Saturday, February 4, 2017

MALAYSIA Kesal BANGLADESH Halang Misi Kemanusiaan

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Malaysia kesal dengan keputusan kerajaan Bangladesh menghalang misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar daripada menghantar bantuan kepada pelarian etnik Islam Rohingya yang berada di negara tersebut.

 Kekesalan itu dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam pertemuannya bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Shahidul Islam di Putrajaya dekat sini hari ini. Anifah dalam satu kenyataan berkata, Malaysia bimbang dengan nasib yang menimpa etnik minoriti itu di Myanmar yang kini menjadi pelarian di negara-negara asing.

 Menerusi pertemuan itu, Md. Shahidul memahami kebimbangan yang dirasai oleh Malaysia dan berjanji akan mendapatkan keterangan lanjut daripada kerajaan Bangladesh. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersama-sama menyempurnakan pelepasan kapal Nautical Aliya yang akan memulakan pelayaran ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

 Misi bantuan kemanusiaan tersebut merupakan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).  sumber

No comments: