Thursday, March 31, 2016

Haramkan Masjid di JERMAN, Desak Antipendatang

BERLIN: Parti antipendatang, Alternatif for Germany (AfP) menuntut pembinaan dan fungsi masjid dihentikan atas alasan Islam bukan untuk negara itu. Cabang parti itu di Lower Bavaria merangka dokumen dasar baru yang mencadangkan penutupan semua masjid yang beroperasi atau dalam pembinaan di Jerman, lapor kumpulan media Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND). 

Dalam dokumen setebal 45 muka surat itu, 'The Courage to take Responsibility', menjelaskan keperluan pengharaman itu dengan berkata Islam melanggar Perlembagaan dan bukan untuk Jerman, menambah kebebasan beragama di Jerman perlu ada had munasabah. Apabila Artikel 4 yang menggariskan kebebasan itu, tiada siapa menyangka ada agama yang menggalakkan keganasan dan mahu menguasai dunia, menurut dokumen berkenaan. 

"Masjid bukan saja mempromosikan solat wajib tetapi menyebarkan ajaran Islam bertujuan menepis arahan perundangan," dakwa dokumen itu. Pada masa sama, dokumen kontroversi itu mendakwa al-Quran dipenuhi dengan 'pembohongan dan penipuan' dan Islam sudah menguasai 57 daripada 190 negara di dunia. Pemimpin AfD di Bavaria, Petr Bystron, memberitahu kumpulan penerbitan RND, ia tidak menyokong manifesto itu walaupun sedar rang berkenaan bertembung dengan banyak cadangan balas dalam parti berkenaan.

sumber

Ceroboh Perairan MALAYSIA, Duta CHINA Dipanggil

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan laporan akhbar sebelum ini berhubung kehadiran sejumlah besar kapal nelayan mengibarkan bendera China yang menceroboh kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan. Berdasarkan laporan pihak berkuasa Malaysia, Kementerian Luar berkata, kapal berkenaan berada dalam perairan negara ini bersama kapal pengawal pantai republik itu.

 "Sehubungan itu, Kementerian Luar hari ini memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, untuk mendapatkan penjelasan dan memaklumkan kebimbangan Malaysia berhubung isu ini. "Kita percaya China berkongsi dan berpegang kepada sentimen hubungan rapat lagi meluas kedua-dua negara sudah lama berakar umbi. "Malah, ia kini dipertingkatkan kepada perkongsian strategik komprehensif," kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Kementerian Luar menegaskan, perkongsian itu berpaksikan kepada sikap saling menghormati kedaulatan, integriti persempadanan, kesaksamaan, persetujuan bersama bagi mengelak kekasaran dan campur tangan dalam isu dalaman negara masing-masing, manfaat bersama serta mengekalkan kemakmuran. 

Dalam konteks itu, Kementerian Luar yakin semangat setia kawan dan keikhlasan Malaysia-China dapat merumuskan penyelesaian secara damai bagi isu membabitkan kedua-dua negara. 

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, mendedahkan sekurang-kurangnya 100 bot dan kapal dari China dikesan di perairan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan, kira-kira 84 batu nautika dari Pantai Miri, Sarawak. Susulan laporan itu, tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak dihantar ke perairan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan dari Pantai Miri bagi membuat pemantauan.

sumber 

Tangan BRITAIN dan RUSIA di SYRIA

Menteri Luar Negeri Britain, Philip Hammond, menyebut Rusia sebagai ancaman bagi keamanan internasional setelah apa yang dilakukan negara bekas pecahan Uni Soviet tersebut dalam krisis di Crimea dan Syria.
“Rusia telah mengabaikan norma-norma dan perilaku internasional serta melanggar aturan internasional. Ini merupakan tentangan dan ancaman bagi kita semua,” ujar Philip Hammond dalam sidang medianya pada hari Rabu (30/03) lalu.
Menteri Luar Philip Hammond melanjutkan, “Telah tiba waktunya bagi Rusia untuk memainkan peranan konstruktif dalam situasi internasional dan menghormati undang-undang internasional jika ingin membina hubungan dengan Britain.”
Sementara itu menanggapi konflik di Syria, Menlu Philip Hammond menekankan bahawa Rusia memiliki peranan penting dalam mendominasi tindakan rejim Syiah Bashar Al Assad baik secara politik maupun militer, meskipun saat ini kita tidak melihat hal tersebut dimainkan oleh Rusia. (Rassd/Ram) sumber

Wednesday, March 30, 2016

Drama Rampasan Pesawat MESIR Tamat

larnaca, Cyprus 29 Mac - Drama rampasan pesawat EgyptAir yang menggemparkan Mesir selama beberapa jam hari ini, berakhir apabila suspek ditahan selepas menyerah diri dan semua penumpang dibebaskan.

Kejadian bukan bermotifkan keganasan, namun ada laporan mendakwa, suspek, Seif Eldin Mustafa, 27, yang tidak stabil dari segi mental berbuat demikian untuk bertemu bekas isterinya di Cyprus.

Insiden tersebut bermula apabila suspek yang dilengkapi bahan letupan mengugut juruterbang pesawat penumpang EgyptAir MS191 supaya melakukan pendaratan di sebuah lapangan terbang di Cyprus.

Seif Eldin yang memiliki kerakyatan Mesir dan Amerika Syarikat dikatakan menghubungi pusat kawalan udara di Lapangan Terbang Larnaca pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan selepas mengancam mahu meletupkan pesawat yang dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kaherah, dan kebenaran untuk mendarat perjalanan hanya diberikan kira-kira 20 minit kemudian.

Kementerian Penerbangan Awam Mesir dalam kenyataannya turut mengesahkan, juruterbang pesawat MS181, Omar al-Gammal menghubungi pihak berkuasa selepas dia diugut lelaki berkenaan sekali gus tidak memberikannya pilihan selain melakukan pendaratan di Cyprus.

Kementerian terbabit menambah, seramai 21 rakyat asing menaiki pesawat berkenaan termasuk lapan rakyat Amerika Syarikat (AS), masing-masing empat dari Belanda dan Britain dan seorang rakyat Perancis, manakala selebihnya merupakan penumpang Mesir.

Dalam kenyataan yang sama, kementerian itu juga mengesahkan seramai 81 orang berada dalam pesawat tersebut termasuk 21 warga asing dan 15 orang kru pesawat.

Sepasukan pakar krisis juga dikerah ke lapangan terbang itu dan hasil rundingan menyaksikan suspek pada mulanya membebaskan semua penumpang kecuali tiga rakyat asing dan empat kru pesawat.

Saksi kejadian berkata, lelaki ber­kenaan melemparkan sepucuk surat keluar dari pesawat dan meminta surat yang ditulis dalam bahasa Arab itu dihantar kepada bekas isterinya.

Susulan kejadian, pihak berkuasa Cyprus menutup lapangan terbang terbabit buat sementara dan semua penerbangan dialihkan ke Paphos yang terletak di bahagian barat negara ini.

Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades turut mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.– REUTERS/AFP sumber

Telefon Bimbit Terkecil Pilihan Banduan

LONG-CZ mempunyai saiz sebatang jari manusia dan kini menjadikannya

DUBLIN 29 Mac - Sebuah telefon bimbit mini yang hanya sebesar saiz sebatang jari manusia kini menjadi gajet pilihan banduan-banduan di Ireland untuk diseludup masuk dan disimpan di pusat-pusat tahanan di negara ini.

Malah menurut laporan Mail Online, telefon yang dikenali sebagai LONG-CZ itu hanya diperbuat daripada plastik, sekali gus membolehkannya diseludup masuk ke penjara kerana gagal dikesan oleh mesin pengimbas.

Telefon bimbit LONG-CZ hanya mempunyai berat 18 gram dengan ukuran panjang 68 milimeter (mm) dan lebar 23 mm, saiz yang terlalu kecil sekali gus menggantikan te­lefon bimbit yang dikenali sebagai ‘key fob’ yang menjadi kegemaran banduan sebelum ini.

Selain itu, LONG-CZ boleh dibeli dengan mudah di laman beli-belah maya dan kedai terpakai pada harga serendah 25 pound (RM142) sahaja.

LONG-CZ ketika ini dipasarkan sebagai telefon bimbit paling kecil di dunia dan diiklankan secara dalam talian sebagai gajet yang mampu ‘mengalahkan’ sistem Pengimbas Keselamatan Bukaan Badan (BOSS) yang dipasang di penjara-penjara Ireland.

Menurut sumber, telefon itu mudah diseludup masuk ke penjara te­rutamanya pada hari banduan dibenarkan bertemu keluarga dengan cara memasukkannya ke dalam dubur, sementara kad SIM akan ditelan.

Pihak berkuasa penjara berjaya me­rampas sejumlah besar telefon bimbit seludup iaitu sebanyak 805 unit pada 2013, manakala 728 lagi pada 2014.

Telefon bimbit biasanya digunakan banduan untuk berhubung dengan dunia luar bagi meneruskan kegiatan jenayah mereka.
 sumber

Konflik Laut China Selatan Berpotensi Perang

Wakil Ketua DPR RI Fadli Zon meminta pemerintahan Jokowi untuk mempersiapkan diri menghadapi kemungkinan perang yang terjadi di Laut China Selatan.
“Tidak mustahil akan terjadi perang di laut Cina Selatan, dalam hal ini Indonesia juga mesti mengantisipasi dan mempersiapkan untuk mencegah perang,” ujar Fadli Zon kepada Teropong Senayan di Jakarta, Selasa (29/3/2016).

Menurut Fadli Zon, permasalahan laut Cina Selatan merupakan masalah yang sangat pelik kerana melibatkan negara besar yang berkonflik. Seperti, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia dan Cina.

“Saya kira memang masalah laut Cina selatan yang sangat pelik, melibatkan negara-negara besar dan melibatkan konflik negara juga sehingga mesti ada tindak susul serius,” jelas ahli politik Parti Gerindra itu.

Seperti diketahui Jepun telah menyampaikan kekhuaatirannya mengenai kehadiran Rusia di pulau sengketa, akibat kemungkinan Negara Beruang Merah membangun markas Angkatan Laut (AL) di gugusan pulau Pasifik Barat.

Dilaporkan, kekhuaatiran ini disampaikan oleh jurucakap pemerintah Negara Sakura pada Isnin 28 Maret dan ini menjadi isu terbaru dalam perebutan justifikasi terhadap pulau sengketa tersebut.
Kekhuaatiran ini sebenarnya  kerana minggu lalu Menteri Pertahanan (Menhan) Rusia Sergei Shoigu memberikan komentar bahawa Rusia sedang mempelajari kemungkinan untuk membangun markas AL di Pulau Kurile.
 (ts/ts) sumber

Thursday, March 24, 2016

Mayat Ambil Duit

Plymouth, Amerika Syarikat: Seorang lelaki tergamak membawa mayat ibunya ke bank semata-mata untuk mengeluarkan wang sebelum membuat laporan polis bagi memberitahu wanita itu sudah meninggal dunia.

David John Vanzo, 57, dilaporkan membawa mayat ibunya dengan kerusi roda untuk mengeluarkan wang berjumlah AS$850 (RM3,452) dari akaun wanita itu pada 5 Januari lalu.


Selepas mengeluarkan wang Vanzo pulang ke rumah sebelum menghubungi polis bagi memberitahu ibunya sudah meninggal dunia.
Polis yang datang ke rumah Vanzo mendapati mayat wanita itu terbaring di atas katil yang dipenuhi najis dan masih memakai baju kot serta berkasut.
Pemeriksaan perubatan mendapati wanita itu mungkin sudah meninggal dunia ketika Vanzo membawanya ke bank untuk mengeluarkan wang.
Pegawai bank memberitahu polis, wanita itu langsung tidak bergerak dan berbau busuk ketika Vanzo membawanya masuk.

Katanya, Vanzo memegang tangan ibunya untuk mendapatkan cap jari wanita itu bagi mengeluarkan wang dari akaun milik mendiang.

Pendakwa raya berkata, Vanzo tinggal dengan ibunya pada 2007 dan menguruskan kewangan wanita itu sejak 2012.

Tambahnya, Vanzo menghilangkan diri selepas kematian ibunya itu tetapi ditangkap baru-baru ini di Pamona, California.

"Vanzo didakwa di mahkamah atas tuduhan pengabaian jenayah dan mengeksploitasi kewangan ibunya," katanya.

Selain dituduh gagal menjaga ibunya dengan baik, Vanzo juga didapati mengambil wang berjumlah AS$260,000 (RM1.1 juta) dari akaun wanita itu. sumber

Saman ke ats PM MALAYSIA

Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta. sumber

Majlis Ilmu Abu Zulfiqar


Gencatan Senjata di YAMAN Mulai 10 April

NEW YORK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman mengumumkan satu gencatan senjata membabitkan negara berperang itu bermula 10 April ini disusuli rundingan damai baharu mulai 18 April di Kuwait.

Ismail Ould Cheikh Ahmed melakukan pengumuman itu dalam satu sidang media selepas rundingan panjang dengan kerajaan diiktiraf antarabangsa dan pemberontak Syiah serta beberapa negara serantau termasuk Amerika Syarikat dan Perancis.

Cubaan terdahulu untuk melaksanakan satu gencatan di Yaman gagal dilaksanakan di lapangan dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar syarat gencatan. Negara paling miskin dunia Arab itu dilanda pergolakan antara kerajaan diiktiraf antarabangsa yang disokong pakatan diterajui Arab Saudi dan pemberontak sekutu kepada bekas presiden, Ali Abdullah Saleh. - AP sumber

Trump Mahu Baitul Maqdis Jadi Ibu Negara Israel

WASHINGTON 22 Mac – Pendahulu pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Donald Trump menyatakan, beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara AS ke sana. Jutawan selebriti itu berkata demikian sebelum beliau berucap di hadapan kumpulan pelobi pro-Israel, AIPAC, di sini, semalam meskipun Trump sebelum ini menyatakan akan le­bih neutral dalam konflik Israel-Palestin.

 “Tidak ada individu yang lebih pro-Israel berbanding saya. Kita perlu melindungi Israel, Israel sangat penting buat kami,’’ katanya. Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, namun kebanyakan negara termasuk AS enggan memin­dahkan kedutaan mereka di wilayah itu ketika status dan kawasan sempadannya masih dipertikaikan. Palestin juga melihat bandar itu sebagai ibu negara dan sebarang perjanjian damai yang bakal dicapai perlu mengiktiraf perkara berkenaan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke sana, Trump berkata; ‘Ya, saya akan lakukannya.’’ “Hakikatnya saya mahu kedutaan itu dipindahkan, saya mahu melihatnya di Baitulmaqdis,’’ katanya. Palestin menganggap ban­dar yang turut dianggap suci kepada penganut Islam, Kristian, dan Yahudi sebagai ibu negara mereka dan sebarang perjanjian damai antara kumpulan berkenaan perlu memasukkan satu perjanjian tentang kedaulatan Baitulmaqdis.

Semasa perang 1967, tentera ­Israel menawan kawasan Baitulmaqdis Timur dan memaksa pe­ngunduran tentera Jordan serta menguasai beberapa kawasan dihuni penduduk Arab. – AFP sumber

Jumlah Tentera RUSIA di SYRIA dan Kelengkapannya

5 bulan Rusia di Suriah

Rusia mengerahkan 4 ribu pasukan darat, termasuk pasukan khas Spetsnaz, yang bermarkas di 2 Pangkalan Udara Humaimam dan Pangkalan Laut Tartus.

Selain mengerahkan 70 pesawat udara pelbagai jenis di Syria, Rusia juga mendatangkan sistem pertahanan rudal BUK yang menembak pesawat Malaysian Airlines MH17 pada 17 Julai 2014 lalu dan sistem pertahanan rudal S-400 yang baru saja didatangkan pada Rabu 25 November 2015, serta sejumlah senjata altileri berat dikerahkan militer Rusia di sekitar Pangkalan Udara Humaimam.

Sedangkan untuk kekuatan laut, Rusia total mengerahkan 12 kapal perang berbagai jenis yang disandarkan di Pangkalan Laut Tartus yang terdiri dari:
7 kapal perang
2 kapal fregat
1 perahu pengintai
1 kapal selam jenis thypon
Dan 1 kapal perosak pengangkut peluru berpandu. sumber

Saturday, March 5, 2016

Sumpah Pocong di INDONESIA

Gambaran menunjukkan bagaimana upacara sumpah pocong dilangsungkan

SITUBONDO, JAWA TIMUR - Gara-gara dituduh mengamalkan ilmu hitam, sepasang suami isteri di sini memilih untuk menjalani upacara ‘sumpah pocong’ iaitu sumpahan yang dilakukan dalam keadaan seperti mayat yang dibaluti kain kafan dan membuat pengakuan menafikan terbabit dengan perbuatan itu. Sarrip, 55, dan isterinya, Suryati, 50, terpaksa melakukan upacara itu selepas dituduh oleh jirannya menjadi penyebab kepada anak dan cucu mereka menderita, walaupun firasat itu diperoleh menerusi mimpi. “Kami tidak dapat terima dituduh memiliki ilmu santet (ilmu hitam). Tuduhan itu telah mencemarkan nama baik kami. “Apatah lagi dia (yang menuduh) mengancam saya kalau anak dan cucunya tidak sembuh. Maka kami sedia melakukan upacara sumpah pocong. Ini kerana kami benar-benar bukan dukun santet,” kata Sarrip sebelum menjalani upacara berkenaan.

Menurut laporan detik.com, pelaksanaan sumpah pocong itu adalah atas permintaan jirannya yang didakwa mengalami mimpi yang menunjukkan pasangan suami isteri itu terbabit dalam aktiviti ilmu hitam. Disebabkan itu, jiran terbabit yakin sakit yang dideritai anak dan cucunya adalah akibat daripada tindakan pasangan suami isteri berkenaan. Upacara sumpah pocong itu dilakukan di Masjid Baitur Rahman di Desa Palangan, Daerah Jangkar. Sepanjang upacara tersebut, jasad Sarrip dan Suryati dibungkus dengan kain kafan seperti orang yang sudah meninggal dunia. Habib Ali Mustafa yang memimpin pembacaan sumpah itu berkata: “Sumpah pocong ini berdasarkan kemahuan masyarakat sendiri. Jadi diyakini, siapa yang berbohong maka sumpah ini akan kembali kepada dirinya sendiri,” katanya. Pelaksanaan upacara itu menarik perhatian orang ramai, khususnya penduduk setempat dan kawalan keselamatan terpaksa diperketatkan di pekarangan masjid tersebut bagi mengelakkan kekecohan.

Selain penduduk setempat, upacara itu turut dihadiri Ketua Polis Kepala Desa Palangan, Iptu Pramana serta beberapa tokoh masyarakat yang lain. “Kami berharap setelah sumpah pocong ini dilakukan, tidak ada lagi tuduhan yang menyatakan kami adalah dukun santet. Ini kerana masalah ilmu hitam itu tidak boleh dihakimi secara hukum. “Yang boleh menghakimi hanya Tuhan kerana untuk kepercayaan kepada masyarakat, tertuduh sudah melakukan sumpah tersebut,” tegas Iptu Pramana. SUMBER

16 Maut di Aden, YAMAN

ADEN: Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk empat jururawat India terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah rumah jagaan orang tua di di sini, menurut pihak berkuasa keselamatan Yaman.

Pegawai keselamatan berkata, empat lelaki bersenjata menyerbu kemudahan yang menempatkan puluhan orang tua di daerah Sheikh Othman itu dan membunuh seorang pengawal sebelum mengikat dan menembak petugas di situ.

Saksi berkata, jeritan penghuni warga tua kedengaran dari rumah jagaan itu ketika insiden itu. Mereka melihat mayat pekerja dengan tangan diikat di belakang bergelimpangan di atas lantai. Pihak berkuasa berkata, jururawat yang maut adalah biarawati warga India, manakala mangsa lain terbunuh adalah rakyat tempatan yang bekerja di rumah itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan hari ini, yang pertama seumpamanya di Yaman, di mana kerajaan diiktiraf antarabangsa bergelut menentang pemberontak disokong Iran dan kumpulan militan lain. sumber

Perkahwinan Mayat Kembali Popular di CHINA

BEIJING 4 Mac – Penduduk Shanxi di China yang kematian ahli keluarga perempuan, mula ‘tidak senang duduk’ apabila kegiatan mencuri mayat wanita di wilayah itu untuk dijadikan sebagai pasangan pengantin kepada mayat lelaki bujang, kembali menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Portal Mirror.co.uk memetik kenyataan Timbalan Pengarah Polis Daerah Hongtong, Lin Xu sebagai berkata, ‘perkahwinan hantu’ itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 36 mayat wanita hilang dari kubur sejak tiga tahun lalu.

 Ini berlaku kerana masyarakat di China mempercayai lelaki bernasib malang sekiranya mati tanpa berkahwin. Oleh itu, bagi mengelak nasib buruk, keluarga si mati akan mencari ‘pasangan’ kepada mayat ahli keluarga lelaki yang masih bujang. Rangka wanita yang dicuri akan diikat dengan wayar logam sebelum dipakaikan dengan set persalinan dan dikebumikan di sebelah mayat si lelaki. Kegiatan mencuri rangka wanita itu mengakibatkan keluarga mang­sa cuba untuk mengesan semula mayat keluarga mereka termasuk terpaksa menanam ahli keluarga perempuan yang meninggal dunia berhampiran rumah. Seorang mangsa yang kehilangan mayat ahli keluarga perem­puan, Guo Qiwen memberitahu, dia masih mencari mayat ibunya yang dicuri beberapa minggu lalu.

 “Saya telah membelanjakan sebanyak 50,000 yuan (RM31,547) untuk mencari mayat ibu. Saya berasa sedih dengan kehilangan mayat ibu saya,” katanya. Kepercayaan ‘mengahwinkan’ mayat lelaki bujang dengan mayat wanita merupakan tradisi yang diamalkan masyarakat China sejak zaman pertengahan sehinggalah aktiviti itu diharamkan semasa pemerintahan pemimpin komunis China, Mao Zedong pada 1949. Namun, oleh kerana makin ramai penduduk yang menjadi kaya, amalan mencuri mayat wanita muncul semula di kawasan pedalaman di wilayah Shanxi dan Henan.

Mengikut undang-undang China, individu yang mencuri mayat boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dengan kes terbaharu melibatkan penahanan tiga lelaki yang cuba menjual satu mayat wanita pada harga 145,382 yuan (RM145,382). - sumber

Friday, March 4, 2016

Pelajar MESIR Mahu Bunuh Donald Trump



LOS ANGELES: Seorang pelajar Mesir di California berkemungkinan dihantar pulang selepas menyiarkan kenyataan beliau bersedia membunuh calon presiden Republikan, Donald Trump dalam laman Facebook. Emadeldin Elsayed, 23, ditahan ejen persekutuan pada 12 Februari lalu di sekolah penerbangan di Los Angeles selepas menyiarkan apa yang dianggap pihak berkuasa sebagai ancaman bunuh terhadap hartawan itu.

"Saya sedia membunuh Donald Trump dan dihukum penjara seumur hidup. Seluruh dunia akan berterima kasih kepada saya kerana melakukannya," Elsayed menulis dalam laman Facebook, menurut peguamnya, Hani Bushra. Walaupun pihak berkuasa tidak memfailkan sebarang dakwaan jenayah terhadap Elsayed, pada awal minggu ini hakim imigresen mengarahkan beliau diusir berdasarkan sekolah penerbangan sudah membatalkan kemasukannya dan visa pelajarnya sudah tidak sah. Hakim juga enggan membebaskan Elsayed dengan ikat jamin selepas pendakwa berkata beliau memberi ancaman.

Bushra memberitahu walaupun anak guamnya menunjukkan penilaian buruk dalam kenyataan di Facebook, beliau tidak berniat mencederakan Trump dan menyesal dengan tindakan itu. "Beliau cuma seorang budak yang membuat perkara bodoh. Ia lebih kepada retorik marah sama dengan retorik yang mungkin digunakan Trump sendiri apabila berkata mahu membunuh keluarga pengganas dan anak serta isteri mereka," katanya. - AFP sumber

AS Serah 8 Black Hawk kepada JORDAN Perangi IS



AMMAN: Amerika Syarikat (AS) hari ini menyerahkan lapan helikopter Black Hawk diubah suai kepada Jordan untuk digunakan dalam misi menentang militan IS di sepanjang sempadan pentadbiran diraja itu. Jordan yang pro-Barat adalah sebahagian pakatan tentera diketuai AS menentang IS, yang mengawal sebahagian besar Syria dan Iraq.

Pentadbiran diraja itu turut berdepan ancaman dalaman daripada mereka yang bersimpati dengan IS. Awal minggu ini, tentera Jordan membunuh tujuh militan disyaki ada kaitan dengan IS dalam satu serbuan di utara negara itu. Suspek didakwa berkomplot melakukan serangan di negara ini.

Duta AS ke Jordan, Alice Wells, dalam satu upacara penyerahan berkata, penghantaran helikopter Black Hawk itu adalah sebahagian sokongan ketenteraan berterusan buat Jordan, selain tambahan senjata dan peralatan pengawasan. "Ketika anda menggunakan pesawat ini dalam perjuangan menentang Daesh (IS), anda perlu tahu bahawa kami amat berbesar hati bekerjasama dengan anda," kata Wells di lapangan terbang tentera Marka di ibu kota ini. Duta itu berkata, helikopter terbabit akan membantu melindungi sempadan Jordan, yang ketika ini diawasi menggunakan sistem pengesanan elektronik dibina AS. - AP sumber

TURKI - 2 Wanita Serang Balai Polis dengan Bom



ISTANBUL: Dua penyerang wanita membaling bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah sebuah balai polis di ibu kota ini hari ini sebelum bersembunyi di bangunan berhampiran, mencetuskan pertempuran dengan polis, lapor media tempatan. Tiada laporan awal sesiapa yang cedera dalam serangan di kawasan kejiranan Bayrampasa.

Menurut agensi berita Dogan, kedua-dua wanita terbabit membaling beberapa bom tangan kemudian melepaskan tembakan ke arah ibu pejabat polis rusuhan. Pihak berkuasa membalas serangan, mencederakan seorang daripada penyerang.

Saluran CNN-Turk melaporkan, kedua-dua wanita terbabit bersembunyi dalam bangunan berhampiran dengan polis mengepung kawasan itu dan bersiap sedia melakukan serangan balas. Turki dalam keadaan berjaga-jaga selama beberapa bulan sejak siri serangan maut di negaranya. Bulan lalu, 29 orang maut dalam pengeboman kereta menyasarkan sebuah konvoi tentera di Ankara, didakwa dilakukan parti Kurdistan Freedom Falcons (TAK) yang dikaitkan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) diharamkan. -AFP sumber

Kanak2 Tanpa Deria Rasa Sakit

Sepasang adik-beradik di Raipur dekat Chhattisgarh, timur India menderita penyakit ganjil yang membuatkan mereka tidak merasai sebarang kesakitan walaupun mengunyah jari sendiri. Portal Mail Online melaporkan, Manisha Patel yang berusia tujuh tahun dan adik lelakinya, Dinkal, 5, menghidap penyakit genetik yang dikenali congenital analgesia, berpunca akibat mutasi pada gen SCN9A. Akibat penyakit tersebut, Manisha dan Dinkal juga mudah terdedah kepada jangkitan jika mengalami kecederaan.

Menurut bapa kanak-kanak ter­babit, Gopal Prassad, 32, dia hanya sedar tentang keadaan anak-anak­nya selepas melihat Manisha dan Dinkal berlumuran darah selepas pulang dari kerja. “Kejadian tersebut berlaku di rumah ketika mereka bermain dan isteri keluar bekerja. “Saya tidak percaya apabila melihat mereka memakan jari sendiri tanpa sebarang rasa sakit,” katanya. Adi-beradik itu kemudian dibawa ke hospital tempatan sebelum dipindahkan ke hospital pakar bagi rawatan lanjut.

Menurut ibu mereka, Anita, 28, sejak lahir, Manisha dan Dinkal tidak pernah menangis walaupun mereka mencederakan diri sendiri. “Saya tidak sanggup melihat mereka menderita lagi dan berharap ada pihak membantu merawat penyakit anak saya ini,” katanya. Pakar kanak-kanak yang me­rawat kanak-kanak tersebut, Dr. Purnendu Saxena berkata, buat masa ini Manisha dan Dinkal menerima rawatan awal, tetapi perlu dipindahkan ke hospital yang dilengkapi kemudahan canggih di kawasan bandar.  sumber

Menteri MESIR Mahu 400,000 Ikhwan Dihukum Mati

Menteri Kehakiman Mesir, Ahmad Al-Zend, menyatakan bahawa dia tidak akan beristirehat sampai ratusan ribu anggota Ikhwanul Muslimin dan pendukung mereka dibunuh.

Menteri rejim As-Sisi ini beralasan bahawa 400.000 anggota Ikhwanul Muslimin adalah teroris yang mesti dihukum mati dan bertanggungjawab atas terbunuhnya polis.

“Saya bersumpah demi Tuhan, api tidak akan padam dalam hati saya kecuali setidak-tidaknya sepuluh ribu (anggota Ikhwanul Muslimin) dibunuh untuk setiap satu (tentera dan polis Mesir yang terbunuh),” kata mantan hakim pengadilan banding itu, menurut Middle East Eye, Jumaat (29/1/2016).
A handout picture made available by the Egyptian presidency shows Egyptian President Abdel Fattah al-Sisi (R) shaking jhands with Egypt' s new justice minister Ahmed al-Zind (L) during his swearing in ceremony in Cairo on May 20, 2015. Zind, known for his anti-Islamist views, was sworn in nine days after his predecessor resigned over controversial comments about cleaners' sons being unsuitable as judges. AFP PHOTO / EGYPTIAN PRESIDENCY / HO === RESTRICTED TO EDITORIAL USE MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / HO / EGYPTIAN PRESIDENCY" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS ===

Zend bahkan menyatakan, “Bukan hanya mereka (anggota IM), tetapi mereka yang membantu mereka, mencintai mereka dan mereka yang menggunakan wang dari Turki, Qatar dan Iran.”

Zend yang begitu membenci Ikhwanul Muslimin mengatakan bahawa dia akan mengundurkan diri dari jawatannya jika hukuman kematian para pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dipenjara tidak dilaksanakan.
Zend bersumpah untuk memastikan hukuman mati terhadap mantan presiden Muhammad Mursi yang dipenjara dilaksanakan.

Mursi, yang digulingkan pada Julai 2013 dalam kudeta militer, telah dijatuhi hukuman mati dengan tuduhan yang tidak berasas, iaitu terkait pembebasan tahanan selama revolusi 2011.

Sejak tokoh Ikhwanul Muslimin itu digulingkan dari kerusi kepresidenan oleh Jeneral As-Sisi, ribuan pendukung Mursi telah dibunuh, puluhan ribu di penjara, hampir semua tokoh IM kini dipenjara.(ts/portalpiyungan) sumber