Wednesday, August 31, 2016

Isu Bom Klorin - RUSIA Pertahan Assad

Sidang Dewan Keamanan PBB kembali menemui kebuntuan untuk menjatuhkan sanksi penggunaan senjata kimia kepada rejim Syiah Assad, setelah Rusia menggunakan hak veto kerana meragukan bukti terkait penemuan penggunaan bom klorin di wilayah Idlib.

Dalam sidang DK PBB yang diadakan di pejabat misi Rusia di bangunan PBB, New York, Amerika Syarikat pada hari Selasa (30/08) lalu, delegasi Rusia Vitaly Churkin mengatakan, “Benar telah terjadi asap klorin, akan tetapi apakah ada cap jari yang ditemukan dalam bom tersebut? Lalu siapa yang akan memberlakukan sanksi? Laporan ini tidak berisi nama-nama dan fakta-fakta tertentu.”

Menurut Vitaly Churkin, terlalu awal bagi DK PBB untuk membahas pelaksanaan resolusi Dewan Keamanan yang dikeluarkan bulan September 2013, yang memungkinkan sanksi militer terhadap rejim Assad jika kembali menggunakan senjata kimia sesuai dengan Bab VII Piagam PBB.

Penemuan bukti penggunaan zat kimia klorin dalam 2 serangan udara di kota Talmenes pada 21 April 2014 dan Sarmin pada 16 Mac 2015 dalam laporan Organisasi Pelarangan Senjata Kimia (OPCW) PBB yang dikeluarkan pada hari Rabu (24/08) menjadi dasar Dewan Keamanan PBB untuk mengadakan sidang membahas pemberlakuan sanksi terhadap rejim Syiah Assad.

Perlu diketahui bahawa sidang Dewan Keamanan PBB sering kali menjadi ajang pertarungan dingin antara Amerika Syarikat dan Rusia terkait hegemoni kedua negara di dunia internasional. (Bbcarabic/Ram) sumber

Majlis Ilmu Abu Zulfiqar Sepanjang September 2016


Friday, August 26, 2016

Tentera IRAQ Kalahkan Daesh di Qayyarah

QAYYARAH, Iraq, 26 Ogos - Tentera Iraq yang dibantu dengan serangan udara oleh tentera pakatan berjaya mengusir kumpulan militan Daesh dari bandar Qayyarah, sebuah bandar di utara Iraq, semalam yang merupakan sebuah bandar strategik.

 “Kami (tentera kerajaan) berjaya menguasai seluruh kawasan di bandar itu dalam tempoh yang singkat, dan mengusir kumpulan militan Daesh dari situ,” kata Lieutenan Jeneral Riyadh Jalal Tawfik, yang mengetuai tentera darat kepada AFP di Qayyarah. Komander itu berkata, unit kejuruteraan tentera sedang membersihkan bandar itu, yang terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan Mosul, daripada periuk api dan jerangkap samar.

Perdana Menteri, Haider al-Abadi dalam kenyataannya memuji kejayaan tentera Iraq itu sambil menyifatkannya sebagai kunci utama untuk menguasai sepenuhnya Mosul, bandar yang dijadikan ibu negara oleh kumpulan militan Daesh dan bandar kedua terbesar di Iraq. “Tentera kita (Iraq) mencapai kejayaan besar, langkah penting bagi membebaskan Mosul (daripada penguasaan militan Daesh),” kata Abadi. Operasi menawan Qayyarah dimulakan Selasa lalu diketuai pasukan elit tentera perkhidmatan anti-kegasanan Iraq.

 Tentera Iraq sebelum ini, telahpun berjaya menawan pangkalan udara berdekatan, dan bandar Qayyarah akan digunakan sebagai salah satu pusat untuk melancarkan operasi menggempur Mosul dalam beberapa minggu akan datang. - AFP sumber

Gempa Bumi di BURMA, 187 Kuil Rosak Teruk

YANGON 26 Ogos - Beberapa trak tentera dan skuadron anggota polis menutup beberapa pagoda di sekitar bandar purba Bagan, sehari selepas sekurang-kurangnya 187 kuil rosak teruk akibat gempa bumi kuat.

 Presiden Myanmar, Htin Kyaw terbang ke Bagan untuk bertemu penduduk tempatan setelah pihak berkuasa bergegas untuk menilai keadaan sebenar kerosakan ekoran gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang menggegarkan beberapa buah negara Asia Tenggara kelmarin.

 Htin Kyaw berkata, pihak berkaitan seperti Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Jepun dan China menawarkan diri untuk membantu proses pemulihan kuil yang rosak. “Kami perlu merekod dan membaiki kerosakan pagoda tersebut tetapi perlu dilaksanakan dengan sistematik. Kerja-kerja ini akan mengambil masa tetapi kami akan cuba sedaya upaya,” kata Htin Kyaw. - REUTERS  sumber

Raja Langkasuka Ditahan, Mengaku Nabi Isa

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa selepas dipercayai memandu kereta klon dan menggunakan nombor pendaftaran meragukan di Jalan Tun Razak di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, lelaki berusia 43 tahun itu memandu kereta Kia Sportage bersama isteri dan anaknya serta turut menggunakan nombor pendaftaran ‘WWE 3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI’.

 Difahamkan, ketika ditahan, suspek mengeluarkan kata-kata provokasi serta memberi ancaman terhadap pihak polis. Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan kes terbabit telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE  SUMBER

Sudah 3800 Maut 6700 Cedera di YAMAN

PBB melaporkan sebanyak 10 ribu orang telah menjadi korban maut dan cedera dalam perang melawan pemberontakan Syiah Houthi yang di pimpin Arab Saudi di Yaman, seperti disiarkan Reuters.

Dalam laporan terbaru yang disiarkan pada hari Khamis (25/08), PBB menyatakan bahawa sebanyak 3,799 warga awam terbunuh dan 6,711 lainya cedera dalam sejak dimulainya operasi militer koalisi regional Arab sejak 26 Mac 2015. sumber

LIBYA Mohon Bantuan AS Perangi Penentang

Black smoke billows across the sky after a petrol depot was set ablaze during clashes between rival militias near Tripoli's international airport, on the outskirts of the capital, on August 13, 2014. Since mid-July, the country has been rocked by deadly inter-militia fighting for control of key facilities including Tripoli's international airport. Benghazi in the east, Libya's second city, has also seen battles between Islamists and the forces of a renegade general. AFP PHOTO/STR        (Photo credit should read -/AFP/Getty Images)

Pada Ogos 2016, untuk pertama kalinya pesawat tempur Amerika ikut ambil bahagian dalam misi perebutan kota Sirte dari tangan penentang Libya. Dalam keterangan rasminya pemerintah AS menjelaskan bahawa serangan udara ke kota Sirte adalah permintaan rasmi dari Pemerintah Rekonsiliasi Nasional dibawah PM Fayez Al Sarraj.

Perlu diingat bahwa konflik bersenjata di Libya bermula ketika Mejar Jeneral Khalifa Haftar yang memegang posisi tinggi dalam pasukan anti-Gaddafi pada perang revolusi tahun 2011 melancarkan perang melawan dewan transisi GNC (Kongres Nasional Umum) 2012, setelah dewan transisi dikuasai oleh majoriti kelompok mujahidin Islam.

Selain mendapat dukungan dari pemerintah kudeta Mesir, Haftar juga meminta Barat untuk membantu merebut kekuasaan dan merubah persepsi dunia internasional dengan menyebut mujahidin Libya sebagai kelompok teroris Negara Islam. (Aljazeera/Ram) sumber

Kubur 5 Juta Jenazah di IRAQ Seluas Mata Memandang



-

Wadi Salam - komplek pemakaman Syiah

Wadi Salam - tampak seperti sebuah kota

-

Wadi Salam - bentuk makam



Zionis Mahu Kanak2 12 Tahun Boleh Dipenjara

Aanggota Knesset Zionis Israel sepakat mengurangi had minima umur kanak-kanak yang boleh dimasukan ke dalam penjara dari 14 tahun menjadi 12 tahun, jika terbukti dalam pengadilan bersalah atas pembunuhan ataupun cubaan pembunuhan.

Undang-undang baru nantinya akan memberikan hak pihak berkuasa Zionis Israel untuk memenjarakan kanak-kanak di bawah umur atas tindakan kejahatan berat seperti pembunuhan pembunuhan atau percubaan pembunuhan.

Seperti disiarkan Associated Press dari anggota parti pemerintah di Knesset, Anat Berko, menjelaskan bahawa undang-undnag baru bertujuan mencegah penentangan yang dilakukan kanak-kanak Palestin di bawah umur terhadap penjajah Zionis Israel. sumber

TURKI Perangi IS dan Kurdish di SYRIA

Sekurang-kurangnya sembilan tank militer Turki lain telah memasuki Syria utara sehari setelah Ankara memulai serangan besar pertama yang didukung AS dari tetangga selatan dalam apa yang disebut sebagai operasi anti-Islamic State, namun lebih untuk mencegah militan Kurdish menguasai daerah dekat perbatasan mereka tersebut.

Sekarang ada sekitar 20 tank Turki di dalam wilayah Syria, Reuters memetik kenyataan seorang pegawai Turki yang tidak disebutkan namanya mengatakan pada hari Khamis 25/8/2016). sumber

Thursday, August 25, 2016

Video Mujahiddin SYRIA vs ISIS

Ibu Termuda di Dunia Berusia 5 Tahun

TURKI Pecat 80,000 Penjawat Awam Disyaki Terlibat dengan Gulen

ISTANBUL 25 Ogos - Turki memecat lebih 2,800 orang hakim dan pendakwa raya dalam operasi pembersihan terkini, semalam ekoran cubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai lalu.

Turki setakat ini telah memecat dan menggantung kira-kira 80,000 orang daripada perkhidmatan awam, badan kehakiman dan polis yang disyaki mempunyai kaitan dengan pendakwah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Selain itu, Turki berkata pengikut Gulen telah menyelinap masuk ke institusi kerajaan dengan matlamat untuk menumbangkan kerajaan. Walau bagaimanpun, Gulen sekerasnya menafikan penglibatannya dalam cubaan rampasan kuasa tersebut sebelum ini. - REUTERS sumber

POlis Tahan 71 dalam Ops Cantas Khas 2 di Perak

IPOH 25 Ogos - Polis Perak berjaya menahan 71 orang termasuk 30 ahli kumpulan kongsi gelap melibatkan Geng 04, Geng 30, Geng 08, Geng 21 dan Geng 24 sepanjang tempoh pelaksanaan Op Cantas Khas 2 yang dilancarkan bermula 6 hingga 19 Ogos lalu.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, kesemua yang ditahan terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk jenayah kekerasan, gengsterisme, samun, dadah serta memiliki senjata berbahaya.  sumber

Gay Meriah di Dubai?

Dubai, sebagai salah satu negara Arab terkaya di Timur Tengah ternyata menyimpan sebuah sisi gelap yang tak dimiliki oleh negara-negara Arab lainnya. Apa itu?

Tiada lain, tiada bukan, Dubai menjadi syurga kaum gay—terutamanya yang berasal dari tanah Arab. Tidak seperti Negara-negara Arab lainnya, para gay di Dubai tidak mendapatkan tekanan yang keras dari pemerintah, malah menemukan kebebasan di sini.

Sebenarnya secara hukum, adalah illegal untuk menjadi gay di Dubai, dan jika didapati bersalah akan dihukum 10 tahun penjara. Namun lokasi terbaru klub gay tidak rasmi beredar secara online, dan laki-laki yang punya kelainan orientasi seksual di sana, tampaknya tidak takut kepada polis.

Di setiap kota besar, gay menemukan cara untuk menemukan satu sama lain—tetapi Dubai telah menjadi rumah kliring untuk wilayah homoseksual, suatu tempat di mana mereka dapat hidup dengan relatif aman. Saleh, seorang pegawai swasta di Arab Saudi, datang ke Dubai untuk menonton konsert Coldplay, dan mengatakan Dubai “besar” untuk kaum gay: “Semua Arab gay ingin tinggal di Dubai.” Ujarnya. (sa/independent)

Scotland Benarkan Polis Wanita Bertudung

Pihak Polis Scorland mengizinkan penggunaan jilbab bagi anggotanya yang beragama Islam, sebagai sebahagian dari kempen yang dilakukan pemerintah untuk mengajak wanita Muslimah menjadi anggota polis.

Menurut Sky News dari Ketua Polis Scotland, Phil Gormley, mengaku bahawa dirinya sangat senang menyampaikan pengumuman ini dan dan menyambut baik dukungan dari komuniti Muslim, dan masyarakat luas, serta petugas polis dan staf. sumber

PBB Dakwa Assad Guna Senjata Kimia Lagi

Komisi penyelidikan internasional PBB melaporkan tentera rejim Syiah Assad sekurang-kurangnya telah 2 kali menggunakan senjata kimia terhadap warga Syria di daerah konflik dalam 2 tahun terakhir.

Dalam hasil laporan yang diterbitkan hari Rabu (24/08), komisi penyelidikan internasional PBB mendapati penggunaan gas klorin terhadap sejumlah daerah yang dikuasai kelompok revolusi Syria di kota Idlib pada bulan April 2014 dan Mac 2015.

Hasil penelitian dan penyelidikan komisi terhadap 9 serangan di 7 wilayah Syria dalam satu tahun terakhir menyimpulkan bahawa betul ditemukan adanya serangan senjata kimia yang dilakukan oleh rezim Syiah Assad, tulis komisi penyelidikan internasional PBB.

Komisi penyelidikan internasional PBB menyakini adanya penggunaan gas klorin dalam 8 serangan terhadap warga aam Syria, akan tetapi komisi enyatakan harus melakukan penelitian lebih lanjut terhadap 3 serangan.

Sementara itu disisi lain, pemerintah Whote House mendakwa Rusia dan Iran ikut bertanggung jawab dalam penggunaan senjata kimia oleh rejim Syiah Assad.

Gas klorin adalah sebuah senyawa yang umum digunakan dalam industri dan bersifat sangat beracun. Gas ini bersifat racun kerana amat reaktif dengan air yang terdapat di selaput lendir paru-paru dan mata. sumber

Yahudi Percaya Abbas Hilang Kawalan di Tebing Barat

Ahli keamanan dan intelejen Yahudi untuk urusan Arab, Yoni Ben-Menachem, menyebut pertempuran berdarah di kota Nablus pada Khamis (18/08) malam minggu lalu adalah bukti hilangnya kawalan Pihak Berkuasa Mahmud Abbas atas wilayah Tebing Barat.

Menurutnya sudah tiba saatnya Pihak Berkuasa di bawah Abbas mengambil tindakan untuk menghentikan dan menunda pilihanraya tempatan Palestin kerana takut jatuh ke jurang konflik yang lebih dalam di wilayah Tebing Barat dan sekitarnya.

Khamis malam sekitar seratus warga Palestin bersenjata berbalas tembakan dengan pasukan keamanan Palestin di kota Nablus. Sebanyak 4 orang dilaporkan terbunuh dalam baku tembak yang berlangsung hingga Jumaat (19/08) pagi. (Aljazeera/Ram) sumber

Wednesday, August 3, 2016

Heli RUSIA Bawa Senjata Ditembak Jatuh di SYRIA

Wartawan kenamaan Aljazeera dari Syria, Faishal Qaseem, menyebut pemerintah Rusia telah berbohong dengan menyatakan helikopter Mi-8 yang ditembak jatuh pada hari Isnin (01/08) di kota Idlib sedang membawa bahan makanan bagi warga Syria.

Melalui akaun Twitter resmi miliknya, Faishal Qaseem menunjukan bukti-bukti bahawa helikopter Mi-8 yang ditembak jatuh oleh mujahidin Idlib sedang membawa bantuan persenjataan untuk tentera rejim Syiah Assad dan milisi bentukan Iran.

Dengan nada menyindir serta mengejek, Faishal Qaseem menyebut 2 pelancar roket yang ada di sekitar helikopter jatuh dengan pelancar  kuih serta roti.

Dalam keterangannya awal ini, Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa kelima-lima awak helikopter terbunuh setelah kapal yang mereka tumpangi jatuh ditembak di daerah yang dikendalikan oleh Brigade Fatah al-Sham.  (Cnnarabic/Ram) sumber

AS Serang Sasaran di LIBYA

Presiden Barack Obama menekankan bahawa serangan udara militer AS di kota Sirte Libya mulai hari Isnin (01/08) adalah untuk menjaga kepentingan dan keamanan nasional Amerika Syarikat di luar negeri.

Pernyataan ini diumumkan Obama pada hari Selasa (02/08), sehari setelah pengumuman rasmi dimulainya operasi militer AS melawan mujahidin Libya oleh Kementerian Pertahanan “Pentagon”.

Obama melanjutkan, “Serangan udara dilakukan untuk memastikan pasukan pemerintah di bawah Libya National Accord pimpinan Presiden Fayez al-Siraj untuk menyelesaikan tugas mereka memerangi kelompok militan dan menjaga stabiliti keamanan.”

Menurut Obama ketidakstabilan di Syria dan Iraq telah memperburuk krisis kemanusiaan di wilayah kawasan, terutama krisis migran ke Eropah.

Dalam pengumuman rasminya, Pentagon menerangkan bahwa operasi militer di kota Sirte datang atas permintaan rasmi dari pemerintah Libya yang dipimpin Presiden Fayez al-Siraj. (Skynewsarabia/Ram) sumber