Sunday, January 1, 2017

Penyanyi Adel Memeluk Agama Islam

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Penyanyi, Adel atau nama sebenarnya Adeline Joyce Masidah, 23, mengakui keluarganya memberi sokongan kepadanya untuk memeluk agama Islam. Menurutnya, dia memeluk agama Islam bulan lalu selepas dilamar oleh seorang ahli perniagaan, Muhammad Affan Jumahat, 29.

 “Lama juga saya fikir untuk memeluk Islam dan bila sudah yakin, saya beritahu pada keluarga dan mereka memberi sokongan. “Cuma saya masih baru bergelar seorang Muslim. Baru sebulan dan masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan lakukan dengan perlahan-lahan,” katanya ketika dihubungiAdel selamat bergelar isteri kepada Muhammad Affan, 29, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Taman Seri Gaya, Sabah.

Mereka berkenalan dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu dan bertunang pada 3 Disember lalu. Muhammad Affan yang juga seorang duda mempunyai tiga orang anak iaitu Putri Arfa 5, Putri Khadijah, 3 dan Putri Sarah, 1. Ditanya mengenai status suaminya yang juga seorang duda, jelas Adel, dia tidak kisah jika ada yang ingin bercakap negatif mengenai perkara itu.

“Hubungan saya dengan semua orang baik sahaja. Jadi, tidak timbul masalah dalam perkahwinan ini dan saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan. “Saya juga selesa dengan ketiga-tiga anak suami saya. Mula-mula memang kekok tetapi kini hubungan saya dan anak-anaknya mesra sahaja,” katanya.

Buat masa ini, jelas Adel, dia masih lagi belum memikirkan lokasi untuk berbulan madu kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Majlis resepsi mereka akan diadakan di Laya Laya, Tuaran, Sabah pada 1 Januari ini. Dalam pada itu, jelas Adel, kerjaya nyanyiannya masih diteruskan seperti biasa tanpa halangan daripada suami. sumber

No comments: