Thursday, October 20, 2016

Putera SAUDI Beli Kapal Mewah 300 Juta Pound

PARIS 19 Okt. - Seorang putera diraja Arab Saudi dilaporkan membeli sebuah kapal mewah bernama Serene bernilai 300 juta pound (RM1.54 bilion) selepas tertarik dengan keunikan kapal itu. Pembelian yang tidak dirancang oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman itu menyebabkan pemilik asalnya iai­tu seorang bilionair Rusia, Yuri Shefler terpaksa meninggalkan Serene pada hari kapal itu dijual.

 Daily Mail me­laporkan, pembelian dilakukan ketika putera raja yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi itu sedang bercuti di selatan Perancis baru-baru ini. Kapal itu dibina pada 2011 oleh Fincantieri dengan reka bentuk dan rekaan dalaman masing-ma­sing dihasilkan oleh Espen Oeino dan Reymond Langton Design.

Berukuran 134 meter panjang, Serene memuatkan 15 buah bilik, sebuah kelab malam, pawagam serta kolam renang yang menggunakan air laut. Serene turut menempatkan sebuah perpustakaan, spa kesihatan, bilik dengan pemandangan bawah air, gim dan dua buah tab panas.

Selain kemudahan untuk beria­dah, dua helipad serta pelbagai unit kolam renang, Serene dilengkapi tempat penyimpanan helikopter dan kapal selam. Ada laporan mengatakan, Serene pernah disewa oleh pe­ngasas Microsoft, Bill Gates dan ahli keluarganya dengan kadar bayaran AS$5 juta (RM20.9 juta) seminggu.sumber

Ahok Tidka Berani Temui Majelis Mujahiddin

Gelombang panas desakan untuk menyeret Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok dilakukan oleh semua komponen umat Islam tak terkecuali juga dilakukan Majelis Mujahidin (MM). Menurut M. Shabarrin Syakur Sekjen Majelis Mujahidin, MM telah berusaha menemui Ahok, namun belum pernah dilayan.

“Kelmarin kita memang temui dia (Ahok) namun tidak ketemu. Kita mahu dia bertanggung jawab secara publik, kalau dia memang jantan, tidak rasis, tidak pengecut, mestinya dia harus melayani dan mahu menemui kita” ujarnya pada Panjimas rabu (19/10/2016). sumber

Saturday, October 15, 2016

Thursday, October 13, 2016

Video - Kemusnahan Bandar Aleppo di SYRIA

Kanak2 XINJIANG Dilarang Sertai Aktiviti Agama

BEIJING 12 Okt. – China sekali lagi mendiskriminasi penduduk Islam di wilayah Xinjiang apabila bakal mengenakan tindakan terhadap ibu bapa dan penjaga yang menggalakkan serta memaksa anak-anak mereka menyertai aktiviti keagamaan.

 Menurut laporan Xinjiang Daily, peraturan pendidikan baharu yang dikuatkuasakan pada 1 November ini menyatakan, ibu bapa atau penjaga tidak boleh memaksa kanak-kanak bawah umur daripada menghadiri aktiviti keagamaan. Tambah akhbar berkenaan, ibu bapa tidak seharusnya menggalakkan kepercayaan kumpulan pelampau dalam diri kanak-kanak seperti memaksa mereka berpakaian seakan-akan anggota kumpulan tersebut atau menggunakan simbol lain.

 “Mana-mana kumpulan atau individu mempunyai hak untuk menghentikan tingkah laku seperti itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa keselamatan awam,” jelas kerajaan dalam kenyataan berhubung undang-undang baharu tersebut. Peraturan itu juga mengharam­kan sebarang bentuk aktiviti keagamaan di semua sekolah di Xinjiang.

Selain itu menurut pihak berkuasa, ibu bapa yang tidak mampu membimbing anak-anak mereka menjauhi ajaran kumpulan pelampau atau pengganas, boleh memohon anak-anak dihantar ke sekolah khas bagi ‘menjalani pemulihan’. Ini berikutan, sekolah perlu menjadi medan membimbing pelajar jauh dari ajaran pemisah dan pelampau bagi mewujudkan persekitaran yang menerapkan sains, mencari kebenaran, meni­dakkan kejahilan dan menentang kepercayaan karut.

 Beratus-ratus orang dilaporkan maut sejak beberapa tahun ke­belakangan ini di Xinjiang dalam pergolakan yang menyebabkan Beijing menyalahkan kumpulan militan serta pemisah, walaupun kumpulan hak asasi manusia menyatakan keganasan tersebut tercetus susulan reaksi terhadap dasar China yang berat sebelah. Kerajaan begitu kuat menafikan pihaknya menindas penduduk Uighur di Xinjiang dan menegaskan undang-undang, budaya dan hak beragama etnik itu dilindungi sepenuhnya. Pihak berkuasa juga menutup beberapa buah sekolah agama persendirian atau madrasah di Xinjiang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – REUTERS sumber

Majlis Ustaz Abu Zulfiqar


Puluhan Syiah Maut dalam Letupan

MAZAR-I-SHARIF 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan 24 lagi cedera apabila sebutir bom diletupkan di luar sebuah masjid di ibu kota wilayah Balkh di utara, Afghanistan.

 Gabenor wilayah, Moneer Ahmad Farhad berkata, serangan dilakukan ketika orang ramai sedang berhimpun untuk memperingati hari Ashura salah satu hari suci Syiah, di sebuah masjid, kira-kira 20 kilometer dari Mazari-i-Sharif.

 “Ini merupakan serangan kedua yang menyasarkan minoriti Syiah dalam tempoh 24 jam. Setakat ini tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab,” katanya.

 Pada masa sama, di Kabul, 18 terbunuh ketika penganut Syiah berhimpun untuk meraikan perayaan yang sama di rumah ibadat Karte Sakhi dekat Universiti Kabul lewat malam Selasa. - REUTERS sumber

Seminar Tasawuf Tarekat - Palsu atau Tulen?

Penduduk Gaza Cukup 2 Juta Orang

Kementerian Dalam Negeri Palestin di Jalur Gaza menyatakan bahawa jumlah penduduk Palestin hingga Selasa (11/10) tengah malam mencapai angka 2 juta jiwa, setelah lahirnya 2 bayi beberapa jam sebelumnya.

“Lahirnya 2 bayi calon pejuang Palestin menggenapkan jumlah warga di wilayah ini mencapai 2 juta orang,” ujar Direktorat Jederal Urusan Awam dalam keterangannya.

Menurut catatan Direktorat Jeneral Urusan Awam menyatakan bulan September sebagai bulan dengan jumlah kelahiran tertinggi di sepanjang tahun 2016 kerana terdapat 4,983 kelahiran dalam 1 bulan, atau sekitar 166 kelahiran per hari, dan ada sekitar 7 kelahiran setiap jamnya.

Memiliki luas keseluruhan 360 kilometer persegi, Jalur Gaza ditetapkan sebagai salah satu wilayah terpadat di Timur Tengah dengan 4,661 orang mendiami setiap 1 kilometer persegi tanah di Jalur Gaza. (Anatolia/Ram) sumber

Hanya Ada 11 Ambulan untuk 250,000 Rakyat di Timur Aleppo

An ambulance drives through a street of the northern Syrian city of Aleppo on January 24, 2014. The Syrian government warned it may quit peace talks in Geneva, accusing the opposition of being neither serious nor prepared for negotiations, state television said. AFP PHOTO / MOHAMMED WESAM (Photo credit should read MOHAMMED WESAM/AFP/Getty Images)

Organisasi internasional Dokter Lintas Batas “MSF” menyatakan hanya ada 11 ambulan yang kini beroperasi untuk berkhidmat untuk 250 ribu rakayat Syria di timur Aleppo.

Setelah penembakan 5 ambulan sepanjang bulan September, kini pasukan perubatan di wilayah timur Aleppo hanya memiliki 11 ambulan  untuk melayani seperempat juta orang, ujar Dokter Lintas Batas dalam sidang media pada hari Selasa (11/10). sumber

Friday, October 7, 2016

Ketua IS Diracun

Ketua kumpulan bersenjata IS Abu Bakr al-Baghdadi dan tiga lagi pembantu kanannya dilapor sakit teruk selepas diracun semasa makan tengah hari, Ahad lalu.

Mereka dilapor dipindahkan ke tempat tidak diketahui bawah kawalan ketat, lapor Bernama yang memetik beberapa dakwaan dalam laporan media berkaitan perkara itu.

The Press Trust of India (PTI) melaporkan hidangan itu didakwa diracun di Nineveh’s Be’aaj, sebuah daerah di Iraq.
Memetik sumber, agensi berita Iraq WAA melaporkan, keempat-empat mereka kini menderita “keracunan teruk”.
Selepas kejadian itu, IS menangkap beberapa orang bagi mencari dalang di sebalik kejadian itu.
Baghdadi, dilaporkan beberapa kali tercedera.

Terdapat tawaran AS$10 juta dibuat bagi pihak yang dapat menangkapnya.

IS adalah sebuah kumpulan serpihan al-Qaeda yang menguasai beratus-ratus kilometer persegi kawasan di Iraq dan Syria.

Al-Qaeda sendiri tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan itu, yang menurutnya kurang semangat kerja berpasukan dalam serangan agresif dan ganasnya. sumber

Kesan-kesan Senjata Kimia di YAMAN

SANAA: Penduduk Yaman menemui ajal disebabkan senjata kimia dan kanak-kanak mula menunjukkan petanda barah luar biasa yang selalunya dikaitkan dengan bencana nuklear. Jurucakap Pertubuhan Hak Asasi Yaman, Kim Sharif, berkata keadaan itu amat mengejutkan dan kerap berlaku di bahagian utara negara itu yang menunjukkan perkembangan kecil barah jarang berlaku yang selalunya dikaitkan dengan nuklear.

Beliau menegaskan siasatan bebas mesti dilakukan mengenai keadaan itu di Yaman dan jenayah perang yang didakwa dilakukan pakatan tentera diketuai Arab Saudi. "Kami sudah berkempen mengenai perkara ini di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu. Malah usul itu disokong kerajaan Belanda.

 "Malangnya, kami ditewaskan dengan cara keji kerana anda berada dalam situasi pasukan pakatan diketuai salah satu pengeluar minyak utama di rantau itu dan didakwa melakukan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan. "Bukti sudah dikumpulkan selama 19 bulan dan sudah ada. PBB akhirnya siasatan perlu dilakukan pihak berkuasa Yaman sendiri," kata Sharif.

Katanya, ini seolah-olah 'meminta pembunuh sendiri menyiasat jenayah yang dilakukannya.' Laporan mengenai pencabulan hak asasi manusia disediakan oleh Jawatankuasa Inkuiri Kebangsaan Yaman yang ditubuhkan setahun lalu. Badan itu menyokong Presiden Abderabbo Mansour Hadi yang disingkirkan, kata Sharif. Keputusan berkenaan dikecam keras oleh aktivis hak asasi manusia. - AGENSI  sumber

Apa Itu Tarekat?

Tariqat ni apa benda sebenarnya?
Ada banyak definisi dan huraian tentang tariqat. Ringkas cakap, tariqat ni sebenarnya merupakan jalan untuk mencapai maqam muhsin dan seterusnya.

Muhsin tu apa pulak?
Selain daripada kita nak jadi salah seorang muslimin iaitu seorang yang muslim, kita juga nak jadi seorang yang mukminin iaitu seorang yang beriman, dan kita juga nak jadi seorang yang muhsinin iaitu seorang yang muhsin. Muslim - mukmin - muhsin. Huraiannya agak panjang. Nak kena datang kuliah le kalau nak betul-betul faham bahagian ini.

Tariqat bukan ajaran Syiah ke?
Alangkah jauhnya perbezaan antara tariqat dengan Syiah, bagaikan langit dan bumi. Tariqat lain, Syiah lain.

Tariqat ni bukan ajaran sesat ke?
Kalau ajaran sesat, itu bukan tariqat. Kalau tariqat, itu bukan ajaran sesat. Kedua-duanya saling berlawanan. Ramai juga yang masih gagal membezakan antara tariqat dengan sesat.

Kan ada/banyak tariqat yang sesat?
Tidak pernah ada tariqat yang sesat. Yang sesat, itu jelas-jelaslah bukan tariqat. Yang tariqat, itu jelas-jelaslah bukan ajaran sesat. Kedua-duanya sangat berbeza dan saling bertentangan.

Yang orang sebut sebagai tariqat-tariqat sesat tu?
Itu sekadar penamaan, bukan hakikat yang sebenarnya. Contohnya - kita sebut “hadis palsu”. Hadis palsu tu hadis ke? Tidak kan? Hadis palsu bukan hadis. Sudah palsu, mana boleh jadi hadis. Yang palsu, bukan hadis. Hadis pula, tak ada yang palsu. Tetapi mengapa disebut sebagai “hadis palsu”? Hal itu sekadar penamaan untuk memudahkan pembicaraan kita tentangnya. Pada hakikatnya tidak ada hadis palsu. Samalah, pada hakikatnya tidak ada tariqat sesat.

Habis tu, yang tarekat-tarekat yang memang disahkan sesat tu?
Itu ajaran sesat, bukannya ajaran tarekat dan bukannya tariqat sesat. Masalah dalam hal ini ialah sama ada mereka yang mendakwa diri dan perkumpulan mereka sebagai tariqat, ataupun kita yang menjenamakan mereka sebagai tariqatt. Apabila terbukti mereka ajaran sesat, sepatutnya tidak boleh dikaitkan langsung dengan tariqat/tarekat. Apabila terbukti mereka ajaran sesat, sepatutnya kita tidak boleh menyebut mereka sebagai tariqat lagi. Samalah - sepatutnya “hadis palsu” tidak boleh disebut sebagai hadis lagi melainkan kena disebut sebagai “bukan hadis”. “Tariqat sesat” tidak boleh disebut sebagai tariqat lagi melainkan kena disebut sebagai “bukan tariqat’. Cuma kita kena faham dengan kebiasaan umat yang masih menggunakan istilah “hadis palsu” dan “tariqat sesat”, tetapi janganlah sampai kita sendiri yang tersalah faham.

Mengapa ada orang yang menolak tariqat?
Samalah jawapannya kepada persoalan : “Mengapa ada orang tolak agama Islam?” Antara punca utama mereka menolak agama Islam adalah kerana mereka tidak ada maklumat dan pemahaman yang memadai tentang agama Islam. Orang yang sudah punya maklumat dan pemahaman yang memadai tentang agama Islam, sudah tentu tidak akan menolak Islam lagi. Begitulah halnya dengan tariqat. Yang menolak tariqat itu, pada diri mereka tidak ada maklumat/ilmu dan pemahaman yang memadai tentang tarekat. Orang yang sudah punya maklumat dan pemahaman yang memadai tentang tariqat, sudah tentu tidak akan menolak tariqat sekalipun dia sendiri tidak bertariqat.

Bagaimana dengan orang yang pernah bertariqat, tapi lepas tu mereka berhenti dan menentang pula tariqat?
Ada beberapa faktor. Antaranya :

1. Kebanyakan yang mengaku pernah bertariqat itu sebenarnya tidak pernah bertariqat pun. Ramai yang menipu. Harapan mereka, apabila diyakini sebagai bekas ahli tariqat, sudah tentulah orang ramai akan lebih mempercayai kata-kata mereka. Maka mudahlah untuk mereka memperdaya dengan memburuk-burukkan tariqat.

2. Ada segelintir yang memang pernah mengambil dan mengikuti orang atau perkumpulan tertentu YANG MEREKA SANGKA SEBAGAI TARIQAT padahal itu bukan tariqat. Boleh jadi juga mereka mengikut individu ataupun perkumpulan tertentu YANG MENGAKU SEBAGAI TARIQAT tetapi sebenarnya bukan tariqat. Apabila mereka bersama dengan orang-orang itu, mereka terlihat beberapa hal yang kelihatan bertentangan dengan kehendak agama, lalu mereka pun berhenti atau keluar daripada ‘tariqat’ tersebut. Kemudian mereka pun mencanangkan kononnya tariqat begini-begini keburukannya sedangkan pengalaman yang dilaluinya bukan dengan individu atau perkumpulan tariqat yang sebenar. Entah apa ajaran yang disertainya tetapi diperasannya sebagai tariqat. Bahkan dia menghukum semua tariqat berdasarkan pengalamannya dengan ‘tariqat-tariqat’ yang entah ajaran apa sebenarnya itu. Tamsilannya - seorang kanak-kanak lalu di bawah sepohon pisang. Di bawah pohon itu dilihatnya ada beberapa biji buah terletak di atas tanah. Disangkanya itu tentu buah daripada pokok pisang. Dia pun cuba makan buah itu. Pedasnya! Terus dihukumnya buah itu sebagai buah kepada pokok pisang dan dihukumnya juga bahawa buah pisang pedas belaka. Padahal yang dirasanya itu ialah cabai besar yang tercicir.

3. Ada segelintir yang memang pernah menyertai tariqat yang benar, malangnya dia aktif dalam tempoh yang sangat singkat. Hendak dapatkan ijazah akademik di universiti pun biasanya tiga tahun. Itu pun jika pengajian sepenuh masa. Tambah-tambahlah ilmu-ilmu dan amal-amal tariqat. Cukupkah pengalaman pengajian sepenuh masa beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan untuk arif selok-belok tariqat? Apatah lagi jika sekadar pengalaman bertariqat sambil-sambil. Benarkah dia sudah punya kemampuan yang memadai untuk melayakkan dia mempertikaikan tariqat? Eloklah kita fikirkan jauhhh sedikit sebelum menjadikan orang-orang sebegini sebagai rujukan kita.

4. Ada pula segelintir lagi yang memang pernah menyertai tariqat yang benar, tetapi dia hanya aktif sehingga ke peringkat tahu sahaja, belum sampai ke peringkat faham, apatah lagi untuk mencapai peringkat penghayatan. Padahal tariqat berjalan atas pemahaman dan penghayatan. Apa-apa yang kita tahu, belum tentu kita faham. Banyak perkara yang kita tahu dalam hidup kita, tetapi kan banyak antaranya yang kita belum faham? Jadi, orang itu sudah berhenti tariqat sebelum dia sampai ke peringkat faham. Memang tidak mustahillah dia akan menolak tariqat. Salah dia , bukan salah tariqat.

Ada orang yang mengaku pernah ditugaskan untuk memimpin halaqah zikir dalam tariqatnya, tetapi akhirnya dia keluar daripada tariqat juga. Macam mana pula tu?
Seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah memilih salah seorang muridnya untuk memimpin aktiviti memaskan badan setiap kali mereka turun padang. Adakah si murid layak menghuraikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani lalu dia menggantikan gurunya di dalam kelas untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran? Sebenarnya majlis zikir dan majlis bacaan-bacaan aurad itu semua hanyalah satu bahagian kecil daripada keseluruhan ilmu-ilmu dan ama-amal tariqat. Maksudnya orang itu yang sudah terperasan bahawa dirinya pernah bermaqam begini-begini dalam tariqat, kedudukannya dulu pernah tinggi dalam tariqat, maka layaklah dia kemudiannya mempertikaikan tariqat kepada masyarakat. Padahal tugasan yang pernah dibuatnya itu dahulu ringkas cakap belum apa-apa pun lagi dalam dunia tariqat. Baru merangkak-rangkak, belum berdiri pun lagi, apatah berjalan dan berlari. Kalau sekadar pernah jadi khalifah zikir, sangat jauh lagi jaraknya untuk mengatakan begitu begini tentang tariqat kepada orang lain. Seorang yang tidak pernah melihat kereta melainkan pernah membelek tayar kereta sahaja, tiba-tiba hendak memperkatakan tentang kereta kepada suku kaumnya. Rasa-rasa, banyak maklumat benar dan tepat, ataupun banyak maklumat yang salah dan terkeliru yang bakal dihidangkannya?


 Tasawwuf & Tarekat : Antara Ketulenan dan Kepalsuan Orang Yang Mahu Berbicara Tentangnya http://alexanderwathern.blogspot.my/2016/10/tasawwuf-tarekat-antara-ketulenan-dan.html

Maulana Asri, Bicara Tariqat Tasawuf http://alexanderwathern.blogspot.my/2016/09/maulana-asri-bicara-tariqat-tasawuf.html

 



sumber

Misteri Poster Orang2 Hilang di Hutan

NEW YORK 6 Okt. – Seorang lelaki melalui pengembaraan mengejutkan di sebuah hutan di Long Island apabila ‘terserempak’ dengan puluhan poster orang hilang yang ditampal pada pokok-pokok di kawasan berkenaan.

Portal Metro.co.uk mela­porkan, James Rankin turut memuat naik video penemuannya itu, memaparkan sekurang-kurangnya 25 poster orang hilang pada pokok di kawasan hutan terpencil Berkeley Jackson County Park, New York. Video itu yang sudah ditonton lebih beratus ribu pengguna menunjukkan Rankin berjalan di sekitar kawasan berkenaan, malah apa yang lebih menakutkan, individu pada poster tersebut adalah orang yang benar-benar hilang di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun.

 Menurutnya, selain ‘pokok misteri’ itu, dia juga menjumpai beberapa khemah, tin makanan dan bekas unggun api di kawasan sama. “Bulu roma saya naik terutamanya apabila mendapat tahu sebahagian poster yang ditampal itu sebenarnya orang yang benar-benar hilang. “Mungkin lokasi ini menjadi tempat remaja mengadakan par­ti Halloween, namun perkara itu bu­kan boleh dibuat main,” kata­nya. Dia kemudian menghubungi polis dan membuat laporan berhubung penemuannya itu.

Antara poster yang dijumpai ialah Jennifer Kesse yang hilang pada 24 Januari 2006 dan kesnya masih kekal misteri serta Brenda Heist yang muncul kembali selepas 11 tahun. sumber

RUSIA Hantar Kapal Perang Ketiga ke SYRIA


kapal-perang-rusia

 Armada Laut Hitam Rusia kembali mengirimkan kapal perang ketiga yang dilengkapi peluru berpandu penjelajah ke Laut Mediteranian dalam rangka mendukung perang melawan kelompok mujahidin Syria.

Menurut Tass Rusia dalam pernyataannya hari Khamis (6/10) menyatakan kapal perang yang dilengkapi rudal jelajah Malakhit “Mirage” telah berlayar dari pangkalan militer di Sevastopol, Crimea, menuju Laut Mediteranian.

Kapal perang Mirage akan bergabung dengan 2 kapal perang Rusia lainnya Serpukhov dan Zelyony Dol, yang terlebih dahulu berada di Laut Mediteranian. Nantinya ketiga kapal akan bergabung dengan armada Angkatan Laut tetap Rusia untuk membantu operasi militer terhadap kelompok mujahidin Syria. sumber