Sunday, August 13, 2017

JORDAN, Fatah dan ISRAEL Buat Latihan Bersama

Ketegangan antara Zionis dengan Jordan dan Pihak Berkuasa Palestin terkait Masjid Al-Aqsa selama beberapa minggu lalu tidak menghalangi ketiga negara untuk ikut terlibat dalam latihan bersama yang ditaja oleh Kesatuan Eropah.

Seperti diberitakan Yesrael Hayom edisi Jumaat, latihan dengan tema “Kebakaran Hutan di Timur Tengah” ini akan diadakan antara 22-26 Oktober di Jordan dan Tel Aviv yang melibatkan pasukan dari Itali, Perancis, Sepanyol dan Ukraine.

Ini adalah untuk pertama kalinya latihan bersama ketiga negara yang akan melibatkan pasukan pemadam kebakaran, pasukan kecemasan masing-masing negara tersebut untuk memperbaiki koordinasi dan kerjasama antara ketiga negara selain mengembangkan bantuan negara Eropah dalam kes darurat.

Latihan ini akan menguji kemampuan seluruh pihak untuk bekerjasama dalam proses penyelamatan dalam cakupan luas termasuk pemadaman kebakaran, evakuasi bangunan runtuh dan kes darurat lain.

Jordan akan mengirim dua helitempur, 60 pasukan penyelamat, 40 trak pemadam kebakaran, 15 pasukan medik. Sementara Pihak Berkuasa akan mengirim dua pesawat pemadam, dan satu pesawat evakuasi disamping 15 tim penyelamat (SAR) dan 40 trak pemadam. (PIP/Ram) sumber

No comments: