Friday, February 3, 2017

PM KANADA Hadiri Pengkebumian Mangsa Serangan di Masjid

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menghadiri majlis pengebumian dua rakyat Algeria dan seorang Tunisia yang terbunuh bersama tiga yang lain, dalam serangan di sebuah masjid di Quebec.

Kira-kira 5,000 orang memenuhi arena hoki di Taman Olimpik Montreal untuk menyaksikan majlis pengebumian, manakala jutaan lain di seluruh Kanada menyaksikannya menerusi televisyen. Bagi kebanyakan penduduk di negara itu, ia adalah kali pertama mereka menyaksikan upacara berkenaan. Solat jenazah turut dilakukan untuk tiga mangsa lain.

Menurut pejabat Perdana Menteri, Trudeau dijangka memberikan ucapan pendek pada majlis berkenaan. Jenazah tiga mangsa itu dibawa pulang ke negara kelahiran masing-masing untuk dikebumikan. Sokongan mencurah-curah diterima untuk masyarakat minoriti Islam Kanada susulan serangan pada malam Ahad lalu yang turut mencederakan lapan lain.

"Kita semua menderita. Bukan hanya masyarakat Islam, bukan hanya penduduk Quebec, namun semua terjejas," kata Datuk Bandar Montreal, Denis Coderre. - AFP  sumber

No comments: