Tuesday, September 27, 2016

6 Tentera TURKI Terbunuh

ANKARA 27 Sept. - Seramai enam tentera Turki terbunuh manakala seorang cedera dalam pertempuran dengan kumpulan militan di tenggara Diyarbakir. Menurut sumber keselamatan yang enggan dikenali berkata, pertempuran dengan kumpulan militan dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK) itu tercetus di daerah Uludere, wilayah Sirnak.

Pertempuran antara kedua-dua pihak tercetus pada Julai tahun lalu selepas dua tahun gencatan senjata gagal dan beratus pemberontak, anggota keselamatan serta penduduk terbunuh dalam serangan keganasan. - REUTERS  sumber

Qari MALAYSIA Johan Tilawah Antarabangsa di Moscow

SEPANG 27 Sept. - Peserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang diadakan di Moscow, Rusia.

 Kemenangan Abdullah Fahmi, 32, sebagai juara adalah pencapaian tertinggi diraih wakil Malaysia sejak pertandingan tersebut dianjurkan. Naib johan pula dimenangi oleh Yusuf Abdullah dari Yaman dan tempat ketiga dirangkul peserta Bahrain, Solah Ali Umar. Pertandingan yang diadakan pada 22 hingga 25 September itu disertai wakil dari 30 negara termasuk Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, Abdullah Fahmi berkata, kemenangan yang diraih adalah sesuatu yang di luar jangkaan beliau. "Bagi saya saingan agak sengit terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan," katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan juga merupakan peserta yang mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang lalu. Abdullah Fahmi membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 (RM 20,574), plak dan sijil penyertaan. - BERNAMA  sumber

Muhyiddin Jadi PM Jika Pembangkang Menang?

PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan Perdana Menteri adalah Muhyiddin.

"Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri," katanya menerusi satu ceramah di London minggu lalu.

Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan mengenainya tidak akan dibuat sekarang kerana "sesetengah orang akan kecewa dan akan menyebabkan parti berpecah".

Dr Mahathir juga bercakap mengenai kuasa bakal Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.

"Perdana Menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baharu (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi," katanya.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa Perdana Menteri tidak membuat keputusan dengan sendiri.

"Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada Perdana Menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.

"Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya. sumber

PALESTIN - Pejuang Pamerkan 2 Roket Terbaharu



brigade-nasser-saladin

Kelompok mujahidin Palestin di Jalur Gaza memperkenalkan 2 roket terbaru buatan tempatan, dalam rangka persiapan menghadapi agresi militer penjajah Zionis Israel pada masa akan datang.

Dalam acara yang diselenggarakan di kota Rafah, selatan Jalur Gaza, sayap militer Komiter Perlawanan Rakyat Palestin “Brigade Nasser Saladin” mempamerkankan 2 varian rudal terbaru miliknya yang diberi nama Khalid (KH) dan Abu Ataya (AAH).

Dalam sidang medianya, Brigade Nasser Saladin menjelaskan bahawa 2 nama varian terbaru rudal miliknya diambil dari 2 orang komandan mereka yang syahid ditangan penjajah Zionis Israel. sumber

Ulama Antarabangsa Seru Hari Kemarahan Aleppo



sheikh-ali-al-qaradaghi

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Muslim Internasional, Sheikh Ali al-Qaradaghi, menyerukan umat Islam di seluruh dunia menjadikan Jumaat 30 September 2016 sebagai hari “kemarahan Aleppo” di Syria.

“Seruan ini adalah bentuk dukungan dan solidariti umat Muslim di seluruh dunia kepada rakyat Syria di kota Aleppo yang ditindas oleh rejim fasis Syiah Bashar al-Assad, atas apa yang dilakukan dunia, khususnya PBB, yang hanya mengadakan pertemuan tanpa hasil,” ujar Sheikh Ali al-Qaradaghi menurut Anatolia pada hari Isnin (26/09).
 sumber

Hanya Ada 30 Doktor di Timur Aleppo

Asosiasi Pasukan Prubatan Syria menyatakan bahawa hanya ada 30 doktor yang saat ini masih berada dan menangani ratusan pesakit tercedera di wilayah timur wilayah Aleppo.

"Sekatan rejim Syiah Assad menyebabkan kami tidak memiliki peralatan kecemasan dan ubat-ubatan. Ada ratusan warga yang cedera memerlukan bantuan perubatan segera di kota ini," ujar salah seorang doktor di Aleppo , menurut Alarabiya.

Pasukan perubatan di lingkungan timur kini menjadikan ruang dan kubu bawah tanah sebagai ruang operasi mereka kerana takut manjadi sasaran bom pesawat rejim Syiah Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia. sumber

Thursday, September 22, 2016

Serangan Udara Aleppo Berterusan

BEIRUT 21 Sept. - Seramai empat pegawai per­ubatan Kesatuan Pertubuhan Bantuan dan Rawatan Per­ubatan (UOSSM) terbunuh dalam serangan udara di Khan Touman, barat daya Aleppo hari ini, sehari selepas 20 anggota konvoi bantuan kemanusiaan terkorban akibat serangan udara di Orum al-Khubra, utara Aleppo.

Serangan udara dipercayai dilancarkan oleh pesawat pejuang Rusia atau Syria itu turut menyebabkan seorang jururawat cedera parah dan mengorbankan sembilan anggota kumpulan penentang Jaish al-Fatah.

 Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, sera­ngan itu mengenai sebuah klinik di kawasan berkenaan ketika keempat-empat pegawai per­ubatan itu berada dalam dua buah ambulans di klinik ber­kenaan untuk membawa beberapa pesakit yang memerlukan rawatan pakar. Serangan berkenaan menyasarkan bandar Khan Touman yang dikuasai kumpulan penentang dan UOSSM mengesahkan keempat-empat kakitangannya terbunuh dalam serangan tersebut.

Dalam pada itu, Rusia me­negaskan pesawat pengebom miliknya atau Syria tidak terlibat dalam serangan udara di Orum al-Khubra, semalam. Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov dalam satu kenyataan yang di­siarkan agensi berita Rusia, menafikan penglibatan pihaknya selain menegaskan tiada sebarang senjata api yang mengenai konvoi berkenaan selepas meneliti rakaman video kejadian itu.

“Kami telah meneliti rakaman video kejadian yang diserahkan oleh kumpulan aktivis dan mendapati tiada tanda-tanda sebarang senjata api yang mengenai konvoi,” katanya. Menurut beliau, semua rakaman itu menunjukkan trak-trak yang terbakar dan bermula de­ngan cara yang pelik iaitu serentak dengan serangan anggota kumpulan penentang di Aleppo.

 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menangguhkan semua konvoi bantuan ke Syria berikutan serangan tersebut yang disifatkan menjurus kepada jenayah perang. Seorang anggota penyelamat, Hussein Badawi yang menyaksikan serangan terhadap konvoi itu berkata, lebih 20 peluru berpandu membedil kawasan berkenaan selama beberapa jam malah turut mengenai kumpulannya yang sedang mencari mangsa yang terselamat.

 Hussein yang mengetuai kumpulan White Helmet di Orum al-Khubra mendakwa serangan tersebut dilancarkan oleh pesawat pejuang Syria termasuk Rusia. – AGENSI sumber

Pilihan Raya Perbandaran PALESTIN Ditangguhkan

BAITULMAQDIS 22 Sept. - Pilihan raya perbandaran Palestin yang dijadualkan 8 Oktober ini terpaksa ditangguhkan selepas sebuah mahkamah menggantung keputusan untuk mengadakan undian pertama sejak 2006 bagi memasukkan kedua-dua pergerakan Fatah dan Hamas.

 Mahkamah tinggi Palestin di Tebing Barat menangguhkan keputusannya sehingga 3 Oktober ini, hanya lima hari sebelum tarikh pilihan raya tersebut dijadualkan. Tempoh berkempen dua minggu yang biasanya diperuntukkan untuk pilihan raya Palestin sepatutnya bermula Jumaat ini, namun suruhanjaya pilihan raya mengesahkan tarikh 8 Oktober itu tidak lagi terpakai dan tarikh baharu akan ditetapkan.

 Pada 8 September lalu, mahkamah menggantung pilihan raya susulan pertelingkahan antara pergerakan lawan Fatah dan Hamas berhubung senarai calon. Fatah dan Hamas tidak bertanding dalam pilihan raya sejak undian parlimen 2006 dimenangi Hamas, yang turut mencetuskan konflik menghampiri perang saudara di Gaza tahun berikutnya.

Namun pada pilihan raya tahun ini memperlihatkan Presiden, Mahmud Abbas, 81 menerima tekanan hebat dari segi politik selepas tinjauan pendapat mencadangkan kebanyakan rakyat Palestin mahukan beliau berundur.-AFP sumber

RUSIA Akan Kirim Kapal Perang Utama ke SYRIA



AT BARENTS SEA, RUSSIAN FEDERATION:  Russian aircraft-carrier Admiral Kuzhetsov is seen during a military exercises of the North Fleet, 17 August 2005. Two submarines, the Northern Fleet's flagship Pyotr Veliky cruiser and Russia's only aircraft carrier Admiral Kuznetsov, as well as long-range aircraft, were taking part in the Barents Sea manoeuvres, the first of four exercises due to take place in August and September. AFP PHOTO / ITAR-TASS / PRESIDENTIAL PRESS SERVICE  (Photo credit should read ALEXEY PANOV/AFP/Getty Images)

Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu menyatakan akan mengirimkan kapal induk ‘Admiral Kuznetsov’ ke lepas pantai Syria di Laut Mediterania sebelum akhir tahun 2016, menurut Sky News Arab.

“Kapal induk akan segera bergabung dengan kapal-kapal Rusia lainnya di dekat pantai Syria,” ujar Menhan Sergei Shoigu di stesenn televisyen Rusia tanpa menentukan kapan kapal induk ‘Admiral Kuznetsov’ bertolak.

Senada dengan Sergei Shoigu, mantan Ketua Armada Laut Hitam Rusia, Igor Kasatonov, mengatakan bahawa Moscow akan mengirimkan kapal Induk ‘Admiral Kuznetsov’ pada musim gugur tahun ini.

Menurut Igor Kasatonov, kapal induk ‘Admiral Kuznetsov’ akan membentuk kelompok kapal perang yang akan mencakup beberapa kapal skrining, termasuk kapal selam nuklear, menurut Sputnik.
Maklumat yang diperoleh pejabat berita Sputnik menyebutkan bahawa kapal induk ‘Admiral Kuznetsov’ akan bertugas selama 3-4 bulan di Laut Mediterania. sumber

Parlimen BRITAIN Mungkin Berubah Sokong Assad

Anggota Parlimen Britain memperingatkan bahawa pihaknya boleh beralih menyokong rejim Syiah Bashar al-Assad di Syria seandainya AS dan tentera bersekutu gagal dalam perang melawan kelompok mujahidin Syria dan organisasi Negara Islam.

“Metod saat ini yang digunakan AS dan anggota koalisi dalam perang melawan mujahidin Syria serta Negara Islam di Iraq dan Syria akan memakan waktu selama 50 tahun,” tulis Komite untuk strategi pertahanan di Parlimen Britain dalam laporan terbarunya.

Menurut Komite Strategis Pertahanan Britain, waktu yang terlalu lama dalam memerangi kelompok mujahidin Islam dapat menyebabkan meluasnya pengaruh organisasi hingga ke Afghanistan, Libya, Nigeria dan negara-negara rapuh lainnya di Afrika, demikian menurut Daily Mail. sumber

Tuesday, September 20, 2016

20 Kesalahan Ahok

DOSA-DOSA AHOK

1. Ahok menghancurkan Masjid Baitul Arif di Jatinegara, Jakarta Timur, sehingga warga setempat tidak dapat solat Jumaat dan melakukan kajian Islam sampai saat ini.

2. Ahok menghancurkan masjid bersejarah Amir Hamzah di Taman Ismail Marzuki (TIM). Dengan alasan renovasi namun hingga hari ini tidak ada tanda-tanda akan dibangun kembali…

3. Tidak puas dengan menghancurkan masjid-masjid, Ahok mengganti para pegawai Muslim dengan pegawai2 kafir seperti Lurah Susan, lurah Grace, dan sebagainya.

4. Tak hanya itu, Ketua sekolah Muslim di DKI juga banyak yang diganti dengan alasan lelang jabatan. Hasilnya, banyak ketua sekolah Kristian sekarang.

5. Merasa didukung media-media sekular, Ahok terus menghapus simbol-simbol Islam. Melalui kadisdik DKI yang kafir, Lasro Masbrun, dia mengeluarkan aturan mengganti busana Muslim di sekolah-sekolah DKI setiap Jumaat dengan baju betawi, padahal sebenarnya baju betawi boleh dipakai pada hari lain, seperti aturan di sekolah-sekolah Bandung, iaitu hari Rabu untuk baju daerah (Sunda), sedangkan Jumaat tetap dengan busana Muslim.

6. Setelah berjaya menghancurkan masjid dan menghilangkan simbol-simbol Islam di DKI Jakarta, Ahok juga membatasi kegiatan syiar Islam seperti malam takbiran dengan alasan mengganggu. Padahal perayaan tahun baru yang dipimpin AHOK JAUH LEBIH PARAH gangguannya dengan menutup jalan-jalan protokol jakarta.

7. Ahok juga mendukung legalisasi pelacuran iaitu lokalisasi prostitusi, dan menyebut yang menolaknya adalah munafik, termasuk Muhammadiyah. Akhirnya Muhammadiyah rasmi melaporkan Ahok ke polis dengan pasal penghinaan.

8. Ketika umat Islam mati-matian memprotes Miss World, Ahok justru menyokong penuh bahkan bangga jika Jakarta jadi tuan rumah final pertandingan mendedah aurat itu.

9. Tak kalah parahnya adalah Ahok mendukung wacana penghapusan Kolom Agama di KTP.

10. Ahok juga mengeluarkan pernyataan yang mengejutkan : BOLEH MINUM BIR, asal jangan mabuk. Tak cuma mendukung Miss World, Ahok juga mendukung penuh konsert maksiat Lady Gaga.

11. Ahok dengan berani menghina ayat suci. Dia bilang, ayat suci wajib tunduk pada ayat konstitusi.

12. Pada lebaran yang lalu, situasi yang tenang tiba-tiba menjadi panas kembali dengan wacana Ahok untuk menghapuskan cuti bersama saat lebaran. Apa dia tidak izinkan umat Islam berlebaran dan silaturahmi…? Kenapa pula tidak dicontohkan melalui pencabutan cuti bersama natal/tahun baru…? Mengapa hanya dan harus lebaran yang dibidik ?

13. Ahok juga menentang habis manifesto Partai Gerinda tentang pemurnian agama dari aliran sesat.

14. Ada yang mengatakan, tidak apa-apa pemimpin kafir asal tak korupsi. Nah, ternyata Ahok patut diduga terlibat korupsi pengadaan bus Transjakarta sebesar 1,6 Triliun. Sumber Waras, dll . Koruptor-koruptor BLBI juga kebanyakan “sejenis” dengan Ahok, yaitu konglomerat-konglomerat dari warga/golongan “keturunan” kafir dibelakang Ahok yang jelas memusuhi umat Islam dari dulu.

15. AHOK LARANG TABLIGH AKBAR, lagi-lagi dengan alasan mengganggu. Padahal perayaan tahun baru yang Ahok buat lebih parah gangguannya dengan menutup sejumlah jalan protokol.

16. Terkait sex bebas, Ahok dengan lantang sebut bahwa Melacur lebih baik daripada Selingkuh.

17. Ahok menganjurkan Sex bebas bahkan di usia remaja, dengan syarat pakai kondom.

18. Ahok menghina Nabi umat Islam terkait prostitusi dgn sebut prostitusi tak boleh dihilangkan, dgn mencontohkan zaman Nabi umat Islam pun ada masih prostitusi.

19. Ahok larang TAKBIRAN Keliling Jakarta dengan alasan gangguan, sementara TAHUN BARU dibuatkan panggung khusus di jalan utama ibukota.

20. Ahok larang kegiatan zikir di Monas padahal kegiatan Paskah diizinkan.

– Belum termasuk pengusuran rumah masyarakat besar-besaran di DKI Jakarta yg menghancurkan rumah tempat tinggal mereka..
– Pembangunan reklamasi demi kepentingan mafia mafia cukong..
– dan masih banyak lagi..

#TolakPemimpinKafir

sumber

Kuliah Maulana Husin - Kuliah Ilmu Hadis Minggu 2 Masjid An-Naim

Maulana Asri Bicara Sanad Tariqat Tasawuf

Seorang sahabat meminta sahaya menonton sebuah rakaman kuliah seorang yang bernama Maulana Asri di https://www.youtube.com/watch?v=1_82_gvjexU yang bertajuk “Maulana Asri : Mengapa Sanad Tarikat Mesti Melalui Saidina Ali ra & Hasan al-Basri?” dan meminta komentar sahaya. Sahaya pun menontonlah rakaman tersebut. Ternyata ada beberapa kesalahan maklumat yang mesti diperbetulkan semula oleh sesiapa sahaja yang terlibat dengan video ini.


MAKLUMAT YANG DIMAKSUDKAN

Kata Maulana Asri (pengkuliah tersebut) dalam rakaman video itu :

“Tariqat-tariqat ini, kalau mengikut ahli tariqat, dia (yakni mereka) kata SEMUA SANAD (tariqat) sampai kepada Saiyidina Ali. SEMUA kena melalui Saiyidina Ali.”

“Kalau mengikut ahli-ahli tarikat, ahli-ahli tasawuf, mesti (sanad) dia (yakni mereka) kena lalu ikut Saiyidina Ali. TIDAK ADA JALAN LAIN!”

“Jadi hak (ilmu tasawuf dan tariqat yang) Rasulullah saw ajar, sebab apa dia (Rasulullah saw) tidak ajar orang lain (tapi) ajar Saiyidina Ali (sahaja)? Sebab apa? Tak layak belakakah (sahabat-sahabat Nabi saw yang lain itu)?

“Pengaruh Syiahlah tu! Itulah orang panggil pengaruh Syiah dalam tasawuf dalam tariqat.”

“Sebab dia MESTI (melalui) Saiyidina Ali.”

“Sebab apa (dalam) seramai-ramai sahabat (Nabi) ni, tak layak nak diberi kepada orang lain? Yang sehingga dia (yakni mereka) kata mesti melalui Saiyidina Ali tu sebab apa?”

“Lepas tu, KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”


PENJELASAN KITA

Baiklah. Mula-mula kita senaraikan Imam 12 terlebih dahulu :

1. Saiyidina Ali bin Abi Talib
2. Saiyidina Hasan bin Ali
3. Saiyidina Husain bin Ali
4. Ali in Husain
5. Muhammad Al-Baqir
6. Ja’far Sodiq
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Hadi
11. Hasan al-Askari
12. Al-Mahdi

Sekarang mari kita semak, betulkah ajaran-ajaran Maulana Asri yang di atas tadi?


HUJAHAN PERTAMA : SANAD TARIQAT AN-NAQSYABANDIYYAH

Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq kepada
Salman al-Farisi kepada
Qasim bin Muhammad kepada
Ja’far Sodiq kepada
Musa Al-Kazim kepada
Ali Ridho kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Abu Yazid al-Bustami kepada
Muhammad Al-Maghribi kepada
Abu Yazid al-Isyqi kepada
Abu Mudhafir At-Tusi kepada
Ali bin Abu Ja’far al-Karqani kepada
Abu Ali al-Farmadhi kepada
Yusuf al-Hamadani kepada
Abdul Khaliq al-Fajduwani kepada
Ar-Riyukiri dan seterusnya.
Tidak ada nama Saiyidina Ali dalam sanad ini.

Nampaknya sanad tariqat memang ada melalui sahabat lain. Contohnya dalam sanad ini ialah Abu Bakar as-Siddiq dan Salman al-Farisi. Bukan mesti melalui Saiyidina Ali.

Nampaknya sanad tariqat memang ada melalui sahabat lain. Contohnya dalam sanad ini ialah Abu Bakar as-Siddiq dan Salman al-Farisi. Bukan mesti melalui Saiyidina Ali.

Imam 12 dalam sanad ini hanya Ja’far Sodiq, Musa Al-Kazim dan Ali Ridho. Dengan adanya tiga nama ini maka sahihlah tariqat ini dipengaruhi Syiah?



HUJAHAN KEDUA : SANAD TARIQAT AL-JUNAIDIYYAH

Tariqat Junaidiyyah mempunyai dua jalan sanad. Salah satu sanadnya ialah :

Daripada Rasulullah saw kepada
Abu Zar al-Ghifari kepada
Malik bin Umairah kepada
Hasan bin Hasan kepada
Abu Sulaiman bin Dawud kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Sirri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Asy-Syibli kepada
Anas Rabazi kepada
Al-Qusyairi dan seterusnya.

Ada nama Saiyidina Ali pada sanad itu? Tidak ada!

Jadi, benarkah semua sanad tariqat mesti melalui Saiyidina Ali dan tidak ada jalan lain?

Abu Zar al-Ghifari itu bukan sahabat Nabikah?

Mana dia sebahagian Imam 12 yang didakwa oleh Maulana Asri? Seorang pun tidak ada!


Kemudian kita semak satu lagi sanad Tariqat al-Junaidiyyah iaitu :

Daripada Rasulullah saw kepada
Ali bin Abi Talib kepada
Hasan al-Basri kepada
Habib Al-Ajami kepada
Abu Sulaiman bin Dawud kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Sirri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Asy-Syibli kepada
Anas Rabazi kepada
Al-Qusyairi dan seterusnya.

Ya, yang ini ada nama Saiyidina Ali. Tapi ini bukan bukti bahawa semua sanad tariqat mesti melalui Saiyidina Ali kerana telah terbukti memang ada tariqat-tariqat yang tidak melalui Saiyidina Ali pun.

Selain Saiyidina Ali, mana dia lagi Imam 12? Kata Maulana Asri, ada SEBAHAGIAN Imam 12, tapi nampaknya yang ada hanya Saiyidina Ali seorang sahaja.


HUJAHAN KETIGA : SANAD TARIQAT AL-GHAZALIYYAH

Daripada Rasulullah saw kepada
Huzaifah al-Yaman kepada
Hasan al-Basri kepada
Habib al-Ajami kepada
Daud at-Ta’i kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Siri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Abu Sa’id al-’Arabi kepada
Abu Talib al-Makki dan seterusnya.

Seorang pun daripada Imam 12 tidak berada dalam sanad ini. Jadi, benarkah perkataan-perkataan Maulana Asri itu?

Boleh tunjukkan mana dia nama Saiyidina Ali?

Boleh tunjukkan mana dia nama walau satu orang Imam 12? Kan katanya ada SEBAHAGIAN?

Huzaifah al-Yaman bukan sahabat Nabikah?

Sanad Tariqat Al-Ghazaliyyah tidak melalui Saiyidina Ali tetapi melalui Huzaifah Al-Yaman. Mengapa Maulana Asri mendakwa bahawa semua sanad tariqat MESTI melalui Saiyidina Ali (untuk dikaitkannya dengan fahaman Syiah)? Cuba fikir-fikirkan dengan hati ikhlas.


RUMUSAN

Ajaran yang mengatakan : “Tariqat-tariqat ini, kalau mengikut ahli tariqat, dia (yakni mereka) kata SEMUA SANAD (tariqat) sampai kepada Saiyidina Ali. SEMUA kena melalui Saiyidina Ali.”
Ajaran yang mengatakan : ““Kalau mengikut ahli-ahli tarikat, ahli-ahli tasawuf, mesti (sanad) dia (yakni mereka) kena lalu ikut Saiyidina Ali. TIDAK ADA JALAN LAIN!”

Ajaran ini tertolak kerana ternyata tidak semua sanad tariqat sampai kepada Saiyidina Ali dan tidak melalui Saiyidina Ali. Buktinya, ada sanad tariqat yang sampai dan melalui selain Saiyidina Ali iaitu Saiyidina Abu Bakar, Abu Zar Al-Ghifari dan Huzaifah Al-Yaman. Mereka semua sahabat Nabi saw.


Ajaran yang mengatakan : “Jadi hak (ilmu tasawuf dan tariqat yang) Rasulullah saw ajar, sebab apa dia (Rasulullah saw) tidak ajar orang lain (tapi) ajar Saiyidina Ali (sahaja)? Sebab apa? Tak layak belakakah (sahabat-sahabat Nabi saw yang lain itu)?”
Dan ajaran yang mengatakan : ““Sebab apa (dalam) seramai-ramai sahabat (Nabi) ni, tak layak nak diberi kepada orang lain? Yang sehingga dia (yakni mereka) kata mesti melalui Saiyidina Ali tu sebab apa?”

Ajaran ini juga tertolak kerana ada sanad-sanad tariqat yang melalui sahabat-sahabat Nabi saw yang lain seperti Saiyidina Abu Bakar, Salman Al-Farisi, Abu Zar Al-Ghifari dan Huzaifah al-Yaman.


Ajaran yang mengatakan : “Lepas tu, KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”

Ajaran ini juga turut tertolak kerana ternyata dalam 4 sanad yang kita bentangkan di atas tidak ada SEBAHAGIAN IMAM 12 padanya.

Sahaya juga ambil sedikit kesempatan untuk menyemak beberapa lagi sanad tariqat-tariqat yang utama seperti sanad Tariqat Syaziliyyah, Tariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah, Tariqat Chistiyyah, Sammaniyyah, Tariqat Tijaniyyah dan beberapa lagi. Ternyata tidak benar dakwaan kononnya : “KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”

Paling-paling kuat pun, jika sekadar mengatakan contohnya : “SEGELINTIR sanad-sanad tariqat mempunyai sebahagian Imam 12.”

Kata-kata sebegini kot-kotlah boleh hendak dipertimbangkan.

Namun begitu, oleh kerana ada nama Saiyidina Ali, Hasan, Husin, Ja’far Sodiq.... maka itu menjadi bukti kukuh lagi sahih untuk mengatakannya sebagai pengaruh Syiah? Tahap dhaif pun belum tentu lepas lagi jika sekadar bukti sebegini.


Nasihat kita, silalah perbetulkan apa yang boleh dan yang sepatutnya diperbetulkan semula.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
1 September 2016

sumber

Qardhawi Ucap Takziah Pemergian Dr Haron Din

Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.

“Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.

“Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah,” tambah beliau lagi.

Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco. (http://ulamasedunia.org/) sumber

Jerebu Punca 100,000 Kematian Pramatang

JAKARTA 19 Sept. – Kajian terkini pakar penyelidik daripada dua buah universiti di Amerika Syarikat (AS) mendapati, masalah je­rebu yang melanda Asia Tenggara tahun lalu telah menyebabkan lebih 100,000 kematian pramatang, sekali gus memberi amaran tindakan pantas perlu diambil bagi mena­ngani masalah terbabit.

 Pakar Penyelidik membabitkan Universiti Harvard dan Universiti Columbia itu menganggarkan lebih 90,000 kematian di kawasan yang paling dekat de­ngan kebakaran di Indonesia, dan beberapa ribu lagi dikesan di negara jiran termasuk Singapura dan Malaysia. Kajian baharu yang disiarkan dalam jurnal Enviromental Research Letters itu dilaporkan menggabungkan data satelit dengan model kesan kesihatan daripada pendedahan asap dan bacaan stesen pemantauan pencemaran. Menerusi kajian itu, pakar penyelidik menganggarkan terdapat 91,600 kematian pramatang di Indonesia manakala 6,500 lagi di Malaysia dan Singapura (2,200 kematian).

Anggaran baharu menggunakan model analisis kompleks itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah rasmi sebanyak 19 kematian yang diberikan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum ini. “Jika tiada perubahan, jerebu pembunuh ini akan terus meragut lebih banyak nyawa, tahun demi tahun. Kegagalan untuk bertindak segera bagi memben­dungnya mungkin bakal dika­tegorikan sebagai satu jenayah,” kata ahli Greenpeace Indonesia, Yuyun Indradi.

 Namun jurucakap Kementerian Alam Sekitar Indonesia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kajian itu. Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini menegaskan mereka sedang meningkatkan usaha mengatasi jerebu melalui tindakan seperti mengharamkan pemberian tanah baharu untuk ladang kelapa sawit serta mewujudkan sebuah agensi bagi memulihkan kawasan ta­nah gambut.

 Namun kebakaran hutan yang berlaku tahun lalu adalah antara yang paling buruk melanda rantau ini, menyebabkan sejumlah besar penduduk mengalami masalah kesihatan serta mencetuskan ketegangan diplomatik antara Indonesia dan negara jiran termasuk Malaysia. – AFP - sumber

AMIN Gesa Tingkatkan Usaha Cegah Penyebaran Wahabi

KUALA LUMPUR: Gusar dengan kadar penyebaran fahaman Wahabi yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia, Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) menggesa agensi-agensi kerajaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih tegas bagi menangani isu ini.

Pengerusi AMIN Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata fahaman Wahabi boleh mengancam keselamatan negara kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam selain merupakan pemangkin kepada gerakan militan ekstrim seperti Daish seperti yang telah didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini.

"Sewaktu Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada tahun 2015, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin telah berkata fahaman Wahabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia.

"Kami mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri dan jabatan agama negeri mengharamkan ceramah-ceramah dari penceramah berpegangan Wahabi dan membuat kajian terperinci bagi menyenaraikan serta membetulkan segala bentuk penyelewangan yang tersasar dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

"Mereka juga harus mengharamkan kitab-kitab karangan mereka dari  penerbitan, penjualan dan edaran," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Tambah beliau, hanya lima peratus dari penganut Islam seluruh dunia adalah berfahaman Wahabi dan selebihnya mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syiah.

Fahaman Wahabi sudah menyelinap

Jelasnya fahaman Wahabi sudah berjaya menyelinap masuk dalam pimpinan kerajaan termasuk di jabatan-jabatan kerajaan dan agama, pejabat-pejabat Mufti dan individu-individu berpengaruh serata negara.

Ini membolehkan mereka untuk mengubah polisi dan membawa masuk ajaran Wahabi ke dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Islam, termasuk dalam buku teks yang digunakan pelajar-pelajar Islam di sekolah.

"Kami mendesak supaya Kementerian Pendidikan mengambil apa jua langkah yang wajar bagi memperbetulkan kembali silibus pelajaran akidah yang kini menggunakan pendekatan 'Tauhid Tiga Serangkai' yang masih diajar di sekolah-sekolah arus perdana dan pusat pendidikan swasta.

"Kami juga menyeru semua pihak untuk mengambil apa jua inisiatif dan pendekatan lain yang boleh membantu terutama generasi muda dalam negara yang semakin keliru," katanya.

Setakat ini, Abd Kareem berkata hanya enam negeri sahaja telah mengambil pendirian tegas dalam isu ini dan mengeluarkan larangan atau sekatan penyebaran fahaman Wahabi termasuklah Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Pahang.

Perkara ini menyukarkan usaha untuk membanteras masalah kekeliruan dikalangan masyarakat Islam dalam negara.

"Kami tidak rela negeri-negeri dalam Nusantara ini menjadi porak peranda seperti Syria, Yaman, Mesir dan Iraq.

"Dalam fahaman Wahabi, mereka membenarkan pertumpahan darah sebab itu kita lihat Timur Tengah (Asia Barat) begitu porak peranda," katanya.

Gabungan AMIN juga berkata mereka menolak sepenuhnya sebarang usaha penyebaran fahaman Wahabi dalam negara yang ditanggung dan dibantu oleh kerajaan atau pihak luar.

Menurut Abd Kareem, golongan ini dibantu pemimpin-pemimpin Islam dalam negara yang sudah terpengaruh dengan fahaman tersebut.
"Pada saya tidak perlulah mufti sesetengah negeri pergi ke sana sini menuduh orang lain bidaah. Mufti dan ulama di negeri lain boleh berfikir yang baik dan buruk sendiri.

"Sebab itu kami juga merafak sembah kepada Duli Yang Mulia Raja-Raja Melayu untuk mencemar duli dalam memainkan peranan lebih aktif dalam mencegah penyebaran ini," katanya.

Jawatankuasa memantau ditubuhkan

Jelasnya Gabungan AMIN yang terdiri daripada 105 pertubuhan Islam seluruh negara juga bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan memantau sebarang aktiviti penyebaran fahaman Wahabi di Malaysia.

Gabungan AMIN menandatangani memorandum kesepakatan berkenaan isu penyebaran ajaran Wahabi dan memorandum ini akan dihantar ke pejabat-pejabat agama, pejabat Mufti dan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jeff Oii Dilepaskan Setelah Hampir 4 Jam Beri Keterangan

PULAU PINANG 20 Sept. - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilepaskan dengan jaminan polis selepas hampir empat jam diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung komen beliau di Twitter mengenai kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

 Beliau disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 256 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Terdahulu, Jeff Ooi menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini kira-kira pukul 2.45 petang ini dan hadir bersama peguamnya, RSN Rayer sebelum meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan pukul 6.30 petang ini.  sumber

Serangan ke atas Mosul pada Oktober 2016

Ketua Staf Gabungan Amerika Syarikat, Jenderal Joseph Dunford, mengungkapkan bahawa pakatan internasional dan pasukan Syiah Iraq akan siap memulai operasi pembebasan kota Mosul pada bulan Oktober akan datang.

“Waktu sebenarnya akan kembali lagi pada Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi,” ujar Jeneral Joseph Dunford di hadapan sejumlah wartawan dalam perjalanannya kembali dari Eropah pada hari Senin (19/09) lalu.

Jenderal Joseph Dunford melanjutkan, “Saat ini pemerintah Syiah Iraq memiliki semua pasukan yang mereka perlukan. Tanggal sebenarnya untuk operasi akan menjadi keputusan politik yang diambil oleh PM Haider al-Abadi.” sumber

10 Salaf Faham Pindaan RUU 355

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin-pemimpin Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:
Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:
Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:
Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:
Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:
Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:
(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.
(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.
(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:
Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:
Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:
Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:
Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. 

Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)

Friday, September 16, 2016

SYRIA - Gencatan Dicabul 45 Kali dalam 24 Jam

MOSCOW 15 Sept. – Gencatan senjata di Syria yang dipersetujui oleh Rusia dan Amerika Syarikat (AS) telah dicabul sebanyak 45 kali dalam tempoh 24 jam selepas dikuat kuasakan.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, tenteranya dan pasukan keselamatan Syria telah menghentikan pengeboman di kawasan dikuasai kumpulan penentang, namun Washington didakwa menyukarkan usaha memerangi keganasan di negara tersebut. – REUTERS -  sumber

Biodata Tuan Guru Dr. Haron Din

BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.

Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.

Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.

Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.

Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.

Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.

Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.

Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .

Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.

Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.

Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.

Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

sumber

Duta BRITAIN Peluk Islam, Tunai Haji

MEKAH 15 Sept. – Duta Britain ke Arab Saudi, Simon Paul Collis menarik perhatian ramai apabila menjadi antara 19,000 jemaah warga Britain yang mengerjakan ibadah haji tahun ini bersama-sama isterinya, Huda Mujarkech. Dalam kalangan diplomat dan media, ramai yang menge­tahui beliau sudah memeluk Islam, namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh duta berkenaan.



Menurut laporan Arab News, Collis bagaimanapun tampil membuat pengakuan tersebut melalui akaun Twitter miliknya kelmarin. Beliau juga memuat naik sekeping gambar memakai ihram bersama isterinya. Walaupun Collis menolak permintaan media untuk ditemu bual, namun beliau menulis dalam Twitter:

“Saya telah memeluk Islam dan sudah bercampur dalam masyarakat Islam selama 30 tahun, dan sebelum berkahwin dengan Huda.” Collis telah berkhidmat sebagai Duta Britain ke Arab Saudi sejak Januari tahun lalu apabila Sir John Jenkins bersara daripada perkhidmatan diplomatik. Sementara itu, akaun Twitter milik Collis dihujani ucapan tahniah daripada pelbagai komuniti Islam termasuk kerabat diraja Arab Saudi iaitu Puteri Basmah binti Saud. Ketua Pegawai Eksekutif Maj­lis Haji Britain, Rashid Mogradia turut mengucapkan tahniah kepada Collis.

“Kami berharap beliau dapat berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada kita semua,” kata Rashid. Collis fasih berbahasa Arab dan menyertai Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Britain (FCO) pada 1978.

Bapa kepada lima orang anak itu pernah bertugas di Bahrain sebagai Setiausaha Kedua antara 1981 dan 1984 selain Setia­usaha Pertama di Kedutaan Britain di New Delhi dan Konsul Jeneral di Dubai serta Basra. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Duta Britain ke Qatar (2005-2007); Syria (2007-2012) dan Iraq (2012-2014).sumber

Dr Haron Din Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung kira-kira pukul 10.10 pagi ini (waktu tempatan).

Menurut Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan, seluruh pihak Pas mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. "Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Allahyarham Tuan Guru (Haron) serta menggolongkan beliau dalam kalangan hambanya yang soleh.
 "Ini merupakan satu kehilangan besar buat Pas khasnya dan seluruh umat Islam," katanya dalam satu kenyataan tadi.

 Sementara itu, anak Allahyarham, Najmi dalam satu catatan kiriman WhatsApp mengesahkan pemergian Allahyarham. "Ayahandaku telah pergi menemui Maha Pencipta..aku terima ketentuan Yang Maha Esa...Ampunkanlah dosanya, kasihanilah jasadnya..doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada bersama-sama dengan para anbia serta solihin,"katanya. - UTUSAN ONLINE sumber

Thursday, September 15, 2016

Pesawat Israel Bedil Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel menyerang Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas awal hari ini selepas pejuang Palestin melancarkan roket ke selatan Israel. "Pesawat Tentera Udara Israel menyasarkan tiga kedudukan Hamas di utara Semenanjung Gaza. "

Pasukan Pertahanan Israel meletakkan tanggungjawab ke atas Hamas bagi semua serangan dari Semenanjung Gaza," menurut kenyataan tentera. Roket dari Gaza mendarat di tempat terbuka di Israel lewat malam tadi tetapi tiada laporan kematian akibat serangan berkenaan.

Pada 22 Ogos lalu, Israel menyerang Gaza dengan pesawat dan bedilan kereta kebal selepas roket yang dibedil dari wilayah itu mendarat di Sderot di selatan Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan. Pegawai perubatan Palestin berkata, empat cedera dalam puluhan serangan balas itu yang menyasarkan pangkalan Briged al-Qassam, selain dua kumpulan pejuang kecil lain. - AFP  sumber

RUSIA dan AS Bekerjasama di SYRIA

Walaupun gencatan senjata yang bermula di seluruh Syria berkuat kuasa semalam, Rusia akan terus melakukan serangan terhadap kumpulan pengganas.

 Menurut pegawai kanan tentera, Sergei Rudskoi, pihaknya bersama Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama bagi menentukan sasaran dan menyelaras serangan.

“Tentera Udara Rusia akan terus melakukan serangan terhadap sasaran pengganas di Syria,” ujarnya. – AFP - sumber

RM157 Billion untuk Serang Palestin

WASHINGTON 14 Sept. - Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani perjanjian terbesar dalam sejarah negara ini untuk menyediakan bantuan ketenteraan kepada Israel, yang belum pernah dibuat dengan mana-mana negara sebelum ini. Menurut portal berita Al Jazeera, kedua-dua negara tersebut mencapai kata sepakat selepas hampir 10 bulan mengadakan rundingan dan perjanjian tersebut ditandatangani dalam satu majlis di sini.

 Israel telah lama menjadi pe­nerima utama bantuan daripada AS, kebanyakannya dalam bentuk bantuan ketenteraan untuk melancarkan serangan terhadap wilayah Palestin. AS dan Israel tidak mendedahkan jumlah sebenar bantuan tersebut namun menurut pakar, bantuan di bawah perjanjian selama sepuluh tahun itu dianggarkan berjumlah hampir AS$38 bilion (RM157 bilion) setahun.

 Perjanjian tersebut turut melibatkan konsesi utama oleh Israel yang tidak lagi berpeluang untuk mendapatkan dana tahunan tambahan melebihi pakej baharu yang ditawarkan oleh AS itu. Menurut Associated Press, per­janjian itu juga mem­­biayai program perta­hanan peluru berpandu kali pertama selepas AS meluluskan dana untuk program pertahanan pe­luru berpandu secara ber­asi­ngan pada setiap tahun melalui per­janjian lalu.

Perjanjian itu dibuat ketika Pre­siden AS, Barack Obama meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Israel membina rumah di kawasan penempatan penduduk Palestin. Washington sebelum ini memberi amaran bahawa dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu boleh mengganggu perjanjian damai yang diusahakan sebelum ini. sumber

Saturday, September 10, 2016

Zinois Bina Tembok Bawah Tanah 60 Km

 TEL AVIV 9 Sept. – Seorang pegawai tentera Israel mendedahkan rejim Zionis telah memulakan pembinaan tembok bawah tanah secara besar-besaran di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza. Tindakan berkenaan dilihat sebagai satu bentuk pencabulan ke atas penduduk Palestin khusus­nya di kawasan berkenaan yang telah dikenakan sekatan oleh Israel sejak Jun 2007 selepas Hamas mengambil alih kuasa di Gaza.

Sekatan itu juga telah menafikan hak 1.8 juta penduduk Gaza seperti kebebasan bergerak, mendapatkan pekerjaan, penjagaan kesihatan serta pendidikan. Pegawai dari Kementerian Pertahanan itu yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kerja-kerja pembinaan dimulakan minggu lalu. Agensi beri­ta Israel, Ynet turut melaporkan mengenai pembinaan berkenaan. Sumber Israel itu mendedahkan regim Tel Aviv telah memper­untukkan dana sebanyak AS$160 juta (RM649 juta) untuk membina satu bahagian dinding halangan bawah tanah.

Laporan Ynet menyebut, tembok itu dibina di sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza. Menurut Israel, pembinaan itu bertujuan menyekat terowong merentas sempadan yang digunakan oleh penduduk Gaza untuk membawa barang-barang asas seperti makanan dan bahan pembinaan. Mesir juga menyumbang kepada sekatan dengan menutup laluan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah. -  sumber

Video Serangan Roket dan Mortar di SYRIA

Ahli Parlimen Belanda Enggan Bersalam dengan Netanyahu

Rabu 7 September 2016, anggota Parlimen Belanda, Tunahan Kuzu, enggan berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang berkunjung ke bangunan Parlemen di Binnenhof, Den Haag, Belanda.

Tidak hanya menolak, dalam rakaman video berdurasi sekitar 9 saat nampak Tunahan Kuzu mengenakan pin melambangkan bendera Palestin yang khusus dipersiapkan untuk menyambut kedatangan PM Benjamin Netanyahu ke Bangunan Parlimen.

Dalam keterangannya kepada media, Tunahan Kuzu yang merupakan warga Belanda keturunan Turki mengatakan memprotes permaidani merah yang tak layk untuk penjajah Benjamin Netanyahu.

Bersama dengan rakannya  Sel├žuk Ozturk, Tunahan Kuzu (35 tahun), merupakan anggota parlimen dari parti Denk yang pro-imigran, yang melindungi para imigran dari Turki di Belanda. (Rassd/Ram) sumber

Videonya https://www.youtube.com/watch?v=RddFBL4Tog4 

Friday, September 9, 2016

NASA Lancar Kapal Angkasa Kutip Habuk Cakerawala

MIAMI: Kapal angkasa pertama Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk mengutip habuk dengan mengelilingi matahari (asteriod) dan kembali dengan sampel ke bumi, dilancarkan hari ini. Misi selama tujuh tahun itu bertujuan untuk mendedahkan perkara sebenar sistem solar, demikian menurut Nasa.

Kapal angkasa kawalan jauh itu yang dinamakan OSIRIS-REx itu dilancarkan tepat jam 7.05 malam (2305 GMT) waktu Amerika Syarikat dari Cape Canaveral, Florida. Lebih 8,000 berkumpul menyaksikan pelancaran roket Atlas V yang membawa kapal angkasa berkenaan. Kapal angkasa yang menelan belanja AS$800 juta itu kini dalam perjalanan menuju Bennu, cakerawala berhampiran bumi yang saiznya seperti gunung kecil.

Bennu dipilih dari kira-kira 500,000 asteroid dalam sistem solar kerana laluan orbitnya berdekatan dengan bumi yang mengelilingi matahari yang dianggap saiz yang tepat untuk penyelidikan sains serta satu daripada asteroid tertua yang dikenali NASA. Matlamat utama misi OSIRIS-REx ialah mengumpulkan habuk dan serpihan dari permukaan asteriod pada tahun 2020, dan kembali ke bumi pada tahun 2023 untuk penyelidikan lebih mendalam. - AFP sumber


Serangan Udara di Aleppo, 24 Terbunuh

DAMSYIK 8 Sept. – Sekurang-kurangnya 24 orang awam terbunuh dalam serangan udara di kawasan yang dikuasai kumpulan militan Daesh di bandar Aleppo, semalam.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria mengesahkan 14 orang terbunuh di Tadef, berhampiran bandar al-Bab manakala 10 lagi di daerah al-Sukari di timur Aleppo.

Kejadian tersebut berlaku sehari selepas aktivis melaporkan terdapat serangan gas beracun yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan 40 yang lain. sumber

Kuliah Abu Zulfiqar - Pengenalan Ilmu Mukasyafah dan Muamalah

Johor - Rumah 76 Keluarga Dipukul Ribut

JOHOR BAHRU 9 Sept. - Malang bagi 76 keluarga yang bakal menyambut Hari Raya Aidiladha, Isnin ini apabila rumah mereka rosak teruk akibat dipukul ribut di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini hari ini. Ribut diikuti puting beliung yang dipercayai berlaku selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.15 petang menyebabkan sebahagian bumbung dan dinding rumah penduduk diterbangkan angin kuat.

 Seorang penduduk, Muhamad Azwan Mohd. Warsaw, 23, berkata, ketika kejadian, dia bersama saudara-mara mentuanya sedang melakukan persiapan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung esok. “Sebelum ribut, saudara-mara saya sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis kahwin saya pada keesokan hari. Turut diadakan pada ketika itu majlis tahlil buat arwah bapa mentua saya.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba, angin begitu kuat sehingga menyebabkan bumbung dan khemah di luar rumah kami berterbangan. Saya lega kerana semua ahli keluarga sempat masuk ke dalam rumah. “Ribut berlaku kira-kira tujuh minit sahaja. Selepas seorang daripada ahli keluarga melaungkan azan, ribut terus reda,” katanya ketika ditemui. Muhamad Azwan bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan melibatkan nyawa ahli keluarganya biarpun persiapan majlis perkahwinannya yang sedang diadakan itu sedikit terbantut. “Biarpun sedikit sedih dengan kejadian ini, bagaimanapun saya reda. Saya juga lega kerana tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku membabitkan ahli keluarga saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Pasir Putih, Bachok Nohang berkata, setakat pukul 6 petang ini, seramai 49 buah keluarga sudah melaporkan kerosakan rumah mereka melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). “Kami melalui JKKK sudah melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan seterusnya termasuk penyaluran bantuan. “Kami juga menyeru kepada mangsa agar tampil membuat laporan polis secepat mungkin mengenai kerosakan rumah supaya urusan sumbangan yang akan disalurkan nanti berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan memberitahu, keseluruhannya sebanyak 395 mangsa terlibat dalam kejadian itu. Menurut kenyataan tersebut lagi, mereka kini ditempatkan di Dewan Kampung Pasir Putih untuk sementara waktu sebelum menunggu rumah mereka dibaik pulih. - UTUSAN ONLINE - sumber

Hillary Clinton Janji Bantu Zionis

Calon Presiden AS dari Parti Demokrat, Hillary Clinton, berjanji kepada Perdana Menteri Zionis Israel akan meningkatkan keunggulan strategis militer Zionis Israel jika dirinya terpilih sebagai Presiden AS ke-45.

“Segera setelah pelantikan saya, saya akan segera mengundang Perdana Menteri Zionis Israel ke Washington untuk bertemu, dan mengirimkan Ketua Staf dan pakar intelijen AS untuk bertemu dengan rakan-rakan militer di Zionis Israel,” ujar Hillary dalam wawancara dengan televisyen Channel Two Israel.

“Apa yang harus kita lakukan paling awal dan terpenting adalah memastikan keunggulan militer Zionis Israel secara kualitatif dan kuantitatif hingga tak tertandingi,” ujar Hillary menurut AFP.
Hillary meminta warga Yahudi Zionis Israel untuk khuatir jika seandainya saingannya dari Parti Republik, Donald Trump, memenangi pilihan raya Presiden AS akan datang. sumber

Kuliah Dr Haron Din - Bangkit Dari Kubur

Hubungan Tarekat Tasawuf dengan Syiah?

Seorang sahabat meminta sahaya menonton sebuah rakaman kuliah seorang yang bernama Maulana Asri di https://www.youtube.com/watch?v=1_82_gvjexU yang bertajuk “Maulana Asri : Mengapa Sanad Tarikat Mesti Melalui Saidina Ali ra & Hasan al-Basri?” dan meminta komentar sahaya. Sahaya pun menontonlah rakaman tersebut. Ternyata ada beberapa kesalahan maklumat yang mesti diperbetulkan semula oleh sesiapa sahaja yang terlibat dengan video ini.


MAKLUMAT YANG DIMAKSUDKAN

Kata Maulana Asri (pengkuliah tersebut) dalam rakaman video itu :

“Tariqat-tariqat ini, kalau mengikut ahli tariqat, dia (yakni mereka) kata SEMUA SANAD (tariqat) sampai kepada Saiyidina Ali. SEMUA kena melalui Saiyidina Ali.”

“Kalau mengikut ahli-ahli tarikat, ahli-ahli tasawuf, mesti (sanad) dia (yakni mereka) kena lalu ikut Saiyidina Ali. TIDAK ADA JALAN LAIN!”

“Jadi hak (ilmu tasawuf dan tariqat yang) Rasulullah saw ajar, sebab apa dia (Rasulullah saw) tidak ajar orang lain (tapi) ajar Saiyidina Ali (sahaja)? Sebab apa? Tak layak belakakah (sahabat-sahabat Nabi saw yang lain itu)?

“Pengaruh Syiahlah tu! Itulah orang panggil pengaruh Syiah dalam tasawuf dalam tariqat.”

“Sebab dia MESTI (melalui) Saiyidina Ali.”

“Sebab apa (dalam) seramai-ramai sahabat (Nabi) ni, tak layak nak diberi kepada orang lain? Yang sehingga dia (yakni mereka) kata mesti melalui Saiyidina Ali tu sebab apa?”

“Lepas tu, KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”


PENJELASAN KITA

Baiklah. Mula-mula kita senaraikan Imam 12 terlebih dahulu :

1. Saiyidina Ali bin Abi Talib
2. Saiyidina Hasan bin Ali
3. Saiyidina Husain bin Ali
4. Ali in Husain
5. Muhammad Al-Baqir
6. Ja’far Sodiq
7. Musa al-Kazim
8. Ali ar-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Hadi
11. Hasan al-Askari
12. Al-Mahdi

Sekarang mari kita semak, betulkah ajaran-ajaran Maulana Asri yang di atas tadi?


HUJAHAN PERTAMA : SANAD TARIQAT AN-NAQSYABANDIYYAH

Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq kepada
Salman al-Farisi kepada
Qasim bin Muhammad kepada
Ja’far Sodiq kepada
Musa Al-Kazim kepada
Ali Ridho kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Abu Yazid al-Bustami kepada
Muhammad Al-Maghribi kepada
Abu Yazid al-Isyqi kepada
Abu Mudhafir At-Tusi kepada
Ali bin Abu Ja’far al-Karqani kepada
Abu Ali al-Farmadhi kepada
Yusuf al-Hamadani kepada
Abdul Khaliq al-Fajduwani kepada
Ar-Riyukiri dan seterusnya.
Tidak ada nama Saiyidina Ali dalam sanad ini.

Nampaknya sanad tariqat memang ada melalui sahabat lain. Contohnya dalam sanad ini ialah Abu Bakar as-Siddiq dan Salman al-Farisi. Bukan mesti melalui Saiyidina Ali.

Nampaknya sanad tariqat memang ada melalui sahabat lain. Contohnya dalam sanad ini ialah Abu Bakar as-Siddiq dan Salman al-Farisi. Bukan mesti melalui Saiyidina Ali.

Imam 12 dalam sanad ini hanya Ja’far Sodiq, Musa Al-Kazim dan Ali Ridho. Dengan adanya tiga nama ini maka sahihlah tariqat ini dipengaruhi Syiah?



HUJAHAN KEDUA : SANAD TARIQAT AL-JUNAIDIYYAH

Tariqat Junaidiyyah mempunyai dua jalan sanad. Salah satu sanadnya ialah :

Daripada Rasulullah saw kepada
Abu Zar al-Ghifari kepada
Malik bin Umairah kepada
Hasan bin Hasan kepada
Abu Sulaiman bin Dawud kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Sirri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Asy-Syibli kepada
Anas Rabazi kepada
Al-Qusyairi dan seterusnya.

Ada nama Saiyidina Ali pada sanad itu? Tidak ada!

Jadi, benarkah semua sanad tariqat mesti melalui Saiyidina Ali dan tidak ada jalan lain?

Abu Zar al-Ghifari itu bukan sahabat Nabikah?

Mana dia sebahagian Imam 12 yang didakwa oleh Maulana Asri? Seorang pun tidak ada!


Kemudian kita semak satu lagi sanad Tariqat al-Junaidiyyah iaitu :

Daripada Rasulullah saw kepada
Ali bin Abi Talib kepada
Hasan al-Basri kepada
Habib Al-Ajami kepada
Abu Sulaiman bin Dawud kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Sirri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Asy-Syibli kepada
Anas Rabazi kepada
Al-Qusyairi dan seterusnya.

Ya, yang ini ada nama Saiyidina Ali. Tapi ini bukan bukti bahawa semua sanad tariqat mesti melalui Saiyidina Ali kerana telah terbukti memang ada tariqat-tariqat yang tidak melalui Saiyidina Ali pun.

Selain Saiyidina Ali, mana dia lagi Imam 12? Kata Maulana Asri, ada SEBAHAGIAN Imam 12, tapi nampaknya yang ada hanya Saiyidina Ali seorang sahaja.


HUJAHAN KETIGA : SANAD TARIQAT AL-GHAZALIYYAH

Daripada Rasulullah saw kepada
Huzaifah al-Yaman kepada
Hasan al-Basri kepada
Habib al-Ajami kepada
Daud at-Ta’i kepada
Ma’ruf al-Karkhi kepada
Siri as-Saqti kepada
Junaid al-Baghdadi kepada
Abu Sa’id al-’Arabi kepada
Abu Talib al-Makki dan seterusnya.

Seorang pun daripada Imam 12 tidak berada dalam sanad ini. Jadi, benarkah perkataan-perkataan Maulana Asri itu?

Boleh tunjukkan mana dia nama Saiyidina Ali?

Boleh tunjukkan mana dia nama walau satu orang Imam 12? Kan katanya ada SEBAHAGIAN?

Huzaifah al-Yaman bukan sahabat Nabikah?

Sanad Tariqat Al-Ghazaliyyah tidak melalui Saiyidina Ali tetapi melalui Huzaifah Al-Yaman. Mengapa Maulana Asri mendakwa bahawa semua sanad tariqat MESTI melalui Saiyidina Ali (untuk dikaitkannya dengan fahaman Syiah)? Cuba fikir-fikirkan dengan hati ikhlas.


RUMUSAN

Ajaran yang mengatakan : “Tariqat-tariqat ini, kalau mengikut ahli tariqat, dia (yakni mereka) kata SEMUA SANAD (tariqat) sampai kepada Saiyidina Ali. SEMUA kena melalui Saiyidina Ali.”
Ajaran yang mengatakan : ““Kalau mengikut ahli-ahli tarikat, ahli-ahli tasawuf, mesti (sanad) dia (yakni mereka) kena lalu ikut Saiyidina Ali. TIDAK ADA JALAN LAIN!”

Ajaran ini tertolak kerana ternyata tidak semua sanad tariqat sampai kepada Saiyidina Ali dan tidak melalui Saiyidina Ali. Buktinya, ada sanad tariqat yang sampai dan melalui selain Saiyidina Ali iaitu Saiyidina Abu Bakar, Abu Zar Al-Ghifari dan Huzaifah Al-Yaman. Mereka semua sahabat Nabi saw.


Ajaran yang mengatakan : “Jadi hak (ilmu tasawuf dan tariqat yang) Rasulullah saw ajar, sebab apa dia (Rasulullah saw) tidak ajar orang lain (tapi) ajar Saiyidina Ali (sahaja)? Sebab apa? Tak layak belakakah (sahabat-sahabat Nabi saw yang lain itu)?”
Dan ajaran yang mengatakan : ““Sebab apa (dalam) seramai-ramai sahabat (Nabi) ni, tak layak nak diberi kepada orang lain? Yang sehingga dia (yakni mereka) kata mesti melalui Saiyidina Ali tu sebab apa?”

Ajaran ini juga tertolak kerana ada sanad-sanad tariqat yang melalui sahabat-sahabat Nabi saw yang lain seperti Saiyidina Abu Bakar, Salman Al-Farisi, Abu Zar Al-Ghifari dan Huzaifah al-Yaman.


Ajaran yang mengatakan : “Lepas tu, KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”

Ajaran ini juga turut tertolak kerana ternyata dalam 4 sanad yang kita bentangkan di atas tidak ada SEBAHAGIAN IMAM 12 padanya.

Sahaya juga ambil sedikit kesempatan untuk menyemak beberapa lagi sanad tariqat-tariqat yang utama seperti sanad Tariqat Syaziliyyah, Tariqat Ahmadiyyah Idrisiyyah, Tariqat Chistiyyah, Sammaniyyah, Tariqat Tijaniyyah dan beberapa lagi. Ternyata tidak benar dakwaan kononnya : “KEBANYAKAN dalam sanad-sanad itu, ADA SEBAHAGIAN daripada Imam 12 Syiah. Boleh dikatakan SEMUA TARIQAT ni ada.”

Paling-paling kuat pun, jika sekadar mengatakan contohnya : “SEGELINTIR sanad-sanad tariqat mempunyai sebahagian Imam 12.”

Kata-kata sebegini kot-kotlah boleh hendak dipertimbangkan.

Namun begitu, oleh kerana ada nama Saiyidina Ali, Hasan, Husin, Ja’far Sodiq.... maka itu menjadi bukti kukuh lagi sahih untuk mengatakannya sebagai pengaruh Syiah? Tahap dhaif pun belum tentu lepas lagi jika sekadar bukti sebegini.


Nasihat kita, silalah perbetulkan apa yang boleh dan yang sepatutnya diperbetulkan semula.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
1 September 2016


sumber