Thursday, September 14, 2017

Kebakaran Tahfiz - Cerita Murid yang Terselamat

KUALA LUMPUR: "Apabila sedar saja dari tidur saya terus kelam-kabut cari tempat untuk selamatkan diri," kata pelajar tahfiz, Muhammad Danial Amru Al-Haz, 16.

Menceritakan pengalaman dia dan tujuh orang lagi rakannya yang sempat menyelamatkan diri dengan turun berpaut pada paip laluan air hujan.

"Sewaktu sedar kira-kira jam 5 pagi dan ketika itu beberapa rakan lain sudah tersedar dan cuba menyelamatkan diri.

"Apa tindakan yang saya dapat fikir adalah cari jalan keluar dari kawasan kebakaran dan jumpa satu tingkap jeriji yang boleh dibuka.

"Saya dan enam lagi rakan berjaya selamatkan diri dengan memanjat corong paip laluan air hujan dan turun," katanya.

Muhammad berkata, selepas berjaya turun dia terus menjerit meminta bantuan orang ramai di kawasan terbabit.

"Sewaktu itu hanya saya dan enam rakan berjaya selamatkan diri manakala yang lain masih terperangkap dalam kebakaran.

"Rakan-rakan saya yang berada di tahfiz ini berusia antara tujuh hingga 18 tahun.
"Apa yang saya ingat api besar datang dari bawah pintu utama," katanya.
Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu membabit 23 pelajar dan dua guru maut di lokasi kejadian. sumber

No comments: