Sunday, June 26, 2016

Mahkamah Tolak Permohonan SIS Cabar Fatwa Sesat

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (semalam) menolak permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai “sesat dan menyeleweng” kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa. Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan bahawa fatwa ialah perkara yang diputuskan di bawah Undang-undang Islam dan tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Beliau berkata Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung apa-apa perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

 “Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa tidak memberikan relif oleh pemohon, saya tidak menyentuh mengenai merit,” kata beliau ketika menolak permohonan semakan kehakiman. Beliau juga berkata walaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak memperuntukkan Mahkamah Sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu. “Ia adalah bagi penggubal undang-undang untuk memperuntukkan remedi,” kata beliau sambil menambah bahawa mahkamah perlu mengikut undang-undang yang diluluskan oleh penggubal undang-undang.

 Pada 10 Disember, 2014, SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar pengasas dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mendapat kebenaran daripada hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad untuk memulakan semakan kehakiman. Hari ini, mahkamah mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman.

 Forum SIS (Malaysia) memfailkan permohanan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada agama Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden. Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan mana-mana pertubuhan, individu serta kumpulan yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” adalah menyeleweng dari ajaran Islam.

Pemohon juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS mengarahkan, melalui fatwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web sosial yang bertentangan dengan ajaran islam adalah bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Mereka, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS adalah bercanggah dengan Perkara 10, 11, 74 dan Senarai I dan II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

 Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa SIS, yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad secara jaminan, tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS. Di luar mahkamah, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon memberitahu pemberita bahawa anak-anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana isu fatwa buat pertama kali dicabar melalui semakan kehakiman – BERNAMA sumber

Punca Matinya Yuri Gagarin Terjawab



MOSCOW - Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini. Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.

Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya. Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

“Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter. Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova. Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.sumber

Thursday, June 23, 2016

PERANCIS Batalkan Cukai Tambahan Sawit

PARIS: Dewan Negara Perancis membatalkan rancangan cukai tambahan ke atas sawit yang mencetuskan bantahan dalam kalangan negara pengeluar utama, selepas kerajaannya mencadangkan satu skim cukai baharu bagi minyak sayuran yang digunakan dalam makanan.

Dua pengeluar sawit terbesar dunia, Indonesia dan Malaysia, berkata cukai yang disasarkan untuk menggalakkan sektor itu mengurangkan kerosakan alam sekitar yang boleh diakibatkan oleh perladangan sawit, adalah satu diskriminasi dan bertentangan dengan peraturan perdagangan antarabangsa. Kerajaan Perancis mencadangkan pindaan saat akhir, yang menjelaskan bahawa Dewan akan membentangkan satu skim baharu dalam masa enam bulan selepas penguatkuasaan undang-undang berkenaan pada musim panas ini. Ia bagi menyeragamkan cukai ke atas minyak sayuran dan memasukkan pengecualian cukai bagi minyak lestari berdasarkan 'kriteria objektif'.

Sawit adalah antara minyak sayuran paling kurang dicukai di Perancis. Sebab utama tindakan kerajaan Perancis itu berikutan undang-undang yang tidak jelas berhubung cukai asas, yang menumpukan hanya satu jenis minyak sayuran dan mengandungi pengecualian cukai berdasarkan kriteria lestari yang tidak dinyatakan dengan tepat, kata Setiausaha Negara Perancis, Barbara Pompili kepada Parlimen.

"Tiada persoalan untuk mencetuskan stigma ke atas negara lain, kami di sini cuba mencari peraturan jangka panjang yang memihak kepada pembangunan lestari dengan membantu sebaik mungkin untuk memberikan pengiktirafan kepada negara lain," katanya kepada Dewan Negara. Cadangan asal Perancis untuk cukai tambahan ke atas penggunaan minyak sawit dalam makanan diredakan oleh Dewan Negara pada Mac lalu, dengan mengecualikan sawit lestari dan mengurangkan jumlah levi. Namun, rang undang-undang kepelbagaian bio tidak diluluskan oleh Senat, menyebabkan dua dewan perwakilan perlu mencari persetujuan. Mesyuarat berakhir tanpa persetujuan. Pengenalan semula cukai itu dalam rang undang-undang kepelbagaian bio minggu lalu mencetuskan reaksi kurang senang daripada pengeluar Malaysia.

Dalam satu kenyataan, mereka mendakwa cukai itu melanggar peraturan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kesatuan Eropah (EU), mengakibatkan 300,000 pekebun kecil kehilangan kerja dan mempunyai impak negatif terhadap hubungan Perancis dan Malaysia. Ini bukan kali pertama kerajaan Perancis mengenakan cukai ke atas sawit, yang dikatakan menyumbang kepada pembalakan dan memberikan impak terhadap kepelbagaian bio. Kali pertama, pada 2012, ia mencadangkan untuk meningkatkan cukai berkali ganda ke atas sawit. Cadangan itu gagal berikutan lobi daripada negara pengeluar. - Reuters sumber

Kuliah Ustaz Khafidz Soroni - Memahami Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu

Assad Lantik PM Baharu SYRIA

DAMSYIK: Presiden Syria Bashar al-Assad semalam melantik Menteri Elektrik, Imad Khamis sebagai Perdana Menteri baharu negara itu. Assad menugaskan Khamis untuk membentuk kerajaan baru, lapor agensi berita rasmi SANA. Beliau perlu mengemukakan cadangan untuk pelantikan menteri baharu beberapa hari akan datang.

 Jurutera berusia 54 tahun itu menggantikan Wael al-Halqi yang memegang jawatan itu sejak Ogos 2012. Perubahan berlaku dua bulan selepas parti Baath Assad dan sekutu-sekutunya memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya parlimen yang ditolak antarabangsa sebagai palsu. Khamis, seorang jurutera elektrik berkhidmat sebagai Menteri Elektrik Syria sejak 2011.

Sejak Mac 2012, beliau disekat Kesatuan Eropah (EU), yang menuduh beliau berkongsi "tanggungjawab ke atas penindasan ganas rejim terhadap penduduk awam." Konflik Syria bermula pada 2011 dengan bantahan meluas menuntut reformasi sebaliknya merebak menjadi perang saudara hingga menyebabkan 280,000 orang mati. - AFP sumber

Ammar Buang Gelaran Imam Muda?

KUALA LUMPUR 23 Jun - Imam Muda Ammar yang dikritik netizen kerana isu vaksin baru-baru ini mengambil keputusan untuk membuang gelaran Imam Muda yang dipegang sebelum ini. Ammar turut menukar nama akaun Facebook miliknya daripada Imam Muda Ammar kepada Hamba Berdosa.

Menerusi status terbaharunya, Ammar Wan Harun, 32, sekali lagi tampil untuk meminta maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan oleh dirinya sendiri. Dia menyatakan bahawa tulisan sindiran itu timbul kerana perasaan marah disebabkan tulisan yang menyatakan kehebatan vaksin seolah-olah menafikan kuasa Allah. Baginya, tujuan sebenarnya bukanlah untuk menyokong kumpulan anti vaksin atau sebaliknya kerana dia sendiri membenarkan anaknya untuk diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran.

Ammar sebelum ini dikritik hebat kerana statusnya yang mengaitkan isu agama dengan kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin. Dia juga merupakan peserta program realiti Imam Muda musim kedua pada 2011 yang menyaksikan Imam Muda Hassan menjadi juara. - UTUSAN ONLINE sumber

Wednesday, June 22, 2016

Kuliah Dr Jahid Sidek - Saka dan Tipuan Saka

Taliban Bebaskan 21 Tebusan

KANDAHAR 22 Jun - Kumpulan militan Taliban hari ini membebaskan sebanyak 21 daripada 25 penduduk yang dijadikan sebagai tebusan sehari selepas mereka diculik di sebuah lebuh raya di selatan negara ini.

Mangsa diculik di daerah Washer di wilayah Helmand ketika sedang menaiki sebuah bas dan dua buah trak dari selatan Kandahar ke barat wilayah Herat. “21 daripada 25 yang ditahan telah dibebaskan dan kini berada bersama pihak polis,” kata jurucakap gabenor Helmand, Omar Zwak. - AFP - sumber

Assad Beri Pangkalan Tentera kepada RUSIA

Kunjungan mendadak Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoigu pada hari Sabtu 18 Juni 2016 ke Suriah ternyata menguak sejumlah fakta timbal-balik kehadiran tentera militer Rusia untuk mendukung Syiah Bashar al-Assad.

Salah satunya adalah penjualan pangkalan militer Humaiman yang kini menjadi milik militer Rusia.
Bukti-bukti ini di dapat media-media internasional melalui patok-patok batas wilayah (borders boundary) yang kini berdiri di sekitar pangkalan militer Humaiman lengkap dengan warna hijau dan merah serta lambang negara Rusia. sumber

Tuesday, June 21, 2016

Video Polis Tumpaskan Orang Mengamok Berparang

Darah Keluar dari Mata

Seorang wanita menderita sejenis penyakit misteri dengan matanya mengeluarkan darah ketika tidur sekali gus mengejutkan sekumpulan doktor.

Linnie Ikeda, 24, yang berasal dari Waikele disahkan menghidap penyakit Gardner Diamond pada 2008 menyebabkan darah keluar daripada matanya.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, darah mula keluar dari lidahnya menyebabkan beberapa doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca penyakit itu.

“Apabila darah keluar daripada mata, ia tidak menyakitkan sebaliknya saya cuma merasa tekanan pada bahagian mata.

“Lazimnya, ia akan berdarah sekitar antara pukul 2 hingga 5 pagi. Saya akan mengetahui mata mengeluarkan darah apabila ia membengkak dengan teruk,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan seluruh lengan tangan, belakang badan dan lutut Ikeda akan mempunyai kesan lebam.

Bagaimanapun, Ikeda terpaksa membiasakan diri dengan penyakit pelik itu kerana doktor masih gagal merawat penyakit tersebut. – Agensi sumber

Kuliah Syeikh Zainul Asri - Islam Akhir Zaman

Jordan - 6 Askar Maut, Letupan Bom Kereta

AMMAN: Enam askar maut dan 14 cedera dalam letupan bom kereta di luar kem pelarian Syria di Jordan ketika beratus-ratus penduduk diperiksa kerana disyaki bersubahat dengan IS. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman itu, tetapi Jordan adalah anggota utama tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat, yang kini bertempur dengan IS di negara jiran, Syria dan Iraq, sekali gus menjadi sasaran serangan pemberontak.

Pihak tentera berkata, letupan itu memusnahkan beberapa kenderaan 'musuh' pada jam 5.30 pagi waktu tempatan di Rukban, kawasan terpencil di timur laut sempadan Syria. Menteri Luar, Nasser Judeh menganggap kejadian itu sebagai 'serangan pengecut.' "Pengganas sekali lagi menyerang pengawal sempadan kita. Kejahatan akan tumpas," katanya menerusi akaun rasmi laman sosialnya.

Pada 6 Jun lalu, seorang lelaki bersenjata membunuh lima pegawai perisikan Jordan di utara kem pelarian Palestin di ibu negara. Suspek ditangkap, tetapi maklumat mengenai serangan masih dirahsiakan, sementara siasatan diteruskan.

Berpuluh-puluh ribu pelarian Syria kini berlindung di dua kem padang pasir terpencil di timur laut, iaitu di Rukban dan Handalat di barat Jordan. Jordan memberi perlindungan kepada 1.4 juta pelarian Syria, yang mana 630,000 berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP  sumber

Tentera Zionis Tersilap Bunuh Remaja PALESTIN

TEBING BARAT 21 Jun - Tentera Israel tersilap membunuh seorang warga Palestin dalam satu insiden terbaharu di Tebing Barat hari ini. Menurut jurucakap wanita tentera Israel, mangsa berusia 15 tahun tersilap ditembak ketika melancarkan serangan balas menerusi tembakan berikutan kenderaan yang mereka naiki dilontar batu dan bom petrol oleh penduduk awam

 Sejak lapan bulan lalu, tentera Israel telah menembak mati 97 orang penduduk Palestin dan 37 didakwa oleh Israel sebagai penyerang manakala selebihnya terbunuh dalam pertempuran dan tunjuk perasaan. - REUTERS sumber

Monday, June 20, 2016

ALGERIA Sekat Facebook dan Twitter

ALGIERS 19 Jun - Pihak berkuasa Algeria mengambil tindakan menyekat penggunaan laman sosial Facebook, Twitter dan sebagainya buat sementara waktu sebagai sebahagian daripada usaha menghalang perbuatan menipu dengan memuat naik kertas ujian sekolah tinggi, kata media negara itu hari ini.

Boleh dikatakan setiap 10 daripada seribu pelajar sekolah tinggi di negara itu terpaksa mengambil semula ujian tersebut selepas maklumat berkaitan perkara itu telah dikongsi lebih awal di media sosial. - REUTERS sumber

Kuliah Maulana Husin - Kuliah Ilmu Hadis Minggu 1 Masjid An- Naim

Banjir di Jawa Tengah Ragut 47 Nyawa

JAKARTA 20 Jun- Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) setakat ini menemukan 47 mayat yang tertimbus di dalam lumpur berikutan hujan lebat yang mengakibatkan banjir lumpur dan tanah runtuh di beberapa kawasan di daerah Purworejo dan Banjarnegara di Jawa Tengah, kelmarin.

Media-media dalam talian memetik Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Purworejo, Budi Hardjono sebagai berkata, sebanyak 20 mayat ditemukan pada hari kejadian dan 27 mayat lagi ditemukan malam tadi. "Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan dan 20 orang lagi masih dilaporkan hilang setakat ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tanah runtuh dilaporkan berlaku di sembilan kawasan perkampungan di kedua-dua daerah itu. Kerja-kerja SAR menjadi sukar kerana hujan masih berterusan selain faktor runtuhan tanah yang berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa 250 penduduk kampung yang menjadi sukarelawan membantu pihak penguatkuasaan menjalankan kerja-kerja SAR itu.

 Sementara itu, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, dalam kenyataannya berkata kerja-kerja mencari mangsa yang hilang akan diteruskan walaupun dalam keadaan cuaca buruk. "Walaupun standard operasi mencari mangsa hilang ialah selama tujuh hari, namun BNPB boleh melanjutkan tempoh pencarian atas permintaan keluarga masing-masing," katanya. - BERNAMA  SUMBER

Rabi Yahudi Seru Racuni Sumber Air PALESTIN

Komite Eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin, Wasil Abu Yusuf, mengutuk keras fatwa Rabi Yahudi yang menyerukan pengikutnya untuk meracuni sumber-sumber air warga Palestin.

“Ini adalah jelas satu usaha provokasi mengajak perang terbuka antara Yahudi penjajah Zionis Israel dengan warga Palestin,” ujar Wasil Abu Yusuf dalam pernyataannya pada hari Ahad (19/06) lalu.

Wasil Abu Yusuf melanjutkan, “Sudah semestinya dunia internasional bergerak mengakhiri keberadaan penjajahan Zionis Israel dan pendirian negara Palestin sesuai dengan perbatasan 1967.”

Menurut Wasil, fatwa-fatwa sabotaj seperti pembolehan membunuh warga Palestin, mencuri tanah mereka, menghancurkan harta benda ataupun ladang pertanian telah banyak dikeluarkan Rabi-Rabi Yahudi Zionis Israel semenjak meletusnya Intifadah ke II pada tahun 2000 lalu.

Jumaat 17 Jun 2016, Rabbi Sholomo Malmad, Ketua Dewan Rabi pemukim di Tebing Barat, menyerukan warga Yahudi untuk meracuni sumber air di desa-desa dan kota-kota wilayah Palestin, sebagai salah satu cara menggusur warga dan menguasai ladnag yang ditinggalkan. (Anatolia/Ram) sumber

Sunday, June 19, 2016

Bilal Meninggal Ketika Solat Terawih

TUMPAT 19 Jun - Seorang bilal rebah dan meninggal dunia ketika sedang solat sunat tarawih di Masjid Mukim Kutan, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa Che Kob @ Yaakub Che Sop, 69, dikatakan rebah pada rakaat ke empat ketika menunaikan solat tersebut.

Setiausaha Masjid Mukim Kutan, Che Adnan Che Hassan berkata, ketika itu mangsa berada di saf keempat dalam masjid itu.

“Tiba-tiba Che Kob rebah ke belakang, kepalanya terkena lutut saya. “Ketika itu, saya berada di belakangnya. Semua jemaah waktu itu dalam keadaan qiam (berdiri) selepas takbir,” katanya. - UTUSAN ONLINE  sumber

Aa Gym Sakit Berat



Khabar dari Daarut Tauhid, Bandung,  Abdullah Gymnastiar, diberitakan dalam keadaan sakit,  tapi masih sempat Aa Gym memberikan nasihat kepada kita.

“Bayangkan saudaraku sekalian, andai setiap nafas terpaksa menggunakan tabung oksigen seperti ini. Harga satu tabung ini 45 ribu rupiah hanya cukup untuk dua jam,” terang Aa Gym dalam akaun Instagramnya.

“Benar-benar setiap nafas itu adalah kurniaan dari Allah. Kurang saja oksigen di tubuh ini, maka kepala jadi pusing, otak tidak dapat berpikir, tubuh menjadi dingin, beberapa minit saja kita kehilangan oksigen bererti berakhir hidup kita,” ujar Aa Gym sambil menunjukan alat bantu pernapasan yang ia kenakan.

Aa Gym mengajak agar kita bernapaslah dengan penuh rasa syukur. “Fabiayyiaalaairabbikumaa Tukadzdzibaan. Maka nikmat tuhanmu mana yang kamu dustakan,” tutup Aa.

Beliau menitipkan Wasiat.
1. Jangan menunda kewajiban.
2. jangan sia siakan org tua yg masih hidup,
3. Minta taubat setelah berbuat dosa.
4. Jangan tunda taubat.
5. Jangan sia siakan kebersamaan bersama guru.
6. Jangan bikin kesan tidak enak terhadap orang lain. Jauhi maksiat.
 7. Selalu berprasangka baik jika ingin hkusnul khatiman.
 8. Jangan menunda kebaikan.
9. Beliau minta di makamkan d Eco pesantren.
10. Jangan sia siakan waktu dan jangan banyak berbuat yang sia sia.

Mohon maafkan jika Aa banyak salah kepada masyarakat Indonesia semuanya.

“Berharap ada umur buat menebus dosa. Tapi jika memang tidak ada lagi umur, Aa lebih memilih ingin meninggal di masjid.

Aa ingin dimakamkan di eco pesantren, di dekat masjid. Jangan bangun apapun di atas kuburan aa.. Dll”

Terakhir, beliau justru mendoakan santrinya,
”ya Allah, jadikanlah santri2 ini hamba2 kesayangan-Mu, hafidz-hafidzah, shaleh-shalehah, …”
Kata Aa, ”banyak do’a buat aa ya.. Maafin Aa” (BS/lh) sumber

SATU UMAT : Info terkini menunjukkan kesihatan Aa Gym semakin positif. Doa-doakan.

Petanda Awal P. Pinang dan Selangor Akan Kembali kepada BN

Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN telah meningkat majoriti sehingga 23 kali ganda. Malah BN juga meningkat undi Cina dihampir semua kawasan termasuk Jerlun kubu kuat DAP.

 BN menang di kawasan Jerlun, yang mempunyai 85 peratus pengundi Cina.BN mendapat 568 undi (52.3 peratus) manakalah PAN@ AMANAH hanya menerima 415 undi (38 peratus) daripada 1,086 undi. PAS hanya mendapat 88 undi. Daripada analisis awal parti PAN@ AMANAH dokongan DAP ini kalah di kesemua saluran kepada BN.

 Jika kita bandingkan dalam pilihan raya umum lalu, yang mana PAS, ketika itu bersama Pakatan Rakyat, menang 68.2 peratus undi. Jerlun, kira-kira 10 minit dari bandar Kuala Kangsar, adalah kawasan majoriti Cina terbesar di kawasan parlimen Kuala Kangsar. Jika kita tinjau lokaliti di Sungai Besar pula bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada PAN @ AMANAH dengan BN dikebanyakannya berbeza tidak lebih 50 undi. Hal ini menunjukkan BN boleh bersaing rapat dengan PAN @ AMANAH yang didokong kuat oleh DAP dan BN berjaya mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina. Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.

Fenomena ini menjadi tanda bahaya bahawa kawasan bandar di seluruh Malaysia BN akan mula menguasai semula. Kalau tak pun BN boleh bersaing rapat. Kalau kita ambil contoh, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan dimana parti PAN @ AMANAH yang didokong oleh DAP mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2). Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan PAN @ AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33). Jika pola kedudukan ini kekal (pertandingan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS) sehingga PRU-14 nanti tidak mustahil Selangor dan Pulau Pinang akan tumbang kepada BN. Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blospot.com

Kuliah Aa Gym - Hanya Allah Jadi Tujuan

IRAQ Tawan Semula Fallujjah Sejak 2014

BAGHDAD 18 Jun Selepas gagal untuk menawan bandar Fallujah sejak tahun 2014, tentera Iraq akhirnya berjaya menawan se­mula sebahagian besar kawasan itu daripada cengkaman kumpulan militan IS, semalam. Portal Al Jazeera melaporkan, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi ketika mengumumkan kejayaan itu berkata, hanya sebilangan kecil anggota kumpulan militan tersebut berada di bandar tersebut ketika ini. “Kami pernah berjanji akan membebaskan Fallujah dan kini kami telah menawan semula bandar itu.

“Ketika ini, pasukan keselamatan Iraq berjaya mengawal bandar itu kecuali di beberapa kawasan kecil yang dijangka dapat ‘dibersihkan’ dalam tempoh beberapa jam lagi,” katanya menerusi satu siaran televisyen semalam. Kerajaan Iraq hilang penguasaan terhadap Fallujah selepas bandar itu jatuh ke tangan kumpulan militan IS pada 2014, beberapa bulan selepas menawan bandar kedua terbesar di Iraq, Mosul.

Dalam pada itu, Haider turut membuat pengumuman yang sama dalam laman Twitter miliknya apabila menulis, ‘Fallujah telah kembali dikuasai dan Mosul pula adalah sasaran berikutnya. Militan IS akan ditewaskan’. Tentera Iraq dilaporkan berjaya memasuki pusat bandar Fallujah semalam selepas hampir empat minggu usaha untuk menawan semula bandar yang terletak kira-kira 50 kilometer di barat Baghdad itu dijalankan. Bendera negara juga telah dikibarkan di puncak bangunan tertinggi di kawasan itu sebagai tanda pihak tentera telah berjaya menguasai bandar tersebut.

 Ketua Polis Iraq, Raed Shaker Jawdat yang mengesahkan perkara itu berkata, pembebasan Fallujah telah dilakukan di kawasan tumpuan yang menjadi mercu tanda bandar itu. Komander bagi kedua-dua pihak turut memberitahu, pasukan keselamatan Iraq hanya berdepan rintangan yang kecil ketika cuba memasuki pusat bandar Fallujah. “Ini merupakan satu perkembangan yang sangat penting,” kata wakil Al Jazeera di Iraq, Omar al-Salleh. sumber

Terbukti Dara, Baru Boleh Dapat Biasiswa



KWAZULU-NATAL (AFRIKA SELATAN): Agensi kerajaan, Suruhanjaya Persamaan Jantina Afrika Selatan memutuskan tawaran biasiswa universiti yang mewajibkan lulus ujian dara sebagai menyalahi undang-undang dan perlu dihapuskan. Majlis Perbandaran Uthukela memperkenalkan skim itu, yang juga acara tahunan Zulu, sebagai usaha untuk mencegah jangkitan AIDS dan kehamilan kanak-kanak.

Bagaimanapun, suruhanjaya yang membuat gesaan itu semalam, menganggap skim bantuan kewangan yang ditentukan oleh status dara sebagai diskriminasi terhadap wanita. "Faktor dara tiada kaitan dengan tugas belajar, " tegas suruhanjaya itu. Sehubungan itu, majlis perbandaran, badan yang bersikap konservatif, diberi tempoh 60 hari untuk memberi maklum balas kepada cadangan agensi terbabit. -AFP sumber

17 Maut dalam Serangan di Aleppo

BEIRUT 18 Jun - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam satu serangan yang dilancarkan pada awal pagi di wilayah bergolak, Aleppo di Syria. Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) berkata, serangan tersebut dipercayai didalangi oleh Unit Perlindungan Penduduk Kurdis (YPG).

 Menurut SOHR, lebih 40 orang turut cedera dalam serangan yang menyasarkan kawasan Sheikh Maqsoud, sebuah daerah yang terletak berhampiran satu-satunya laluan keluar masuk menuju ke kawasan yang dikuasai puak pemberontak iaitu Castello.-REUTERS - SUMBER

MESIR - Morsi DiPenjara Seumur Hidup

KAHERAH: Mahkamah Mesir, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden pro-Islam negara itu, Mohamed Morsi. Perbicaraan itu juga membabitkan enam lagi defendan, yang turut dijatuhkan hukuman mati.

Peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maksoud, berkata mahkamah membebaskan Morsi daripada tuduhan membekalkan Qatar dengan dokumen sulit tetapi mengenakan hukuman penjara seumur hidup kerana mengetuai sebuah pertubuhan haram. Peguam itu menambah, Presiden digulingkan itu turut disabitkan mencuri dokumen rahsia membabitkan keselamatan negara dan dikenakan hukuman penjara tambahan selama 15 tahun.

Qatar adalah penyokong utama Morsi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin beliau ketika berkuasa pada tahun 2012 hingga Julai 2013. Tentera kemudian menggulingkan pemerintahan beliau dan menahannya. - AGENSI sumber

Friday, June 17, 2016

Video Pengakuan Abang Long Fadhil

Taliban Didakwa Guna Hamba Seks untuk Serang Tentera

TARIN KOT 16 Jun – Kumpulan militan Taliban didakwa menggunakan hamba seks kanak-kanak untuk menyusup ke dalam pasukan keselamatan sebelum melancarkan serangan ke atas pasukan polis di selatan Afghanistan. Kumpulan militan Taliban mengeksploitasi amalan masyarakat tempatan, yang dikenali sebagai ‘bacha bazi’ atau menggunakan budak lelaki pedofilia untuk menyusup masuk ke dalam pasukan keselamatan negara ini.

Adat kuno itu menjadi amalan di Afghanistan dan berakar umbi seperti di wilayah Uruzgan yang menyaksikan ‘bacha bereesh’ atau budak lelaki tanpa jambang sering menjadi objek tarikan berahi kepada komander polis berpengaruh. Taliban sejak hampir dua tahun lalu menjadikan budak lelaki pedofilia ini untuk me­lancarkan serangan yang menyaksikan sekurang-kurangnya enam kejadian antara Januari dan April sahaja yang mengakibatkan kematian beratus-ratus anggota polis dan pegawai kehakiman.

“Taliban akan menghantar kanak-kanak lelaki kacak untuk menembusi pusat pemeriksaan, sebelum mereka membunuh, memberi dadah dan racun kepada anggota polis. “Mereka mengenal pasti kelemahan kami yang amat ketara iaitu bacha bazi,” kata bekas Ketua Polis Uruzgan, Ghulam Sakhi Rogh Lewanai. Ghulam ditukarkan semasa rombakan pasukan keselamat­an pada April lalu berikutan peningkatan keganasan di wi­layah itu.

Serangan itu yang menggambarkan penganiayaan terhadap kanak-kanak oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik di negara ini, membuatkan pihak berkuasa kebingungan. Seorang pegawai kanan wi­layah Uruzgan turut sependapat dengan kenyataan Ghulam itu dengan menyatakan “lebih mudah menangani penyerang berabi mati, daripada serangan oleh ‘bacha bereesh”. – AFP SUMBER

KULIAH Tuan Guru Sidek Noor - Asal Usul Sifat 20

Pondok Pasir Tumboh Terbakar

KOTA BHARU 17 Jun - Sebanyak tiga unit bangunan asrama Madrasah Diniah Bakriah Pondok Pasir Tumboh musnah dalam kebakaran di sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika pelajar perempuan yang tinggal di asrama berkenaan berada di luar bangunan tersebut yang menempatkan kitab-kitab agama.

Mudir Pengurusan Muslimah Madrasah berkenaan, Shuib Omar berkata, pondok pengajian itu dihuni kira-kira 1,000 pelajar dari seluruh negara yang berusia di antara 18 sehingga 25 tahun. “Kejadian berlaku dengan begitu pantas. Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pelajar, Mohd. Shukri Yusof,27, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika pelajar selesai menunaikan solat asar di Masjid Terusan Limbat yang terletak berhampiran dengan pondok pengajian itu. “Kami tidak sempat menyelamatkan barang-barang kami. “Tragedi yang berlaku ini mungkin dugaan pada bulan Ramadan dan kami terima dengan hati yang tabah,” katanya sebak.

 Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Jamil Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.10 petang dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian. “Sebanyak empat jentera dengan kekuatan 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Kota Darul Naim,Kota Bharu serta Tunjong terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran kerana struktur bangunan tersebut adalah jenis separuh kekal. Kita juga dapat mengawal kebakaran daripada merebak. “Kita masih menyiasat jumlah kerugian serta punca kejadian,” katanya.  sumber

Gabenor Makkah Arah Robohkan Menara Jam

Rabu 15 Jun 2016, Gabenor Makkah, Pangeran Khaled Al-Faisal, mengeluarkan arahan untuk menghancurkan monumen jam di kawasan selatan Masjidil Haram, yang tepat berada di depan pintu masuk King Abdul Aziz.

Keputusan ini diambil Pangeran Khaled Al-Faisal agar memudahkan jemaah umrah mahupun haji untuk lebih mudah memasuki Masjidil Haram, dan menghindari kesesakann jemaah yang ingin bergambar di depan jam mahupun pintu masuk King Abdul Aziz.

Memiliki dimensi lebar 13 meter dan tinggi 7 meter dengan diapit 2 menara setinggi 135 meter. Kerajaan Arab Saudi berniat menjadikan Pintu King Abdulaziz sebagai pintu masuk utama Masjidil Haram sekaligus pintu darurat ketika terjadi sebuah musibah yang tidak di inginkan. (Rassd/ram) sumber

Burj Khalifa - 3 Waktu Berbuka di Sebuah Bangunan



Menurut Mufti esar UAE, Sheikh Ahmed Al-Haddad, setidak-tidaknya ada 3 waktu puasa dan berbuka yang berbeza dari bangunan tertinggi di dunia yang memiliki 160 tingkat.

Berikut penjelasan Sheikh Ahmed Al-Haddad mengenai waktu sahur dan berbuka di Burj Khalifa:

Untuk mereka yang berada di tingkat paling tinggi agar sahur 6 minit lebih awal dari yang tinggal di dataran paling bawah, dan berbuka lebih lama 6 minit dari yang tinggal di atas tanah.

Mereka yang tinggal dipertengahan memiliki waktu sahur 3 minit lebih awal dari yang tinggal di dataran paling bawah, dan berbuka lebih lama 3 minit dari yang tinggal di atas tanah.

Dan mereka yang tinggal di bawah memiliki waktu sahur dan berbuka normal seperti daerah-daerah lainnya di UEA. (Rassd/Ram) sumber

CIA Akui Berjaya Lemahkan IS

Pengarah Badan Intelejen Amerika Syarikat “CIA”, John Brennan, menyebut gabungan internasional pimpinan AS telah berhasil mengurangi kemampuan organisasi untuk melakukan serangan bersenjata di dalam mahupun luar negeri.

Pernyataan ini dilontarkan John Brennan dalam pertemuan dengan komite Kongres AS pada  hari Khamis (16/06) kelmarin.

“Menderita kerugian teruk akibat serangan udara Rusia serta koalisi internasional dan sekutunya, akan tetapi Organisasi Negara Islam masih menjadi tentangan yang kuat bagi dunia internasional” ujar John Brennan dihadapan Kongres.

John Brennan melanjutkan, “Negara Islam masih memiliki jumlah pejuang yang lebih banyak dari al-Qaida pada masa kejayaannya. Kami perkirakan ada sekitar 22 ribu yang tersebar di Syria dan Iraq.” sumber

Tuesday, June 7, 2016

Muhammad Ali Satu2nya Bintang yang Tidak Dipijak





SETAKAT ini Hollywood Walk of Fame telah menganugerahkan bintang kepada lebih 2,500 selebriti yang berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing.

Antara selebriti popular yang tercatat namanya di situ adalah Elvis Presley, Morgan Freeman, Jackie Chan, Michael Jackson, Tom Cruise dan Marilyn Monroe.









Namun, tahukah anda dalam ramai-ramai bintang berkenaan, hanya nama bekas peninju lagenda dunia Muhammad Ali sahaja tidak ‘dipijak’ oleh jutaan pengunjung di tapak Hollywood Boulevard, California, Amerika Syarikat itu.

Pada mulanya Ali yang enggan namanya dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang di tempat berkenaan, telah menolak tawaran mengabadikan namanya di situ.

Namun disebabkan pengaruhnya dalam sukan tinju, pihak penganjur Hollywood Chamber of Commerce telah setuju meletakkan bintang penghormatannya di dinding Dolby Theatre, di sana.



Alasan Ali cuma satu apabila ditanya kenapa enggan membenarkan bintangnya diletakkan di lantai seperti mana selebriti lain.

“Saya membawa nama Nabi Muhammad dan ianya mustahil untuk membiarkan orang ramai memijak nama tersebut,” katanya, seperti dilaporkan media antarabangsa ketika itu.

Ali merupakan penerima bintang ke-2,189 pada 2002 dan sampai ke hari ini, bintang miliknya adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan atas lantai.

Ali menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun akibat masalah pernafasan di Hospital Pheonix, Arizona Jumaat lalu.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah kelahirannya di Kentucky, Jumaat ini. – MYNEWSHUB.CC Peminat memberi penghormatan terakhir dengan melihat lebih dekat bintang Muhammad Ali.  sumber

YAMAN - 8 Maut dalam Serangan Houthi



ADEN: Sekurang-kurangnya lapan orang awam termasuk lima sekeluarga terbunuh dalam tempoh 24 jam serangan pemberontak Houthi di kawasan kediaman di bandar Taez, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Sumber berkata, tiga kanak-kanak adalah antara mangsa yang terbunuh dalam pertempuran yang berterusan walaupun gencatan senjata dan rundingan damai sedang berlangsung di Kuwait antara pemberontak Houthi dan wakil kerajaan.

Seramai 13 orang awam lagi cedera dalam serangan itu dan pemberontak dipersalahkan kerana melepaskan bedilan meriam serta tembakan senjata api di sekitar kawasan kediaman.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ismail Ould Cheikh Ahmed, mengecam tindakan pemberontak menyerang tentera kerajaan di Taez hingga membunuh 11 orang awam Sabtu lalu. Ismail mengarahkan kedua-dua pihak menghormati gencatan senjata yang berkuat kuasa 11 April lalu. - AFP sumber

Hasilkan Lukisan Guna Garam

Dino Tomic (kanan) menghasilkan lukisan potret pelakon siri Game
OSLO 6 Jun – Seorang pelukis Croatia berjaya menghasilkan lukisan dengan hanya menggunakan ga­ram makan dan kreativiti seni terbaharu itu telah menarik minat banyak laman web reka bentuk terkemuka dunia. Hasil seni garam Dino Tomic mula mendapat perhatian setelah dia memuat naik lukisan potret berwarna hitam dan putih watak siri televisyen Game of Thrones melalui Instagram miliknya.

 Pada mulanya, Tomic yang merupakan seorang guru seni dan pelukis tatu membuat lukisan garam bagi meredakan kesakitan pergelangan tangan­nya akibat terlalu banyak melukis. “Saya baru memulakan lukisan garam ini tiga minggu lalu untuk merehatkan perge­langan tangan kerana lukisan ini tidak banyak menggunakan pergerakan tangan sebaliknya lebih tertumpu kepada pergerakan bahu,’’ katanya.

Menurut laporan laman web Oddity Central, untuk menghasilkan lukisan itu, lelaki berkenaan menggunakan kanvas besar berwarna hitam dan botol plastik atau kon kertas yang diisi garam.

“Melukis menggunakan garam tidaklah susah kerana sama seperti teknik menggunakan penyembur cat,’’ ujarnya. Namun begitu, Tomic terpaksa mengambil masa selama 25 jam bagi menghasilkan sebuah lukisan geometri India corak Mandala.

“Kesabaran yang tinggi dan masa yang lama perlu untuk menghasilkan lukisan itu. Namun tiada yang lebih menyakitkan berbanding melihat lukisan tersebut ‘dimusnahkan’ hanya dalam beberapa saat setelah siap,” katanya.  sumber

14 Maut di TURKI, Bas Terhumban ke Tali Air

ANKARA 6 Jun – Seramai 14 orang termasuk enam kanak-kanak maut manakala 26 yang lain cedera selepas bas yang dinaiki terhumban ke dalam tali air di selatan Turki, semalam.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Osmaniye-Kozan dekat Kampung Cevdetiye dengan bas yang membawa rombongan terdiri daripada kanak-kanak sekolah, ibu bapa serta para guru itu dikatakan bertembung de­ngan sebuah kereta.

Menurut laporan Daily Sabah, bas tersebut kemudiannya hilang kawalan lalu terhumban ke dalam tali air berkenaan. Difahamkan, bas tersebut dalam perjalanan pulang selepas membawa rombongan terbabit melawat sebuah muzium dan taman negara di Osmaniye.

Pasukan penyelamat dan beberapa buah ambulans dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. “Seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal,” kata Gabenor Osmaniye, Kerem Al kepada sa­luran berita Turki NTV.

Sementara itu, pasukan penyelamat memulakan operasi mencari penumpang di kawasan tali air tersebut yang mungkin hilang.  sumber

Aleppo Terus Dibedil, 53 Maut

PENDUDUK Syria melihat kesan kemusnahan akibat serangan mortar
AMMAN 6 Jun - Persiapan menyambut Ramadan bagi penduduk di Aleppo, Syria bagaikan tiada erti apabila kawasan kediaman mereka berterusan menjadi ‘medan pertempuran’ antara tentera Syria dan kumpulan penentang kerajaan yang saling bertelagah, sama ada menerusi serangan udara mahupun bedilan mortar, semalam.

Menurut portal Al Jazeera, sekurang-kurangnya 53 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran tersebut, ketika tentera kerajaan buat pertama kali berjaya memasuki wilayah Raqqa sejak Ogos 2014. Badan Pemantau Hak Asasi Syria melaporkan, berpuluh-puluh bom tong digugurkan melalui helikopter tentera di kawasan perumahan al-Qatriji manakala sebuah pesawat pejuang tidak dikenali terhem­pas di selatan Aleppo.

Badan itu menyatakan 32 orang terkorban dalam serang­an udara berkenaan manakala 20 orang lagi maut diserang kumpulan penentang kerajaan di kawasan dikuasai tentera kerajaan di bandar Aleppo.

Kumpulan sukarelawan White Helmets pula menyatakan, sekurang-kurangnya 50 serangan udara dilancarkan ke kawasan dikuasai kumpulan penentang di Aleppo semalam. Jelas sukarelawan tersebut, kumpulan penentang turut membedil kawasan perumahan dikuasai tentera kerajaan di bahagian barat bandar berkenaan di kawasan Hamadaniyah dan Midan.

 Dalam perkembangan ber­asingan, tentera Syria dilaporkan mula memasuki wilayah Raqqa kelmarin, kali pertama selepas mereka diusir kum­pulan mi­litan IS pada Ogos 2014. Badan Pemantau Hak Asasi Syria memberitahu, serangan udara tentera Rusia di timur wilayah Homs berhampiran Raqqa pada Jumaat lalu memudahkan kemaraan tentera Syria ke wilayah berkenaan.

 Jelas badan berkenaan, sebanyak 26 anggota militan IS dan sembilan anggota tentera kerajaan dan sekutunya terbunuh dalam pertempuran tersebut. Tambahnya, tentera Syria membuat kemaraan dari kawasan Athriya, timur wilayah Hama berhampiran sempadan wilayah Raqqa.  sumber

Monday, June 6, 2016

3 Perisik JORDAN Maut

AMMAN: Tiga perisik Jordan dan dua kakitangan agensi itu maut dalam serangan ke atas pejabat keselamatan di kem pelarian Palestin di pinggir ibu kota negara itu.

Televisyen Jordan sebentar tadi memetik jurucakap kerajaan sebagai berkata, serangan yang berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan itu adalah 'serangan pengganas' tetapi tidak memberi butiran lanjut. - REUTERS  sumber

Jenazah Muhammad Ali Tiba di Kampung Halaman

LOUISVILLE 6 Jun - Jenazah petinju legenda, Muhammad Ali selamat tiba di kampung halamannya di Louisville dari Arizona semalam dengan diiringi ahli keluarganya.

Beratus-ratus peminat telahpun menunggu jenazah petinju itu rumahnya bagi memberi penghormatan terakhir.

 Upacara pengebumian petinju itu yang dijangka pada Jumaat ini akan didahului dengan majlis penghormatan di stadium sukan Kentucky yang menjadi tempat Muhammad Ali membesar dan mendapat latihan pertama sebagai petinju. - sumber

Erdogan Mahu Wanita TURKI Lahirkan Sekurang2nya 3 Anak

Recep Tayyip Erdogan.-AFP

ISTANBUL 5 Jun - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mahu wanita negara itu melahirkan sekurang-kurangnya tiga orang anak dan menyifatkan hidup mereka tidak sempurna jika gagal memiliki keturunan sendiri.

Kenyataan terbaharu Erdogan itu rentetan daripada beberapa kenyataan kontroversinya sebelum ini yang mahu wanita Turki membantu meningkatkan populasi penduduk negara itu yang kini semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu.

Jelas Erdogan, dia menyokong wanita mempunyai karier sendiri, namun katanya, karier tersebut bukanlah penghalang untuk golongan wanita menimang cahaya mata. - AFP sumber

Muhammad Ali Islamkan Isteri di MALAYSIA?

KOTA KINABALU 5 Jun - Kedatangan legenda tinju dunia Muhammad Ali ke negara ini pada tahun 1975 masih menjadi tanda tanya. Malah ada pihak yang mendakwa kedatangan Allahyarham bertujuan untuk mengislamkan salah seorang isterinya berikutan penyebaran gambarnya bersama wanita tersebut di Rumah Sabah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang turut dihadiri beberapa orang saksi. Wanita tersebut yang belum dikenali identitinya dipercayai telah diislamkan oleh tokoh agama Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Titingan. Gambar berkenaan menunjukkan wanita itu mengangkat jari telunjuk sambil disaksikan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman bersama Ketua Menteri Sabah yang pertama Allahyarham Tun Datu Mustapha Harun. Terdapat juga dakwaan bahawa gambar tersebut merupakan majlis perkahwinan Muhammad Ali bersama isterinya itu, namun tiada pihak yang dapat mengesahkannya.

Turut berada di dalam gambar tersebut adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Abdul Hamid Egoh. Abdul Hamid yang ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan pertemuan itu diadakan di Rumah Sabah, tetapi tidak mengetahui tujuannya. Beliau bagaimanapun mengesahkan Muhammad Ali dan pengurusnya telah datang ke Sabah pada tahun 1975 selepas menerima undangan Tun Mustapha. Menurut Abdul Hamid, beliau yang pada waktu itu menjawat jawatan Penolong Setiausaha Pertahanan Sabah telah diamanahkan oleh Tun Mustapha untuk menunggu seterusnya mengiringi Muhammad Ali ke kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah itu.

“Muhammad Ali bersama pengurusnya yang terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu menggunakan pesawat peribadi jenis Grumman milik Tun Mustapha. “Itu merupakan kenangan manis saya bersama legenda tinju dunia itu ketika beliau datang ke negeri ini. Saya merupakan individu yang bertanggungjawab menjemput, menghantar dan mengiringi Allahyarham pulang ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu,” katanya. Menceritakan lebih lanjut, Abdul Hamid menyifatkan legenda tinju yang lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat itu memiliki sifat merendah diri dan berperwatakan menarik walaupun tidak banyak bercakap.

“Sepanjang bertemu dengan Allahyarham beberapa kali termasuk di Rumah Sabah, Muhammad Ali seorang yang baik dan merendah diri selain tidak banyak bercakap,” katanya. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Tinju Sabah, Datuk Orlando Harumal berkata, Muhammad Ali merupakan seorang legenda yang amat berpengaruh dalam arena sukan tinju. Katanya, ketika lawatan ke Sabah, Muhammad Ali seakan-akan teruja untuk mengetahui apa yang boleh ‘dihidangkan' oleh negeri ini sempena lawatan pertama beliau.

 "Banyak yang ditanya oleh Muhammad Ali, ketika saya yang merupakan salah seorang individu yang bertanggungjawab menguruskan lawatannya ke Sabah, antaranya bagaimana dengan penduduk, kebudayaan dan makanan di negeri ini,” ujar beliau. - sumber

Perang SYRIA - 21000 Kanak2 Terbunuh dalam 5 Tahun

Jaringan Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa dalam 5 tahun terakhir sedikitnya 21 ribu kanak-kanak terbunuh akibat konflik bersenjata, dan 19 ribu antaranya dibantai oleh rejim Syiah Assad.

Dalam konflik yang berlangsung antara bulan Mac 2011 hingga Mei 2016 sebanyak 19.733 anak-anak syahid ditangan rejim Syiah Bashar al-Assad, termasuk 159 antaranya terbunuh akibat penyeksaan yang dilakukan tentera pemerintah di dalam penjara kepada kanak-kanak yang ditahan, seperti disiarkan Aljazeera dalam laporan terbaru Jaringan Observatorium yang diterbitkan pada hari Sabtu (04/06) akhir minggu lepas.

Jaringan Observatorium melanjutkan, “Jumlah kanak-kanak yang telah ditangkap dalam periode 5 tahun terakhir mencapai angka 10.891 orang, dan 2.716 diantaranya hingga kini masih berada di dalam penjara pemerintah.”

Sementara itu kanak-kanak yang menjadi yatim akibat ayah mereka di bunuh oleh tentera pemerintah mencapai angka 36 ribu lebih anak-anak, dan 6 ribu lainnya kehilangan ibu mereka akibat konflik bersenjata di Syria.
 (Aljazeera/Ram) sumber