Wednesday, November 8, 2017
Eksperimen Berjaya tetapi...
PETALING JAYA: Seorang bapa tidak keruan apabila anaknya yang berusia tiga bulan kerap merenggek semasa ketiadaan si ibu yang kembali bekerja sejak sebulan lalu.
Namun pada Selasa, Uzaini Mohd Amin, 35, terfikir satu idea untuk melakukan eksperimen bagi 'menenangkan' anak ketiganya itu.
Memandangkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Caireen Delisyaa itu amat rapat dengan ibunya, maka terlintas di fikiran Uzaini untuk mencetak wajah isterinya, Adhzura Ismail pada kertas bersaiz A4 yang kemudiannya ditampal pada botol.
"Anak ketiga saya ini memang rapat dengan ibu dia, lagipun dia masih menyusu badan. Tiap kali ibunya tiada disisi dia akan menangis.
"Tiba-tiba saya terfikir idea untuk cetak wajah isteri dan tampal pada botol. Jadi hari ini saya buat trick sikit nak tengok apa respons dia," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Uzaini berkata eksperimen tersebut berjaya menenangkan anaknya selama 10 minit sebelum kembali menangis.
"Tak sangka eksperimen itu berjaya kerana dia nampak ibunya ada di sisi. Tapi lepas tu dia merenggek semula mungkin dia pun tahu itu bukan ibu dia yang sebenar.
"Saya rasa naluri seorang anak terhadap ibunya amat kuat. Biasalah ibu segala-galanya untuk anak-anak. Lagipun itu hanya gambar semata-mata, mana ada kasih sayang sebenar seorang ibu," katanya.
Pada masa sama, Uzaini yang menetap di Klang, Selangor berkata, dia tidak menyangka gambar yang dimuat naik secara suka-suka di laman Facebooknya menjadi tular.
"Saya post gambar tu pun untuk suka-suka sahaja. Tak sangka jadi viral," katanya.
Malah, dia turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mengalami masalah sama sepertinya untuk mempraktikkan kaedah tersebut.
"Sesiapa sahaja boleh cuba, mana tahu ia mungkin berkesan juga untuk mereka. Namun yang pastinya anak-anak tetap mahukan ibu mereka yang original," katanya. sumber
Memandangkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Caireen Delisyaa itu amat rapat dengan ibunya, maka terlintas di fikiran Uzaini untuk mencetak wajah isterinya, Adhzura Ismail pada kertas bersaiz A4 yang kemudiannya ditampal pada botol.
"Anak ketiga saya ini memang rapat dengan ibu dia, lagipun dia masih menyusu badan. Tiap kali ibunya tiada disisi dia akan menangis.
"Tak sangka eksperimen itu berjaya kerana dia nampak ibunya ada di sisi. Tapi lepas tu dia merenggek semula mungkin dia pun tahu itu bukan ibu dia yang sebenar.
"Saya rasa naluri seorang anak terhadap ibunya amat kuat. Biasalah ibu segala-galanya untuk anak-anak. Lagipun itu hanya gambar semata-mata, mana ada kasih sayang sebenar seorang ibu," katanya.
Pada masa sama, Uzaini yang menetap di Klang, Selangor berkata, dia tidak menyangka gambar yang dimuat naik secara suka-suka di laman Facebooknya menjadi tular.
"Saya post gambar tu pun untuk suka-suka sahaja. Tak sangka jadi viral," katanya.
Malah, dia turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mengalami masalah sama sepertinya untuk mempraktikkan kaedah tersebut.
"Sesiapa sahaja boleh cuba, mana tahu ia mungkin berkesan juga untuk mereka. Namun yang pastinya anak-anak tetap mahukan ibu mereka yang original," katanya. sumber
FILIPINA - Rakyat MALAYSIA Jadi Pemimpin Militan
MANILA 6 Nov. –
Pihak berkuasa Filipina kini memburu seorang rakyat Malaysia yang
dipercayai menjadi pemimpin baharu kepada kumpulan-kumpulan militan di
Asia Tenggara.
![]() |
AMIN BACO
|
Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana
berkata, pihak berkuasa negara ini sedang mencari seorang individu yang
dikenali sebagai Amin Baco.
“Amin Baco merupakan rakyat Malaysia dan dia
disyaki menjadi pemimpin baharu atau ‘emir’ kepada kumpulan-kumpulan
militan di seluruh Asia Tenggara,” katanya.
Ketua Polis Filipina, Ronaldo dela Rosa
menyatakan beliau mendapat maklumat bahawa Amin mempunyai kepakaran
membuat bom dan telah dipilih menjadi ketua baharu kumpulan militan.
Maklumat itu diperoleh selepas penahanan seorang rakyat Indonesia di Marawi pada minggu lepas.
Kumpulan pakar pula menjelaskan Amin sebelum ini
dilatih oleh anggota militan warga Malaysia iaitu Zulkifli Hir atau
dikenali sebagai Marwan sebelum dia terbunuh dalam satu pertempuran di
wilayah Maguindanao pada tahun 2015 dan turut menyaksikan seramai 44
anggota polis terkorban.
Dalam pada itu, berdasarkan sumber ketenteraan
Filipina, Amin mungkin berada di pulau Jolo atau berhampiran Maguindanao
dan menyatakan lelaki yang sudah lama memasuki negara ini mempunyai
kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah.
“Amin dilaporkan telah berkahwin dengan anak
perempuan pemimpin kumpulan militan tempatan dan dipercayai sebelum ini
pernah menyalurkan dana, senjata api dan merekrut ahli baharu dari
Indonesia dan Malaysia.
“Amin dikatakan bakal menjadi pemimpin baharu
rangkaian kumpulan militan baharu berdasarkan hubungan baiknya dengan
beberapa puak pelampau daripada pelbagai kumpulan di Mindanao,” jelas
sumber tersebut.
Biarpun kerajaan Filipina sebelum ini mengumumkan
Marawi sudah bebas daripada militan, pasukan tentera masih bertempur
dengan anggota-anggota militan yang didakwa bersembunyi di bandar
tersebut dan pertempuran itu menyebabkan sembilan anggota militan
terbunuh. – REUTERS
IRAN Beri Amaran kepada SAUDI
TEHRAN: Presiden Hassan Rouhani memberi amaran kepada Arab Saudi
bahawa ia tidak akan mencapai apa-apa dengan mengancam kekuatan Iran,
ketika perang mulut antara kedua-dua negara memuncak.
"Anda tahu kekuatan dan kedudukan republik Islam ini. Mereka yang lebih kuat daripada anda pun tidak mampu berbuat apa-apa terhadap rakyat kami.
"Amerika Syarikat dan sekutunya menggerakkan semua kemampuan mereka menentang kami dan tidak mencapai apa-apa," katanya. - AFP sumber

Gereja AS Diserang, 26 Maut
TEXAS 6 Nov. -
Selepas ‘dihantui’ dengan beberapa insiden serangan ganas sepanjang
tahun ini, penduduk Amerika Syarikat (AS) semalam digemparkan lagi
dengan tragedi pembunuhan beramai-ramai di sebuah gereja di sini.
Insiden terbaharu itu berlaku apabila
seorang lelaki dikenali sebagai Devin Kelley, 26 membawa senjata jenis
rifle AR-556 melepaskan beberapa das tembakan rambang mengorbankan
sekurang-kurangnya 26 nyawa dan mencederakan 20 yang lain.
Difahamkan, suspek itu mengenakan pakaian serba
hitam dan memakai jaket kalis peluru ketika menyerang Gereja First
Baptist, Sutherland Springs, terletak kira-kira 65 kilometer (km) ke
timur San Antonio.
Menurut agensi berita AP,
serangan Kelley yang tinggal di pinggir bandar San Antonio bagaimanapun
tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana rangkaian kumpulan pengganas
setakat ini.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa serangan terdiri daripada individu berusia antara lima hingga 72 tahun.
Seorang
penduduk tempatan dikatakan sempat menembak suspek dalam usaha untuk
menghentikan keganasan itu, tetapi lelaki terbabit sempat melarikan diri
sebelum ditemukan meninggal dunia di Guadalupe, tidak jauh dari sini.
“Kami
sedang mengendalikan kes tembakan terbesar dalam sejarah negeri ini,”
kata Gabenor Texas, Greg Abbott yang mendakwa pihaknya belum dapat
mengesahkan sama ada suspek mati akibat kecederaan atau membunuh diri.
Media
tempatan juga memetik kenyataan saksi kejadian sebagai berkata,
sekurang-kurangnya 20 das tembakan dilepaskan ke arah gereja tersebut
ketika bilangan sebenar pengunjung berada dalam kawasan itu ketika
kejadian masih belum dapat dipastikan.
Dalam
perkembangan berkaitan, Presiden AS, Donald Trump yang kini berada di
Jepun sempena lawatan selama 12 hari ke Asia dikatakan memantau
perkembangan terkini berhubung ‘tragedi berdarah’ itu dan mengarahkan
supaya bendera AS dikibar separuh tiang sebagai tanda berkabung.
Pada
masa yang sama, beliau mendakwa bahawa insiden itu sebenarnya berpunca
daripada masalah mental yang dihadapi oleh penduduk negaranya dan
menafikan ia mempunyai kaitan dengan kelonggaran permit mendapatkan
senjata di AS ketika ini. – REUTERS/AP
Putera Mahkota SAUDI Dituduh Terlibat Rasuah
Dalam usahanya membersihkan Arab Saudi dari korupsi dengan
menangkap puluhan putera dan mantan menteri yang disyaki terlibat,
rumor tak sedap muncul yang mengatakan putera mahkota Pengeran Mohamed bin
Salman telah menyuap presiden AS Donald Trump untuk mendapatkan dukungan
dari pemimpin negara itu.
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman secara peribadi menyuap Donald Trump dengan wang sebesar $ 1 billion selama kunjungan presiden AS tersebut ke Riyadh pada bulan Mei lalu, ujar seorang komentator Saudi anonim, yang menggunakan akaun Twitter Mujtahidd. sumber

Thursday, November 2, 2017
Putin Tiba di IRAN
TEHERAN
2 Nov - Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Teheran dalam rangka
lawatan rasmi ke negara ini yang dijangka bakal memberi tumpuan kepada
perbincangan mengenai krisis di Syria dan perjanjian nuklear Iran.
Putin dilaporkan akan mengambil
bahagian dalam sidang kemuncak bersama Presiden Iran, Hassan Rouhani dan
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev selain mengadakan perbincangan
berasingan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - AFP
Ambon Dijangka Tsunami Sehebat Tsunami Acheh
Kalau taufan Haiyan menghancurkan PFiilipina karana badai tropis, maka
pulau Ambon dan pulau-pulau di sekitarnya diancam oleh badai gempa.
Tsunami diprediksi kuat bakal melanda, skalanya sama dengan Banda Aceh,
akibat siklus tektonis yang terjadi sekali dalam beberapa ratus tahun.
Bahaya sekali, akan ada Banda Aceh 2 (Banda Aceh berikutnya) saya yakin itu,” ujar pakar gempa, Prof Ron Harris dari Brigham Young University, Utah, Amerika Syarikat kepada Ambon Ekspres, Ahad (17/11).
Pakar geologi yang meneliti gempa berdasarkan data geologi dan arkeologis itu menyatakan, Ambon dan pulau-pulau sekitarnya terancam gempa di atas daripada 8 skala richter kerana adanya akumulasi energi di pertemuan tiga kawasan kerak bumi. sumber

Wednesday, November 1, 2017
Meletusnya Gunung Tambora kerana Pembunuhan Seorang Arab
Beberapa naskah tradisional menyebutkan Gunung Tambora di Sumbawa,
Nusa Tenggara Barat, meletus lantaran Abdul Gafur, raja kerajaan
Tambora, melakukan kesalahan. Dia memerintahkan pembunuhan seorang warga
keturunan Arab dengan alasan telah menghina kerajaan.
Dalam Syair Kerajaan Bima karya Khatib Lukman, sebagaimana termuat dalam Kerajaan Bima dalam Sastra dan Sejarah karya Henri Chambert-Loir, orang yang dibunuh itu bernama Haji Mustafa. Syair mengisahkan tentang Haji Mustafa yang segala permintaannya selalu dikabulkan Allah kerana dirinya pernah mengunjungi Baitullah. Penduduk setempat meyakininya sebagai orang keramat.
Cerita musabab letusan Tambora pun hadir dalam Asal Mulanya Meletus Gunung Tambora karya Roorda van Eysinga, terbitan 1841, yang disusun berdasarkan kisah perjalanan C.G.C Reinwardt dan H. Zollinger. Keduanya mendapatkan gambaran tentang bencana Tambora dari Ismail, Raja Bima 1819-1854.
Menurut cerita ini, seorang Arab dari Bengkulu bernama Said Idrus singgah di Kerajaan Tambora untuk berniaga. Ketika pergi ke mesjid, dia melihat ada seekor anjing di sana. Lalu disuruhnya penjaga mesjid untuk mengusirnya. Si penjaga berkata bahwa raja adalah empunya anjing itu.
Said Idrus menjawab, “Siapa yang memasukan anjing di dalam mesjid, orang kafir itu.” Merasa tak punya kuasa, pergilah sang penjaga anjing itu menghadap raja. Raja tak terima disebut kafir, lalu memerintahkan orang untuk membunuh Said Idrus.
Akibatnya, Allah murka atas ulah raja. Meletuslah Tambora. Api menyala dari pusat letusannya, mengejar para pembunuh di kota, hutan hingga ke laut yang juga ikut menyala. Lalu turun hujan abu.
Kala itu langit gelap gulita, abu dan api berkuasa. Mulai 11 April 1815, selama tiga hari dua malam Tambora meletus bergemuruh tiada henti. Catatan dari Kerajaan Bima, Bo’ Sangaji Kai, menyebutkan akibat letusan Tambora, Kerajaan Tambora dan Kerajaan Papekat lenyap dari muka bumi. Kedua kerjaan itu dibanjiri lahar, ditimbun batu dan pasir.
Letusan Tambora pun menyebabkan terjadinya tsunami. Kerajaan lain di Sumbawa, yakni Kerajaan Dompo, Sanggar, Sumbawa, dan Bima juga mengalami duka. Menurut Adrian B. Lapian dalam “Bencana Alam dan Penulisan Sejarah” termuat pada Dari Babad dan Hikayat Sampai Sejarah Kritis, diperkirakan Pulau Sumbawa kehilangan 85,000 warganya yang terbunuh kerana letusan, waba penyakit, kelaparan, serta meninggalkan Sumbawa untuk pergi ke pulau lain.
Syair karya Khatib Lukman pun menceritakan malapetaka letusan Tambora berakhir kerana orang sembahyang dan meminta ampun pada Allah. Tetapi kemelaratan, kelaparan dan wabak penyakit tidak dapat dihindarkan. Banyak orang meninggal tergeletak di jalan, tak dikubur dan tak disembahyangkan.
Kedatangan para pedagang dari pulau sekitar Sumbawa dan Maluku serta pedagang Arab, Tionghoa dan Belanda, kemudian menyelamatkan Bima. Mereka membawa beras, gula, sagu, jagung, dan kacang kedelai yang dapat dibarter dengan piring mangkok, kain tenunan, senjata, barang emas dan perak, sereh, gambir, serta budak. [kl/historia] sumber

Tuesday, October 31, 2017
Presiden Kurdish Letak Jawatan
ARBIL: Presiden wilayah autonomi Kurdish, Iraq, Massud Barzani, 71,
mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang tertutup Parlimen semalam,
berikutan kegagalan proses pungutan suara kemerdekaan anjurannya.
Semalam,
tentera Kurdish bersetuju untuk menyerahkan kuasa mengawal pusat
kawalan strategik di Fishkhabur, yang mengendalikan eksport minyak ke
Ceyhan, Turki.
Ia susulan pertempuran selama berminggu-minggu di wilayah Kurdish yang kaya dengan minyak, sekali gus memberi tamparan hebat terhadap cita-cita Barzani untuk mewujudkan sebuah negara Kurdish yang merdeka.
"Selepas 1 November, saya tidak akan meneruskan lagi tugas saya dan menolak sebarang usaha menyambung mandat saya.
"Tindakan meminda undang-undang yang menyentuh kuasa Presiden Kurdish atau memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan presiden adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. katanya.
"Justeru saya meminta Parlimen mengadakan satu persidangan bagi mengisi kekosongan jawatan ini dan bagi memenuhi misi serta mengekalkan kuasa yang dimiliki Presiden Kurdistan," kata Barzani dalam sepucuk surat yang dibaca di Parlimen di Arbil dan satu salinan surat itu diperoleh AFP.
Barzani yang menganjurkan pungutan suara pada 25 September lalu untuk mencabar Baghdad dan kuasa dunia, berkata beliau akan 'kekal seorang pejuang Kurdish' dan 'terus mempertahankan pencapaian rakyat Kurdistan. - AFP sumber

Israel Letupkan Terowong, 6 Pejuang Terkorban
GAZA: Enam pejuang Palestin terkorban semalam apabila Israel
meletupkan apa yang dikatakan terowong yang digali sepanjang sempadan
Semenanjung Gaza.
Sumber pergerakan pejuang Jihad Islam berkata, ketua sayap bersenjata kumpulan itu di tengah Gaza, Arafat Abu Marshould, terbunuh bersama-sama pembantu kanan dan dua lagi pejuang.
Kumpulan itu berkata, ia meletakkan pejuangnya dalam keadaan amat berjaga-jaga.
Sayap bersenjata pergerakan Hamas pula berkata, dua pejuangnya terkorban ketika cuba menyelamatkan anggota Jihad Islam yang bekerja dalam terowong berkenaan.
Pegawai kesihatan Gaza berkata sembilan lagi cedera.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan kepada ahli perundangan parti Likud pimpinannya, berkata 'teknologi maju' membantu penemuan terowong itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
Israel sedang membina tembok bawah tanah dilengkapi pengesan sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza, mensasarkan untuk melengkapkan projek bernilai AS$1.1 bilion (RM4.66 bilion) itu menjelang pertengahan 2019.
Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus, berkata terowong yang dimusnahkan semalam dalam proses digali dari bandar Khan Younis ke sempadan, lokasi ia diletupkan. - REUTERS sumber

Lebih 1 Billion Penduduk Dunia 'Tidak Wujud'
WASHINGTON: Lebih 1.1 bilion manusia di dunia diisytiharkan sebagai tidak wujud secara rasmi dan hidup tanpa sebarang identiti.
Senario ini mengakibatkan bilangan penduduk dunia yang tercicir dari menerima kemudahan kesihatan dan pendidikan semakin meningkat.
Program terkini Bank Dunia dikenali sebagai Identiti Untuk Pembangunan (ID4D) mendedahkan bahawa sebahagian besar dari 'individu ghaib' ini menetap di Afrika dan Asia, manakala lebih dari satu pertiga kanak-kanak dalam golongan terbabit terdedah kepada pelbagai risiko kerana kelahiran mereka tidak didaftarkan.
Majoriti masalah berkenaan berlaku di kawasan yang mengalami pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan tegar, diskriminasi, konflik bersenjata dan penularan wabak.
Pengurus program ID4D, Vyjayanti Desai berkata, masalah itu berpunca dari beberapa faktor dan jurang yang wujud antara rakyat dan perkhidmatan kerajaan di kawasan membangun dikenal pasti sebagai faktor utama.
Bekas Menteri Pembangunan Peru, Carolina Trivelli berkata, populasi penduduk di Amazon sebagai contoh, memerlukan tempoh beberapa hari dengan menaiki bot untuk berurusan dengan kerajaan.
Kebanyakan keluarga juga katanya, tidak didedahkan dengan kepentingan pendaftaran kelahiran dan kesan yang bakal berlaku seperti ketiadaan hak untuk menikmati perkara asas atau terjebak dalam kancah buruh kanak-kanak. - AFP sumber

SINGAPURA Larang Ismail Menk dan Haslin Baharim
SINGAPURA:
Singapura mengharamkan dua pendakwah memasuki negara itu berikutan
pandangan mereka yang boleh melahirkan sikap tidak bertoleransi, sekali
gus menjejaskan keharmonian sosial, kata kerajaan hari ini.
Keputusan untuk menghalang Ismail Menk, seorang warga Zimbabwe dan Haslin bin Baharim dari Malaysia, adalah langkah terakhir oleh pihak berkuasa Singapura untuk membendung individu daripada menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.
Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan berkata, Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.
Baharim pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai 'menyimpang'.
"Pandangan mereka tidak dapat diterima dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura," kata kementerian itu.
Reuters bagaimanapun gagal menghubungi kedua-dua pendakwah itu untuk mengulas lanjut.
Pihak berkuasa berkata, bulan lalu ia menolak permohonan dua pendakwah Kristian kerana 'menghina dan memberi komen yang memburukkan agama lain'. - REUTERS sumber

Projek Renovasi Telaga Zamzam Diumumkan
Ketua Kepresidenan Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
mengumumkan projek penambah baikan fasilti pengelolaan air di telaga Zamzam.
Langkah ini diambil pihak Penjaga 2 Masjid Suci untuk memastikan agar
aliran air Zamzam tidak ada gangguan.
Sheikh Sudais mengatakan bahawa Raja Salman telah menyetujui projek renovasi yang dijangkaakan memakan masa sekitar tujuh bulan. Proyek ini baru berakhir sebelum bulan Ramadhan 2018 tiba. sumber
Sheikh Sudais mengatakan bahawa Raja Salman telah menyetujui projek renovasi yang dijangkaakan memakan masa sekitar tujuh bulan. Proyek ini baru berakhir sebelum bulan Ramadhan 2018 tiba. sumber
Paul Walker Dibunuh Illuminati?
Artis seksi Tila Tequila memberikan pernyataan yang mengejutkan
tentang kematian Paul Walker melalui blog peribadinya. Tila menyebutkan
jika kemalangan maut yang dialami Paul Walker bukanlah sebuah kecelakaan
melainkan pembunuhan dengan dalih pengorbanan ‘ritualistic murder’ atau
yang lebih dikenal dengan sebutan Illuminati.
Masih belum diketahui apa alasan Tila menulis pernyataan mengejutkan ini. Namun, dirinya mendakwa mengetahui kejadian sebenarnya sampai pada akhirnya Paul dinyatakan meninggal. Model Amerika kelahiran Singapura ini juga membandingkan kematian seorang wanita bernama Elisa Lam dengan Paul Walker.
“Aku sudah mengetahuinya sejak pertama kali aku melihat videonya, aku terus menutup mulutku kerana ada banyak pertimbangan mengenai hal itu. Aku tidak ingin menarik banyak perhatian, tapi aku benar-benar tahu mengapa mereka melakukannya dan ya kejadian itu memang sebuah tumbal, seperti kasus Paul Walker,” tulis wanita bernama asli Tila Nguyen ini di blognya, seperti yang dipetik dari NationalPost.
Keanehan dalam kecelakaan yang menimpa Paul Walker
Kematian aktor Fast and Furious, Paul Walker sangat mengejutkan Hollywood. Saat ini penyelidikan kecelakaan tragis tersebut masih berlangsung.
Sebelumnya, LASD memastikan jika salah satu faktor kecelakaan tersebut adalah kerana kereta terlalu laju
.
Salah satu teman Paul Walker, Bill Townsend, mengaku jika dirinya sempat berbincang dengan Paul sebelum kematiannya. Bill mengungkapkan jika jalan di dekat tempat kecelakaan tersebut kurang rata. “Ini adalah daerah perindustrian. Jalannya tak rata namun cukup lebar,” ungkap Bill kepada E!Online.
Bill juga menilai ada keanehan pada kecelakaan tersebut. Dirinya merasa bahwa kemungkinan mobil Porsche Carrera GT untuk meledak sangatlah kecil, kerana enjin kereta itu berada di belakang. “Aneh sekali kereta itu meledak. Sangat aneh. ,” ujarnya.
sumber

Saturday, September 23, 2017
20 Rumah Terbakar, Bom Meletup di Rakhine
SITTWE,
MYANMAR 22 Sept. - Sebanyak 20 rumah terbakar manakala sebutir bom
meletup dekat sebuah masjid dalam kejadian keganasan terbaharu di
wilayah Rakhine.
Keganasan tersebut tercetus selepas
beberapa hari pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengisytiharkan bahawa
pasukan tentera kerajaan telah menamatkan `operasi pembersihan’ di
kawasan sempadan.
Menurut Jawatankuasa Maklumat kerajaan,
kebakaran berlaku malam tadi di kampung Kyain Chaung, Maungdaw yang
pernah mengalami kejadian yang sama sebelum ini.
Pagi ini pula sebutir bom meletup di luar masjid kampung Mi Chaugn Zay dekat bandar Buthidaung.
Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kedua-dua insiden tersebut.
Kenyataan
yang dikeluarkan pihak kerajaan menuduh kejadian letupan itu angkara
`kumpulan pengganas’ tanpa memberi maklumat terperinci sama ada
mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA). - AFP
Dr Vida Mandi Duit
KUALA
LUMPUR 19 Sept. - Tindakan usahawan kosmetik ternama, Datuk Seri Dr.
Hasmiza Othman atau Dr. Vida duduk dalam tab mandi yang dipenuhi wang
kertas RM100 dan RM50 berserta barangan kemas mewah koleksinya
mengundang kritikan daripada netizen.
Menerusi foto yang dimuat naik
personaliti berusia 46 tahun itu dalam laman sosial Instagram
peribadinya @datoserivida lima jam lalu, netizen berpendapat, Dr. Vida
tidak sewajarnya menunjukkan kekayaan sedemikian rupa.
Bagaimanapun, mempertahankan tindakannya itu,
Dr. Vida berkata, niatnya berbuat demikian bukanlah untuk berlagak riak
atau menunjukkan kekayaan, sebaliknya, keputusan memuatkan wang dan
barangan kemas dalam tab mandi itu semata-mata kerana mahu memberi
inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bekerja keras untuk
menjadi seperti beliau.
“Boleh dikatakan
hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham dengan
konsep yang saya tonjolkan itu. Setiap kali saya buat sesuatu perkara
mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu
ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.
“Sebenarnya
saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu
I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai
oleh Taylor Swift dulu. Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang.
Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya kepada Utusan
Online.
Jelas Dr. Vida lagi, jalan cerita
untuk lagu ciptaan Edry Kru itu difikirkan olehnya sebelum diceritakan
kepada pengarah untuk direalisasikan.
“Klip
video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk
memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan. Senang
cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai
berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terkesima juga saya dengan
komen-komen mereka itu.
“Untuk klip video
itu saja saya telah membelanjakan kira-kira RM1 juta. Kos produksi saja
menelan belanja RM180,000, untuk peralatan klip video itu saya telah
membelanjakan kira-kira RM80,000 dan cincin rama-rama yang saya pakai
itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu
ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan
cincin biasa,” ceritanya yang turut menggunakan wang sebenar sebagai
peralatan selain wang fotokopi.
Menurut Dr.
Vida juga, sebelum merakamkan klip video itu, beliau juga berdoa dan
bermohon kepada Allah agar memberikannya ilham untuk melakukan
penggambaran klip video yang penuh dengan warna warni dan ceria itu.
Klip video tersebut kata beliau, akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini.
Single I Am Me merupakan percubaan kali pertama Dr. Vida dalam bidang seni suara.
Beliau
sebelum ini sangat masyhur dengan jenama Qu Puteh iaitu produk
kecantikan dan kesihatan yang diasaskannya. - UTUSAN ONLINE
Tribunal Akui MYANMAR Bersalah
KUALA
LUMPUR 22 Sept. - Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai Myanmar hari ini
mendapati negara itu bersalah atas jenayah genosid (penghapusan etnik)
terhadap minoriti Kachin dan kumpulan Islam yang lain termasuk Rohingya.
Dalam keputusan sebulat suara,
pengerusi tribunal, Daniel Feierstein yang mengetuai panel tujuh anggota
itu, memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes
tanpa keraguan yang munasabah.
“Tribunal mencapai kesepakatan dengan memutuskan
bahawa negara Myanmar mempunyai niat untuk melakukan pembunuhan secara
beramai-ramai terhadap etnik Kachin dan masyarakat minoriti Islam yang
lain. Selanjutnya, negara Myanmar bersalah atas jenayah genosid ke atas
kumpulan Rohingya,” kata Feierstein.
Ketika
membacakan penghakiman, Feierstein berkata, semua jenayah yang tidak
dihukum ini telah dilakukan dan sedang diperlakukan oleh tentera Myanmar
dan oleh rejim yang berkuasa di negara itu yang seolah-olah menjadi
sebahagian daripada rancangan.
“(Dengan niat)
untuk menafikan sebarang pengungkapan autonomi dan kerajaan sendiri
masyarakat wilayah Kachin dan secara lebih umum, untuk mengaibkan dan
untuk menghapuskan identiti etnik dan budaya golongan minoriti yang
tinggal di Burma,” kata beliau.
Tribunal itu
mencapai keputusan selepas mendengar dan menganalisis hujah-hujah pihak
pendakwaan, pandangan saksi-saksi pakar dan keterangan mangsa sepanjang
perbicaraan selama lima hari yang berakhir hari ini.
Keputusan
tribunal akan dimaklumkan kepada pelbagai badan hak asasi manusia
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Majlis Hak Asasi Manusia di
Geneva dan Pejabat Penasihat mengenai Pencegahan Genosid di New
York.
Enam hakim lain terdiri daripada Zulaiha Ismail (Malaysia), Helen
Jarvis (Kemboja-Australia), Gill H. Boehringer (Australia), Nursyahbani
Katjasungkana (Indonesia), Shadi Sadr (Iran) dan Nello Rossi (Itali).
Tribubal
Awam Tetap Rakyat merupakan tribunal pendapat antarabangsa yang
ditubuhkan di Bologna (Itali) pada 1979. Sejak penubuhannya, tribunal
telah mengadakan 43 sesi mengenai pelbagai kes pencabulan hak asasi
manusia dan rakyat.
Tribunal juga mengemukakan 17 syor berikutan penghakiman hari ini.
Antara
syor yang diumumkan ialah pakej gencatan senjata dengan segera dan
de-militerisasi dengan semua kumpulan bersenjata di wilayah Rakhine dan
tentera Myanmar termasuk mewujudkan zon de-militerisasi di sepanjang
sempadan di wilayah Rakhine di Utara. – BERNAMA
Saturday, September 16, 2017
Thursday, September 14, 2017
Kebakaran Tahfiz - Cerita Murid yang Terselamat
KUALA LUMPUR: "Apabila sedar saja dari tidur saya terus kelam-kabut
cari tempat untuk selamatkan diri," kata pelajar tahfiz, Muhammad Danial
Amru Al-Haz, 16.
Menceritakan pengalaman dia dan tujuh orang lagi rakannya yang sempat menyelamatkan diri dengan turun berpaut pada paip laluan air hujan.
"Sewaktu sedar kira-kira jam 5 pagi dan ketika itu beberapa rakan lain sudah tersedar dan cuba menyelamatkan diri.
"Apa tindakan yang saya dapat fikir adalah cari jalan keluar dari kawasan kebakaran dan jumpa satu tingkap jeriji yang boleh dibuka.
"Saya dan enam lagi rakan berjaya selamatkan diri dengan memanjat corong paip laluan air hujan dan turun," katanya.
Muhammad berkata, selepas berjaya turun dia terus menjerit meminta bantuan orang ramai di kawasan terbabit.
"Sewaktu itu hanya saya dan enam rakan berjaya selamatkan diri manakala yang lain masih terperangkap dalam kebakaran.
"Rakan-rakan saya yang berada di tahfiz ini berusia antara tujuh hingga 18 tahun.
"Apa yang saya ingat api besar datang dari bawah pintu utama," katanya.
Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu membabit 23 pelajar dan dua guru maut di lokasi kejadian. sumber

MESIR - 18 Askar Maut, 3 Cedera
ISMAILIA: Sekurang-kurangnya 18 anggota polis terbunuh dan tiga lagi
cedera, hari ini dalam serangan ke atas konvoi keselamatan di
Semenanjung Sinai.
Militan Daesh mendakwa melancarkan serangan itu, dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Amaq. - REUTERS
Militan Daesh mendakwa melancarkan serangan itu, dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Amaq. - REUTERS

Misteri Tong Gas Kuning dalam Kebakaran Tahfiz
KUALA LUMPUR: Wujud elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung di sini,
semalam apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas
kuning di luar bilik asrama.
Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.
"Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.
"Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Arif berkata, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah.
"Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas.
Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.
"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.
"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya seperti dilaporkan BERNAMA.
Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.
"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi tadi. sumber

Kuliah - Kitab Perkahwinan (3)
KEAJAIBAN KEJADIAN KETURUNAN MANUSIA (4 Septem,ber 2017) - Pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kali ke-228. - Syarahan Kitab Perkahwinan kali ke-3. - Apakah 2 jenis nafsu yang biasa merosakkan manusia? - Merancang perkahwinan sepatutnya sampai bila? - Apakah 5 tujuan perkahwinan? - Apakah antara hikmahnya Allah letakkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita? - Bagaimanakah hendak mendamaikan antara 4 unsur alam (air, angin, api, tanah)? - Keajaiban kejadian anak manusia.
Rohingya Terkini
COX’S
BAZAR, Bangladesh 13 Sept. - Pihak berkuasa Bangladesh menemukan
tujuh mayat etnik Rohingya di Sungai Naf hari ini, sekali gus menjadikan
jumlah Rohingya yang mati lemas hampir mencecah 100 orang.
Menurut pengawal sempadan Bangladesh,
kesemua mayat termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dipercayai
daripada sebuah bot yang terbalik berhampiran sempadan perkampungan Shah
Porir Dwip yang menghubungkan Myanmar dan Bangladesh.
Portal Rohingya Blogger melaporkan, bot berkenaan terbalik akibat diserang kumpulan lanun ketika perjalanan ke negara ini.
Ketika
kejadian, bot berkenaan membawa 50 etnik Rohingya yang melarikan diri
dari Myanmar dan menunju ke pintu sempadan Bangladesh, selain angka
korban insiden tersebut dijangka boleh meningkat sehingga 39 orang
ekoran ramai dikhuatiri hilang.
Sehingga kini, seramai 11 orang berjaya diselamatkan yang terdiri daripada lelaki, wanita dan remaja.
Dalam
pada itu, Organisasi Migrasi Antarabangsa menerusi portal berita
Al-Jazeera semalam menyatakan jumlah pelarian Rohingya ke Bangladesh
ketika ini mencecah 370,000 orang dan dijangka terus meningkat dengan
mendadak dalam tempoh terdekat.
Golongan
minoriti itu terus memenuhi laluan air dan darat untuk memasuki
Bangladesh bagi melarikan diri daripada penindasan serta kekejaman yang
dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar.
Jurucakap
organisasi berkenaan, Leonard Doyle berkata, jumlah pelarian Rohingya
kini sudah melebihi anggaran yang ditetapkan dan keadaan itu amat
membimbangkan banyak pihak.
“Secara jelas, jumlah pelarian sudah melebihi anggaran dan akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa
bekalan makanan, minumam dan keperluan asas yang lain semakin
berkurangan ekoran jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh
semakin bertambah.
Sehubungan itu, badan
dunia tersebut menggesa semua agensi bantuan meningkatkan jumlah bantuan
bagi menampung keperluan etnik Rohingya di kem pelarian di Bangladesh.
Wakil PBB, George William Okth-Obbo berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera bagi memastikan keadaan terkawal.
“Jumlah
pelarian semakin bertambah dan keadaan itu membimbangkan banyak pihak.
Oleh hal yang demikian, kami memerlukan bantuan yang lebih banyak
memandangkan dana sebelum ini tidak mencukupi untuk menampung kesemua
etnik Rohingya,” jelasnya.
Sementara itu,
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meminta PBB dan komuniti
antarabangsa menekan Myanmar untuk membenarkan kesemua etnik Rohingya
kembali ke tempat asal mereka di Rakhine.
Dalam
lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong semalam, Hasina
menyatakan Bangladesh akan terus menawarkan bantuan serta perlindungan
kepada Rohingya namun Myanmar perlu ‘membawa pulang’ golongan minoriti
itu ke negara tersebut.
“Myanmar perlu bawa
semua etnik Rohingya yang ada di Bangladesh pulang ke kampung asal
mereka dan mewujudkan satu suasana yang aman,” ujarnya. – AGENSI sumber
Ustaz Suruh Kami Selamatkan Diri
KUALA LUMPUR 14
Sept. - “Ustaz suruh kami selamatkan diri”. Itulah yang diucapkan
seorang daripada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Jalan Keramat Ujung, Mohd. Shamin Che Azmi,18, kepada ibunya semasa
dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Ibunya, Norizan Omar, 52, berkata,
beliau begitu terharu dengan tindakan kedua-dua guru pusat tahfiz
tersebut yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi membantu
pelajar-pelajar dibawah jagaan mereka selamat.
Katanya, anaknya yang melecur di muka, telinga
dan kaki bagaimanapun turut terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan
pelajar-pelajar tahfiz yang lain ketika api begitu marak menjilat tempat
mereka menuntut ilmu tersebut.
“Anak saya sangat rapat dengan pelajar-pelajar yang lain dan menganggap mereka seperti adiknya sendiri.
“Ketika kebakaran berlaku ramai pelajar
terutamanya yang masih muda sedang tidur. Api datang dari pintu utama
menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dan menyelamatkan
diri,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di Lobi Utama Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, Norizan memberitahu anaknya dapat
menyelematkan diri kerana dia berjaya memecahkan jeriji besi di tingkap
dan turun melalui saluran paip sebelum terjun.
“Saya berasa lega kerana dia selamat dan redha
dengan kejadian ini. Saya sedih juga melihat mangsa-mangsa yang
terkorban kerana mereka sangat mesra dengan saya apabila saya datang
melawat Mohd. Shamin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ustaz-suruh-kami-selamatkan-diri-1.526673#ixzz4seg85FvD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Presiden Melayu SINGAPURA
Halimah Yacob menjadi Presiden Singapura tanpa melalui pemungutan
suara kerana calon Melayu lainnya dinyatakan gugur oleh Komisi
Pemilihan Presiden (PEC). Sontak jabatan Presiden periode 2017-2023
sesuai konstitusi menjadi JATAH untuk etnis Melayu setelah 5 kali Pilihanraya Presiden sejak tahun 1991, tidak satupun dimenangi oleh etnik Melayu.
Sebelum menjadi Presiden Singapura, Halimah Yacob memegang jawatan anggota Parlimen dan menjabat Ketua Parlimen Singapura periode 2013-2017 dari Parti Aksi Rakyat (People’s Action Party). Sebuah parti yang didirikan oleh Lee Kuan Yew, dan berkuasa di Singapura sejak tahun 1959.
Perlu di ingat bahwa Presiden Singapura memiliki kuasa terbatas dan hanya bersifat seremonial, kerana pemerintahan dikendalikan penuh oleh Perdana Menteri.sumber

Thursday, September 7, 2017
14500 Askar AS di AFGHANISTAN
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilapor akan menghantar kira-kira 3,500 anggota tentera tambahan ke Afghanistan.
Menurut pegawai yang enggan mendedahkan identitinya, tindakan itu bakal meningkatkan sokongan terhadap tentera Afghanistan.
Ia adalah susulan perbincangan tertutup antara Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis dan Pengerusi Bersama Ketua Staf Marin, Jeneral Joseph Dunford dengan anggota Kongres Amerika Syarikat, berhubung strategi serantau Presiden Donald Trump.
Bagaimanapun, Pentagon enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Mattis.
Dalam pada itu, penambahan anggota tentera terbabit akan menjadikan keseluruhan anggota tentera Amerika Syarikat di Afghanistan kepada kira-kira 14,500 orang. - Reuters sumber

Kuliah - Kitab Perkahwinan (2)
KAHWIN ATAU TIDAK?
- Syarahan kali ke-2 Kitab Perkahwinan daripada kitab induk Ihya' 'Ulumuddin pada 21 Ogos 2017.
- Walau sudah berkahwin, masih banyak ilmu2 tentang perkahwinan yang mesti dipelajari.
- Mana lebih utama antara berkahwin dan membujang?
Negara Teroris MYANMAR Tanam Periuk Api Halang Umat Islam
DHAKA
6 Sept. - Myanmar didakwa menanam periuk api di kawasan sempadan
Bangladesh bertujuan untuk menghalang penduduk etnik Islam Rohingya yang
melarikan diri kembali ke negara tersebut.
Menurut dua sumber kerajaan di sini,
Bangladesh hari ini akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap penanaman
periuk api berkenaan yang terlalu hampir dengan sempadan negaranya.
“Mereka (Myanmar) menanam periuk api di
sepanjang pagar sempadan dalam kawasan mereka iaitu di antara dua tiang
sempadan,” kata kedua-dua sumber itu yang enggan dikenali ekoran
sensitiviti krisis tersebut.
Mereka turut mendedahkan bahawa negara ini mengetahui tentang periuk api berkenaan melalui bukti gambar dan pemberi maklumat.
“Anggota
tentera kami juga melihat beberapa orang dalam tiga sehingga empat
kumpulan sedang bekerja dekat pagar berkenaan, mereka sedang menanam
sesuatu dalam tanah,”
“Kami kemudian
mengesahkan perkara itu dengan pemberi maklumat yang turut mengesahkan
ia adalah periuk api,” kata salah seorang daripada mereka.
Walau
bagaimanapun, sumber-sumber tersebut tidak menjelaskan sama ada
kumpulan berkenaan memakai uniform namun menegaskan mereka pasti
kumpulan itu bukan anggota militan Rohingya.
“Mereka
(Myanmar) tidak melakukan apa-apa di kawasan Bangladesh tetapi kami
sebelum ini tidak pernah melihat periuk api sedemikian di kawasan
sempadan,” kata mereka.
Pegawai kawalan
sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan Khan memberitahu Reuters, semalam
dua letupan kedengaran di kawasan Myanmar selepas timbul spekulasi
anggota tentera Myanmar menanam periuk api.
Seorang
kanak-kanak lelaki putus kaki kirinya semalam semasa menyeberang
sempadan dan kemudian dibawa ke negara ini untuk mendapat rawatan
manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki cedera ringan dipercayai akibat
letupan periuk api.
Seorang pelarian
Rohingya yang pergi ke kawasan letupan itu kelmarin iaitu berhampiran
kawasan orang awam yang melarikan diri, berjaya merakamkan gambar periuk
api terbabit yang berbentuk cakera logam berukuran 10 sentimeter yang
ditanam dalam lumpur.
Dia percaya terdapat lebih dua bahan letupan itu tertanam di kawasan berkenaan.
Dua
lagi pelarian turut memberitahu Reuters yang mereka melihat anggota
tentera Myanmar berada di kawasan letupan yang berlaku pada pukul 2.25
waktu tempatan, kelmarin.
Sementara itu, enam
mayat ditemukan pagi ini selepas sebuah bot yang membawa berpuluh-puluh
etnik Rohingya karam di Teluk Bengal berhampiran tenggara sempadan
Myanmar dan Bangladesh.
Agensi berita China
Xinhua melaporkan, berpuluh-puluh lagi dipercayai hilang manakala
Pegawai Pemerintah Batalion ke-42 Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan
Kolonel SM Ariful Islam memberitahu, bot itu dipercayai karam semalam.
Sementara
itu, Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini menyalahkan kumpulan
‘pengganas’ yang didakwanya memberi ‘maklumat salah yang terlalu besar’
berhubung keganasan yang tercetus di wilayah Rakhine.
Beliau
bagaimanapun tidak membuat sebarang ulasan tentang hampir 125,000 etnik
Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari Myanmar ke sempadan negara
ini sejak 25 Ogos lalu.
Suu Kyi kini
menghadapi tekanan dari negara-negara Islam berhubung krisis tersebut
dan semalam Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
memberi amaran risiko tentang pembersihan etnik dan ketidakstabilan di
rantau berkenaan.
Pemimpin wanita itu semalam
berhubung dengan Presiden Turki, Tayyip Recep Erdogan melalui telefon
selepas Erdogan mendesak pemimpin-pemimpin dunia meningkatkan bantuan
terhadap seramai 1.1 juta etnik Rohingya yang menghadapi pembunuhan
beramai-ramai.
Melalui Facebook, Suu Kyi
mendakwa kerajaan ‘telah pun mula melindungi semua penduduk di Rakhine
sebaik mungkin’ dan memberi amaran terhadap maklumat salah yang boleh
mencemar hubungan negara itu dengan negara-negara lain.
Dalam
pada itu, seramai 26,747 etnik Rohingya telah dipindahkan ke tempat
yang selamat di utara wilayah Rakhine ekoran serangan kumpulan militan. –
Agensi
Wednesday, September 6, 2017
Bot Karam, 5 Kanak2 Rohinya Lemas
COX'S
BAZAR: Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak lemas apabila bot membawa
pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar
karam awal hari ini, kata pengawal sempadan Bangladesh.
Pihak berkuasa berkata, antara tiga hingga empat bot karam di Sungai Naf, yang memisahkan Bangladesh dan negeri Rakhine yang dilanda keganasan Myanmar.
Sejumlah pelarian menemui ajal ketika cuba menyeberangi sempadan Sungai Naf sejak kebangkitan baharu keganasan di Rakhine 25 Ogos lalu.
Ramai yang menggunakan bot nelayan kecil tidak sesuai digunakan mengharung arus deras.
Pegawai Pengawal Sempadan Bangladesh, Aloysius Sangma, berkata antara tiga dan empat bot dipenuhi pelarian Rohingya karam awal hari ini.
"Setakat ini, mayat lima kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemui di lokasi berbeza," katanya.
Pegawai polis tempatan, Main Uddin, berkata pihaknya dalam perjalanan untuk menyiasat. - AFP

Erdogan Kutuk Kekejaman MYANMAR yang Teroris
ISTANBUL
5 Sept. - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membidas pelanggaran hak
asasi yang menjadikan minoriti Islam Rohingya sebagai sasaran kekejaman
Myanmar apabila berkesempatan menghubungi pemimpin tertinggi negara
itu, Aung San Suu Kyi hari ini.
Erdogan sebelum ini lantang mengutuk tindakan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Rohingnya.
Sumber dalam pejabat Erdogan mengesahkan,
pemimpin Turki itu membuat panggilan telefon kepada Suu Kyi dan mengutuk
pelanggaran hak asasi sehingga memperlakukan Rohingnya dengan tidak
berperikemanusia.
Menurut Erdogan, Turki
mengutuk keganasan serta operasi ke atas orang awam yang tidak berdosa
dan kini ianya sudah bertykar menjadi krisis kemanusian serius sehingga
mencetuskan kebencian dan kebimbangan seluruh dunia.
Pertubuhan
Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendedahkan, seramai 123,600
pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan
peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di
Rakhine meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan. -AFP

Presiden CHECHNYA Beri Amaran kepada MYANMAR
Derita Muslim Rohingya menyentuh solidaritaI umat Islam di seluruh
dunia. Kejamnya pembantaian atas wanita dan anak-anak yang tersebar
melalui foto-foto dan video membuat banyak umat Islam marah. Tak
terkecuali Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov.
Selain Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Ramzan Kadyrov merupakan pemimpin negara yang terang-terangan sangat tegas kepada Myanmar berhubung kegansan di Rohingya.
Ramzan Kadyrov bahkan turun dalam aksi bela Rohingya di Grozny, Isnin (4/9/2017). Diperkirakan, sekitar satu juta orang hadir dalam aksi besar mengutuk genosida Muslim Rohingya itu.
Dalam orasinya, Kadyrov mengecam Myanmar dan memperingatkan negara itu untuk menghentikan genosida atas Muslim Rohingya. Ia mengancam siapa saja yang berdiri bersama pembantai Muslim Rohingya, ia tak segan-segan untuk melawan mereka.
“Bahkan jika Rusia mendukung syaitan-syaitan ini, yang melakukan kejahatan ini hari ini, saya akan menentang Rusia!” tegasnya.
Lebih jauh Kadyrov mengatakan, seandainya dirinya memiliki sarana, ia akan membuat perhitungan dengan orang-orang yang membantai Muslim Rohingya.
“Jika boleh, jika saya memiliki sarana (maksudnya jika Myanmar dekat), saya akan menghancurkan orang-orang yang membunuh anak-anak, wanita dan orang tua (di Rohingya),” tegas Kadyrov.(kl/tby) sumber

Kuliah - Kitab Perkahwinan (1)
OM KENAL KITAB PERKAHWINAN
- Syarahan Kitab Perkahwinan kali ke-1 (14 Ogos 2017).
- Pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kali ke-226.
- Siapakah yang sepatutnya belajar Kitab Perkahwinan ini? Umumnya semua, termasuklah anda!
- Apa kelebihan dan keunikan ilmu nikah kahwin yang Imam Al-Ghazali muatkan dalam kitab Ihya' ini?
- Apa perbezaan antara solat wilayah fiqh berbanding solat wilayah fiqh yang sudah ditasawufkan?
- Mengapa ilmu tentang Allah itu mustahil akan habis?
- Manusia dijadikan daripada air. Ada 2 jenis air. Apakah ia?
- Perkahwinan boleh menajdi satu ibadah yang sangat panjang. Bagaimana tu?
- Nak kumpul pahala pahala pahala atau dosa dosa dosa sepanjang perkahwinan?
- Bagaimana gertak dan herdik Allah?
- Perihal buruknya zina dan hukum-hukumnya.
- Antara ayam dan telur, yang mana satu ada terlebih dahulu?
- Antara berkahwin dengan tidak berkahwin, mana yang lebih utama? Ada 3 qaul para ulama.
- Apa hujah-hujah penggalakan perkahwinan?
- Benarkah kesemua nabi berkahwin dan punya keturunan? Bagaimana dengan Nabi Yahya dan Nabi Isa?
- Mengapa Nabi Yahya dipenggal kepalanya?
- Apakah kerugian besar bagi orang2 yang membenci perkahwinan?
- Adakah orang2 yang tidak berkahwin itu termasuk ke dalam golongan yang benci akan sunnah Rasul?
- Benarkah berpuasa melemahkan tenaga batin?
Karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali
Syarahan Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Taliban Kutuk Keras Tindakan Tentera BURMA
Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (Taliban) menyatakan turut berasa terluka dan sakit sebagaimana yang
dialami warga Rohingya. Taliban mengutuk keras pembantaian dan
pengusiran yang dilakukan militer Myanmar.
“Imarah Islam Afghanistan turut merasakan luka dan sakit Muslim Rohingya,” kata Taliban dalam pernyataan pada SIsnin (04/09).
Gerakan yang beberapa bulan terakhir meraih banyak kemenangan itu pun mengutuk keras ketidakadilan dan agresi terhadap Muslim Rohingya. Hal itu merupakan kejahatan keji yang tidak dapat dilupakan dan dimaafkan.
Seluruh umat Islam di berbagai belahan dunia didesak segera memberi pertolongan terhadap etnik minoriti di Myanmar itu. Tidak perlu menunggu keputusan pihak-pihak yang mengaku mendukung HAM. sumber

Tuesday, August 29, 2017
Pejuang Rohingya Serang Pondok2 Polis
YANGON 28 Ogos –
Tentera Myanmar mendakwa kumpulan pejuang Rohingya telah melakukan satu
siri serangan terancang ke atas beberapa buah pondok polis di
Maungdaw, utara negeri Rakhine semalam bertujuan menyemarakkan lagi
keganasan bagi memusnahkan sepenuhnya bandar itu.
Keadaan itu menyaksikan orang awam
terutamanya penduduk Buddha melarikan diri secara besar-besaran dalam
keganasan yang terburuk berlaku di Rakhine bagi tempoh lima dengan
jumlah korban dikatakan meningkat kepada 104 orang manakala
kumpulan-kumpulan bantuan terpaksa mengeluarkan kakitangan mereka
daripada negeri berkenaan.
Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan
Pejabat Kaunselor Negeri mendakwa beratus-ratus pejuang dikenali sebagai
Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) dalam beberapa kejadian
telah meletupkan bom buatan sendiri dan membakar beberapa buah kampung
dan menyerang lebih 10 pondok polis.
Serangan ke atas pondok polis itu melibatkan
premis itu yang terletak di Ngayantchaung, Minkhamoung, Yeaung
Chaungwa, Taungpyo-Letwe, Nwayontaung dan Kyaukhlaygar yang kesemuanya
di Maungdaw.
Bersenjatakan bom buatan sendiri, kayu, tombak
dan pedang, penjuang dikatakan menyusup masuk ke beberapa buah kampung
dan pondok polis sebelum dipatahkan oleh pihak berkuasa.
Difahamkan setakat ini, seorang anggota
keselamatan dilaporkan hilang dan sekurang-kurangnya 500 kakitangan
kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan melarikan diri ke ibu negeri
Sittway dalam tempoh tiga hari berlakunya keganasan di Rakhine.
Xinhua juga berkata, akhbar Voice melaporkan
kira-kira 400 buah sekolah ditutup selepas kumpulan pemberontak
menyerang pasukan keselamatan dan pondok polis sejak hari Jumaat lalu.
Tentera Myanmar juga dilaporkan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan bergolak termasuk perkampungan etnik minoriti.
Berikutan itu, ribuan penduduk etnik Islam
Rohingya terus membanjiri kawasan Sungai Naf yang menjadi sempadan
antara Myanmar-Bangladesh.
Pelarian yang berjaya memasuki Bangladesh semasa krisis sebelum ini diberi amaran supaya tidak membantu pelarian yang baharu.
“Jika ada antara kami memberi tempat tinggal
kepada mereka, kami akan ditahan dan dihantar pulang, jadi oleh kerana
takut, kami tidak membenarkan kemasukan pelarian baharu,” kata seorang
etnik Rohingya, Mohammad Yunus. – BERNAMA/REUTERS
Hujan Turun di Sebuah Rumah Sahaja
Sebuah rumah di kawasan Tebet, Jakarta Selatan, disiram hujan
misteri. Hujan yang cuma turun di satu rumah itu membuatkan penduduk
berbondong-bondong datang. Ada yang menumpang mandi, hingga menyimpan air
hujan.
Peristiwa itu terjadi di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan, Sabtu (26/8) lalu. Khabar mengenai hujan ekslusif itu diunggah oleh akaun Twitter @febicil dan menjadi viral di media sosial. sumber

2000 Muslim terbunuh dalam 3 hari di MYANMAR
“Antara dua hingga tiga ribu Muslim terbunuh dalam tiga hari terakhir
akibat serangkaian militer Myanmar ke Arakan,” ujar jurucakap Dewan
Rohingya Eropah, Anita Stchot, sebagaimana yang disiarkan Anadolu Agency, Isnin
(28/08).
Stchot menambahkan, “Berdasarkan informasi aktivis dan sumber lokal, serangan militer menyebabkan seratus ribu lebih Muslim Rohingya jadi pelarian. Sampai saat ini masih terdapat dua ribu orang terkandas di perbatasan dengan Bangladesh. Hal ini kerana pemerintah setempat menolak pelarian Rohingya.” sumber

Sunday, August 13, 2017
Teusan Segenting Kra Bakal Diteruskan?
BANGKOK
12 Ogos – Sekumpulan pesara tentera dan ahli perniagaan tempatan mahu
merealisasikan cadangan projek pembinaan Terusan Segenting Kra atau
Terusan Kra sepanjang 135 kilometer (km) bernilai AS$28 bilion (RM120
bilion).
Menurut laporan Nikkei Asian
Review, beberapa individu berpengaruh di negara ini termasuk ahli
politik, pesara tentera berpangkat tinggi, pakar akademik dan ahli
perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan China sedang memujuk
Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chanocha untuk meneruskan projek
berkenaan.
Prayuth sebelum ini menegaskan pembinaan terusan itu tidak terdapat dalam agenda pemerintahannya.
Kumpulan
tersebut percaya pembinaan terusan itu akan dibiayai melalui inisiatif
Belt and Road yang dirintis China dan projek infrastruktur Laluan Sutera
Maritim Abad ke-21.
Advertisement
Kumpulan
pesara tentera itu juga telah menubuhkan sebuah persatuan dikenali
'Persatuan Terusan Thai untuk Kajian dan Pembangunan' yang bekerjasama
dengan penyelidik dari Universiti Peking dan sebuah syarikat China untuk
mengkaji laluan yang dicadangkan.
Menurut
pakar, jika Prayuth bersetuju meneruskan kajian laluan itu, pembinaan
terusan berukuran 450 meter lebar dengan kedalaman 26 meter itu mampu
dilalui oleh kapal kontena minyak terbesar dunia dan kapal kontena lain
dalam tempoh lima tahun akan datang.
Projek
tersebut akan membelah bahagian selatan Thailand iaitu kira-kira 800
di selatan Bangkok dan kira-kira 200km di sempadan Thailand dengan
Malaysia.
Ia akan menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman pada anggaran latitud sama dengan pulau Phuket.
Terusan
itu merupakan laluan pintas dari Selat Melaka yang menghubungkan
China, Japan dan negara-negara Asia Timur lain selain perdagangan
minyak negara Asia Barat serta negara pasaran utama Eropah, Afrika dan
India.
Jarak perjalanan bagi kapal
yang melalui Laut Pasifik dan Laut Hindi mampu dipendekkan
sekurang-kurangnya 1,200 km atau tiga hari pelayaran jika melalui
terusan berkenaan. – Agensi
JORDAN, Fatah dan ISRAEL Buat Latihan Bersama
Ketegangan antara Zionis dengan Jordan dan Pihak Berkuasa Palestin
terkait Masjid Al-Aqsa selama beberapa minggu lalu tidak menghalangi
ketiga negara untuk ikut terlibat dalam latihan bersama yang ditaja
oleh Kesatuan Eropah.
Seperti diberitakan Yesrael Hayom edisi Jumaat, latihan dengan tema “Kebakaran Hutan di Timur Tengah” ini akan diadakan antara 22-26 Oktober di Jordan dan Tel Aviv yang melibatkan pasukan dari Itali, Perancis, Sepanyol dan Ukraine.
Ini adalah untuk pertama kalinya latihan bersama ketiga negara yang akan melibatkan pasukan pemadam kebakaran, pasukan kecemasan masing-masing negara tersebut untuk memperbaiki koordinasi dan kerjasama antara ketiga negara selain mengembangkan bantuan negara Eropah dalam kes darurat.
Latihan ini akan menguji kemampuan seluruh pihak untuk bekerjasama dalam proses penyelamatan dalam cakupan luas termasuk pemadaman kebakaran, evakuasi bangunan runtuh dan kes darurat lain.
Jordan akan mengirim dua helitempur, 60 pasukan penyelamat, 40 trak pemadam kebakaran, 15 pasukan medik. Sementara Pihak Berkuasa akan mengirim dua pesawat pemadam, dan satu pesawat evakuasi disamping 15 tim penyelamat (SAR) dan 40 trak pemadam. (PIP/Ram) sumber

Saturday, August 12, 2017
Zionis Ada di Tanah Haram
Tepat di depan Masjidil Haram, dulu berdiri kukuh sebuah benteng penjagaan kota Makkah yang bernama Benteng Ajyad yang dibangun pada tahun 1781 pada masa Kekhalifahan Utsmaniyyah. Benteng ini kemudian dihancurkan tahun 2002 oleh Saudi. Dan sebagai gantinya, berdirilah menara tertinggi ketiga di dunia yang diberi nama Abraj Albait.
Saya tidak ingin masuk ke ranah pembahasan simbol-simbol yang subjektif. Mari masuk ke ranah fakta objektif saja.
Abraj Albait adalah bangunan tinggi, megah dan mewah yang terdiri dari beberapa 7 tower, diantaranya:
1. Makkah Royal Clock Tower, ini adalah tower utama yang di atasnya dibangun jam digital raksasa. Di bawahnya ini adalah bangunan yang difungsikan untuk Fairmont Hotel.
2. Hajar Tower, difungsikan untuk Mövenpick Hotel
3. Zamzam Tower, difungsikan untuk Pullman Hotel
4. Safa Tower, difungsikan untuk Raffles Makkah Palace Hotel
5. Marwah Tower, difungsikan untuk Marwa Rayhaan by Rotana Hotel
6. Al Maqam Tower, difungsikan untuk Swissotel Hotel
7. Qibla Tower, difungsikan juga untuk Swissotel.
Selain untuk hotel dan apartemen, Abraj Albait adalah pusat perbelanjaan (mall) serta [usat makanan (food court and restaurant), tempat solat (mushalla), perpustakaan, ruang observasi untuk kepentingan hisab dan rukyah, dan lain sebagainya.
Mana yang ramai dikunjungi? Tidak lebih dan tidak bukan adalah pusat perbelanjaan, hotel dan restorannya saja. Sementara Mushalla agak miris memang, jika masih saja menjadi alternatif pertama dengan alasan ‘sudah penuh’ dan malas kepanasan menuju Masjidil Haram yang di depan mata.
Apa yg lebih memiriskan?
Di pusat perbelanjaan di Abraj Albait inilah dijual gerai dan produk yang erat hubungannya dengan Zionis Israel seperti Starbucks, Mont Blanc, dan produk retail lainnya. Tidak cukup hanya retail, tower utama Abraj Albait, yakni Makkah Royal Clock Tower adalah tower yang khusus diperuntukkan untuk Fairmont Group. Baik untuk hotel di lantai 1-27, ataupun untuk Gold Lounge-nya di lantai 28-28G.
Apa dan siapa Fairmont?
Fairmont adalah jaringan perniagaan hotel dan hiburan besar di dunia. Pemiliknya adalah Benjamin Swig, seorang Zionis yg juga adalah seorang banker kenamaan dunia. Selain jaringan hotel bintang lima di dunia, Fairmont juga berbisnes kasino di Monte Carlo, Las Vegas, Singapore, dan lainnya.
Ada hubungan dan perjanjian apa Raja Abdullah ibn Abdulaziz dengan keluarga atau anak buahnya Benjamin Swig, sehingga Fairmont boleh wujud dan kukuh di depan Rumah Allah?
Bagi saya cukup mencengangkan. Di mana sejatinya tempat berdirinya Abraj Albait ini adalah Tanah Suci, Tanah Haram, yang haram bagi non muslim berada di atasnya. Namun, nyatanya hingga detik ini justru adalah di atas Tanah Haram berdiri mesin wang bagi Zionis Israel.
Sementara, bangunan-bangunan sejarah dihancurkan dengan alasan menjaga kemurnian tauhid. Menyedihkan, bukan?
Di mana rumahnya Ayahanda Abdullah dan Ibunda Nabi Siti Aminah? Sekarang menjadi perpustakaan yang juga tidak pernah buka sama sekali.
Di mana rumah Abu Bakar dan Utsman, kini telah menjadi bangunan Hilton Hotel. Di mana benteng Ajyad tempat tentera Kekhalifahan berdiri tegak menjaga kesucian Masjidil Haram dan Makkah Al Mukarramah? Kini telah menjadi mesin wang Zionis Israel dengan hotel, restoran, minuman, wangian dan barang mewah yang harganya wah!
Bukannya ini hanya muamalah biasa?
Fenomena ini ada pula yg menganggapnya biasa, sebagaimana Sang Raja dulu juga menganggapnya biasa. Halal. Muamalah katanya. Saya menanggapinya dengan mengurai fakta juga bahawa dulu Syarif Husein menerima 7 juta Pound sterling juga beralibi itu wang halal. Hadiah dari Inggeris katanya. Demikian juga Ibnu Saud saat menerima ratusan ribu pondsterling per bulan juga dengan alasan halal. Jizyah dari Inggeris katanya. Tapi apakah ‘hadiah’ dan ‘jizyah’ itu demikian bersih adanya? Sejarah dan fakta sekarang mengatakan tidak.
Ini bukan masalah halal atau haram. Ini masalah propaganda. Jika produk halal dari produsen umat Islam masih ada, kenapa mesti membeli produk Zionis sana? Jika Al Marwa Rayhaan Hotel harga dan fasilitinya sama, kenapa mesti ke Fairmont? Jika mengenakan minyak wangi Abdul Somad Al Qurashi atau Arabian Oud itu wangi, mewah dan harganya sama, kenapa memilih Mont Blanc? Jika minum kopi di gerai pemilik Muslim sama, kenapa harus ke Starbucks? Jika belanja di Bin Dawood itu boleh, kenapa memilih belanja di Gazzaz? Kecuali tidak ada alternatif, bolehlah. Ini alternatif masih banyak. Tidak perlu kemudian mengundang Zionis Israel menginjak tanah suci, bahkan tepat di depan Masjidil Haram.
Saya marah, kecewa, lalu kemudian menangis sejadi-jadinya jika sedang berada di kawasan ini.
***
Kemudian apa yang boleh kita lakukan adalah berdoa dan berupaya. Kita meminta kepada-Nya agar segala bentuk kezaliman, penistaan, propaganda dan penipuan di Tanah Suci segera berakhir sambil melakukan ikhtiar optimal dari apa yang kita bisa. Upaya #BoikotProdukYahudi masih dirasa cukup efektif. Maka lakukan. Ajak sebanyak mungkin umat Islam agar mengerti, memahami dan turut serta.
Kita ke Tanah Suci adalah untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Bukan untuk membuat Zionis Israel dan semua pendukungnya semakin kaya, semakin durjana.
sumber
Labels:
GLOBAL,
Info ARAB SAUDI,
Sejarah ARAB SAUDI,
Sejarah GLOBAL
SYRIA - 23 Maut, Bom Bunuh Diri
BEIRUT:
Sekurang-kurangnya 23 anggota pemberontak terbunuh, manakala puluhan
lagi cedera selepas pengebom nekad meletupkan bom di selatan Syria
berhampiran sempadan Jordan.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pengebom nekad meletupkan
bom yang dipasang pada pinggangnya di pangkalan yang sering digunakan
oleh Jaish al-Islam, berhampiran sempadan Nasib.
"Sebahagian besar daripada 23 pemberontak yang terbunuh adalah anggota Jaish al-Islam. Puluhan lagi cedera, termasuk 20 yang cedera parah," kata ketua kumpulan pemantau, Rami Abdel Rahman.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab tetapi kumpulan militan yang dikaitkan dengan Daesh dilaporkan melakukan serangan terhadap pemberontak di Syria.
Sempadan Nasib atau dikenali sebagai Jaber di bahagian Jordan, terletak di wilayah Daraa di selatan Syria dan ia dikuasai kumpulan pemberontak pada April 2015. - AFP sumber

Friday, August 11, 2017
Kelambu Kaabah Ditinggikan
MEKAH
9 Ogos – Kelambu Kaabah atau kiswah ditarik ke atas kira-kira tiga
meter semalam dalam amalan setiap kali musim haji bagi memastikan
kelambu itu terpelihara daripada sebarang kerosakan semasa jemaah
bertawaf.
Pengarah Besar Kompleks King Abdulaziz
bagi kelambu Kaabah, Muhammad Bajouda berkata, ruang itu digantikan
dengan kain putih selebar dua meter di keempat-empat sisi Kaabah.
Katanya, amalan itu merupakan langkah
berjaga-jaga ekoran kebanyakan jemaah haji gemar menyentuh kelambu itu
yang mendedahkannya kepada kerosakan.
“Ada
juga jemaah yang memotong beberapa bahagian kelambu untuk dijadikan
azimat yang memang jelas merupakan perbuatan tahyul,” katanya yang
dilaporkan oleh portal Saudi Gazette.
Menurut beliau, kelambu itu akan diturunkan semula ke posisi asal sebaik sahaja musim haji selesai.
Dalam
pada itu, seramai 391 jemaah haji dari India terpaksa dipindahkan ke
tempat yang lebih selamat selepas bangunan penginapan mereka terbakar
di kawasan Al-Aziziyah, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut sumber, kebakaran akibat litar pintas itu dipercayai berpunca daripada alat pengecas telefon bimbit.
Jurucakap
Pertahanan Awam Mekah, Kapten Naif Al Sharif berkata, kebakaran
bermula dari sebuah bilik di tingkat tujuh bangunan itu.
“Anggota Pertahanan Awam berjaya mengawal kebakaran dan tiada mangsa yang cedera,” katanya.
Bangunan berkenaan menempatkan jemaah haji dari Assam, utara India.
Konsul
Haji India, Shahid Alam menyifatkan kebakaran itu sebagai insiden kecil
dan tidak menjejaskan jemaah negara tersebut untuk meneruskan ibadah.
Exco DAP P. Pinang Ditahan SPRM
PULAU
PINANG 11 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang
dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung
operasi sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti di sini.
Boon Poh ditahan ketika hadir di ibu
pejabat SPRM kira-kira pukul 2.45 petang tadi bagi memberi keterangan
berhubung siasatan kes itu dan dijangka direman di Mahkamah Sesyen di
sini pagi esok.
Advertisement
Dalam
pada itu, peguamnya, R.S.N Rayer berkata, pihaknya ketika ini masih
tidak mendapat maklumat jelas berhubung penahanan Boon Poh serta tuduhan
yang dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu
berkenaan. – sumber
Seorang Lagi Penghina Habib Rizieq Meninggal Dunia
Satu lagi “korban” Mubahalah Habib Rizieq dikhabarkan meninggal dunia pada Jumaat (11/08) dini hari.
Adalah Sugriwan Soedarmo di mana pada tanggal 7 Ogos lalu baru saja memposting foto disertai penghinaan kepada Habib Rizieq Shihab di status facebooknya.
Dia meninggal dalam keadaan belum meminta maaf kepada HRS. Tentu ini akan menjadi HUTANG ABADI dia di akhirat kelak.
Postingan ini bukan dalam rangka menceritakan kejelekan orang yang sudah meninggal dunia. Tulisan ini dibuat agar para penghina ulama lainnya bisa berpikir dan merenung lalu bertaubat.sumber

2 Pelajar INDONESIA Ditangkap Pihak Berkuasa MESIR
Kementerian Luar Negeri Indonesia didesak untuk segera
melakukan koordinasi dengan pemerintah Mesir terkait penahanan dua
mahasiswa Universiti Al Azhar Kairo. Kedua-duanya mahasiswa asal Limapuluh
Kota, Sumatra Barat, ditangkap pasukan keselamatan Mesir di Samanud sejak 1
Ogos 2017.
Gabenor Sumatera Barat, Irwan Prayitno, meminta Kementerian Luar bertindak cepat dalam usaha pembebasan kedua-dua mahasiswa tersebut. “Saya hanya bisa mendesak Kementerian Luar supaya memfasilitasi duta besar Indonesia di sana (Mesir) untuk segera menyelesaikan masalah ini,” ujar Irwan saat ditemui di pejabat Gabenor Sumatra Barat, Kamis (10/8). sumber

Wednesday, July 26, 2017
Israel Bedil Gaza dengan Meriam
24 Julai 2017, pasukan artileri penjajah Zionis Israel
kembali melancarkan serangan meriam ke pelbagau sasaran di wilayah timur
Jalur Gaza.
Konresponden Pusat Informasi Palestin di kota menyebutkan terdengar suara-suara ledakan di perbatasan timur Jalur Gaza.
Koresponden PIP menjelaskan bahwa pasukan artileri pasukan penjajah Zionis menembakkan dua meriam ke wilayah antara Khanyunis dan Deir Balah.
Selanjutnya, pasukan penjajah Zionis menyerang titik pengintaian milik perlawanan Palestin di dekat pos militer Zionis di perbatasan Kisofim namun tidak ada korban jiwa. Serangan ini menimbulkan kepanikan di tengah-tengah warga.
Militer penjajah Zionis mendakwa bahwa tembakan ini untuk membalas sebuah roket yang jatuh di sekitar dewan daerah Ashkol, selatan Israel. (PIP/Ram) sumber

Friday, July 7, 2017
UK Dakwa SAUDI Ketua Pelopor Keganasan
LONDON
5 Julai – Kedutaan Arab Saudi di United Kingdom (UK) menafikan tuduhan
kumpulan pemikir, Henry Jackson Society bahawa negara itu adalah ketua
pelopor ekstremisme Islam di negara ini.
Laporan yang dikeluarkan persatuan itu
mendakwa, beberapa buah negara Teluk, termasuk Arab Saudi dan Iran
telah memberikan sokongan kewangan kepada masjid dan institusi
pendidikan Islam yang dipercayai menyebarkan fahaman ekstremisme.
Badan pemikir hubungan luar itu meminta supaya pendengaran awam dibuat terhadap peranan Arab Saudi dan negara-negara Teluk lain.
Menurut
portal berita BBC, laporan itu mendakwa institusi di UK yang menerima
pembiayaan Arab Saudi dikendalikan sepenuhnya oleh negara itu walaupun
dalam kebanyakannya pemberian itu kelihatan hanya untuk ‘mendapatkan
pengaruh luar’.
Kedutaan
Arab Saudi di London menegaskan, sebarang tuduhan terhadap penglibatan
kerajaannya dalam aktiviti radikal beberapa individu adalah tidak
berasas tanpa sebarang bukti yang jelas kerana negara itu sendiri turut
berdepan pelbagai serangan keganasan dari militan al-Qaeda dan juga
Daesh.
“Kami tidak pernah dan tidak akan
membiarkan sahaja sebarang tindakan atau penyebaran ideologi berkaitan
ekstremisme dan kami tidak akan berhenti sehingga organisasi mereka
dimusnahkan,” katanya.
Wartawan keselamatan
BBC, Frank Gardner berkata, penerbitan laporan itu dilakukan ketika
ketegangan memuncak di negara-negara Teluk apabila Arab Saudi, Emiriyah
Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menuduh Qatar menyokong
ekstremisme dan keganasan.
Menteri-menteri
luar negara-negara berkenaan dilaporkan bertemu di Kaherah untuk
membincangkan kemungkinan melanjutkan sekatan ke atas Qatar, manakala
Menteri Luar Qatar pula memutuskan untuk membuat sidang akhbar di London
bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Arab
Saudi berkata, pihaknya dan tiga buah negara lain sudah menerima maklum
balas Qatar terhadap 13 tuntutan dikemukakan dan akan menjawabnya pada
masa sesuai.
Menteri Luar Qatar, Sheikh
Mohammed Abdulrahman Al-Thani, menyerahkan maklum balas rasmi tuntutan
berkenaan kepada Kuwait kelmarin, selaku pengantara pertelingkahan
tetapi kandungannya tidak didedahkan.
QATAR Bingungkan SAUDI dan Sekutunya
Qatar kembali membuat bingung dan marah 4 negara Arab yang
mengisolasinya setelah pada hari Rabu (5/07) lalu menolak untuk
memenuhi 13 tuntutan yang diajukan Arab Saudi, Bahrain, UAE
dan Mesir.
4 negara itu menganggap Qatar tidak serius dalam menyelesaikan krisis di kawasan Teluk, serta menuduh Qatar mendukung kelompok pengganas dan menjaga hubungan dekat dengan Iran, musuh Saudi. Pernyataan ini dilontarkan pasca pertemu Menteri Luar Negeri keempat negara di ibukota Kairo kemarin. sumber

Jokowi Letakkan Bunga di Kubur Attarturk

Presiden Joko Widodo meletakkan karangan bunga berwarna merah putih di perkuburan Presiden Pertama Turki Mustafa Kemal Ataturk di Anitkabir atau yang lebih dikenal sebagai Mausoleum Ataturk.
Presiden Joko Widodo (Jokowi) bersama Ibu Negara Iriana Joko Widodo tiba di Kompleks Mausoleum Ataturk di Ankara, Khamis (6/7), pada sekitar pukul 09.00 waktu setempat. sumber
Sunday, July 2, 2017
Sokong LGBT, MUI Gesa Boikot Starbucks
Ketua Komisi Ekonomi Majelis Ulama Indonesia (MUI), Azrul Tanjung
menyatakan bahawa kes dukungan Howard Mark Schultz terhadap LGBT adalah
peluang bagi pengusaha Muslim untuk gantikan kedudukan kedai kopi
Starbucks.
Sebab Indonesia merupakan negara yang berketuhanan dan pancasila yang majoriti penduduknya membenci pelaku LGBT dan melarang atau melaknat pernikahan sejenis. “Dan hal ini diperkuat bahwa penduduk Indonesia mayoritas beragama Islam,” ujarnya pada hari Sabtu (1/7) seperti yang disiarkan Republika. sumber

QATAR Tolak 13 Tuntutan SAUDI, Bersedia Bertindak
Sehingga berita ini diturunkan, Qatar menyatakan menolak untuk memenuhi
13 tuntutan yang diajukan Arab Saudi CS terkait krisis diplomatik dan
perdagangan yang melanda kawasan Teluk sejak 5 Jun lalu. Padahal Riyadh
telah memberikan waktu hingga hari SIsnin (3/07).
Dalam satu kunjungan ke Roma, Menteri Luar Negeri Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani menegaskan kembali penolakan negaranya terhadap 13 tuntutan tersebut. Ia menyebut tuntutan tersebut adalah pelanggaran terhadap kedaulatan Qatar.
“Tidak ada ketakutan dari tindakan apa pun yang akan diambil, Qatar siap menghadapi konsekuensi apapun. Tapi seperti yang telah saya sebutkan, adaundang2 antarabangsa yang tidak boleh dilanggar dan ada batas yang tidak boleh dilanggar,” ujarnya menekankan. sumber

Putera UAE Pernah mInta AS Bom Al-Jazeera
Sebuah dokumen diplomatik yang dibocorkan WikiLeaks mengungkap bahawa
Putra Mahkota UAE Sheikh Mohammed bin Zayed
al-Nahyan pernah meminta Amerika Syarikat untuk mengebom pejabat Al
Jazeera pada tahun 2004 lalu.
Permintaan itu muncul sebelum invasi AS ke Afghanistan. Dokumen yang dibocorkan laman antikerahasiaan WikiLeaks merupakan dokumen pembicaraan antara diplomat AS Richard Haass dan Sheikh Mohammed bin Zayed yang disebut sebagai “MBZ” menjelang invasi AS ke Iraq pada tahun 2003.
Bangsawan Abu Dhabi itu mendesak Haass untuk mengendalikan liputan media perang dan menekankan pentingnya “penghijauan” di jaringan Al Jazeera yang berbasis di Doha sebelum melakukan tindakan militer ke Iraq. sumber

Saturday, July 1, 2017
Masjid Finsbury Park Diancam Banjir Darah
Pasca keganasan rempuhan yang terjadi pada 19 Jun lalu, Masjid
Finsbury Park di ibu kota London menerima surat ancaman yang menjanjikan
“banjir darah”. Surat ancaman ini dikirim 2 minggu setelah serangan
berdarah yang mengorbankan 1 orang dan mencederakan 9 lainnya.
Makram Ali (51 tahun) terbunuh setelah sebuah van merempuh umat Islam selepas menunaikan solat terawih di Masjid Finsbury Park pada 19 Jun 2017 lalu. Aksi Darren Osborne (47 tahun) telah dinyatakan polsi sebagai tindakan terorisme.
Sejumlah surat ancaman terhadap masjid yang diperlihatkan kepada VICE News menyatakan bahawa serangan oleh Osborne hanyalah ”permulaan saja”. Ancaman “banjir darah” dalam surat tersebut dijanjikan akan terjadi pada bulan Ogos nanti. sumber

Monday, June 19, 2017
Bom - 6 Askar THAILAND Maut
PATTANI: Sebutir bom dipercayai ditanam pemberontak Islam di tepi jalan meledak dan meragut nyawa enam tentera serta mencederakan empat yang lain di wilayah selatan di sini, kata polis.
Difahamkan bom yang ditanam di atas jalan itu meletup ketika sekumpulan askar sedang melakukan rondaan rutin, kata Ketua Polis Daerah, Kolonel Pruk Liangsukwho.
"Ia mungkin kerja-kerja kumpulan pengganas di kawasan itu kerana kawasan ini adalah kawasan merah," kata Pruk kepada pemberita. Jurucakap tentera tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.
Keganasan di selatan lazimnya memuncak sepanjang bulan suci Ramadan, yang bakal berakhir pada Ahad ini. sumber

CHINA Denda Muslim yang Tengok Anak Bulan Ramadhan
Sekurang-kurangnya 100 Muslim Uighur didenda oleh pemerintah China kerana
menengok hilal bulan suci, lapor IB Times dari Kongres
Uighur Dunia pada hari Ahad(18/06).
“Beberapa orang didenda dengan jumlah yang tinggi. Sementara yang lain dikirim ke kelas pendidikan untuk mencuci otak mereka agar tidak mengikuti ritual keagamaan,” ujar jurucakapKongres Uighur Dunia, Dilxat Raxit.
Dilxat Raxit melanjutkan, “Mereka yang dihukum termasuk petani miskin dan pegawai negeri atau pejabat pemerintah di wilayah Kashgar dan Hotan dengan denda wang sekitar 500 yuan China. Jumlah yang sangat besar bagi masyarakat etnik miskin yang tinggal di wilayah ini.”
Dilxat Raxit menjelaskan bahawa pegawai pemerintah yang tergabung dalam komuniti minoriti menghadapi tekanan ekstrim selama bulan Ramadan tahun 2017 ini karena dipaksa untuk berbuka puasa. Mereka yang melanggar akan dihukum berat karena menentang larangan negara. sumber

Subscribe to:
Posts (Atom)