Monday, June 19, 2017

Bom - 6 Askar THAILAND Maut

PATTANI: Sebutir bom dipercayai ditanam pemberontak Islam di tepi jalan meledak dan meragut nyawa enam tentera serta mencederakan empat yang lain di wilayah selatan di sini, kata polis.

Difahamkan bom yang ditanam di atas jalan itu meletup ketika sekumpulan askar sedang melakukan rondaan rutin, kata Ketua Polis Daerah, Kolonel Pruk Liangsukwho.

"Ia mungkin kerja-kerja kumpulan pengganas di kawasan itu kerana kawasan ini adalah kawasan merah," kata Pruk kepada pemberita. Jurucakap tentera tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Keganasan di selatan lazimnya memuncak sepanjang bulan suci Ramadan, yang bakal berakhir pada Ahad ini.  sumber

No comments: