Sunday, January 1, 2017

Isu Panjat Papan Tanda Ipoh, MBI Bertindak

IPOH 31 Dis. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat laporan polis terhadap sekumpulan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda 'Ipoh' di Jalan Kuala Kangsar di sini.

 Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut sebelum membuat laporan polis. Katanya, siasatan itu bagi membolehkan pihak MBI mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

 "MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda Ipoh kerana ia amat membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar.

 "Ini kerana struktur papan tanda yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.  sumber

No comments: