Friday, January 6, 2017

SYRIA - Bom Kereta, 10 Maut

AMMAN 5 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam insiden letupan bom kereta di pusat bandar Jableh, Syria dalam wilayah perairan Latakia, berhampiran Laut Mediterranean yang menjadi lokasi dua pangkalan tentera Rusia, lapor media tempatan.

 Media kerajaan melaporkan, beberapa buah kereta dan kedai berhampiran turut musnah dalam letupan di kawasan komersial di sebuah bandar di kawasan mazhab minoriti Alawiyah, yang merupakan tempat asal Presiden Bashar al Assad.

 Pegawai perubatan kanan Ghassan Findi berkata, angka kematian dijangka meningkat dengan operasi menyelamat masih diteruskan dan puluhan mangsa yang cedera masih dikejarkan ke hospital berhampiran. - REUTERS sumber

No comments: