Tuesday, October 31, 2017

Presiden Kurdish Letak Jawatan

ARBIL: Presiden wilayah autonomi Kurdish, Iraq, Massud Barzani, 71, mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang tertutup Parlimen semalam, berikutan kegagalan proses pungutan suara kemerdekaan anjurannya.

Semalam, tentera Kurdish bersetuju untuk menyerahkan kuasa mengawal pusat kawalan strategik di Fishkhabur, yang mengendalikan eksport minyak ke Ceyhan, Turki.

Ia susulan pertempuran selama berminggu-minggu di wilayah Kurdish yang kaya dengan minyak, sekali gus memberi tamparan hebat terhadap cita-cita Barzani untuk mewujudkan sebuah negara Kurdish yang merdeka.

"Selepas 1 November, saya tidak akan meneruskan lagi tugas saya dan menolak sebarang usaha menyambung mandat saya.

"Tindakan meminda undang-undang yang menyentuh kuasa Presiden Kurdish atau memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan presiden adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. katanya.

"Justeru saya meminta Parlimen mengadakan satu persidangan bagi mengisi kekosongan jawatan ini dan bagi memenuhi misi serta mengekalkan kuasa yang dimiliki Presiden Kurdistan," kata Barzani dalam sepucuk surat yang dibaca di Parlimen di Arbil dan satu salinan surat itu diperoleh AFP.
Barzani yang menganjurkan pungutan suara pada 25 September lalu untuk mencabar Baghdad dan kuasa dunia, berkata beliau akan 'kekal seorang pejuang Kurdish' dan 'terus mempertahankan pencapaian rakyat Kurdistan. - AFP sumber

Israel Letupkan Terowong, 6 Pejuang Terkorban

GAZA: Enam pejuang Palestin terkorban semalam apabila Israel meletupkan apa yang dikatakan terowong yang digali sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.

Sumber pergerakan pejuang Jihad Islam berkata, ketua sayap bersenjata kumpulan itu di tengah Gaza, Arafat Abu Marshould, terbunuh bersama-sama pembantu kanan dan dua lagi pejuang.
Kumpulan itu berkata, ia meletakkan pejuangnya dalam keadaan amat berjaga-jaga.
Sayap bersenjata pergerakan Hamas pula berkata, dua pejuangnya terkorban ketika cuba menyelamatkan anggota Jihad Islam yang bekerja dalam terowong berkenaan.
Pegawai kesihatan Gaza berkata sembilan lagi cedera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan kepada ahli perundangan parti Likud pimpinannya, berkata 'teknologi maju' membantu penemuan terowong itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Israel sedang membina tembok bawah tanah dilengkapi pengesan sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza, mensasarkan untuk melengkapkan projek bernilai AS$1.1 bilion (RM4.66 bilion) itu menjelang pertengahan 2019.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus, berkata terowong yang dimusnahkan semalam dalam proses digali dari bandar Khan Younis ke sempadan, lokasi ia diletupkan. - REUTERS sumber

Lebih 1 Billion Penduduk Dunia 'Tidak Wujud'

WASHINGTON: Lebih 1.1 bilion manusia di dunia diisytiharkan sebagai tidak wujud secara rasmi dan hidup tanpa sebarang identiti.

Senario ini mengakibatkan bilangan penduduk dunia yang tercicir dari menerima kemudahan kesihatan dan pendidikan semakin meningkat.

Program terkini Bank Dunia dikenali sebagai Identiti Untuk Pembangunan (ID4D) mendedahkan bahawa sebahagian besar dari 'individu ghaib' ini menetap di Afrika dan Asia, manakala lebih dari satu pertiga kanak-kanak dalam golongan terbabit terdedah kepada pelbagai risiko kerana kelahiran mereka tidak didaftarkan.

Majoriti masalah berkenaan berlaku di kawasan yang mengalami pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan tegar, diskriminasi, konflik bersenjata dan penularan wabak.

Pengurus program ID4D, Vyjayanti Desai berkata, masalah itu berpunca dari beberapa faktor dan jurang yang wujud antara rakyat dan perkhidmatan kerajaan di kawasan membangun dikenal pasti sebagai faktor utama.

Bekas Menteri Pembangunan Peru, Carolina Trivelli berkata, populasi penduduk di Amazon sebagai contoh, memerlukan tempoh beberapa hari dengan menaiki bot untuk berurusan dengan kerajaan.
Kebanyakan keluarga juga katanya, tidak didedahkan dengan kepentingan pendaftaran kelahiran dan kesan yang bakal berlaku seperti ketiadaan hak untuk menikmati perkara asas atau terjebak dalam kancah buruh kanak-kanak. - AFP sumber

SINGAPURA Larang Ismail Menk dan Haslin Baharim

SINGAPURA: Singapura mengharamkan dua pendakwah memasuki negara itu berikutan pandangan mereka yang boleh melahirkan sikap tidak bertoleransi, sekali gus menjejaskan keharmonian sosial, kata kerajaan hari ini.

Keputusan untuk menghalang Ismail Menk, seorang warga Zimbabwe dan Haslin bin Baharim dari Malaysia, adalah langkah terakhir oleh pihak berkuasa Singapura untuk membendung individu daripada menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan berkata, Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Baharim pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai 'menyimpang'.

"Pandangan mereka tidak dapat diterima dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura," kata kementerian itu.

Reuters bagaimanapun gagal menghubungi kedua-dua pendakwah itu untuk mengulas lanjut.
Pihak berkuasa berkata, bulan lalu ia menolak permohonan dua pendakwah Kristian kerana 'menghina dan memberi komen yang memburukkan agama lain'. - REUTERS sumber

Projek Renovasi Telaga Zamzam Diumumkan

Ketua Kepresidenan Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais mengumumkan projek penambah baikan fasilti pengelolaan air di telaga Zamzam. Langkah ini diambil pihak Penjaga 2 Masjid Suci untuk memastikan agar aliran air Zamzam tidak ada gangguan.

Sheikh Sudais mengatakan bahawa Raja Salman telah menyetujui projek renovasi yang dijangkaakan memakan masa sekitar tujuh bulan. Proyek ini baru berakhir sebelum bulan Ramadhan 2018 tiba. sumber

Paul Walker Dibunuh Illuminati?

Artis seksi Tila Tequila memberikan pernyataan yang mengejutkan tentang kematian Paul Walker melalui blog peribadinya. Tila menyebutkan jika kemalangan maut yang dialami Paul Walker bukanlah sebuah kecelakaan melainkan pembunuhan dengan dalih pengorbanan ‘ritualistic murder’ atau yang lebih dikenal dengan sebutan Illuminati.

Masih belum diketahui apa alasan Tila menulis pernyataan mengejutkan ini. Namun, dirinya mendakwa mengetahui kejadian sebenarnya sampai pada akhirnya Paul dinyatakan meninggal. Model Amerika kelahiran Singapura ini juga membandingkan kematian seorang wanita bernama Elisa Lam dengan Paul Walker.

“Aku sudah mengetahuinya sejak pertama kali aku melihat videonya, aku terus menutup mulutku kerana ada banyak pertimbangan mengenai hal itu. Aku tidak ingin menarik banyak perhatian, tapi aku benar-benar tahu mengapa mereka melakukannya dan ya kejadian itu memang sebuah tumbal, seperti kasus Paul Walker,” tulis wanita bernama asli Tila Nguyen ini di blognya, seperti yang dipetik dari NationalPost.

Keanehan dalam kecelakaan yang menimpa Paul Walker

Kematian aktor Fast and Furious, Paul Walker sangat mengejutkan Hollywood. Saat ini penyelidikan kecelakaan tragis tersebut masih berlangsung.

Sebelumnya, LASD memastikan jika salah satu faktor kecelakaan tersebut adalah kerana kereta terlalu laju
.
Salah satu teman Paul Walker, Bill Townsend, mengaku jika dirinya sempat berbincang dengan Paul sebelum kematiannya. Bill mengungkapkan jika jalan di dekat tempat kecelakaan tersebut kurang rata. “Ini adalah daerah perindustrian. Jalannya tak rata namun cukup lebar,” ungkap Bill kepada E!Online.

Bill juga menilai ada keanehan pada kecelakaan tersebut. Dirinya merasa bahwa kemungkinan mobil Porsche Carrera GT untuk meledak sangatlah kecil, kerana enjin kereta itu berada di belakang. “Aneh sekali kereta itu meledak. Sangat aneh. ,” ujarnya.

 sumber

Paul Walker Illuminati Blood Sacrifice (audio video)