Saturday, September 23, 2017

20 Rumah Terbakar, Bom Meletup di Rakhine

SITTWE, MYANMAR 22 Sept. - Sebanyak 20 rumah terbakar manakala sebutir bom meletup dekat sebuah masjid dalam kejadian keganasan terbaharu di wilayah Rakhine.

Keganasan tersebut tercetus selepas beberapa hari pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengisytiharkan bahawa pasukan tentera kerajaan telah menamatkan `operasi pembersihan’ di kawasan sempadan.

Menurut Jawatankuasa Maklumat kerajaan, kebakaran berlaku malam tadi di kampung Kyain Chaung, Maungdaw yang pernah mengalami kejadian yang sama sebelum ini.

Pagi ini pula sebutir bom meletup di luar masjid kampung Mi Chaugn Zay dekat bandar Buthidaung.
Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kedua-dua insiden tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak kerajaan menuduh kejadian letupan itu angkara `kumpulan pengganas’ tanpa memberi maklumat terperinci sama ada mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA). - AFP

Video - People's Tribunal Finds Myanmar Guilty of Genocide

Video PPIM - Isu Bertumbuk dengan Omar

Dr Vida Mandi Duit

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Tindakan usahawan kosmetik ternama, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida duduk dalam tab mandi yang dipenuhi wang kertas RM100 dan RM50 berserta barangan kemas mewah koleksinya mengundang kritikan daripada netizen.

Menerusi foto yang dimuat naik personaliti berusia 46 tahun itu dalam laman sosial Instagram peribadinya @datoserivida lima jam lalu, netizen berpendapat, Dr. Vida tidak sewajarnya menunjukkan kekayaan sedemikian rupa.

Bagaimanapun, mempertahankan tindakannya itu, Dr. Vida berkata, niatnya berbuat demikian bukanlah untuk berlagak riak atau menunjukkan kekayaan, sebaliknya, keputusan memuatkan wang dan barangan kemas dalam tab mandi itu semata-mata kerana mahu memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bekerja keras untuk menjadi seperti beliau.

“Boleh dikatakan hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham dengan konsep yang saya tonjolkan itu. Setiap kali saya buat sesuatu perkara mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.
“Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu. Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya kepada Utusan Online.

Jelas Dr. Vida lagi, jalan cerita untuk lagu ciptaan Edry Kru itu difikirkan olehnya sebelum diceritakan kepada pengarah untuk direalisasikan.

“Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan. Senang cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terkesima juga saya dengan komen-komen mereka itu.

“Untuk klip video itu saja saya telah membelanjakan kira-kira RM1 juta. Kos produksi saja menelan belanja RM180,000, untuk peralatan klip video itu saya telah membelanjakan kira-kira RM80,000 dan cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,” ceritanya yang turut menggunakan wang sebenar sebagai peralatan selain wang fotokopi.

Menurut Dr. Vida juga, sebelum merakamkan klip video itu, beliau juga berdoa dan bermohon kepada Allah agar memberikannya ilham untuk melakukan penggambaran klip video yang penuh dengan warna warni dan ceria itu.

Klip video tersebut kata beliau, akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini.
Single I Am Me merupakan percubaan kali pertama Dr. Vida dalam bidang seni suara.
Beliau sebelum ini sangat masyhur dengan jenama Qu Puteh iaitu produk kecantikan dan kesihatan yang diasaskannya. - UTUSAN ONLINE

Tribunal Akui MYANMAR Bersalah

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Tribunal Awam Tetap (PPT) mengenai Myanmar hari ini mendapati negara itu bersalah atas jenayah genosid (penghapusan etnik) terhadap minoriti Kachin dan kumpulan Islam yang lain termasuk Rohingya.

Dalam keputusan sebulat suara, pengerusi tribunal, Daniel Feierstein yang mengetuai panel tujuh anggota itu, memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah.

“Tribunal mencapai kesepakatan dengan memutuskan bahawa negara Myanmar mempunyai niat untuk melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap etnik Kachin dan masyarakat minoriti Islam yang lain. Selanjutnya, negara Myanmar bersalah atas jenayah genosid ke atas kumpulan Rohingya,” kata Feierstein.

Ketika membacakan penghakiman, Feierstein berkata, semua jenayah yang tidak dihukum ini telah dilakukan dan sedang diperlakukan oleh tentera Myanmar dan oleh rejim yang berkuasa di negara itu yang seolah-olah menjadi sebahagian daripada rancangan.

“(Dengan niat) untuk menafikan sebarang pengungkapan autonomi dan kerajaan sendiri masyarakat wilayah Kachin dan secara lebih umum, untuk meng­aibkan dan untuk menghapuskan identiti etnik dan budaya golo­ngan minoriti yang tinggal di Burma,” kata beliau.

Tribunal itu mencapai keputusan selepas mendengar dan menganalisis hujah-hujah pihak pendakwaan, pandangan saksi-saksi pakar dan keterangan mang­sa sepanjang perbicaraan selama lima hari yang berakhir hari ini.

Keputusan tribunal akan dimaklumkan kepada pelbagai badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva dan Pejabat Penasihat mengenai Pencegahan Genosid di New York.
Enam hakim lain terdiri daripada Zulaiha Ismail (Malaysia), Helen Jarvis (Kemboja-Australia), Gill H. Boehringer (Australia), Nursyahbani Katjasungkana (Indonesia), Shadi Sadr (Iran) dan Nello Rossi (Itali).

Tribubal Awam Tetap Rakyat merupakan tribunal pendapat antarabangsa yang ditubuhkan di Bologna (Itali) pada 1979. Sejak penubuhannya, tribunal telah mengadakan 43 sesi mengenai pelbagai kes pencabulan hak asasi manusia dan rakyat. 

Tribunal juga mengemukakan 17 syor berikutan penghakiman hari ini.

Antara syor yang diumumkan ialah pakej gencatan senjata de­ngan segera dan de-militerisasi dengan semua kumpulan bersenjata di wilayah Rakhine dan tentera Myanmar termasuk mewujudkan zon de-militerisasi di sepanjang sempadan di wilayah Rakhine di Utara. – BERNAMA

Thursday, September 14, 2017

Kebakaran Tahfiz - Cerita Murid yang Terselamat

KUALA LUMPUR: "Apabila sedar saja dari tidur saya terus kelam-kabut cari tempat untuk selamatkan diri," kata pelajar tahfiz, Muhammad Danial Amru Al-Haz, 16.

Menceritakan pengalaman dia dan tujuh orang lagi rakannya yang sempat menyelamatkan diri dengan turun berpaut pada paip laluan air hujan.

"Sewaktu sedar kira-kira jam 5 pagi dan ketika itu beberapa rakan lain sudah tersedar dan cuba menyelamatkan diri.

"Apa tindakan yang saya dapat fikir adalah cari jalan keluar dari kawasan kebakaran dan jumpa satu tingkap jeriji yang boleh dibuka.

"Saya dan enam lagi rakan berjaya selamatkan diri dengan memanjat corong paip laluan air hujan dan turun," katanya.

Muhammad berkata, selepas berjaya turun dia terus menjerit meminta bantuan orang ramai di kawasan terbabit.

"Sewaktu itu hanya saya dan enam rakan berjaya selamatkan diri manakala yang lain masih terperangkap dalam kebakaran.

"Rakan-rakan saya yang berada di tahfiz ini berusia antara tujuh hingga 18 tahun.
"Apa yang saya ingat api besar datang dari bawah pintu utama," katanya.
Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu membabit 23 pelajar dan dua guru maut di lokasi kejadian. sumber

MESIR - 18 Askar Maut, 3 Cedera

ISMAILIA: Sekurang-kurangnya 18 anggota polis terbunuh dan tiga lagi cedera, hari ini dalam serangan ke atas konvoi keselamatan di Semenanjung Sinai.

Militan Daesh mendakwa melancarkan serangan itu, dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Amaq. - REUTERS

Misteri Tong Gas Kuning dalam Kebakaran Tahfiz

KUALA LUMPUR: Wujud elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung di sini, semalam apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning di luar bilik asrama.

Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.

"Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.

"Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Arif berkata, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah.

"Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas.
Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.
"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi tadi. sumber

Kuliah - Kitab Perkahwinan (3)


KEAJAIBAN KEJADIAN KETURUNAN MANUSIA (4 Septem,ber 2017) - Pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kali ke-228. - Syarahan Kitab Perkahwinan kali ke-3. - Apakah 2 jenis nafsu yang biasa merosakkan manusia? - Merancang perkahwinan sepatutnya sampai bila? - Apakah 5 tujuan perkahwinan? - Apakah antara hikmahnya Allah letakkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita? - Bagaimanakah hendak mendamaikan antara 4 unsur alam (air, angin, api, tanah)? - Keajaiban kejadian anak manusia.

Rohingya Terkini

COX’S BAZAR, Bangladesh 13 Sept. - Pihak berkuasa Bangladesh menemukan tujuh mayat etnik Rohingya di Sungai Naf hari ini, sekali gus menjadikan jumlah Rohingya yang mati lemas hampir mencecah 100 orang.

Menurut pengawal sempadan Bangladesh, kesemua mayat termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dipercayai daripada sebuah bot yang terbalik berhampiran sempadan perkampungan Shah Porir Dwip yang menghubungkan Myanmar dan Bangladesh.

Portal Rohingya Blogger melaporkan, bot berkenaan terbalik akibat diserang kumpulan lanun ketika perjalanan ke negara ini.

Ketika kejadian, bot berkenaan membawa 50 etnik Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar dan menunju ke pintu sempadan Bangladesh, selain angka korban insiden tersebut dijangka boleh mening­kat sehingga 39 orang eko­ran ramai dikhuatiri hilang.

Sehingga kini, seramai 11 orang berjaya diselamatkan yang terdiri daripada lelaki, wanita dan remaja.
Dalam pada itu, Organisasi Migrasi Antarabangsa menerusi portal berita Al-Jazeera semalam menyatakan jumlah pelarian Rohingya ke Bangladesh ketika ini mencecah 370,000 orang dan dijangka terus meningkat dengan mendadak dalam tempoh terdekat.

Golongan minoriti itu terus memenuhi laluan air dan darat untuk memasuki Bangladesh bagi melarikan diri daripada penindasan serta kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar.
Jurucakap organisasi berke­naan, Leonard Doyle ber­kata, jumlah pelarian Rohingya kini sudah melebihi anggaran yang ditetapkan dan keadaan itu amat membimbangkan banyak pihak.
“Secara jelas, jumlah pela­rian sudah melebihi anggaran dan akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa bekalan makanan, minumam dan keperluan asas yang lain semakin berkurangan ekoran jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh semakin bertambah.

Sehubungan itu, ba­dan dunia tersebut menggesa semua agensi bantuan meningkatkan jumlah bantuan bagi menampung keperluan etnik Rohingya di kem pelarian di Bangladesh.
Wakil PBB, George William Okth-Obbo berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera bagi memastikan keadaan terkawal.

“Jumlah pelari­an semakin bertambah dan keadaan itu membimbangkan banyak pihak. Oleh hal yang demikian, kami memerlukan bantuan yang lebih banyak memandangkan dana sebelum ini tidak mencukupi untuk menampung kesemua etnik Rohingya,” jelasnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meminta PBB dan komuniti antarabangsa menekan Myanmar untuk membenarkan kesemua etnik Rohingya kembali ke tempat asal mereka di Rakhine.

Dalam lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong semalam, Hasina menyatakan Bangladesh akan terus menawarkan bantuan serta perlindungan kepada Rohingya namun Myanmar perlu ‘membawa pulang’ golongan minoriti itu ke negara tersebut.

“Myanmar perlu bawa semua etnik Rohingya yang ada di Bangladesh pulang ke kampung asal mereka dan mewujudkan satu suasana yang aman,” ujar­nya. – AGENSI sumber

Ustaz Suruh Kami Selamatkan Diri

KUALA LUMPUR 14 Sept. - “Ustaz suruh kami selamatkan diri”. Itulah yang diucapkan seorang daripada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Mohd. Shamin  Che Azmi,18, kepada ibunya semasa dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Ibunya, Norizan Omar, 52, berkata, beliau begitu terharu dengan tindakan kedua-dua guru pusat tahfiz tersebut yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi membantu pelajar-pelajar dibawah jagaan mereka selamat.

Katanya, anaknya yang melecur di muka, telinga dan kaki bagaimanapun turut terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan pelajar-pelajar tahfiz yang lain ketika api begitu marak menjilat tempat mereka menuntut ilmu tersebut.

“Anak saya sangat rapat dengan pelajar-pelajar yang lain dan menganggap mereka seperti adiknya sendiri.

“Ketika kebakaran berlaku ramai pelajar terutamanya yang masih muda sedang tidur. Api datang dari pintu utama menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dan menyelamatkan diri,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Lobi Utama Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sementara itu, Norizan memberitahu anaknya dapat menyelematkan diri kerana dia berjaya memecahkan jeriji besi di tingkap dan turun melalui saluran paip sebelum terjun.

“Saya berasa lega kerana dia selamat dan redha dengan kejadian ini. Saya sedih juga melihat mangsa-mangsa yang terkorban kerana mereka sangat mesra dengan saya apabila saya datang melawat Mohd. Shamin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Presiden Melayu SINGAPURA

Halimah Yacob menjadi Presiden Singapura tanpa melalui pemungutan suara kerana calon Melayu lainnya dinyatakan gugur oleh Komisi Pemilihan Presiden (PEC). Sontak jabatan Presiden periode 2017-2023 sesuai konstitusi menjadi JATAH untuk etnis Melayu setelah 5 kali Pilihanraya Presiden sejak tahun 1991, tidak satupun dimenangi oleh etnik Melayu.

Sebelum menjadi Presiden Singapura, Halimah Yacob memegang jawatan anggota Parlimen dan menjabat Ketua Parlimen Singapura periode 2013-2017 dari Parti Aksi Rakyat (People’s Action Party). Sebuah parti yang didirikan oleh Lee Kuan Yew, dan berkuasa di Singapura sejak tahun 1959.
Perlu di ingat bahwa Presiden Singapura memiliki kuasa terbatas dan hanya bersifat seremonial, kerana pemerintahan dikendalikan penuh oleh Perdana Menteri.sumber

Thursday, September 7, 2017

14500 Askar AS di AFGHANISTAN

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilapor akan menghantar kira-kira 3,500 anggota tentera tambahan ke Afghanistan.

Menurut pegawai yang enggan mendedahkan identitinya, tindakan itu bakal meningkatkan sokongan terhadap tentera Afghanistan.

Ia adalah susulan perbincangan tertutup antara Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis dan Pengerusi Bersama Ketua Staf Marin, Jeneral Joseph Dunford dengan anggota Kongres Amerika Syarikat, berhubung strategi serantau Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun, Pentagon enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Mattis.

Dalam pada itu, penambahan anggota tentera terbabit akan menjadikan keseluruhan anggota tentera Amerika Syarikat di Afghanistan kepada kira-kira 14,500 orang. - Reuters sumber

Kuliah - Kitab Perkahwinan (2)

KAHWIN ATAU TIDAK? - Syarahan kali ke-2 Kitab Perkahwinan daripada kitab induk Ihya' 'Ulumuddin pada 21 Ogos 2017. - Walau sudah berkahwin, masih banyak ilmu2 tentang perkahwinan yang mesti dipelajari. - Mana lebih utama antara berkahwin dan membujang?

Negara Teroris MYANMAR Tanam Periuk Api Halang Umat Islam

DHAKA 6 Sept. - Myanmar didakwa menanam periuk api di kawasan sempadan Bangladesh bertujuan untuk menghalang penduduk etnik Islam Rohingya yang melarikan diri kembali ke negara tersebut.

Menurut dua sumber kerajaan di sini, Bangladesh hari ini akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap penanaman periuk api berkenaan yang terlalu hampir dengan sempadan negaranya.
“Mereka (Myanmar) menanam periuk api di sepanjang pagar sempadan dalam kawasan mereka ia­itu di antara dua tiang sempadan,” kata kedua-dua sumber itu yang enggan dikenali ekoran sensitiviti krisis tersebut.

Mereka turut mendedahkan bahawa negara ini mengetahui tentang periuk api berkenaan melalui bukti gambar dan pemberi maklumat.

“Anggota tentera kami juga melihat beberapa orang dalam tiga sehingga empat kumpulan sedang bekerja dekat pagar ber­kenaan, mereka sedang menanam sesuatu dalam tanah,”

“Kami kemudian mengesahkan perkara itu dengan pemberi maklumat yang turut mengesahkan ia adalah periuk api,” kata salah seorang daripada mereka.

Walau bagaimanapun, sumber-sumber tersebut tidak menjelaskan sama ada kumpulan berkenaan memakai uniform namun menegaskan mereka pasti kumpulan itu bukan anggota militan Rohingya.
“Mereka (Myanmar) tidak me­lakukan apa-apa di kawasan Bangladesh tetapi kami sebelum ini tidak pernah melihat periuk api sedemikian di kawasan sempadan,” kata mereka.

Pegawai kawalan sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan Khan memberitahu Reuters, semalam dua letupan kedengaran di kawasan Myanmar selepas timbul spekulasi anggota tentera Myanmar menanam periuk api.

Seorang kanak-kanak lelaki putus kaki kirinya semalam semasa menyeberang sempadan dan kemudian dibawa ke negara ini untuk mendapat rawatan manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki cedera ringan dipercayai akibat letupan periuk api.

Seorang pelarian Rohingya yang pergi ke kawasan letupan itu kelmarin iaitu berhampiran kawasan orang awam yang melarikan diri, berjaya merakamkan gambar periuk api terbabit yang berbentuk cakera logam berukuran 10 sentimeter yang ditanam dalam lumpur.

Dia percaya terdapat lebih dua bahan letupan itu tertanam di kawasan berkenaan.
Dua lagi pelarian turut memberitahu Reuters yang mereka melihat anggota tentera Myanmar berada di kawasan letupan yang berlaku pada pukul 2.25 waktu tempatan, kelmarin.

Sementara itu, enam mayat ditemukan pagi ini selepas sebuah bot yang membawa berpuluh-puluh etnik Rohingya karam di Teluk Bengal berhampiran tenggara sempadan Myanmar dan Bangladesh.
Agensi berita China Xinhua melaporkan, berpuluh-puluh lagi dipercayai hilang manakala Pegawai Pemerintah Batalion ke-42 Pengawal Sempadan Bangladesh, Leftenan Kolonel SM Ariful Islam memberitahu, bot itu dipercayai karam semalam.
 
Sementara itu, Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini menyalahkan kumpulan ‘pengganas’ yang didakwanya memberi ‘maklumat salah yang terlalu besar’ berhubung keganasan yang tercetus di wilayah Rakhine.

Beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang ulasan tentang hampir 125,000 etnik Ro­hingya yang terpaksa melarikan diri dari Myanmar ke sempadan negara ini sejak 25 Ogos lalu.

Suu Kyi kini menghadapi tekanan dari negara-negara Islam berhubung krisis tersebut dan semalam Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran risiko tentang pembersihan etnik dan ketidakstabilan di rantau berkenaan.

Pemimpin wanita itu semalam berhubung dengan Presiden Turki, Tayyip Recep Erdogan melalui telefon selepas Erdogan mendesak pemimpin-pemimpin dunia meningkatkan bantuan terhadap seramai 1.1 juta etnik Rohingya yang menghadapi pembunuhan beramai-ramai.

Melalui Facebook, Suu Kyi mendakwa kerajaan ‘telah pun mula melindungi semua penduduk di Rakhine sebaik mungkin’ dan memberi amaran terhadap maklumat salah yang boleh mencemar hubungan negara itu dengan negara-negara lain.

Dalam pada itu, seramai 26,747 etnik Rohingya telah di­pindahkan ke tempat yang selamat di utara wilayah Rakhine ekoran serangan kumpulan militan. – Agensi

Wednesday, September 6, 2017

Bot Karam, 5 Kanak2 Rohinya Lemas

COX'S BAZAR: Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak lemas apabila bot membawa pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar karam awal hari ini, kata pengawal sempadan Bangladesh.

Pihak berkuasa berkata, antara tiga hingga empat bot karam di Sungai Naf, yang memisahkan Bangladesh dan negeri Rakhine yang dilanda keganasan Myanmar.

Sejumlah pelarian menemui ajal ketika cuba menyeberangi sempadan Sungai Naf sejak kebangkitan baharu keganasan di Rakhine 25 Ogos lalu.

Ramai yang menggunakan bot nelayan kecil tidak sesuai digunakan mengharung arus deras.
Pegawai Pengawal Sempadan Bangladesh, Aloysius Sangma, berkata antara tiga dan empat bot dipenuhi pelarian Rohingya karam awal hari ini.

"Setakat ini, mayat lima kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemui di lokasi berbeza," katanya.
Pegawai polis tempatan, Main Uddin, berkata pihaknya dalam perjalanan untuk menyiasat. - AFP



sumber

Erdogan Kutuk Kekejaman MYANMAR yang Teroris

ISTANBUL 5 Sept. - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membidas pelanggaran hak asasi yang menjadikan minoriti Islam Rohingya sebagai sasaran kekejaman Myanmar apabila berkesempatan menghubungi pemimpin tertinggi negara itu, Aung San Suu Kyi hari ini. 

Erdogan sebelum ini lantang mengutuk tindakan Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Rohingnya. 

Sumber dalam pejabat Erdogan mengesahkan, pemimpin Turki itu membuat panggilan telefon kepada Suu Kyi dan mengutuk pelanggaran hak asasi sehingga memperlakukan Rohingnya dengan tidak berperikemanusia. 

Menurut Erdogan, Turki mengutuk keganasan serta operasi ke atas orang awam yang tidak berdosa dan kini ianya sudah bertykar menjadi krisis kemanusian serius sehingga mencetuskan kebencian dan kebimbangan seluruh dunia. 

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendedahkan, seramai 123,600 pelarian Rohingya masuk ke Bangladesh sejak 11 hari lalu susulan peningkatan pertempuran antara pemberontak dan tentera Myanmar di Rakhine meningkatkan kebimbangan bencana kemanusiaan. -AFP 

Kerajaan Bangladesh dijangka akan meneruskan rancangan untuk memindahkan

Presiden CHECHNYA Beri Amaran kepada MYANMAR

Derita Muslim Rohingya menyentuh solidaritaI umat Islam di seluruh dunia. Kejamnya pembantaian atas wanita dan anak-anak yang tersebar melalui foto-foto dan video membuat banyak umat Islam marah. Tak terkecuali Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov.

Selain Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Ramzan Kadyrov merupakan pemimpin negara yang terang-terangan sangat tegas kepada Myanmar berhubung kegansan di Rohingya.

Ramzan Kadyrov bahkan turun dalam aksi bela Rohingya di Grozny, Isnin (4/9/2017). Diperkirakan, sekitar satu juta orang hadir dalam aksi besar mengutuk genosida Muslim Rohingya itu.

Dalam orasinya, Kadyrov mengecam Myanmar dan memperingatkan negara itu untuk menghentikan genosida atas Muslim Rohingya. Ia mengancam siapa saja yang berdiri bersama pembantai Muslim Rohingya, ia tak segan-segan untuk melawan mereka.

“Bahkan jika Rusia mendukung syaitan-syaitan ini, yang melakukan kejahatan ini hari ini, saya akan menentang Rusia!” tegasnya.

Lebih jauh Kadyrov mengatakan, seandainya dirinya memiliki sarana, ia akan membuat perhitungan dengan orang-orang yang membantai Muslim Rohingya.

“Jika boleh, jika saya memiliki sarana (maksudnya jika Myanmar dekat), saya akan menghancurkan orang-orang yang membunuh anak-anak, wanita dan orang tua (di Rohingya),” tegas Kadyrov.(kl/tby) sumber

Kuliah - Kitab Perkahwinan (1)




OM KENAL KITAB PERKAHWINAN
- Syarahan Kitab Perkahwinan kali ke-1 (14 Ogos 2017).
- Pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kali ke-226.
- Siapakah yang sepatutnya belajar Kitab Perkahwinan ini? Umumnya semua, termasuklah anda!
- Apa kelebihan dan keunikan ilmu nikah kahwin yang Imam Al-Ghazali muatkan dalam kitab Ihya' ini?
 - Apa perbezaan antara solat wilayah fiqh berbanding solat wilayah fiqh yang sudah ditasawufkan?
 - Mengapa ilmu tentang Allah itu mustahil akan habis?
 - Manusia dijadikan daripada air. Ada 2 jenis air. Apakah ia?
- Perkahwinan boleh menajdi satu ibadah yang sangat panjang. Bagaimana tu?
- Nak kumpul pahala pahala pahala atau dosa dosa dosa sepanjang perkahwinan?
- Bagaimana gertak dan herdik Allah?
- Perihal buruknya zina dan hukum-hukumnya.
- Antara ayam dan telur, yang mana satu ada terlebih dahulu?
- Antara berkahwin dengan tidak berkahwin, mana yang lebih utama? Ada 3 qaul para ulama.
- Apa hujah-hujah penggalakan perkahwinan?
 - Benarkah kesemua nabi berkahwin dan punya keturunan? Bagaimana dengan Nabi Yahya dan Nabi Isa?
- Mengapa Nabi Yahya dipenggal kepalanya?
- Apakah kerugian besar bagi orang2 yang membenci perkahwinan?
- Adakah orang2 yang tidak berkahwin itu termasuk ke dalam golongan yang benci akan sunnah Rasul?
- Benarkah berpuasa melemahkan tenaga batin?

Karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali
Syarahan Abu Zulfiqar Al-Amsyari

Taliban Kutuk Keras Tindakan Tentera BURMA

Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (Taliban) menyatakan turut berasa terluka dan sakit sebagaimana yang dialami warga Rohingya. Taliban mengutuk keras pembantaian dan pengusiran yang dilakukan militer Myanmar.

“Imarah Islam Afghanistan turut merasakan luka dan sakit Muslim Rohingya,” kata Taliban dalam pernyataan pada SIsnin (04/09).

Gerakan yang beberapa bulan terakhir meraih banyak kemenangan itu pun mengutuk keras ketidakadilan dan agresi terhadap Muslim Rohingya. Hal itu merupakan kejahatan keji yang tidak dapat dilupakan dan dimaafkan.

Seluruh umat Islam di berbagai belahan dunia didesak segera memberi pertolongan terhadap etnik minoriti di Myanmar itu. Tidak perlu menunggu keputusan pihak-pihak yang mengaku mendukung HAM. sumber