Sunday, January 1, 2017

Serangan di Kelab Malam TURKI

ISTANBUL: Dua penyerang bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab malam dekat sini pada malam sambutan tahun baru, mencederakan puluhan orang, lapor agensi berita tempatan.

Agensi Anadolu melaporkan serangan itu berlaku di kelab malam Reina dalam daerah Ortakoy. Beberapa rakaman video di tempat kejadian menunjukkan terdapat enam ambulans berada di hadapan premis dan beberapa orang awam sedang dibawa keluar.

Cable News Network (CNN) Turki melaporkan, penyerang masuk ke kelab malam itu dengan pakaian Santa Claus dan melepaskan tembakan secara rambang. Setakat ini tiada angka rasmi kecederaan mahupun kematian dilaporkan polis.

Pihak berkuasa juga masih belum mengesahkan sama ada ia tindakan pengganas. Media tempatan melaporkan kawasan kelab malam sudah dikepung polis dan operasi pemeriksaan sedang dijalankan - sumber

No comments: