Tuesday, January 3, 2017

Daesh Sokong Serangan di Istanbul

ANKARA: Polis Turki mengeluarkan imej suspek serangan maut di kelab malam dekat Istanbul ketika operasi memburu suspek giat diteruskan. Menurut agensi berita negeri Anadolu semalam, gambar-gambar itu dirakam kamera keselamatan di lokasi yang tidak didedahkan. Media Turki, Haberturk turut menyiarkan rakaman yang didakwa memaparkan penyerang itu.

 Setakat ini, polis menahan lapan orang yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan beramai-ramai ketika sambutan Tahun Baru itu. Polis turut menyerbu sebuah rumah di daerah Zeytinburnu Istanbul lewat semalam berkaitan serangan itu.

Terdahulu, kumpulan pengganas Daesh Takfiri mengaku bertanggungjawab melakukan serangan awal pagi Ahad lalu apabila seorang lelaki bersenjata yang memakai pakaian Santa Claus, melepaskan tembakan di kelab malam Reina di kawasan Besiktas, Istanbul membunuh 39 orang kebanyakannya pelancong dan mencederakan 69 yang lain.

Antara yang maut ialah seorang wanita Israel, tiga warga India, tiga Lubnan, seorang wanita dengan dua kewarganegaraan Perancis-Tunisia dan suaminya warga Tunisia, dua Jordan dan masing-masing seorang warga Belgium, Kuwait dan Kanada. - Agensi  sumber

No comments: