Tuesday, May 31, 2016

3 Kerabat Diraja KUWAIT Dihukum Penjara kerana Hina Raja

BANDARAYA KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait semalam menjatuhi hukuman penjara ke atas tiga ahli keluarga pemerintah Al-Sabah dan empat yang lain kerana menghina Raja dan badan kehakiman menerusi internet.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara masing-masing ke atas tiga kerabat diraja dan dua yang lain, setahun untuk lelaki keenam dan penjara 10 tahun ke atas lelaki ketujuh secara tanpa hadir.

Kerabat Diraja itu termasuk Sheikh Athbi al-Fahad Al-Sabah, anak saudara kepada Raja di negara Teluk itu dan bekas ketua polis perkhidmatan rahsia. Beliau juga adalah adik kepada tokoh sukan antarabangsa Sheikh Ahmad al-Fahad Al-Sabah. Defendan kekal bebas dengan ikat jamin.

 Menurut mahkamah, mereka antara 13 individu yang didakwa menggunakan Whatsapp dan Twitter untuk menghina Raja dan menyiarkan berita palsu menuduh hakim menerima rasuah. Turut disabitkan adalah pengarang akhbar Al-Watan dan televisyen yang ditutup kerajaan, Sheikh Khalifa Ali Al-Sabah, kerana melanggar peraturan kewangan korporat dalam keputusan yang disahkan oleh mahkamah. Sementara itu enam lagi lelaki dibebaskan. Pendakwaan itu bagaimanapun belum muktamad kerana mereka masih boleh mencabarnya di mahkamah rayuan dan agung. - Agensi sumber

Berkayak Solo Redah Atlantik pada Usia 69

NEW YORK 30 Mei - Seorang lelaki berusia 69 tahun tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang untuk mencipta nama dalam dunia sukan kayak apabila melakukan pelayaran secara solo merentasi Lautan Atlantik buat kali ketiga, semalam.

 Lelaki tersebut yang juga warga Poland, Aleksander Doba memulakan pelayaran dari New York ke Portugal, membabitkan jarak 6,000 kilometer selain berdepan ‘zon ribut’ di kawasan Atlantik Utara.

“Cabaran kali ini nyata le­bih sukar berbanding dua pelayaran terdahulu kerana air laut yang sejuk dan saya perlu meredah arus yang lebih kuat. “Saya berharap dapat tiba di Portugal pada September ini, sekali gus menyambut hari lahir yang ke-70 pada 9 September,” katanya.

Doba sebelum ini pernah melengkapkan cabaran tersebut pada Oktober 2010 sehingga Februari 2011 menggunakan laluan dari Dakar, Senegal ke bandar Acarau di Brazil. Pada Oktober 2013, Doba sekali lagi meredah Lautan Atlantik iaitu dari Lisbon dan tiba di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada April tahun berikutnya. Dua kejayaan awal tersebut membolehkan Doba dipilih sebagai pengembara terbaik 2015 oleh majalah National Geographic, sekali gus membakar semangatnya untuk mencatat satu lagi rekod pelayaran secara solo menggunakan kayak.

 Untuk cabaran kali ini, Doba mengayuh kayak rekaan sendiri yang dinamakan Olo berukuran lebih enam meter. Mengikut perancangan, Do­­ba akan mengayuh antara lapan dan 12 jam sehari, tugas yang dianggap sukar dilakukan pada usia hampir 70 tahun itu. “Semuanya nampak baik dan saya tidak rasa tua. Apabila ditanya tentang bahaya cabaran ini, saya membalas kematian boleh berlaku pada bila-bila masa termasuk ketika sedang tidur,” ujarnya. – AFP - SUMBER

48 Maut di YAMAN

ADEN 30 Mei - Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam pertempuran sengit antara tentera kerajaan Yemen dan puak pemberontak Syiah Houthi di selatan negara ini, semalam.

Ketua Batalion Infantri ke-19, Jeneral Mister al-Harithi berkata, pertempuran itu tercetus apabila kumpulan pemberontak dan kumpulan yang menyokong bekas Presiden Ali Abdullah Salleh menyerang kedudukan tentera kerajaan di daerah Bayhan yang terletak antara sempadan wilayah Shabwa dan Marib.
 Jelasnya, tentera kerajaan berjaya mematahkan serangan tersebut dan memaksa kumpulan pemberontak berundur.

“Namun seramai 20 askar kerajaan terbunuh dalam pertempuran tersebut dan 28 lagi kematian dicatatkan di pihak pemberontak,” katanya. – AFP  sumber

FILIPINA Dakwa Bunuh 54 Anggota Penentang

MANILA 30 Mei - Pasukan keselamatan Filipna membunuh 54 anggota kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan Jemaah Islamiah (JI) dalam beberapa siri serangan udara dan darat selama seminggu di selatan negara berkenaan. bandar butig Lokasi bandar Butig.

Pertempuran itu berlaku di kubu kuat Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), yang telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada 2014 untuk menamatkan konflik selama 45 tahun dan membunuh 12,000 orang.

Jurucakap pasukan tentera, Mejar Filemon Tan berkata, dua anggota tentera terbunuh manakala sembilan cedera selepas pesawat tentera udara melancarkan bom ke kedudukan militan di bandar Butig, Lanao del Sur minggu lalu. - REUTERS - sumber

Tentera IRAQ Gempur Fallujah

BAGHDAD 30 Mei - Nasib kira-kira 50,000 penduduk Fallujah yang dikuasai militan IS kini bergantung kepada tentera Iraq apabila operasi ketenteraan secara besar-besaran dilancarkan awal hari ini untuk merampas semula bandar itu selepas hampir dua tahun ditawan oleh kumpulan pengganas tersebut. Menurut komander operasi itu, Leftenan Jeneral Abdelwahab al-Saadi, serangan dilancarkan dari tiga arah berbeza diketuai pasukan elit antikeganasan (CTS) yang disokong serangan udara daripada pakatan antarabangsa, serangan artileri dan unit kereta kebal.

 “Serangan fasa ketiga untuk menawan semula bandar Fallujah bermula kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan. “Kami mendapat tentangan sengit daripada kira-kira 1,000 militan IS yang menguasai bandar tersebut,” katanya. Bagaimanapun tiada laporan kematian atau kecederaan setakat ini. Tentera Iraq memulakan operasi sejak seminggu lalu dengan merampas semula kampung dan kawasan terpencil di sekitar Fallujah, satu daripada dua bandar utama yang masih dikuasai militan IS. Kumpulan pelampau itu turut menawan bandar Mosul yang turut digempur oleh pasukan pejuang Kurdis sejak semalam. Ada antara penduduk berjaya menyelamatkan diri daripada cengkaman militan IS ketika operasi tersebut dilancarkan dan kira-kira 50,000 penduduk awam masih terperangkap di bandar berkenaan, sekali gus mengundang kebimbangan kumpulan pelampau menjadikan mereka sebagai perisai manusia.

Sementara itu di Baghdad, lebih 20 orang awam terbunuh dalam siri serangan bom di utara dan timur laut ibu negara Iraq, dipercayai didalangi oleh militan IS. Serangan pertama berlaku di sebuah pasar di timur laut Baghdad apabila sebuah bom kereta dile­tupkan, menyebabkan 12 terbunuh dan 20 mangsa lagi cedera. Satu lagi serangan bom kereta meragut lapan nyawa di kawasan penempatan di utara bandar sama selain menyebabkan 21 mang­sa cedera, manakala serangan ketiga melibatkan bom motosikal di kawasan Sadr City, membunuh seorang penduduk awam. – AFP  sumber

Kanak2 Jatuh ke Kandang Gorilla

Rakaman video amatur menunjukkan detik-detik cemas seekor gorila

WASHINGTON 29 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami detik-detik mencemaskan apabila terjatuh ke dalam kandang gorila di sebuah zoo di sini semalam dan diheret oleh haiwan itu selama kira-kira 10 minit. Pengarah Zoo Cincinnati, Thane Maynard berkata, kejadian terbabit berlaku di Zoo Cincinnati kira-kira pukul empat petang waktu tempatan apabila kanak-kanak yang tidak dinamakan itu memanjat pagar kandang gorila tersebut sebelum terjatuh ke dalam parit.

Maynard menambah, gorila berusia 17 tahun bernama Harambe kemudiannya turun ke dalam parit tersebut dan mengheret mangsa di sekitar kandang untuk tempoh 10 minit. Jelasnya, kanak-kanak itu berada turut dikepit oleh gorila seberat lebih 180 kilogram tersebut, sekali gus boleh mengundang bahaya kepada nyawa mangsa. “Pasukan khas zoo dikerah ke lokasi kejadian dan terpaksa membunuh gorila yang mempunyai berat lebih 180 kilogram itu untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada dicederakan.

 “Kami tidak boleh menggunakan ubat pelali kerana kesannya memakan masa dan terpaksa menggunakan peluru hidup untuk membunuh gorila tersebut,” katanya sambil menambah pihaknya tidak pernah berdepan situasi sedemikian. Kanak-kanak terbabit kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. – AFP  sumber

Militan Al-Shabaab Tembak Mati 3 Ketua Kampung dan Ulama

MOMBASA, KENYA 31 Mei - Kumpulan militan al-Shabaab disyaki menembak mati tiga ketua kampung, termasuk seorang ulama Islam di rantau pesisiran pantai Kenya, kelmarin.

 Menurut pihak polis tempatan, mereka dibunuh kerana dipercayai membantu agensi keselamatan menentang kumpulan pemberontak.

Ketua kampung, Juma Mwanyota, pemimpin agama, Hassan Mwasanite dan ahli kumpulan keselamatan kejiranan tempatan, Mohammed Manguze ditembak dan dibunuh berasingan semalam di daerah Kwale, selatan bandar pelabuhan Mombasa, Kenya. - REUTER sumber

Pesta Seks di Al Quds?

Departemen Islamofobia di lembaga fatwa Mesir “Dar Ifta” memperingatkan umat Islam di seluruh dunia mengenai rancangan Zionis Israel yang akan mengadakan sebuah festival di kota Al Quds, lengkap dengan aksi 12 penari erotik dari Austria.

Dalam pernyataannya, Dar Ifta Mesir mengutuk keras pelaksanaan festival ini dan menyebutnya sebagai penghinaan terhadap kota suci Al Quds, terlebih provokasi terhadap umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan tindakan ekstremisme dan terorisme.

Dar Ifta Mesir menegaskan bahawa festival ini adalah bentuk penodaan terhadap kesucian kota Al Quds yang merupakan kota suci bagi 3 agama samawi, dan meminta pihak penyelenggara khususnya walikota Al Quds untuk menghentikan festival ini.

Selain itu, Dar Ifta Mesir meminta masyarakat internasional khususnya negara-negara Arab untuk bersikap tegas memainkan peranannya dalam melindungi kota suci bagi umat Islam, Kristian, dan Yahudi. (Sputnikarabic/Ram) sumber

INDONESIA dan SINGAPURA Berebut Pulau

Komando Distrik Militer 0316/Batam memasang bendera merah putih di Pulau Funtasy Island Kota Batam Kepulauan Riau, yang berbatasan dengan Singapura dan Malaysia, sebagai tanda bahawa pulau itu masuk wilayah Negara Kesatuan RI.

“Sebenarnya di pulau itu sudah ada bendera, tapi di pos ‘security’ kurang besar.” kata Komandan Kodim (Dandim) 0316/Batam Letkol Inf Andreas Nanang di Batam, Senin (30/05/2016).

Dia menegaskan bahwa pulau yang disebut-sebut sebagai resort terbesar di dunia itu adalah sebagian dari NKRI, bukan masuk wilayah Singapura, seperti yang diberitakan media massa.

Dandim juga memastikan bahawa tidak ada batasan bagi warga negara Indonesia untuk memasuki kawasan pelancongan yang terdiri dari rangkaian tujuh pulau Kepulauan Manis itu.

“Tidak benar kalau warga Indonesia mahu masuk ke sana mesti pakai pasport, pakai pasport itu untuk warga negara lain yang mahu masuk,” katanya.

Selanjutnya, dia meminta agar seluruh pulau, terutama pulau-pulau yang berada di perbatasan NKRI untuk memasang bendera merah putih, menandakan pulau itu masuk wilayah NKRI.

Andreas juga berharap pemerintah daerah melalui lurah, TW dan RT memasang bendera. Dan kepada pihak swasta yang mengelola pulau juga memasang bendera RI, demi mengantisipasi kesalahfahaman wilayah.

Sebelumnya, web rasmi Funtasy Island menampilkan gambar seolah-olah kawasan pelancongan itu berada di wilayah Singapura. Sebuah media terbitan Singapura juga menyebutkan Funtasy Island berada di negaranya.

sumber

Saturday, May 28, 2016

Pelancong ke TURKI Susut 30 Peratus pada April

ISTANBUL: Jumlah pelancong ke Turki menjunam hampir 30 peratus pada April berikutan beberapa insiden keganasan sebelum ini dan ketegangan dengan Russia. Kira-kira 1.75 juta warga asing berkunjung ke Turki pada April 2017, susut 28.07 peratus berbanding April 2015, menurut Kementerian Pelancongan dalam kenyataan terbarunya.

Ketibaan pelancong Russia juga turun 79.3 peratus. Negara itu tidak lagi menjadi sumber terpenting pelancongan di Turki rentetan ketegangan selepas Ankara menembak jatuh sebuah pesawat Russia pada November tahun lalu.

Pengunjung dari Jerman, jumlah warga asing paling ramai melawat Turki turun 35 peratus sementara warga Britain pula susut 24 peratus. Sektor pelancongan menyumbang AS$31.5 bilion (RM128 bilion) kepada ekonomi Turkin pada tahun lalu. - AFP SUMBER

100 Pelarian Dikhuatiri Lemas di LIBYA

ROM 27 Mei - Sekurang-kurangnya 100 pelarian dikhuatiri mati lemas selepas bot yang mereka dinaiki karam di kawasan perairan Libya, kelmarin selepas lebih 500 mangsa lagi diselamatkan oleh pasukan penyelamat Itali.

Jurucakap Organisasi Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), Flavio Di Giamo berkata, beberapa pelarian yang terselamat memaklumkan kira-kira 650 orang, kebanyakannya rakyat Maghribi, menaiki bot tersebut yang belayar dari Libya. Jelasnya, seramai 562 pelarian termasuk rakyat Syria dan Tunisia diselamatkan dalam kejadian itu yang turut meragut lima nyawa.

 “Mangsa yang terselamat memberitahu bahawa kira-kira 100 pelarian dikhuatiri mati lemas dalam tragedi tersebut,” katanya. – AFP
  sumber

Persenda Islam, Vivian Lee Dipenjara 6 Bulan

KUALA LUMPUR 27 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Vivian Lee selepas didapati bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook yang mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, tiga tahun lalu.

 Hakim Abdul Rashid Daud memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan itu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

 Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa bersama-sama bekas teman lelakinya menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvin dan Vivian-Alvivi” iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh... wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut. Kesalahan tersebut dilakukan pada pukul 9 pagi, 13 Julai 2013 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Sepanjang perbicaraan, Alvin tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS). -

SUMBER

SAMOA Mungkin Larang Agama Islam

Penduduk Negara Samoa, yang terletak di kepulauan Pasifik mewacanakan pelarangan hadirnya agama Islam. Perwakilan penduduk bimbang kehadiran muslim hanya akan menimbulkan ancaman, bagi negara seluas 2.800 Km persegi ini.

Setiaushaa Agung Gereja Samoa, Pendeta Ma’augu Motu telah meminta kepada pemerintah, dengan mengatakan bahawa Islam hanya akan menjadi ancaman bagi negara tersebut. Meski dikatakannya, tidak semua muslim mesti dijauhi.

“Ada banyak muslim yang baik. Namun agama ini merupakan ancaman dan boleh membahayakan perdamaian kami,” ujarnya menurut Independent, Selasa (25/5).

Motu juga tidak mempermasalahkan, bila dirinya disamakan dengan calon calon Presiden AS Donald Trump, yang sangat rasis dengan menyuarakan anti Islam dan imigran.

Pernyataan ini jelas berbeza dengan harapan Perdana Menteri Samoa, Tuilaepa Sailele Malielegaoi. Dalam ucapannya minggu lalu, ia menyampaikan tentang kebebasan beragama dalam Konstitusi Samoa.

Ketua Imam Samoa Mohammed bin Yahya, mengecam keras pernyataan Motu. Dia mengatakan semestinya Samoa mahu terbuka dengan agama mana saja. Meski majoriti negara Samoa merupakan Kristian, namun dengan kebersamaan bersama Islam, negara dapat lebih maju. Terutama dalam hal perdagangan ekonomi lintas negara.

Negara di Kepulauan Pasifik ini hanya memiliki sekitar 180 ribu penduduk saja. Dari jumlah tersebut sebesar 0.03 persen merupakan penduduk Muslim. Sebahagian besar berasal negara Asia Pasifik.sumber

Tentera BRITAIN Dikirim ke LIBYA

Ketua Komite Luar Negeri Parlimen Britaian mendesak pemerintah David Cameron untuk segera memberikan klarifikasi terhadap khabar kehadiran pasukan khas SAS di Libya, dalam rangka memerangi kelompok mujahidin Islam.

Permintaan ini disampaikan Komite Luar Negeri House of Commons setelah menyebarnya berita kehadiran SAS Britaian  di Libya dalam The Times pada hari Kamis (26/05).

“Saksi mata kami mengungkapkan bahawa SAS bertugas melatih warga awam bersenjata untuk berperang bersama menghentikan pergerakan mujahidin Libya,” tulis Times seperti disiarkan dari pejabat berita BBC.

Sumber yang minta dirahsiakan namanya tersebut mengatakan bahawa keberadaan SAS di Libya telah ada sejak 1 tahun yang lalu.

Sementara itu di sisi lain, pemerintah Britain membantah berita bohong tersebut dan menyangkal setiap kehadiran militer mereka di tanah di Libya. sumber

Tony Blair : Barat Gagal di Timur Tengah

Mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair, menyebut Barat telah gagal dalam mengantisipasi kekacauan dan ketidakstabilan yang terjadi di kawasan Timur Tengah pasca penggulingan rejim Presiden Iraq Saddam Hussein.

Pernyataan ini dikatakan Blair dalam seminar yang diselenggarakan oleh majalah Inggeris “Prospect” di daerah Westminster sekat pusat kota London pada hari Rabu (25/05) lalu.

“Tujuan sebenarnya Barat menempatkan sebagian besrt kekuatannya di kawasan Timur Tengah adalah untuk melakukan perubahan, terutama dengan penggulingan rejim Saddam Hussein di Iraq,” ujar Blair seperti dipetik surat kabar The Independent.

Blair menambahkan, “Ini dia pelajaran berharga yang kita dapatkan. Bukan berarti hal yang rumit akan tetapi sederhana iaitu setelah penggulingan Saddam Hussein maka munculah kekuatan-kekuatan baru di kawasan baik kelompok Sunni maupun Syiah.”

“Saya jujur bahwa untuk memahami Timur Tengah saat ini jauh lebih rumit dan dalam daripada ketika saya menjadi perdana menteri, dan saya berterus terang tentang itu,” ujar Blair.

Menurutnya ini bukan berarti bahwa jika seandainya Saddam Hussein masih berkuasa maka Timur Tengah akan menjadi lebih baik. sumber

Thursday, May 5, 2016

Datuk Bandar London Seorang Muslim?


Sadiq Khan

LONDON 5 Mei - Anggota Parlimen pembangkang Britain dari Parti Buruh, Sadiq Khan dijangka dipilih sebagai Datuk Bandar London yang baharu sekali gus pemimpin Islam pertama di sebuah negara Kesatuan Eropah. Jangkaan itu berdasarkan tinjauan pendapat akhir semalam yang menyatakan Khan, anak pemandu bas yang juga pendatang dari Pakistan sedang mendahului pencabarnya, Zac Goldsmith dengan kelebihan 12 atau 14 mata di sebalik usaha mengaitkan beliau dengan pelampau.

 Dalam kempen akhirnya di sebuah pasar di daerah selatan London, Khan bergurau bersama peniaga dan pelanggan mereka serta mengambil gambar selfie bersama mereka. Khan turut mengecam perjalanan kempen lawan yang bersifat memecahbelahkan yang memaksanya berulang kali mempertahankan diri daripada dakwaan bahawa beliau gagal mengecam pelampau Islam.

 "Saya kecewa apabila Parti Konservatif dan Zac Goldsmith memutuskan untuk melakukan kempen negatif, memecahbelahkan yang bersifat terdesak. "Saya berharap saya menang, saya akan menjadi datuk bandar yang menyatukan bandar ini semula dan membawa masyarakat di sini bersama-sama," katanya. - AFP  sumber

3 Lelaki Israel Bakar Remaja PALESTIN Dipenjara Seumur Hidup

BAITULMAQDIS 4 Mei – Tiga lelaki Israel termasuk seorang ketua kumpulan samseng yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang remaja Palestin yang dibakar sehingga mati pada tahun 2014, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, semalam.

 Menurut laporan portal BBC, Yosef Haim Ben David, 31, yang suspek utama dijatuhi hukuman tersebut setelah didapati bersalah membunuh Mohammad Abu Khdair, 16, selepas hakim menolak ra­yuannya pada bulan lalu. Selain itu, Mahkamah Daerah Baitulmaqdis turut mengarahkan ketua samseng itu membayar wang pampasan sebanyak AS$40,000 (RM159,214) kepada keluarga mangsa.

 Dua lagi yang dijatuhi hukuman itu ialah remaja yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun ketika kejadian, namun identiti mereka tidak didedahkan.

November lalu, Ben David didapati bersalah mengetuai penculikan dan pembunuhan Mohammad, tetapi mahkamah menangguhkan sementara perbicaraan apabila peguam bela menyerahkan laporan psikiatri yang menyatakan dia tidak bertanggungjawab atas perbuatannya itu, namun rayuannya ditolak.

 Mohammad dibunuh rentetan kes pembunuhan tiga pemuda Israel di Tebing Barat. Mayatnya ditemukan di sebuah hutan di Baitulmaqdis Barat pada 2 Julai 2014, dua hari selepas mayat tiga pemuda Israel tersebut dijumpai. Sementara itu, bapa kepada Mohammad, Hussein berkata, dia mahu mereka yang terlibat dalam pembunuhan anaknya mati di penjara. – AGENSI  sumber

Gencatan Senjata 48 Jam di Aleppo


syria

DAMSYIK 5 Mei – Tentera Syria terpaksa akur dengan desakan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia untuk menghentikan serangan ke atas bandar Aleppo menerusi satu perjanjian senjata sementara yang berkuatkuasa bermula hari ini.

Menurut kenyataan tentera Syria, Damsyik akan mematuhi gencatan senjata selama dua hari itu selepas mencapai persetujuan dengan Washington dan Moscow.

 “Gencatan selama 48 jam di Aleppo akan berkuatkuasa bermula 1 tengah hari waktu tempatan pada hari ini,” jelas kenyataan tersebut. – AFP sumber

Jet Israel Serang Gaza

BAITULMAQDIS 5 Mei - Jet pejuang tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di Semenanjung Gaza selepas berlakunya ketegangan di sepanjang sempadan Israel semalam.

 Kementerian Dalam Negeri Palestin memaklumkan, serangan berkenaan melanda sekitar lapangan terbang terbiar di selatan bandar Rafah serta kawasan pertanian berhampiran namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. - AFP sumber

PU Zaid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 5 Mei - Bekas peserta program realiti dakwah Pencetus Ummah 2015 terbitan Astro, Abdul Zaid Abdul atau lebih dikenali sebagai PU Zaid, 31, telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Difahamkam, anak keempat daripada sembilan beradik yang berasal dari Tawau, Sabah itu meninggal dunia selepas pengsan di dalam bilik air rumahnya. -UTUSAN ONLINE  sumber

50 Dead in Airstrike in Aleppo Hospital (video)

Video Serangan ke atas Hospital Aleppo

IS Guna Merpati Sebagai Penghantar Maklumat

Merpati-Pos

Rabu 4 Mei 2016, seekor burung ditangkap petugas perbatasan Jordan setelah disayki sebagai burung mata-mata dan pembawa pesan milik seorang anggota Negara Islam yang diterbangkan menuju Iraq.

Dalam keterangan medianya komandan perbatasan Jordan Brigadir Sabir Al Mahayarah mengatakan bahawa kedua-dua burung ditangkap saat terbang di atas langit Jordan saat menyampaikan pesan dari salah seorang anggota Negara Islam di wilayah ar-Raqban sebelah timur laut Jordan.

Brigadir Sabir Al Mahayarah melanjutkan, “Kami memiliki perjanjian tersendiri dengan faksi-faksi yang berjuang di Syria,” seraya menunjukan peta perbatasan Jordan-Iraq dimana saja keberadaan faksi-faksi tersebut.

Brigadir Sabir menegaskan bahawa pasukannya akan bertindak tegas menghabiskan segala ancaman di wilayah perbatasan jika nantinya faksi-faksi ataupun kelompok pejuang Syria berani mendekati wilayah perbatasan kurang dari 7 km.

Informasi yang diperoleh Rassd dari pihak militer menyatakan bahawa ada sepanjang 257 kilometer wilayah perbatasan dengan Jordan yang dikuasai oleh organisasi Negara Islam di sisi Syria. (Rassd/Ram) sumber

Tuesday, May 3, 2016

SYRIA - Ulama Syiah Halalkan Pembunuhan Orang Awam Aleppo

DAMSYIK 2 Mei - Seorang ulama pro-Syiah yang berpihak kepada tentera Syria mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwa yang membenarkan penghapusan penduduk awam di bandar Aleppo, ketika tentera kerajaan melancarkan serangan habis-habisan untuk menawan semula bandar itu daripada kumpulan penentang.

 Menurut portal Mail Online, fatwa itu dikeluarkan oleh ulama terkemuka Syria, Ahmad Badr al-Hassoun yang dilihat sebagai usaha untuk ‘menghalalkan’ keganasan yang dilakukan oleh tentera Syria di Aleppo sejak 10 hari lalu.

“Saya meminta tentera Syria dan pemimpin negara ini mempamerkan kekuatan bagi menghapuskan penjenayah terlibat,” kata Ahmad Badr. Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada penduduk awam yang tinggal di kawasan timur bandar Aleppo yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan Syria.

 Sejak hampir 10 hari lalu, tentera negara ini telah melancarkan lebih 260 serangan udara, 18 peluru berpandu, 110 bedilan meriam dan menggugurkan 68 butir bom di Aleppo, menyebabkan lebih 250 terbunuh terma­suk 40 kanak-kanak. Usaha untuk menghentikan serangan berdarah itu juga buntu apabila sekutu rapat Syria, Rusia menerusi Timbalan Menteri Luarnya, Gennady Gatilov menolak gesaan antarabangsa bagi menamatkan serangan di Aleppo.

“Moscow tidak akan menekan Bashar kerana situasi di Aleppo merupakan sebahagian daripada usaha memerangi pengganas,” katanya.

Sementara itu, beberapa pertubuhan bantuan antarabangsa memberi amaran terhadap situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Aleppo disebabkan tiada misi kemanusiaan dijalankan di bandar tersebut, selain tindakan tentera Syria yang se­ngaja menyerang kumpulan yang menghantar bantuan. – AGENSI SUMBER

SYRIA - 34 IS Maut Dibedil Drone TURKI

ANKARA: Sekurang-kurangnya 34 militan IS di Syria terbunuh dibedil artileri dan dron tentera Turki yang dilancarkan dari pangkalan udara Incirlik di selatan negara itu pada Ahad.

Kenyataan tentera Turki menyebut, serangan itu, sebagai tindak balas kepada roket IS yang disasarkan ke wilayah Kilis di selatan Turki, memusnahkan enam kenderaan dan lima depo senjata. - Reuters SUMBER

Binladin Group Buang 77000 Pekerja Asing

RIYADH: Salah sebuah syarikat paling berkuasa di Arab Saudi, Binladin Group membuang 77,000 pekerja asing, menurut laporan sebuah akhbar harian negara itu, hari ini memetik sumber syarikat yang tidak didedahkan.

Saudi Binladin Group mengesahkan bahawa sebahagian daripada kakitangannya terpaksa diberhentikan tetapi tidak memberikan sebarang jumlah pekerja terbabit. Laporan dalam akhbar Al-Watan itu adalah perkembangan terbaharu mendakwa berpuluh-puluh ribu pekerja diberhentikan, tidak dibayar gaji dan insiden protes pekerja firma yang membina beberapa mercu tanda di beberapa negara Teluk.

Sumber pada Mac lalu memaklumkan, penangguhan bayaran daripada kerajaan yang terjejas akibat penurunan pendapatan minyak sejak dua tahun lalu menyebabkan pekerja gergasi pembinaan Arab Saudi itu berdepan kesukaran untuk mengekalkan kelangsungan hidup, sementara menunggu gaji mereka.

Bagaimanapun, Saudi Binladin Group turut disekat kerajaan selepas satu kemalangan kren berdarah di Makkah, pada September lalu. - AFP sumber

AS - Muslimah Saman Polis Tanggalkan Tudungnya



LOS ANGELES: Seorang wanita Islam memfailkan saman terhadap polis di California kerana mendakwa tudungnya ditanggalkan secara paksa selepas ditangkap berikutan waran ke atasnya.

Menurut aduan terhadap bandar raya Long Beach dan jabatan polis, Kirsty Powell dan suaminya diarah berhenti oleh dua pegawai ketika memandu pulang ke rumah mereka pada Mei tahun lalu. Beliau ditangkap berikutan dua waran yang dikeluarkan ke atasnya, satu berkaitan dakwaan saudara perempuannya menggunakan identiti beliau secara salah dan satu lagi berkaitan kejadian mencuri di kedai runcit pada 2002.

Powell, warga AS berketurunan Afrika, mendakwa ketika ditahan di balai polis, salah seorang pegawai menanggalkan tudungnya secara paksa di depan pegawai dan tahanan lelaki, sambil berkata beliau 'tidak dibenarkan memakai tudung' dan anggota polis 'dibenarkan menyentuh wanita'. Saman menyatakan Powell berhadapan malu, penghinaan, penderitaan mental dan tekanan emosi berterusan berikutan kejadian itu.

 "Tindakan diambil pegawai polis Long Beach tidak wajar dan pencabulan serius terhadap maruah Powell. "Layanan oleh pegawai Jabatan Polis Long Beach terhadap Powell menunjukkan salah guna kuasa ke atas wanita berkulit gelap yang tidak mampu mempertahankan diri dan satu lagu contoh diskriminasi dihadapi wanita bertudung," kata peguam cabang Majlis Perhubungan Amerika-Islam di Los Angeles, Yalda Satar. - AFP sumber

JERMAN Pantau 90 Masjid

BERLIN: Perkhidmatan perisikan Jerman memantau aktiviti kira-kira 90 masjid berikutan ancaman keganasan di negara itu, menurut ketua Pejabat Persekutuan Jerman bagi Perlindungan Perlembagaan.

"Kami memantau rapi 90 masjid di Jerman, terutama yang menggunakan bahasa Arab," kata Hans-Georg Maassen, kepada penyiar ARD dalam satu temubual. Beliau menyatakan masjid yang menjadi sasaran adalah yang memiliki laman, tempat imam didakwa menyampaikan ucapan menggalakkan jihad.

April lalu, Berlin mengeluarkan waran tangkap ke atas 75 militan IS, yang bersiap sedia melancarkan jenayah. - Agensi  sumber

TURKI - Wakil Rakyat Bertumbuk di Parlimen




 ANKARA: Parti pemerintah dan pembangkang di parlimen Turki bertumbuk dan membaling botol air antara satu sama lain, semalam selepas satu pertikaian tercetus membabitkan perubahan dalam perlembagaan.

Jawatankuasa perlembagaan parlimen negara itu sedang bermesyuarat untuk membincangkan satu cadangan disokong kerajaan untuk melucutkan ahli parlimen daripada kekebalan mereka selepas sesi parlimen minggu lalu turut bertukar menjadi ganas.

Rakaman televisyen menunjukkan pembuat undang-undang daripada parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan Parti Demokrasi Rakyat (HDP) Kurdis bergaduh dalam bilik jawatankuasa kecil selepas satu pertikaman lidah. Beberapa ahli parlimen dilihat melonjak di atas meja dan kemudian menerkam sekumpulan pembuat undang-undang lain. - AFP sumber

As-Sisi Terus Sokong Israel dan Assad

Elang grup roket

Tidak hanya ikut menyokong penjajahan Zionis Israel atas wilayah Palestin khususnya wilayah Jalur Gaza, presiden kudeta Abdel Fattah Sisi ternyata dalam diam ikut memberikan dukungan secara politik, media dan militer terhadap rejim Syiah Abdel Fattah Sisi di Syria.

Hal ini terungkap setelah pakar diplomatik dan strategis dari Iran, Amir Mousawi, mengucapkan ungkapan terima kasih kepada presiden kudeta Sisi dalam akaun Facebook miliknya pada hari Ahad 1 Mei lalu.

“Saya hormat dan mengucapkan terima kasih yang mendalam kepada saudara kita Presiden Sisi atas dukungannya kepada rejim Syiah Assad dalam memberantas kelompok revolusi. Kami akan membalasnya dengan baik,” tulis Amir Mousawi dalam Facebooknya.

Amir Mousawi melanjutkan, “Selama di bawah Presiden Sisi, Mesir menjadi salah satu negara pertama di dunia yang mendukung perang rejim Syiah Bashar di segala bidang, baik politik, media dan militer. Terima kasih Mesir, kita tidak akan lupa dengan dukungan ini.”

Perlu diketahui bahawa pernyataan Amir Mousawi di akaun jejaring sosial Facebook ditulis tidak lama setelah munculnya foto-foto dokumentasi peluru berpandu buatan Mesir yang digunakan oleh angkatan udara rejim Syiah Assad untuk menyerang warga awam dan kelompok revolusi.

Dalam foto-foto tersebut nampak sejumlah pejuang revolusi menemukan sebuah peluru berpandu yang dikenal sebagai peluru berpandu jarak jauh buatan industri pertahanan Mesir.

Belum ada informasi yang pasti bila peluru berpandu ini dikirim ke Syria, akan tetapi pemerintah Kaherah pernah menjualnya kepada negara-negara Arab di era tahun  90 an hingga tahun 2005. (Rassd/Ram) sumber