Monday, June 19, 2017

Bom - 6 Askar THAILAND Maut

PATTANI: Sebutir bom dipercayai ditanam pemberontak Islam di tepi jalan meledak dan meragut nyawa enam tentera serta mencederakan empat yang lain di wilayah selatan di sini, kata polis.

Difahamkan bom yang ditanam di atas jalan itu meletup ketika sekumpulan askar sedang melakukan rondaan rutin, kata Ketua Polis Daerah, Kolonel Pruk Liangsukwho.

"Ia mungkin kerja-kerja kumpulan pengganas di kawasan itu kerana kawasan ini adalah kawasan merah," kata Pruk kepada pemberita. Jurucakap tentera tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Keganasan di selatan lazimnya memuncak sepanjang bulan suci Ramadan, yang bakal berakhir pada Ahad ini.  sumber

CHINA Denda Muslim yang Tengok Anak Bulan Ramadhan

Sekurang-kurangnya 100 Muslim Uighur didenda oleh pemerintah China kerana menengok hilal bulan suci, lapor IB Times dari Kongres Uighur Dunia pada hari Ahad(18/06).

“Beberapa orang didenda dengan jumlah yang tinggi. Sementara yang lain dikirim ke kelas pendidikan untuk mencuci otak mereka agar tidak mengikuti ritual keagamaan,” ujar jurucakapKongres Uighur Dunia, Dilxat Raxit.

Dilxat Raxit melanjutkan, “Mereka yang dihukum termasuk petani miskin dan pegawai negeri atau pejabat pemerintah di wilayah Kashgar dan Hotan dengan denda wang sekitar 500 yuan China. Jumlah yang sangat besar bagi masyarakat etnik miskin yang tinggal di wilayah ini.”

Dilxat Raxit menjelaskan bahawa pegawai pemerintah yang tergabung dalam komuniti minoriti menghadapi tekanan ekstrim selama bulan Ramadan tahun 2017 ini karena dipaksa untuk berbuka puasa. Mereka yang melanggar akan dihukum berat karena menentang larangan negara. sumber

Saturday, June 17, 2017

AS Hantar 4000 Askar Tambahan ke AFGHANISTAN

Seorang sumber pemerintahan Amerika Syarikat mengungkapkan bahawa Pentagon akan mengerahkan sekitar 4,000 orang askar tambahan, termasuk ratusan pasukan operasi khusus ke Afghanistan.

Langkah ini diambil untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi Amerika Syarikat dalam perang di Afghanistan, serta mendorong kelompok pejuang Taliban untuk kembali ke meja perundingan. sumber

Friday, June 16, 2017

Kuliah - NAK BAGI KE TAK MAU BAGI? oleh Abu Zulfiqar

RUSIA Dakwa Abu Bakar Baghdadi Terbunuh

Jumaat 16 Jun 2017, Kmenterian Pertahanan Rusia mendakwa berhasil membunuh pimpinan Organisasi Negara Islam (IS), Abu Bakar Al-Baghdadi, dalam sebuah serangan udara di kota Raqqah pada bulan Mei lalu.

“Ada informasi yang menunjukkan pemimpin organisasi Abu Bakar Al-Baghdadi terbunuh dalam salah satu serangan pasukan udara Rusia,” ujar Dephan Rusia dalam sidang medianya'

Pernyataan itu mendakwa bahawa Al-Baghdadi terbunuh saat jet Rusia mensasarkan tempat pertemuan para komandan ISIS pada 28 Mei lalu. Lebih dari 300 anggota ISIS, 30 di antaranya komandan, terbunuh dalam serangan ini. sumber

Wednesday, June 14, 2017

FILIPINA - Militan Mayte Kuasai 20 Peratus Bandar Marawi

MARAWI 13 Jun – Tentera Fi­lipina berkata kumpulan militan Maute hanya menguasai kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kawasan bandar Marawi di kepulauan Min­danao, sekali gus menyangkal dakwaan laman sesawang Daesh bahawa jumlah kawasan yang dikawalnya lebih dua pertiga daripada bandar berkenaan selepas tiga minggu pertempuran.

Minggu lepas seorang jurucakap tentera berkata, kumpulan militan yang cuba merampas bandar Marawi pada 23 Mei lalu, mendapat tentangan hebat daripada tentera Filipina.

Rangkaian agensi berita milik militan Daesh, Amaq telah menyiarkan laporan kononnya tentera Filipina telah gagal dalam usaha awalnya untuk merampas semula bandar ber­kenaan selepas lebih 200 anggotanya terbunuh dan ramai lagi melarikan diri.
Jurucakap tentera, Brigadier General Restituto Padilla bagaimanapun menolak laporan itu sambil menyifatkannya sebagai satu propaganda.

“Patutkah kita mempercayai laporan bahawa militan Maute telah mengawal dua pertiga daripada bandar Marawi? Dengan 202 pengganas di­sahkan terkorban, perlukah kita memberi mereka peluang menyiarkan pembohongan sebegitu?

“Daripada 96 kawasan, mereka hanya mengawal Ma­rinaut, Lulut, Mapandi serta Daerah Komersial Bongolo iaitu hanya 20 peratus daripada keseluruhan bandar Marawi. Jumlah itu juga semakin berkurang setiap hari,” tegas Restituto. 

Sementara itu, jurucakap tentera kerajaan mendakwa kumpulan Maute telah membunuh orang awam yang me­larikan diri selepas ditangkap untuk dijadikan tebusan.

Seramai 600 penduduk awam dipercayai masih lagi terperangkap di kawasan pertempuran selepas 200,000 penduduk melarikan diri dari bandar Marawi apabila ditawan militan. – AFP

THAI dan Pemisah Setuju Buat Zon Selamat

BANGKOK 13 Jun – Kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah Islam, Mara Patani bersetuju mewujudkan ‘zon selamat’ di wilayah selatan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

 
Channel News Asia melaporkan, ketika ini kawasan zon selamat yang mempunyai keluasan sebuah daerah belum lagi dina­makan.

Kewujudan ‘Zon selamat’ itu dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan, Mara Patani serta beberapa pemimpin setempat.
Rangka kerja zon selamat itu juga tidak melibatkan perjanjian gencatan senjata, bermakna sebarang insiden keganasan boleh menyebabkan menjejaskan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Bagi kerajaan Thailand, zon ber­kenaan akan menguji ke­upayaan Mara Patani mengendali dan mengawal kawasan berkenaan.

Sementara itu, Mara Patani percaya kewujudan ‘zon selamat’ akan memberi ruang kepada kebebasan berpolitik kerana penduduk tempatan boleh bersua­ra tanpa dibayangi rasa takut.

“Kami tahu bagaimana struktur pentadbiran kerajaan Thailand. Keputusan biasanya datang daripada Pusat (Bangkok) dan bukannya ‘akar umbi’,” kata jurucakap kumpulan itu, Hafez Al-Hakim.
Bagi Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Supanat Sirantawineti, kewujudan ‘zon selamat’ itu akan menjadi model kepada pembangunan di kawasan lain.

“Matlamat kami ialah mahu melihat penduduk setempat mengambil bahagian dan memahami proses rundingan damai yang berlangsung di Malaysia ketika ini,” kata Supanat.

Dalam perkembangan bera­singan, kerajaan Thailand menafikan mengeluarkan memo keselamatan yang mendakwa kemungkinan berlakunya serangan di tiga buah lokasi tumpuan pelancong iaitu Phuket, Phang Nga dan Krabi.

“Tidak ada (sebarang memo keselamatan) dikeluarkan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Je­neral Prawit Wongsuwan kepada media tempatan hari ini.

Kelmarin, Gabenor Phuket, Norraphat Plodthong mengarahkan kawalan keselamatan ditingkatkan di beberapa buah lokasi tertentu di pulau itu selain memasang lebih banyak kamera ke­selamatan.
Langkah yang sama dilaporkan turut diambil oleh pihak berkuasa tempatan di Krabi. –AGENSI/BERNAMA

Kuliah - ANDAI RASULULLAH MASIH ADA oleh Syed Abdul Kadir AlJoofree

Kuliah - MENGHUKUM TASAWUF DARI JAUH oleh Abu Zulfiqar

Aa Gym Calon Gabenor Jawa?

Pendakwah terkenal sekaligus pengasuh Pondok Pesantren Daarut Tauhid, Bandung, Abdullah Gymnastiar atau akrab disapa sebagai Aa Gym, secara mengejutkan masuk dalam senarai calon Gabenor Jawa Barat yang dikelaurkanoleh Lembaga Survei Poltracking.

Berdasarkan rilis lembaga survei yang digawangi oleh Hanta Yuda tersebut, Aa Gym menjadi calon  yang memiliki tingkat populariti yang paling tinggi sebesar 92.04%. Tidak hanya itu, hasil survei juga menunjukan Aa Gym paling disukai.

Hingga saat ini Aa Gym menyatakan masih melakukan istikharah agar diberikan yang terbaik.
Namun Aa Gym mengisyaratkan untuk maju Pilgub untuk memberikan yang terbaik seperti yang dilakukan Erdogan.

“Politik adalah alat dakwah, sebagaimana Presiden Erdogan berjuang mengembalikan Turki menjadi negara bersyariah Islam secara bertahap,” ujar Aa Gym di hadapan jemaahnya. sumber

Pihak PALESTIN Menyumbang kepada Hospital Israel?

Ketika warga Palestin di Jalur Gaza menderita akibat kekurangan ubat-ubatan, peralatan perubatan, hospital-hospital dalam keadaan terburuk, sambungan elektrik terputus dan transfer ubat-ubatan sangat sulit, ternyata sejumlah pegawai Pihak Berkuasa Palestina memberikan pemandangan yang sangat aneh dan menyedihkan.

Dari sumber media Zionis Israel mengungkapkan bahawa sejumlah pegawai beramai-ramai menyumbang dana kepada Hospital Rambam di Haifa wilayah pendudukan Zionis Israel.

Warga Palestin bertanya-tanya, siapa yang berhak terhadap dana sumbangan tersebut? (Pip/Ram) sumber

Friday, June 9, 2017

Apa Hebatnya Negara QATAR?

QATAR tiba-tiba menyita perhatian Dunia setelah empat negara teluk Arab Saudi Mesir UEA Bahrain serentak memutus hubungan diplomatik dengan Qatar pada Isnin (5/6/2017) dengan tuduhan mendukung kelompok teroris. Tudingan yang sengaja diada-adakan.

TERNYATA QATAR MEMANG NEGARA PALING ANEH DI DUNIA !!!!
BAGAIMANA TIDAK ANEH…

Seluruh rakyatnya.
Yang bayi…yang tua…yang lelaki….yang wanita.
Begitu …Brojoool … Bayi lahir ke dunia.
Negara….sudah menyiapkan …sebuah rumah untuknya.

Begitu…usia sekolah….
Silahkan…sekolah atau kuliah di mana saja…boleh milih.
Negara yang membayari….bahkan…Negara memberi wang saku.


Setelah tamat belajar…silahkan pilih pekerjaan….
….masih didalam negara.
Pasti….Negara memberi kerja….dengan Gaji…yang lebih tinggi dari Expatriat (TKA) untuk kualifikasi setara dan sejenis.
Rakyat mesti lebih tinggi daripada Orang Pendatang Asing.

Bila waktu menikah tiba.
Suami…boleh punya 4 (empat) isteri.
Negara ….menyediakan untuk masing masing dari setiap Isteri ….Pembantu rumah dan pemandu.
Negara yang menggaji Pembantu dan pemandu.

Bila Isteri melahirkan….pilih hospital mana sahaja…
Negara yang bayar.
Negara ini….

Di Negara ini..
Tidak ada cukai untuk rakyatnya.

Apakah ada Bank…
Ada …
tetapi…
Tidak ada Riba.

Kadang
Bila hari Ulang Tahun Raja.
Seluruh hutang Rakyatnya kepada Bank.
Dihapuskan oleh Raja.
Rakyat…tidak punya hutang di Bank.
Negara ini adalah……
Q A T A R

sumber

Kuliah - MAJLIS ILMU2 TERPILIH oleh Abu Zulfiqar

Cubaan Libatkan Interpol dalam Kes Habib Rizieq

Kengototan beberapa pihak untuk melibatkan interpol dalam kasus Habib Rizieq Syihab nampaknya berakhir tragis.

Pasalnya, kasus Habib Rizieq tak memenuhi persyaratan untuk penerbitan sebuah red notice dari Interpol.

Simak, berikut syarat penerbitan Red Notice:

1. Hanya untuk serious ordinary-law crime (jenayah yang luar biasa serius)

2. Dengan larangan jenayah tersebut bukanlah merupakan sesuatu yang kontroversial dalam hal tingkah laku dan kebudayaan negara-negara lain

3. Jenayah tersebut tidak berkaitan dengan persoalan keluarga dan pribadi, danbukan pula yang timbul dari pelanggaran hukum administrasi dan sengketa keperdataan, kecuali berkaitan dengan pemberian fasilitas atau bekerjasama dengan kejahatan serius (serious crime), atau diduga berkaita dengan kejahatan terorganisir. Dengan kualifikasi kejahatan yang ditetapkan oleh Sekretaris Jenderal Interpol

Dalam hal penuntutan kejahatan tersebut hanya untuk jenayah yang memiliki batasan hukuman 2 tahun, atau dalam hal penjalanan pidana hanya dapat dilakukan untuk kejahatan yang setidak-tdaknya divonis 6 bulan, dan dalam hal untuk menjalani sisa pemidanaan hanya dapat dilakukan apabla memiliki sisa hukuman yang harus dijalani selama 6 bulan. sumber

Kuliah - KISAH NABI HUD oleh Auni Mohamad

Wednesday, June 7, 2017

Erdogan Sedia Lindungi Habib Rizieq?





“Saya membuka pintu selebar-lebarnya jika ulama seperti Habib Rizieq ingin perlindungan dan membantu menyelesaikan semua permasalahan. Dan kami berniat memaksa Dewan Keamanan PBB untuk ikut andil dalam proses ini,” sambung Erdogan berapi-api.

Seperti diketahui, kes dakwaan chat mesum Habib Rizieq dan Firza terus saja digulirkan. Seolah-olah kes seperti ini bisa mengancam NKRI. Padahal dalang penyebar screenshoot percakapan dan foto-foto tak senonoh tersebut masih bebas berkeliaran. sumber

Israel Akui Hamas Tawan 4 Warganya

Entiti Zionis Israel akhirnya secara rasmi mengakui bahawa Gerakan Pejuang Islam Palestin “Hamas” telah menawan empat warganya yang terdiri dari 2 orang askar dan 2 warga awamnya di Jalur Gaza.

Pengakuan ini dilontarkan Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman dalam sesi jawab dengan anggota Knesset Zionis Israel pada hari Isnin 5 Jun lalu, menurutr berbahasa Ibrani Haaretz. sumber

Kuliah - AMALAN KETIKA BERJAUHAN DARI GURU DAN JEMAAH oleh Abu Zulfiqar

Tuesday, June 6, 2017

7 Negara Arab Putuskan Hubungan dengan QATAR

RIYADH 5 Jun - Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Yemen hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekali gus menggugat kesatuan negara-negara Teluk itu yang telah berlangsung selama 36 tahun.

Perkembangan terkini, Libya dan Maldives turut sama mengikut keputusan negara-negara ber­kenaan.
Agensi Saudi Press melaporkan, tindakan itu dilakukan bagi ‘melindungi keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan pelampau’ malah Riyadh turut me­mutuskan hubungan darat dan laut antara kedua-dua negara berkenaan.
Qatar merupakan negara yang menempatkan pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) terbesar di rantau itu dan mempunyai ke­pentingan bagi operasi meme­­ra­ngi kumpulan pengganas Daesh.

Menurut kenyataan Arab Saudi lagi, keputusan tegas itu juga dibuat ekoran ‘pelanggaran me­lam­pau pihak berkuasa Qatar se­jak beberapa tahun lalu’ selain tindakannya melindungi sejumlah pengganas dan kumpulan pelampau yang cuba menggugat rantau ini termasuk kumpulan Ikhwanul Muslimin dan Al-­Qaeda.

Riyadh juga menuduh Doha menyokong aktiviti pengganas yang disokong Iran di Qatif, Arab Saudi yang dikuasai kumpulan Syiah termasuk di Bahrain.

Untuk itu, Riyadh menarik keluar tentera Qatar daripada kumpulan tentera gabungannya di Yemen.
Pertikaian antara Qatar de­ngan negara-negara Teluk bermula se­­lepas berlaku penggodaman da­lam agensi berita Qatar yang menyiarkan kenyataan ‘palsu’ pemimpin negara itu, Emir Sheikh Tamim Hamad Al-Thani selepas lawatan Presiden AS, Donald Trump.

Keputusan Arab Saudi itu adalah susulan keputusan Bahrain yang terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan Qatar.

Negara itu menuduh media Qatar mencetuskan ‘hasutan, soko­ngan terhadap aktiviti pengganas bersenjata dan membiayai kumpulan militan Iran untuk me­lancarkan sabotaj terhadap Bahrain selain menimbulkan huru-hara’.

Bahrain juga mengarahkan ke­semua diplomat Qatar meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam manakala pelabuhan dan ruang udara antara kedua-dua ­negara akan ditutup dalam tempoh 24 jam.
Sebaik sahaja Arab Saudi me­ngumumkan keputusan itu, UAE dan Mesir turut membuat keputusan yang sama.

UAE menuduh polisi berterusan Qatar ‘menghuruharakan ke­se­lamatan dan kedaulatan rantau ini selain memanipulasi serta me­ngelak komitmennya dan perjanjian yang dipersetujui.
UAE juga turut mengharamkan rakyat Qatar memasuki negaranya manakala rakyat Qatar yang di UAE diberi tempoh selama dua minggu untuk meninggalkan negara itu.

Mesir dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa Qatar bersikap ‘anti-Mesir’ dan Kaherah gagal menghalang negara itu menyokong keganasan.

Presiden Yemen, Abed Rabbo Mansour Hadi berkata, keputusan itu dibuat ekoran sokongan Qatar terhadap kumpulan pelampau di Yemen yang bertentangan dengan matlamat negara-negara Arab lain yang menyokong kerajaan yang sah.

Arab Saudi, UAE, Bahrain, Oman dan Qatar telah membentuk gabungan negara-negara Teluk yang dikenali sebagai Maj­lis Kerjasama Teluk (GCC) yang merupakan agensi yang paling berpengaruh di Asia Barat.

Setakat ini hanya Oman yang masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Pada bulan lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir menyekat beberapa media milik Qatar termasuk agensi berita Al-Jazeera ekoran kenyataan Sheikh Tamim Al Hamad yang dikatakan memuji Iran sebagai ‘kuasa Islam’ selain mengkritik polisi Trump terhadap Teheran.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Qatar melahirkan rasa kesal terhadap tindakan negara-negara jirannya itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak adil kerana berdasarkan dakwaan yang tidak berasas.
Namun negara itu menegaskan, keputusan tersebut tidak akan ‘memberi kesan terhadap kehidupan seharian penduduknya’.

Kuliah -NAK ILMU YANG TINGGI2 AJE? - Abu Zulfiqar

Mohd Anas Saman Muhyiddin RM10 Juta

KUALA LUMPUR 6 Jun - Bekas  Ketua Aktivis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin, hari ini memfailkan saman  terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan memfitnah beliau.
Mohd. Anas selaku pihak plaintif menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal dengan mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya  sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.

Pada 5 April lalu, pihak plaintif telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.
Berikutan daripada pengumuman itu oleh pihak plaintif itu, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokannya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya. 

Kenyataan tersebut menurut pihak plaintif antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan daripada terus memfitnahnya. 

Mohd. Anas mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli UMNO serta hala tuju parti yang kabur.

Anas menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016. - UTUSAN ONLINE

Kuliah - MENGAPA UMAT ROSAK? - Ustaz Muhammad James

Habib Rizieq Pulang Setelah Jokowi Tidak Lagi Presiden

Pimpinan Front Pembela Islam Habib Rizieq Shihab tidakbercadang untuk pulang ke Indonesia dalam waktu terdekat.

Habib Rizieq merancang memperpanjang Visanya. Dia akan menetap lebih lama di Arab Saudi.
Kuasa Hukum Habib Rizieq, Sugito Atmo Pawiro mengatakan, kliennya akan menetap setidak-tidaknya untuk satu tahun ke hadapan.

“Ada rancangan kita akan long stay atau akan perpanjang Visa. Nanti sedang ada yang mengurus Visa yang setahun,” ujar Sugito saat dikonfirmasi wartawan, Minggu (4/6/2017).

Habib Rizieq merasa ada usaha jahat dari Presiden Republik Indonesia Joko Widodo. Bahkan, Habib Rizieq menduga kuat jika kes yang menjeratnya saat ini atas instruksi Presiden melalui pihak polis



“Pulangnya boleh jadi saja nanti setelah Pilihan Raya Presiden dan Jokowi tidak jadi presiden. Ya, kalau misalnya setelah Pilpres dan Jokowi tidak jadi presiden, pihak polis akan lebih netral,” kata Sugito. sumber
.

Semua Musuh Ahok Bakal Dijatuhkan

Saat ini ada usaha untuk menjatuhkan siapa saja yang telah memusuhi dan dianggap turut memasukkan Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) ke penjara.

Isyarat itu dilontarkan pengamat politik dari UniversitaiMuhammadiyah Jakarta (UMJ) Ma’mun Morod Al Barbasy di akaun Facebook menyikapi kriminalisasi terhadap Habib Rizieq Syihab dan Amien Rais. “Menabur fitnah kebencian tiada henti,” tulis Ma’mun. sumber

Sunday, June 4, 2017

Yahudi Lepaskan Babi2 Hutan ke Ladang2 PALESTIN

Pemukim Yahudi kembali berkhianat di ladang pertanian dan perkebunan milik warga Palestin. Kali ini entiti penjajah melepaskan ratusan babi hutan ke lokasi pertanian milik warga wilayah Salfit dengan tujuan untuk mengusir warga dari tanah kelahirannya.

“Warga Zionis Israel terus melepaskan ratusan babi hutan ke provinsi Salfit,” ujar para petani pada hari Jumat (2/6), menurut suarapalestina.id.

Salah seorang petani mengungkapkan bahawa babi-babi ini sengaja dilepaskan untuk menghancurkan tanaman buah warga. “Babi-babi hutan akan memakan tanaman buah yang berakibat para petani mengalami kerugian,” ujarnya. sumber

Kuliah - KITA IKHLAS? IKHLAS YANG MANA SATU? oleh Ustaz Abu Zulfiqar

Kuliah - ALLAH MATLAMAT oleh Ustaz Muftaffa Kamal

DENMARK dan NORWAY Hentikan Bantuan untuk PALESTIN

Duta Besar Denmark untuk Zionis Israel, Jesber Fahar mengatakan bahawa pihaknya telah menghentikan bantuan pendanaan kepada sejumlah yayasan kemanusiaan non pemerintah Palestin. Langkah ini diambil dengan alasan menghentikan kegiatan para teroris dan tindak terorisme.

“Denmark telah memboikot sejumlah yayasan kemanusiaan di Palestin,” ujar Duta Besar Jesber Fahar dalam akaun Twitter rasmi milikinya seperti dipetik sejumlah wartawan Zionis, dan disiarkan akhbar Al-Quds.

Jesber Fahar mengisyaratkan bahawa pemerintah Denmark akan meminta sejumlah lembaga Palestin yang telah menerima dana bantuan untuk mengembalikan dana yang telah dipindahkan ke yayasan-yayasan bantuan kemanusiaan.

Keputusan ini hanya berselang 4 hari setelah keputusan serupa Norway yang juga menghentikan sejumlah sumber pendanaan rutin tahunanya untuk Palestin, seperti Yayasan Dalal Magrib. sumber

Jumlah Tahanan Wanita PALESTIN Meningkat ke 56 Orang

Jumlah tawanan wanita Palestin bertambah menjadi 56 orang menyusul ditangkapkanya 9 wanita yang mengadakan aksi protes terhadap tindakan pengelola penjara Zionis Israel. Mereka yang ditangkap itu umumnya di bawah umur.

Pengacara Badan Tahanan Palestin, Khanan Khotib dalam keterangannya mengatakan bahawa pemerintah Zionis telah menangkap sembilan warga Palestin dibawah umur. Yang paling muda adalah tawanan Malak Galidz (14 tahun) dari Kem Pelarian Jalzon, utara Ramallah. sumber

Friday, June 2, 2017

MALAYSIA - Bantuan Raya 2017

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 setiap seorang sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, tahun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, bantuan khas itu akan turut dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka, dengan bantuan sebanyak RM250.

Katanya, bantuan khas itu akan diberikan sebelum Jumaat depan.

"Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya," kata kenyataan itu, sebentar tadi. sumber

Kuliah - Kitab Bunga2an dan Batu2 Permata

Syiah Houthi Larang Solat Terawih

Pemberontak Syiah Houthi dilaporkan melarang pelaksanaan solat terawih dan ceramah keagamaan sepanjang bulan suci Ramadhan di ibukota Sana’a, menurut Gulf News.

Tidak sampai di situ sahaja, kelompok pemberontak dukungan Syiah Iran juga melarang para imam untuk ceramah di dalam masjid, serta memaksa mereka menandatangani sebuah janji terkait pelarangan tersebut.

Sejumlah pengamat di ibukota Sana’a mengatakan bahwa larangan ini dilaksanakan kelompok pemberontak untuk mencegah warga Yaman berdoa melawan kelompok Syiah Houthi dan pemerintahan mereka di wilayah ibukota Yaman. sumber

Kuliah - Muqaddimah Kitab Nur Ala Nur

IRAN Ancam Serang Negara Arab Lain

Negara-negara tetangga yang bergabung dalam koalisi Arab adalah ancaman keamanan yang nyata bagi Iran. Pernyataan ini disampaikan Menteri Pertahanan Syiah Iran, Hossein Dehghan dalam satu ucapan di Kota Dezful, pada hari Khamis (1/6).

Diantara ucapan Dehghan yang paling menonjol adalah ancamannya untuk mengerahkan milisi bersenjata Syiah Iraq “Popular Mobilization Forces” untuk menyerang siapa saja yang mendukung koalisi Arab-Islam anti Syiah Iran, seperti disiarkan Al Arabiya. sumber

LPF Arah Astro Teliti Semula drma The Magnificient Century



Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengarahkan syarikat Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) mengambil tindakan segera untuk meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri The Magnificent Century yang didakwa mengandungi adegan kurang sesuai dalam konteks masyarakat Islam.


LPF dalam satu kenyataan semalam berkata syarikat itu melaksanakan tapisan kendiri ke atas semua kandungan yang ditayangkan di saluran televisyennya tanpa melalui tapisan lembaga itu.

Susulan aduan orang awam, LPF telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Astro pada hari Isnin lepas.

"Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam," kata LPF.


Drama bersiri dari Turki yang ditayangkan di saluran Astro Maya HD dan Astro Prima itu mengisahkan pergolakan istana semasa pemerintahan Sultan Sulaiman ketika zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah pada abad ke-16.


Baru-baru ini, isu drama itu viral di media sosial apabila orang ramai mengecam tindakan Astro menayangkan drama tersebut yang didakwa mengandungi adegan lucah, menghina Islam dan fitnah ke atas sejarah kerajaan Islam Uthmaniyah.


- Bernama

Sejuta Orang Islam Bakal Sambut Kepulangan Habib Rizieq





Presidium Alumni 212 bakal mengadakan aksi satu juta massa untuk menjemput Imam Besar Front Pembela Islam (FPI) di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang. Aksi sejuta massa tersebut akan masuk ke lapangan terbang untuk menjemput Habib Rizieq yang akan kembali ke tanah air.

“Kita akan melakukan Aksi Satu Juta Massa untuk menjemput Habib Rizieq di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta,” ujar Ketua Presidium Alumni 212, Ansufri Idrus Sambo di Masjid Baiturrahman, Jalan Saharjo, Jakarta Selatan, (31/5).

“Jadi bukan Habib Rizieq yang menunggu kita, tetapi kita yang minta Habib. Kalau kita sudah siap, kita akan bilang ‘Bib kita sudah siap nyambut, silakan pulang’,” ucap Ansufri. sumber

Kuliah - Mursyid Kampungan vs Mursyid Jutawan

Iceland Ditemui oleh Ilmuwan Muslim

Penyebutan nama Iceland telah ada sejak ditemukannya wilayah bersalju yang berada di kutub utara bumi. Adalah seorang ilmuwan terkemuka asal Manghribi, Abu Abdullah Muhammad Al Idris al-Qurtubi al-Hasani al-Sabti (1099- 1166), seorang ahli geografi terkemuka dalam sejarah dan juga dikenal sebagai pendiri ilmu geografi.

Dalam bukunya berjudul “Nuzhatul Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq” atau yang dikenal dengan nama Kitab Roger, Muhammad al-Idrisi telah menyebutkan keberadaan Iceland yang terletak di Laut Utara.

Kitab Roger sendiri menjadi rujukan ilmu geografi bangsa Barat, khususnya di zaman kebangkitan Eropah (Renaissance). Buku ini dituliskan Muhammad al-Idrisi atas permintaan Raja Sisilia, Roger II. sumber

Kuliah - Dilema Budak Tahfiz Takda SPM

Thursday, June 1, 2017

Tun M Sedia Timbang Jadi PM Malaysia

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kesediaan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh dinyatakan dalam temu bual `Hang Tanya Che Det Jawab' menerusi siaran langsung Facebook rasminya hari ini.

"Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (memilihnya menjadi Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (jawatan Perdana Menteri). "Tetapi buat masa ini saya tidak bersetuju jadi Perdana Menteri, selepas saya bersara saya takkan jadi Perdana Menteri lagi," katanya. Dr Mahathir menjawab soalan dikemukakan pemilik akaun Facebook yang mengikuti sesi temu bual berkenaan yang mahu mengetahui sama ada beliau masih berminat untuk menjadi Perdana Menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya pada PRU-14.

Menjawab soalan jika beliau tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri, apakah peranan yang akan diambil jika PH berjaya menumbangkan kerajaan BN, Dr Mahathir berkata sekurang-kurangnya pandangan beliau diambil kira oleh parti yang memerintah berhubung isu atau masalah dihadapi negara.

 "Ini kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya mempunyai banyak pengalaman dan maklumat mungkin berguna... kalau saya diberi peluang untuk memberi pendapat, kalau ada soalan (isu/masalah) yang memerlukan perbincangan, saya bersedia mengambil bahagian untuk mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi," katanya.

 Sementara itu, Dr Mahathir berkata, perkara pertama yang akan dilakukan beliau bagi membantu ekonomi negara jika ditakdirkan menjadi Perdana Menteri atau penasihat kerajaan, beliau akan menubuhkan jawatankuasa dianggotai pakar dalam bidang berkaitan. Katanya, daripada jawatankuasa itu, kerajaan akan mendapat maklumat setiap hari bagi memahami keadaan yang sedang berlaku dan ahli jawatankuasa bebas memberikan cadangan kaedah mengatasi masalah berkenaan.

"Ini cara yang saya guna ketika krisis mata wang... dengan adanya pakar termasuk menteri juga orang yang pakar dalam bidang ini, saya dapati banyak cadangan yang disuarakan dan boleh dipertimbangkan. "Itulah sebabnya, saya bersetuju dengan cara kawalan mata wang untuk mengatasi kejatuhan nilai ringgit," katanya. sumber

Kuliah - Amalan 333

Peguam : Polis Memang Mahu FPI Memberontak

Peguambela Imam Besar Front Pembela Islam (FPI) Habib Rizieq Shihab, Sugito Atmo Prawiro mendakwa polis sengaja menabuh genderang perang dengan FPI untuk menimbulkan konflik yang berhujung pada tindak balas FPI.

Menurut Sugito, melalui situasi yang ada kini, polis seakan menginginkan FPI untuk terlibat konflik vertikal dengan pemerintah. Pasalnya, dalam menjerat Imam Besar FPI Habib Rizieq Shihab dalam kes pornografi, tak ada bukti-bukti dan prosedur penyelidikan yang dilakukan pun tidak tepat.

Hal itu, lanjut dia, menunjukkan bahwa kepolisian berusaha memancing adanya respon berupa protes keras dari massa umat Islam yang berlabelkan FPI. sumber

Pertempuran di Marawi Berterusan


BANDAR MARAWI 30 Mei - Penduduk bandar ini yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan militan Maute, kini semakin bimbang tentang nasib dan masa depan mereka.
Kebanyakan mereka tidak lagi mempunyai tempat berlindung selepas rumah kediaman musnah akibat dibedil oleh pesawat pejuang kerajaan yang menyasarkan kumpulan militan berkenaan.
Menurut Norhidaya Imam, 20, jika pertempuran yang memasuki hari ke lapan itu tamat sekalipun, dia tidak mempunyai apa-apa lagi kerana rumahnya di Barat Dilay musnah akibat bedilan tersebut.
“Kami bekerja keras untuk membina rumah ini tetapi semuanya kini musnah,” katanya yang kini ditempatkan di pusat perlindungan di bandar Balo-i bersama-sama suami dan ba­yinya.
Norhidaya menambah, motosikal yang sering digunakan oleh suaminya untuk bekerja sebagai tukang kayu turut diambil oleh anggota militan terbabit yang bersembunyi di belakang rumah mereka sejak serbuan tentera kerajaan pada minggu lalu.
Sementara itu, pihak berkuasa negara ini yang memperhebatkan serangan roket ke atas kubu kuat kumpulan militan menggunakan helikopter, menggesa saki baki anggota militan tersebut menyerah diri demi menyelamatkan nyawa orang awam.
“Kami memberi peluang kepada mereka untuk menyerah diri kerana masih ada masa untuk berbuat demikian agar tiada pihak lain yang diheret dalam pertempuran ini dan tiada lagi bangunan yang musnah,’’ kata jurucakap tentera, Brig. Jen. Restituto Padilla kepada radio DZBB.
Ketika ditanya tentang tawaran menyerah diri itu, jurucakap presiden, Ernesto Abella berkata, ia bertujuan untuk mengurangkan kerosakan di kawasan terlibat dan paling pen­ting lagi mengelak kerugian besar di pihak awam.
Difahamkan kira-kira 2,000 penduduk bandar ini masih terperangkap di kawasan yang dikuasai kumpulan militan manakala Jawatankuasa Palang Merah bimbang mereka akan terperangkap semasa serangan bom dan kejadian berbalas-balas tembakan.
Wartawan AFP melaporkan, sepanjang pagi ini, beberapa buah helikopter melancarkan roket di bandar tersebut manakala asap hitam tebal kelihatan di bangunan-bangunan yang menjadi sasaran.
Ketua Tentera Filipina, Je­neral Eduardo Ano pula memberitahu Associated Press, setakat ini seramai tiga rakyat Malaysia, seorang Indonesia dan seorang lagi dipercayai anggota militan berketurunan Arab terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Eduardo turut memaklumkan komander kumpulan itu, Isnilon Hapilon masih bersembunyi dalam bandar itu manakala pihak berkuasa masih berusaha untuk mengesahkan sama ada seorang lagi pemimpin kumpulan tersebut telah terbunuh.
Walaupun pihak tentera melaporkan kepungan di Marawi akan berakhir dan pemeriksaan rumah ke rumah telah 70 peratus selesai tetapi anggota militan yang lengkap bersenjata terus memberi tentangan. – Agensi

Abu Zulfiqar - Apa Itu Ruh dan Jiwa?

Larang Tayangan Wonder Woman

Pemerintah Lebanon memutuskan akan melarang tayangan filem superhero DC Comics Amerika “Wonder Woman”, lapor National News Agency pada hari Isnin (30/5).

Tidak hanya Wonder Woman yang dibintangi oleh aktres Israel Gal Gadot, pemerintah Lebanon juga memboikot penayangan filem Batman vs Superman yang juga dibintangi oleh Gal Gadot sebagai Wonder Woman.

Pada bulan Ogos 2014 lalu, aktris Gal Gadot telah menimbulkan kegemparan setelah menaikkan gambar dirinya berdoa bagi pasukan Zionis Israel saat Israel memimpin serangan militer terhadap Gaza.

“Saya mengirimkan cintaku dan doaku kepada semua anak laki-laki dan perempuan yang mempertaruhkan nyawa mereka melindungi negaraku melawan tindakan mengerikan yang dilakukan oleh Hamas, yang bersembunyi seperti pengecut di belakang wanita dan anak-anak … Kami akan menguasai!!! Salam sejahtera untuk kalian semua!” tulis Gal Gadot.sumber