Sunday, November 27, 2016

Tandas Kalis Peluru

Hyderabad 26 Nov. - Ketua Menteri Telangana, K Chandrashekhar Rao mencetuskan kemarahan penduduk negeri itu apabila berpindah ke kediaman mewahnya bernilai 500 juta rupee (RM32.63 juta) yang dilengkapi tingkap serta tandas kalis peluru.

 Rao berpindah kelmarin ke rumah agam itu yang mempunyai keluasan lebih 9,000 meter persegi, sebuah auditorium boleh memuatkan 250 hadirin serta dewan mesyuarat berkapasiti 500 orang. Satu upacara keagamaan diketuai seorang sami turut diadakan di rumah tersebut yang terletak di Hyderabad.

 Bagaimanapun, pembinaan tandas kalis peluru itu menjadi bahan jenaka di laman Twitter oleh pengguna yang turut mewujudkan hashtag #Bulletproofbathroom. Seorang pengguna, @anu­raag­sharrma mempersoalkan si­apa yang ditakutkan Rao sehingga membina tandas itu. Pengguna bernama @SLokesh912 pula berkata, tandas sepatutnya dibina kalis air.

“Adakah Rao tidak akan berada walau dua sentimeter di luar tandas?,” katanya. Lelaki bernama @SinghRChandan pula berjenaka apabila menyatakan Ketua Menteri itu merasa tidak selamat walaupun berada di dalam tandas. Difahamkan, rumah menyerupai istana itu dibina atas nasihat ‘vaastu’ atau individu menyamai pakar Feng Shui. sumber

Lagi Video Israel Terbakar

Video Israel Kebakaran

Api di Israel Terus Marak

TEL AVIV 26 Nov. – Kebakaran hutan di Israel dilaporkan bertambah buruk apabila api merebak ke lebih banyak kawasan, menyebabkan keadaan semakin sukar dikawal walaupun sudah menerima pelbagai bantuan antarabangsa. Kapal terbang, trak serta anggota bomba telah diterbangkan dari negara-negara Eropah, Arab dan Amerika Syarikat (AS) namun masih gagal membantu memadamkan kebakaran yang sudah memasuki hari keempat.

 Anggota bomba tempatan turut mengaku keletihan selepas bertarung untuk memadamkan api yang merebak dengan cepat ekoran cuaca kering dan angin kencang. Awal pagi ini, pasukan keselamatan mengesahkan tiga penduduk parah selepas api yang marak memusnahkan sebuah bangunan di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat.

Israel Radio pula melaporkan, beberapa penduduk cedera ekoran kebakaran besar di bandar Maale Adumim, tujuh kilometer berhampiran perkampungan penduduk Pa­lestin di Baitulmaqdis. Menurut portal berita Ynet, lebih 200 keluarga kehilangan tempat tinggal apabila beratus-ratus buah rumah hangus terbakar di bandar Haifa di utara Israel.

Keadaan itu mendorong anggota bomba Palestin menyertai pasukan bantuan dengan menghantar empat jentera ke utara bandar Haifa dan empat lagi ke kampung Beit Meir, berhampiran Baitulmaqdis.

 Pihak berkuasa Israel telah menahan 22 orang atas tuduhan mencetuskan kebakaran dengan beberapa menteri cuba menuding jari ke arah nasionalis Arab yang kononnya menjadi dalang kejadian itu. – DPA - sumber

Penyerang Tawan Bandar di Selatan FILIPINA

MANILA 26 Nov. - Kira-kira 100 penyerang bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh telah mengepung Butig, sebuah bandar di Lanao del Sur, selatan Filipina hari ini.

Jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan berkata, selain mengepung, penyerang-penyerang bersenjata daripada kumpulan militan yang dikenali sebagai Maute itu turut menawan beberapa bangunan di situ termasuk dewan perbandaran.

Tan berkata, dua anggota tentera dilaporkan cedera dalam pertempuran dengan kumpulan militan itu sebelum mereka menguasai kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada orang awam yang cedera atau terbunuh memandangkan sebahagian besar daripada mereka telah meninggalkan bandar itu selepas menerima pelbagai laporan sebelum ini yang mengatakan bandar tersebut akan diserang. -DPA   sumber

Di Manakah Gunung Tursina?

Apa yang anda ketahui tentang Bukit Tursina? Perlu Anda tahu bahwa Bukit atau Gunung Tursina merupakan salah satu tempat yang memiliki nilai historis kenabian Musa alaihissallam. Di sanalah, Nabi Musa p bermunajat kepada Allah l untuk menunjukkan bukti kenabian kepada kaumnya. Di sana pula, dua mukjizat kenabian Musa p diberikan dalam wujud tongkat yang bisa berubah menjadi ular dan tangan yang bercahaya setelah dimasukkan dalam ketiak.

Ya, bukit Tursina pulalah yang menjadi saksi bahwa Nabi Musa p pernah berbicara langsung kepada Allah l sebagaimana halnya Nabi Muhammad n yang berbicara langsung kepada Allah l di Shidratul Muntaha. Di tempat ini pula kita akan temui dua jenis buah yang dijadikan sumpah oleh Allah l, buah tiin dan buah zaitun. Tahukah kamu dimana letaknya?

Geografis Tursina
 
Menurut al-Qamus al-Islam, kata ‘Thursina’ adalah gunung yang tandus atau gersang. Namun menurut mufassir Qatadah dan Al Kalibi, Thuur Siniin (Sinai) adalah bukit yang berpepohonan dan berbuah-buahan. Dan diantara dua pendapat tersebut, pendapat terakhirlah yang banyak disepakati para ulama sehingga Thursina memang dikenal sebagai tempat kaya akan aneka ragam vegetasi.

Letak geografis Bukit Tursina hingga kini masih ada yang memperdebatkan meskipun keberadaannya tak lagi diragukan karena memang ada penjelasan dari Al Qur’an dan As Sunnah. Pendapat pertama mengatakan bahwa bukit Tursina terletak di wilayah Mesir yang lokasinya berada di Gunung Munajah, di sisi Gunung Musa. Hal ini didasarkan pada keberadaan Semenanjung Sinai yang dianggap sebagai nama lain dari Thursina.

Selain itu, di Mesir juga ditemukan Lembu Betina yang menjadi saksi bisu pembangkangan kaum Musa p terhadap keesaan Allah l. Namun pendapat ini dinilai lemah oleh Sami bin Abdullah al-Maghluts. Dalam bukunya yang berjudul Atlas Sejarah Nabi dan Rasul, Sami mengatakan bahwa pendapat yang menyatakan Thursina ada di Mesir mengandung kekeliruan pemahaman tentang keberadaan Sinai. Baginya, Sinnin yang dimaksud dalam Al Qur’an bukanlah sinai di Mesir. Beberapa mufasir seperti Ibnu Katsir juga melemahkan pendapat ini karena di Semenanjung Sinai, Mesir tidak banyak tumbuh buah tiin dan zaitun yang menjadi salah satu ciri keberadaan bukit Thursina.

Pendapat kedua tentang keberadaan bukit Thursina adalah pendapat yang mengatakan bukit Thursina berada di barat daya negeri Syam yakni di gunung Az Zaitun, sekitar Baitul Maqdis Palestina. Pendapat ini dikuatkan oleh Muhammad bin Abdul Mun’in al-Himsyari dalam bukunya yang berjudul Al-Raudh al Mi’thar fi Khabari al-Aqthar dan Syauqi Abu Khalil dalam bukunya yang berjudul Atlas Hadis. Ibnu katsir dalam tafsirnya juga menyampaikan bahwa pendapat yang lebih tepat untuk menjelaskan keberadaan bukit Thursina adalah di baitul Maqdis.

Berkata Ibnu Katsir : Berkata setengah imam-imam : Inilah tiga tempat, yang di masing-masing tempat itu Allah swt telah membangkitkan Nabi-nabi utusanNya, Rasul-rasul yang terkemuka, mempunyai syariat yang besar-besar. Pertama tempat yang di sana banyak tumbuh Tiin dan Zaitun. Itulah Baitul-Maqdis. Di sanalah Tuhan mengutus Isa bin Maryam ‘alaihis-salam.

Diantara pendapat-pendapat lain tentang keberadaan Thursina, pendapat kedua inilah yang banyak disetujui oleh para ulama. Banyak alasan mengenai hal ini, namun satu diantaranya adalah korelasi antara firman Allah l pada Qur’an Surah Al Mu’minun : 20 dengan kondisi geografis Baitul Maqdis. Dalam Surah Al Mu’minun : 20, Allah l berfirman yang artinya  “Dan, pohon kayu yang keluar dari Thursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak dan menjadi makanan bagi orang-orang yang makan.”. Di sekitar baitul Maqdis terdapat banyak pohon zaitun yang berproduksi sepanjang tahun sehingga penduduk sekitar menamakannya dengan nama Bukit Zaitun. Mana yang lebih pas? Allahu A’lam

Orang-orang zionis Yahudi juga memiliki pendapat sendiri tentang keberadaan bukit Thursina, meskipun jelas pendapat mereka tampak lemah. Walau begitu, tak ada salahnya bila kita juga mengetahui. Menurut mereka, Thursina terletak di bukit sebelah selatan Nablus (Palestina) atau yang dinamakan Jurzayem.

Pendapat ini merujuk pada Bangsa Kan’an yang membangun Kota Nablus dan menamakannya Syukaim, yaitu nama yang diubah bangsa Ibrani pertama menjadi Syukhaim, tempat tersebarnya kaum Yahudi dari sekte Samiri. Merekalah yang menjadikan patung sapi betina sebagai tuhan sekutu bagi Allah l sehingga muncul hukuman hina setelah mereka dimuliakan. Dan, mereka adalah sekte yang meyakini lima kitab dari Perjanjian Lama serta memercayai bahwa tempat suci Yahudi terletak Bukit Thur, yaitu sebelah selatan Nablus. sumber

Saturday, November 26, 2016

Tanah Runtuh di Hulu Selangor

HULU SELANGOR 26 Nov. - Pihak polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini sebagai kawasan larangan Zon Merah. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintenden R. Supramaniam berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

"Kesemua mereka diarahkan berpindah sebelum pukul 1.45 petang ini. Setakat pukul 11.45 pagi tadi, hanya 10 peratus penduduk yang berpindah. Kami minta kerjasama penduduk agar akur dengan arahan ini demi keselamatan mereka.

"Di sekolah ini, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memainkan peranan menyediakan makanan untuk mereka. Penduduk akan ditempatkan di sekolah ini sehingga proses baik pulih selesai," katanyadi lokasi kejadian.

Menurut Supramaniam, sebanyak 64 unit rumah terjejas dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi.Beliau berkata, penduduk tidak perlu merasa khuatir kerana anggota polis akan ditempatkan bagi mengawal kediaman mereka yang ditinggalkan. Orang ramai juga tidak dibenarkan berada di kawasan kejadian yang merangkumi radius seluas 600 meter itu, katanya. Satu lencongan jalan baharu akan dibina segera untuk kegunaan penduduk, tambahnya.

 Supramaniam berkata, siasatan mendapati runtuhan tanah itu berpunca daripada pengaliran air bawah tanah yang deras. Kejadian tanah runtuh itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.- BERNAMA sumber

CUBA - Fidel Castro Meninggal Dunia

HAVANA 26 Nov. - Ikon revolusi Cuba, Fidel Castro meniggal dunia semalam pada usia 90 tahun.

Berita kematiannya diumumkan oleh Presiden Cuba yang juga adik beliau, Raul Castro menerusi stesen televisyen nasional negara ini.

 “Ketua komander revolusi Cuba meninggal dunia pada jam 10.29 malam tadi,” katanya.-AFP  sumber

CHINA Tembak Mati 28 Muslim XINJIANG


Two ethnic Uighur women pass Chinese paramilitary policemen standing guard outside the Grand Bazaar in the Uighur district of the city of Urumqi in China's Xinjiang region on July 14, 2009. A mosque was closed and many businesses were shuttered a day after police shot dead two Muslim Uighurs, as ethnic tensions simmered in restive Urumqi.   AFP PHOTO / Peter PARKS (Photo credit should read PETER PARKS/AFP/Getty Images)

Polisi China hari ini secara rasmi mengumumkan menembak mati 28 anggota dari apa yang mereka sebut ‘’kelompok teroris’’ di wilayah Xinjiang, yang majoritnya muslim.

Ini merupakan operasi paling berdarah dalam beberapa bulan, dari hasil perburuan selama 56 hari sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas sebuah lombong batu bara di Aksu pada September lalu yang mengorbankan 16 orang, kata portal web pemerintah daerah Xinjiang, Tianshan. Satu “preman” menyerah, tambahnya.

Serangan di lombong batu bara itu merupakan  “serangan teroris kekerasan di bawah komando langsung dari sebuah organisasi ekstrimis di luar negeri”, kata Tianshan.
 
Kantor berita rasmi Xinhua mengutip pernyataan pemerintah Xinjiang mengidentifikasi pemimpin serangan sebagai Musa Tohniyaz dan Mamat Aysa, yang bentuk dan namanya bercirikan dari etnik Uighur.

Pernyataan rasmi hari ini itu dikeluarkan tak lama  setelah Radio Free Asia (RFA), yang didanai oleh pemerintah AS, mengatakan bahawa lebih dari 50 orang termasuk lima polis terbunuh dalam serangan pisau di sebuah lombong batu bara di Aksu pada bulan September.

sumber

Api di Israel Merebak Pula ke Selatan Tel Aviv

Pemerintah Yahudi mendakwa berhasil mengawal kebakaran yang tersebar di seluruh Haifa, kota terbesar ketiga di Israel, akan tetapi pada saat yang bersamaan titik api muncul pula di sejumlah wilayah Palestin yang diduduki penjajah Zionis Israel.

“Situasi kebakaran di kota Haifa telah terkendali. Kita mesti wasapada kerana hal-hal boleh berubah,” ujar jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld.

Micky Rosenfeld melanjutkan, “Titik api baru kini muncul di kota Kiryat Gat, selatan ibukota Tel Aviv.”

Lebih dari 60 ribu lebih warga Yahudi terpaksa berpindah dan menyebabkan 136 lainnya cedera sejak api memusnahkan tanaman di kota Haifa pada hari Selasa (22/11) lalu. Tidak ada korban jiwa dalam musibah kali ini. sumber

Majlis Ustaz Abu Zulfiqar 28/11/2016


DENMARK - Pusat Islam Diserang Lagi

Untuk keempat kalinya dalam 2 bulan terakhir sebuah Islamic Center di Denmark kembali menjadi sasaran serangan rasis kelompok anti-Islam. Kali ini seranganmensaarkan sekolah untuk imam dan penceramah di ibukota Copenhagen.

“Serangan oleh 4 orang yang tidak dikenal terjadi pada Khamis (24/11) malam. Ini adalah serangan keempat yang terjadi di sekolah imam dan penceramah sepanjang tahun 2016,” ujar pengarah sekolah Ahmed Ihsan Deniz kepada Anatolia.

Ahmed Ihsan menduga serangan tersebut sudah dirancang kerana dilakukan di tempat yang tidak terpantau cctv. “Kami telah melaporkan kepada pihak yang berkuasa mengenai penyerangan ini.” sumber

Friday, November 25, 2016

MESIR Sokong Syiah SYRIA

Akhbar“Assafir” yang dekat dengan kelompok Syiah Hizbullah Lebanon mengungkapkan kedatangan 18 juruterbang Mesir yang terlibat dalam kegiatan operasional di lapangan terbangHama, Syria.

Para pilot ini telah berada di Hama sejak 12 November. Mereka tergabung dalam pilot helikopter tempur khas, tulis Assafir dalam pemberitaannya tanpa menjelaskan apakah ke 18 pilot Mesir ini telah terlibat dalam serangan udara di Syria atau belum.

Menurut informasi yang diperoleh Arab 21, ke 18 pilot ini datang setelah kedatangan 4 pegawai tinggi Mesir. Bahkan di markas besar Staf Umum Syria di ibukota Damsyik, 2 orang pegawai tinggi Mesir sejak 1 bulan lalu dikhabarkan telah menyertai bili operasi yang dijalankan militer rejim Syiah Bashar al-Assad.

Menanggapi khabar tersebut, jurucakap militer Rusia Dmitry Peskov dalam sidang medianya hari Khamis (24/11) lalu menyatakan bahawa pihaknya tidak memiliki informasi apapun mengenai kedatangan 18 pilot dan keterlibatan militer Mesir dalam perang di Syria.

Sebelumnya dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen Portugal, Presiden kudeta Mesir Abdel Fattah Sisi mengungkapkan dukungannya kepada rejim Syiah Bashar al-Assad dalam perang melawan kelompok mujahidin. (Rassd/Ram) sumber

Isarel Terbakar, 60000 Dipindahkan

24 November 2016, pemerintah Zionis Israel mengumumkan bahawa jumlah orang yang tercedera akibat kebakaran hebat yang melanda wilayahnya sejak awal minggu ini mencapai 136 orang di kota Haifa.

“Api telah mencapai 8 sampai 10 jalan di kota Haifa,” ujar salah seorang jurucakap polis Israel dalam keterangannya seperti disiarkan Voice of Israel.

Menurut keterangan petugas tersebut, lebih dari 300 petugas pemadam kebakaran telah berkerja sejak Khamis pagi untuk memadamkan kebakaran besar di kota Haifa, sebelah utara Israel.

Lebih dari 60 ribu orang telah dipindahkan dari kota Haifa ke tempat aman menghindari semakin meluasnya kobaran si jago merah.

Badan Meteorologi Yahudi dalam prediksinya menyatakan bahawa keadaan kering disertai angin kencang dan kurangnya curah hujan akan melanda wilayah selatan hingga utara Zionis Israel dalam beberapa hari akan datang (Shorouk/Ram)

Sumber

Tuesday, November 8, 2016

Kuliah Ustaz Abdullah Khairi - Hubungan Ruh dan Jasad

Majlis Ilmu Abu Zulfiqar


Pertempuran Sunni-Syiah di PAKISTAN

KARACHI: Polis Pakistan menahan berpuluh-puluh orang dalam tindakan keras terhadap lebih daripada 90 madrasah dekat sini, susulan siri tembakan membabitkan pengikut mazhab, kata seorang pegawai, semalam.

Ketua Polis Daerah, Allah Dino Khwaja memberitahu Reuters, tindakan keras itu disasarkan kepada madrasah Sunnah dan Syiah. Lima penyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menyarankan agar Syiah diisytiharkan sebagai 'bukan Islam' dan melakukan serangan terhadap masjid Syiah, dibunuh dalam serangan menggunakan kereta di Karachi, Jumaat lalu.

 Pada 29 Oktober lalu, lima penganut Syiah ditembak mati ketika perhimpunan di bandar utara Nazimabad, serangan yang didakwa dilakukan oleh Lashkar-e-Jhangvi al-Alami, salah satu cabang ASWJ.  sumber

Remaja Bawah Umur Palestin Dipenjara 15 Tahun


ahmad-munasher
 
Mahkamah Zionis Israel menjatuhkan vonis hukuman 12 tahun penjara kepada seorang anak Palestin dibawah umur 15 tahun, setelah didakwa terbukti atas tuduhan percubaan pembunuhan.

Ahmad Munasher (14 tahun 8 bulan) dari Beit Hanin, sebelah utara kota Al Aquds, dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun oleh Mahkamah Central Israel, seperti disiarkan pejabat berita Anatolia dari peguam tertuduh Tariq Barguts.

Ahmad Munasher ditangkap  militer Zionis Israel di kota Al Quds Timur pada 12 Oktober tahun 2015 lalusetelah dituding akan melakukan serangan pisau kepada pasukan Yahudi. Sepupu Ahmad Munasher, Hassan, terbunuh ditempat setelah ditembak askaryang berjaga.

Sejak meletusnya gerakan Intifadah jilid III pada 1 Oktober tahun 2015 lalu, operasi serangan pisau dan rempuh dengan kenderaan menjadi cara baru warga Palestin melawan penjajahan Zionis Israel. (Rassd/Ram) sumber

INDONESIA Hantar Pelarian Rohinya ke AS

Pemerintah Indonesia mengumumkan memulai proses perpindahan ratusan pelarian Rohingya yang kini ditampung di wilayah Aceh menuju negeri Uncle Sam, Amerika Syarikat.

“Saat ini sebanyak 17 pelarian Rohingya telah diberangkatkan ke kota Medan untuk bertemu dengan pejabat konsulat AS di Sumatera Utara. Mereka akan mengurus prosedur yang diperlukan sebelum dipindahkan ke Amerika,” ujar ketua pejabat Imigresen Indonesia di Kota Lhokseumawe kepada Anatolia.

Dalam konteks terkait, petugas pejabat Imigrasi di Kota Langsa Timur, Aceh, mengatakan bahawa Konsulat AS di kota Medan merancang akan menerima 102 pelarian dari Rohingya untuk dikirim ke Amerika Syarikat.
 (Anatolia/Ram) sumber