Tuesday, January 3, 2017

Daesh Dakwa Erdogan Menentang Kepentingan Islam

ANKARA: Sebuah video kumpulan Daesh yang menggesa serangan ke atas Turki beberapa hari sebelum pembunuhan beramai-ramai di sebuah kelab malam di Istanbul, menunjukkan Presiden Recep Tayyip Erdogan bersama pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, merancang kerjasama untuk menentang kepentingan umat Islam, dakwa kumpulan itu.

Video durasi 19 minit dalam bahasa Arab dan Turki, bertajuk The Cross Shield itu memuatkan rakaman ngeri dua tentera Turki yang ditangkap dan dibakar hidup-hidup oleh pejuang Daesh di Syria. Rakaman itu bermula dengan serangan ke atas Erdogan berikutan pembabitan beliau dalam perang di Syria dan menyeru kepada kemusnahan di Turki. Ia turut merujuk keadaan di Afghanistan sambil memaparkan Erdogan dan pemimpin Turki bersama pemimpin dunia lain yang didakwa Daesh sedang bekerjasama menentang Islam dan kepentingan umat Islam. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Presiden Russia, Vladimir Putin, Presiden Syria Bashar al-Assad, Pope Francis, bekas Presiden Myanmar Thein Sein, pemimpin Israel dan ulama serta Modi turut dipaparkan dalam video berkenaan.

Video itu disiarkan di laman web kumpulan Daesh beberapa hari sebelum 39 orang ditembak mati di sebuah kelab malam di Istanbul pada malam Tahun Baru. Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Agensi  sumber

No comments: