Wednesday, January 4, 2017

SYRIA - Gencatan SEnjata Terbatal

BEIRUT 3 Jan. - Perjanjian gencatan senjata yang diharap dapat membuka lembaran baharu untuk penduduk Syria mungkin tinggal impian ketika ini. Situasi itu berlaku apabila tentera Syria dilihat kembali memperhebatkan serangan terhadap kubu yang dikuasai kumpulan pembe­rontak berhampiran Damsyik.

Lebih malang, sebanyak 10 kumpulan pemberontak yang dijadual mengadakan rundingan berkaitan perkara yang sama di Astana, Kazakstan hujung bulan ini juga bersetuju menarik diri daripada rundingan tersebut. Penarikan diri itu dibuat selepas tentera Syria di­dakwa mencabul perjanjian gencatan senjata yang ba­ru dilaksanakan selama empat hari.

 “Secara umumnya, kami menghormati usaha mewujudkan perjanjian gencatan senjata di seluruh Syria. “Namun, keengganan tentera Syria serta kroni mereka untuk menghentikan pertempuran, memburukkan keadaan khususnya di Wadi Barada dan Ghouta Timur,” kata kumpulan pemberontak itu dalam satu ke­nyataan bersama. Tambah pakatan kumpulan tersebut, mana-mana pelanggaran perjanjian tersebut yang tidak boleh memulihkan keada­an asal dianggap sebagai terbatal dan tidak sah. Rancangan perjanjian gencatan senjata antara kerajaan dan kumpulan pemberontak itu dicetuskan Rusia dan menerima sokongan daripada sekutu mereka iaitu Syria, Turki dan Iran.

Semalam, tentera Syria didakwa melancarkan serangan udara dan tembakan meriam di pinggir Ain al-Fijeh iaitu kawasan yang menempatkan sumber air utama penduduk di situ. Ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, selain kumpulan pemberontak dan tentera negara ini, pertempuran itu turut melibatkan bekas kumpulan rangkaian al-Qaeda, Barisan Fateh al-Sham walaupun pembabitan tersebut dinafikan kumpulan pemberontak. – AFP sumber

No comments: