Friday, January 13, 2017

Roket Israel Bedil Pangkalan Tentera SYRIA

DAMSYIK: Serangan misil Israel menyebabkan beberapa letupan di pangkalan tentera berhampiran ibu negara Syria sebelum Subuh, hari ini, menurut tentera.

"Pesawat Israel melancarkan serangan dari utara Tasik Tiberias (Laut Galilee) pada jam 12.25 pagi waktu tempatan," kata sumber tentera kepada agensi berita SANA.

 "Tentera Syria memberi amaran kepada Israel mengenai akibat pencerobohan terang-terangan itu dan bertekad meneruskan perang untuk menghapuskan keganasan," kata sumber itu.

Sementara itu, askar Israel tidak memberi sebarang komen berhubung serangan itu apabila dihubungi AFP hari ini. Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian memberitahu mendengar beberapa letupan dan kebakaran di pangkalan udara Mazzeh di pinggir barat Damsyik dengan asap tebal boleh dilihat sehingga ke ibu negara. Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, serangan udara itu turut memusnahkan tempat simpanan peluru di pangkalan udara terbabit. - AFP sumber

No comments: