut merupakan bukti bahawa bagaimana Galaksi kita akan berubah.

“Awan ini adalah contoh bagaimana Galaksi berubah seiring waktu. Ia (awan) itu memberikan informasi kepada kita bahawa Bima Sakti ‘menggelegak’, menuju tempat yang sangat aktif di mana gas dapat dilempar keluar dari salah satu bahagian dari ‘disk’ dan kemudian kembali ke dalam dengan yang lain,” katanya, demikian menurut HufftingPost.

Sementara itu, Mahasiswa Doktoral Astronomi, Gail Smith, menemukan awan ‘Smith Cloud’ pada 1960 lalu. Para peneliti percaya bahawa panjangnya 11 ribu tahun cahaya dan lebarnya 2.500 tahun cahaya. Fox bersama pasukannya baru menggunakan Teleskop Luar Angkasa Hubble untuk belajar tentang komposisi kimia awan tersebut dan asal-usulnya.

Ahli astronomi lebih lanjut mengungkapkan, bagaimana awan tersebut terlempar dari jalur Bima Sakti sejak awal dan apa yang telah membuatnya akan kembali (bersatu) masih belum diketahui. Hanya penelitian lebih lanjut akan menginformasikan kebenarannya.(ts/aktual) sumber